Isyq

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tamat.

Basah.

Titisan air mata jatuh pada helaian terakhir kertas novel itu.

Dia menangis... untuk watak sampingan macam aku?

"Kalau kau wujud dah lama aku jadikan kau suami aku Isyq! Pedulikan hero dengan heroin. Aku nak kau!" Gadis itu sambung meroyan sambil merenung muka surat terakhir novel itu. Terjerit-jerit dia. Tipikal gadis yang membaca novel cinta. Dia meratapi watak sampingan sebuah novel cinta. Aku. Tangan gadis itu mengusap-usap helaian terakhir yang bertintakan perkataan "tamat" itu.

Aku terpana. Hatiku terpaut. Jangan menangis untuk watak sampingan macam aku.

Aku tak layak.

Aku tak sempurna.

Aku tak wujud.

Perasaanku bercampur baur.

Terharu. Sedih. Bahagia.

Layakkah watak sampingan macam aku bahagia. Aku ingin mengelap air mata gadis itu.

Tolong... Tolong jangan tangisi watak macam aku.

Tangan aku bergerak namun terhenti di udara.

Aku... tak boleh pegang dia. Kita dua dunia yang berbeza.

Sakit. Aku nak dia sentiasa tersenyum. Satu-satunya insan yang menangisi watak sampingan seperti aku. Isyq.

Andai aku wujud, aku akan pastikan dunia ini miliknya. Rama-rama sentiasa berterbangan mengiringi setiap langkahnya. Rumput-rumput sentiasa menghijau di mana sahaja dia berada. Haruman mawar sentiasa bersamanya.

Semua tentang dia indah. Ah, inikah cinta?

Namun benarkah rasa ini?

Mawar Hamra. Nama yang tertulis pada halaman pertama buku.

Oh ingin aku jadikan kau milikku. Tapi mampukah aku?

Aku sekadar tinta tetapi kau?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro