🃏 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Anne memerhatikan satu persatu piring di atas meja. Kemudian dia memandang kepada Taeyong. Lelaki berambut putih itu hanya tersengih seperti kerang busuk. "Makanlah. Aku belanja," kata Taeyong yang mempelawa Anne.

Anne memerhatikan semula kek pada setiap piring. Jumlah semua piring ialah lapan. Bermakna lapan potongan kek yang perlu mereka habiskan.

Mango Meringue cake

Oreo Cheesecake.

Banana cake.

Coffee cake with Mocha Froasting.

Black Forest Gateau.

Pineapple cake.

Pink Champagne cake.

Chiffon cake.

Jell - O poke cake.

Anne menggaru kepalanya. "Kau biar betul nak habiskan semua kek ni? Kalau perut aku tong besar tak pe jugak," kata Anne.

"Makan jelah. Nanti Yoseob dengan Irene datang," pujuk Taeyong lalu mengenyitkan mata pada Anne. Geli-geliman pula dibuat Anne.

Disebut nama Yoseob dan Irene, baru Taeyong teringat yang dia meminjam kereta Yoseob untuk membawa Anne ke sini. Dalam diam Taeyong mula menggelebah. Dia membisik,"Alamak, aku tak ingatlah pulak pasal Yoseob. Dia dah siap ke?"

Taeyong melirik pada jam tangannya. Sudah lebih sepuluh minit. Bermakna tugasan mereka berdua sudah pun selesai. Dia menggaru kepalanya. Apakah dia patut menghantar semula kereta ini ke mahkamah?

Taeyong pun memandang ke belakang. Kelihatan Irene baru sahaja memasuki kafe dengan wajahnya masam mencuka. Diikuti pula dengan Yoseob yang kelihatan seperti sedang frust menungging.

Ketika Irene dan Yoseob tiba di meja, Taeyong pun bertanya, "Sempat tak siapkan task tu?" Yoseob yang mendengar soalan itu mengeluh berat. "Siap tapi kami bergaduh tadi," ujar Yoseob yang kecewa.

Irene memandang kepada Yoseob lalu dijeling tajam. "Kalau kejadian tadi viral, aku salahkan kau tau," kata dia lalu menolak dahi Yoseob dengan jarinya. Yoseob yang diperlakukan begitu hanya mampu beralah. Tidak mungkin pula mereka hendak bergaduh di kafe pula. Buat malu saja.

Anne yang memerhatikan pemakaian Irene yang sedikit menjolok mata itu hairan. Dia menyuap sesudu kek coffee ke dalam mulutnya lalu bertanya, "Apasal kau pakai lingerie? Kau buat modelling ke?"

Irene yang mengambil tempat di sebelah Taeyong, mendengus. Katanya, "Yoseob salah bawak baju. Aku perform poetry slam macam ni jelah," kata dia.

Anne mengangguk perlahan. "Tak kena potong markah ke?" Irene hanya menjongketkan bahunya. "Entahlah, aku pun tak tahu."

Tiba-tiba Taeyong menanggalkan jaket Yoseob yang baru sahaja mengambil tempat ditepi Anne. Kemudian dia mencampakkannya ke arah Irene.

Niat Irene yang hendak memarahi Taeyong terus terbatal apabila lelaki berambut putih itu berkata, "Pakai jaket Yoseob. Ada geng lelaki kat belakang tengah scan badan kau."

Lantas Irene menjegilkan matanya ke arah sebuah geng lelaki kacak berpakaian serba hitam. Kemudian dia mencebik menyebabkan ketujuh-tujuh lelaki itu memandang ke tempat lain. Kedengaran mereka berbisik seperti "10jeom manjeome 10jeome!"

"Kau fikir korang 2PM ke nak buat macam tu? Harap je handsome tapi hampeh. Huh," kata Irene yang menyarung jaket Yoseob untuk menutupi bahagian lurah dadanya yang terdedah.

"Thank you, Taeyong," kata Irene.

Mereka bertiga tidak menyedari bahawa Yoseob sedang merenung kepada Irene yang menyarung jaketnya. Punca dia mengimbau kembali peristiwa dia bersama Irene di jambatan stesen Yong Dap. Ditempat dia memeluk Irene dari belakang semata-mata untuk berkongsi jaket itu.

Anne yang sudah menghabiskan empat potong kek berkata dengan mulut penuh,"Irene, kau habiskan lah kek dengan kawan kau ni. Tak berhenti termenung kat kau pulak aku tengok dia."

Taeyong yang menyedari tingkah laku Yoseob yang aneh itu mencubit pipi lelaki itu. Namun dia tidak menyangka pula bahawa Yoseob sedang menitiskan air mata. Taeyong pun menggoncangkan tubuh badan Yoseob sambil berkata,"Apahal kau menangis tiba-tiba ni?"

Irene yang menjamah kek Pink Champagne juga terkejut melihat Yoseob menangis tanpa sebab. Dia juga yang mengingati peristiwa itu hanya mendengus. "Masalahlah dia ni," bisik Irene.

"Jangan cakap yang dia menyesal sudahlah."

Taeyong memerhatikan tingkah laku Yoseob dan Irene. Seorang sedang buat tidak endah, seorang lagi sedang menangis. Dia menggaru kepalanya. Pelik juga dia melihat mereka berdua ni. "Macam ada benda yang tak kena pulak. Aku sorang je ke yang perasan?"

Taeyong memandang kepada Anne. Anne hanya menjongketkan bahunya tanda dia tidak mengetahui. Taeyong menepuk dahinya. Drama sungguhlah situasi sekarang ni. Dia pun cuba untuk menukarkan topik.

"Irene dengan Anne nak balik sekolah dah ke?"

Anne yang menghirup secawan coklat panas, terkejut mendengar soalan itu. Dia meletakkan cawan itu di atas meja lalu berkata, "Tak. Alang-alang dah ada kat sini baik ponteng je. Nanti habis sekolah aku suruh
Sooyoung dengan Hani bawakkan beg ke pagar sekolah."

Irene menggangguk tanda dia mengiyakan. "Betul jugak cakap Anne. Takkan nak balik sekolah kot? Tak pasal-pasal kena tuduh ponteng kelas," kata dia.

Taeyