🃏 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sementara menunggu Yoseob dan Irene melakukan tugasan mereka di bangunan mahkamah, Taeyong sedang pulun bermain game. Tiba-tiba dia mendengar suara seseorang sedang mengeliat. "Kita kat mana ni?" Tanya Anne.

Berubah terus riak wajah Taeyong. "Alamak, aku tak ingat ada kawan Irene kat belakang!" Tanpa memandang ke belakang, dia pun mencampakkan telefonnya ke kerusi sebelahnya lalu mula memandu pada kelajuan paling maksimum.


Anne yang baru menyedarkan diri terkejut kerana Taeyong memandu dengan begitu laju. Mengalahkan pemandu kereta lumba F1. Anne pun menepuk kerusi Taeyong sambil menjerit, "WEI, PAHAL KAU BAWA KERETA LAJU SANGAT?! KAU NAK AKU MATI AWAL KE?!"


Taeyong yang tidak melayan kerenah Anne hanya bermonolog, "Yoseob, tolong aku!!!! Takkan aku nak bawa dia pergi kafe???!!! Naya aku dia marah ni weii!!!!!"


Kereta Taeyong sudah melanggar empat lampu trafik. Dalam diam dia mengeluh. Semoga dia berjaya melarikan diri daripada terkena saman.

----

Irene yang berjalan mendabik dada berjalan menuju ke bahagian tuan hakim. Seperti biasa sewaktu dia melakukan catwalk di sepanjang perjalanan, dia terdengar bisikan serta siulan.

"Siapa minah ni?"

"Pelacur manalah sesat ni?"

"Woi, betina tak cukup kain tu!"

"Miss playboy korea tu!"


Sayangnya, disebalik topeng yang dipakai oleh Irene, tiada sesiapapun yang mengetahui bahawa Irene sedang menjuling matanya. Reaksi meluat dipamerkan.

Dia membisik,"Pantang betul tengok perempuan kaki licin. Miang tak bertempat langsung. Nak cari betina pergi loronglah!"

Tiba sahaja di bahagian tuan hakim, Irene pun menegur hakim yang bertugas. "Hai, sayang. Nak kacau you boleh tak? I boringlah," kata Irene dengan manja.

Terkebil-kebil mata tuan hakim memerhatikan pemakaian Irene. Biar betul gadis dihadapannya ini merupakan seorang jester? Dia menggaru kepalanya. "You jester ke?" Tanya hakim itu.

"Of course! Takkan I pelacur macam lelaki kat belakang tu cakap tadi? Lambat lagi. I bukannya nak jual dara I kat lelaki miang macam tu," kata Irene.

Pecah tawa para penonton selepas mendengar sindiran itu yang dikhaskan kepada salah seorang penonton yang mengejek dia tadi. Lelaki itu yang bernama Jung Woo itu membisik, "Mana aku tahu dia jester. Baju yang dia pakai nampak macam nak buat seks."

Irene yang masih mendengar kata-kata Jung Woo itu membisik pula, "Lingerie tak semestinya untuk seks. Untuk menyeksakan junior kau disebalik seluar pun boleh."


Irene pun bermain dengan tongkat baurbel. Dia pun menjelaskan kepada tuan hakim. "You... Jae Hyun. Okay, Jae Hyun. Sorrylah, I terpaksa buang tebiat hari ni," kata Irene dengan nada manja yang ditekankan.

Tuan hakim Jae Hyun hanya membalas acuh tidak acuh. "I okey je. You teruskanlah you punya task," kata hakim itu yang malas hendak melayan kerenah Irene.

Irene sempat lagi membuat gaya yang menggodakan kepada tuan Jae Hyun. Malangnya, hakim itu hanya mengangguk perlahan. Irene berasa serabut pula apabila menerima reaksi sebegitu. "Apa kena dengan hakim ni? Mati pucuk ke apa? Layan jelah aku. Masalah betullah," bisik Irene.


Irene pun mengabaikan tuan Jae Hyun yang tidak melayan dia itu. Dia berjalan menuju ke bahagian peguam bela dengan terkepit-kepit mengalahkan peragawati yang seksi. Kemudian dia menyapa tertuduh bagi kes pembunuhan bersiri Hwaesong.


Lee Chun Jae.


"So, kaulah Lee Chun Jae, pembunuh bersiri untuk kes ni. Gerun pulak aku tengok kau," kata Irene yang sedang mengamati wajah tertuduh.

Chun Jae yang berwajah penuh dengan parut kekal menjeling tajam kepada Irene. "Tak payah gerunlah. Aku rakyat Korea biasa je. Bukannya pangkat tinggi pun macam VVIP," kata Chun Jae.


Kata-kata Chunjae membuatkan Irene terkilan. Berani juga tertuduh membalas semula sindirannya. Buat kali pertama sasaran dia berani untuk bertarung dengan dia di dalam mahkamah. Seringkali tertuduh lain hanya mendiamkan diri ketika dia menyindir.


Namun Irene tidak mengalah. Dia cuba untuk mengenakan tertuduh itu lagi. Dengan nada yang agak menjengkelkan dia berkata,"Oooppss! Aku terlepas cakap ke? Tapi tak mention pangkatlah pulak. Kait apa eh? Sorrylah eh wahai tertuduh Lee Chun Jae yang disayangi oleh sidang mahkamah sekalian. Aku datang nak melawak je. Jangan terasa pulak."


Peguam bela Lucas menepuk peha Chunjae dengan lembut. Dia membisik pada telinga Chunjae, "Layan je perempuan kat depan kau. Ni memang kerja dia dalam mahkamah."

Tetapi nasihat Lucas tidak diterima dengan baik. Sebaliknya Chunjae berkata, "Ada aku kisah? Betina ni tengah mintak tapak kaki kot!"

Peguam bela Lucas mengeluh selepas mendengar Chunjae berkata. Penat dia hendak melayan anak guamnya dengan baik sekali. Mujur tahap kesabarannya masih boleh dibawa bincang lagi. Kalau tidak, memang Chunjae sedang mencari nahas.

Kembali kepada Irene, dia pun mula menyindir. Dia berkata, "Aku nak tanya. Kenapa kau bunuh orang? Kau tak ada kerja ke? Baik kau pergi tolong bini kau memasak kat rumah. Mana tahu kau boleh jadi masterchef korea."


Chunjae ingin memotong ayat Irene tetapi Irene menyambung pula. "Tapikan pak cik tua macam kau sepatutnya dah ada pekerjaan untuk sara anak-beranak kau. Tak kisahlah stabil ke tak. At least kau ada hasil titik peluh sendiri."

"Ke... kau tadah peluh kau sampai cukup satu gelas lepastu kau buat jadi air oren? Minum sendiri je?"


Madahan pedas Irene secara spontan itu mengundang tawa besar daripada para penonton. Mereka tidak pernah terfikir pula hendak mengaitkan hasil titik peluh dengan air oren yang sedap. Memang terlalu rawak sindiran itu.

Irene berkata pula, "Air oren sedap tau. Kongsilah dengan keluarga kau lain kali. Ni tak, setitik pun bagi. Tak guna punya husband."


Chunjae mengerutkan dahinya. "Kenapa kau kaitkan air oren dengan kes aku? Agak-agaklah nak jest aku pun," kata dia dengan kuat.

Alangkah terkejutnya seluruh sesi mahkamah apabila melihat Chunjae membalas semula sindiran Irene buat kali kedua. Peguam bela Lucas yang menyaksikan kelakuan anak guamnya mula berasa marah. Kata Lucas, "Layan jelah dia. Apa masalah kau?"



"Aku nak layan dia buat apa? Buang masa aku adalah," jawab Chunjae yang serabut.


Irene yang memerhatikan kelakuan Chunjae si tertuduh mula berasa tidak sedap hati. Tertuduh asyik membidas semula sindirannya. "Kena minta tolong Yoseob kalau macam ni," bisik Irene.



Kemudian Irene meneruskan mengacau Chunjae. "Kau nak main kad tak dengan aku? Hari ni aku bawa kad special tau," kata Irene.


Dia mendekatkan wajahnya pada wajah si tertuduh lalu membisik, "Aku bawa kad tarot untuk kau."


Beberapa penonton yang mendengar bisikan itu tergamam selepas mendengar perkataan kad tarot disebut. Mereka mula menyoal tujuan sebenar kehadiran Irene di sidang mahkamah ini. Sama ada dia ialah seorang jester atau seorang penilik nasib.


Peguam bela Lucas juga terkilan. Dia melihat Irene yang sedang mengeluarkan satu set kad daripada lurah dadanya. Gadis itu memang berkata benar. Dia membawa satu set kad tarot klasik untuk menilik nasib Chunjae.



"Kad tarot? Minah ni biar betul?"



Chunjae yang berasa keliru melihat kad tarot bertanya kepada Lucas, "Kad apa tu?"




Lucas membisik kepada Chunjae, "Nanti aku explain kat kau."




Irene tekun mengira bilangan kad tarot yang dibawa. Dua puluh dua keping kad. Cukup, bisik dia. Irene pun berkata, "Aku tak ada masa nak buat celtic cross spread atau tilik nasib kau yang malang. Kau anggap jelah kita tengah main poker tapi dengan satu kad je."




Irene pun merombak kad dengan begitu laju. Seperti biasa. Seperti seorang pemain kad profesional. Kemudian diletakkan dua kad di atas meja. Kata Irene, "Sebelah kiri kau punya, sebelah kanan aku punya."




Irene pun terbalikkan kad tarot di sebelah kanan dahulu. Kad bernombor sembilan iaitu kad Wheel of Fortune. Dia membuat reaksi terkejut yang berlebihan. "Wheel of Fortune? At least aku still bertuah lagi dalam kehidupan ni," kata Irene.




Chunjae menjulingkan matanya. Bertuahlah sangat, getus hatinya.




Irene pun terbalikkan kad di sebelah kiri iaitu milik Chunjae. Kad bernombor lima belas. Kad The Evil. Irene membuat reaksi terkena serangan jantung. "Kau... dapat... The Evil? Jahat... sangat... kau... ni. Kad tarot pun tak nak bagi kau chance," kata Irene.




Kemudian Irene ketawa berdekah-dekah. "Wei, aku dah shuffle kad banyak kali pun still dapat kad ni? Memang nasib malanglah kau. Lain kali bunuh orang lagi. Kalau boleh makan daging mayat tu sekali macam kes Issei Sagawa tahun 1981," kata Irene yang menyindir.




Malangnya, Irene tidak pernah terfikir bahawa Chunjae akan menyerang dia. Tiba-tiba lelaki berwajah penuh dengan parut itu berdiri lalu mencekik leher Irene. Tindakan lelaki itu menyebabkan seluruh sesi mahkamah terkejut melihat dia. Kecoh sebentar sidang mahkamah.




"KAU BUAT AKU HILANG SABAR, PELACUR! KAU NAK MATI SEBAB KENA BUNUH JUGAK KE?! TAK DE MASALAH!"




Mujur Irene sempat menarik lengan Chunjae lalu digenggam dengan kuat. Disebalik topeng, Irene merenung tajam pada si tertuduh itu. Amat Menyeramkan renungan matanya yang mengalahkan orang psiko. Boleh dibuat menjadi mimpi ngeri jika ditenung lama-lama.




"Setan macan kau nak bunuh aku? Tak payahlah wei. Nanti tak pasal-pasal kena mandatori. Hukum gantung sampai mati. Ending dia kau kena campak dalam neraka yang menggelegak panas!"




"Jester AI..."



Yoseob yang ingin mengumumkan masa sudah tinggal satu minit berasa hairan seketika. Dia terdengar suara Irene menjerit di dalam bilik mahkamah perbicaran kes Hwaesong itu. Yoseob pun mendekatkan telinganya pada dinding bilik perbicaraan itu.




"BETINA PELACUR MURAHAN MACAM KAU YANG PATUT KENA CAMPAK DALAM NERAKA!!!!!"





Irene yang terpaksa mengelat daripada Chunjae yang ingin membuka topengnya membisik pada mikrofon kecilnya yang terselit di belakang gaunnya.



"Timekeeper Soap, SOS!"



"SOS?!"



Yoseob yang menerima arahan daripada Irene mula berasa panik. Buat kali pertama dia menerima arahan sebegitu. Selama ini arahan itu hanya digunapakai oleh Jungkook dan Madam Lisa. Yoseob menggaru kepalanya.




"Lantaklah, serbu jelah bilik mahkamah," kata Yoseob. Dua memakai topeng muka berwarna hitam keemasan lalu berlari memasuki bilik mahkamah.




Pada waktu itu, suasana bilik mahkamah semakin hingar-bingar. Dengan tuan hakim sedang menjeling tajam kepada si tertuduh. Mengapa dia tidak mengetuk palu lalu menjerit "DIAM!!!!!"? Dia yang mengetuai kes perbicaraan ini. Buatlah sesuatu tuan hakim yang saya hormati....





Yoseob yang mendekati Irene menarik tangan gadis itu dengan kasar lalu ingin membawa dia keluar dari bilik itu. Namun Chunjae menghalang mereka berdua. Kata Chunjae,"Kau berdua nak pergi mana? Dah tak nak maki aku ke? Malas dah nak kacau hidup aku? Pergi mampuslah!"





Peguam bela Lucas yang berasa geram berdiri lalu melempang anak guamnya. "AKU SURUH KAU LAYAN DIA JE KAN?! YANG KAU NAK CEKIK DIA DAH KENAPA?! DAH MEMANG KAU BUAT SALAH! BIAR JELAH!" Jeritan Lucas yang bergema di dalam bilik mahkamah membuatkan para penonton di belakang semakin terkejut.






Yoseob yang melihat peguam bela serta si tertuduh itu bergaduh ingin membawa Irene keluar. Tetapi Irene melepaskan tangannya. Dia berkata, "Kenapa kau nak bawa aku keluar? Aku tak habis lagi."





Yoseob menepuk dahinya. "Masa kau tinggal satu minit je. Dahlah tengah huru-hara. Baik kau bela terus," kata dia.





"Tak, aku tak nak. Aku nak sambung kerja aku. Aku tak puas lagi kot," lata Irene.





"Tapi kau buat spontan je. Mana nak jumpa kepuasan hati kau tu?"





"At least ada jugak yang gelak tadi. Kau fikir senang nak buat spontan? Dengan kau suruh pakai kad tarot lagi. Kau buat aku ni macam tukang tilik nasib pulak. AKU JESTER, WAHAI YOSEOB YANG BODOH!"





"YANG KAU PERGI MAIN KAD TAROT TU DAH KENAPA?! KAU DAH TAHU KAD TU TAK BOLEH MAIN KAT SINI! MULUT TU DAH TAK LASER KE NAK JEST PEMBUNUH TU?! HARI TU BUKAN MAIN LAGI KAU KENAKAN PEDOFILIA NTH ROOM TU!"






"DAH DIAM SEMUA!!!!!!!!!"






Yoseob dengan Irene berpaling ke arah Tuan Jaehyun. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat wajah tuan hakim itu yang merah padam. Kesabaran yang dipendam sudahpun menghilang. Nahaslah mereka kalau begitu.





"KAMU BERDUA SI JESTER TIDAK MENGHORMATI SIDANG MAHKAMAH YANG SEDANG DIJALANKAN. TOLONG BERAMBUS SEBELUM SAYA PANGGIL POLIS," kata Tuan Jaehyun yang menjerit.







Yoseob pun memegang tangan Irene lalu membawa dia keluar dari bangunan mahkamah. Keluar sahaja dari kawasan mahkamah, mereka berdua berhenti sebentar. Tercungap-cungap nafas mereka kerana berlari tidak henti dari tingkat tiga.





Pada waktu itu, Irene baru menyedari bahawa kereta Yoseob tidak kelihatan ditepi jalan. Irene pun bertanya, "Mana kereta kau,Yoseob?"





Yoseob yang teringat akan pertanyaan Taeyong tadi menepuk dahinya. Agaknya dia sudah membawa rakan Irene ke kafe yang dia maksudkan tadi. "Taeyong bawa kawan kau pergi ke kafe. Kena jalan kakilah agaknya."






Irene yang mendengar penjelasan ringkas Yoseob membuka topeng lalu terus beredar dari kawasan mahkamah. Meninggalkan Yoseob berseorangan. Punca Yoseob mengeluh. "Sorry, Irene. Aku tak sengaja marah kau tadi," kata dia.





"Sorry kau tak diterima."




Berkerut dahi Yoseob apabila mendengar suara Irene entah dari mana. Baru dia sedar bahawa dia masih tidak mematikan mikrofon kecilnya yang terselit pada jaketnya.




Yoseob membuka topengnya lalu mengeluarkan jam randik yang masih berdetik. Dia menghentikan jam randik itu lalu meneliti durasi masa Irene jest tadi. Kurang satu saat. Yoseob tersenyum pahit.





"At least kau tak lebih sepuluh minit."


----

updated ✔

ѕησωℓιηк

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro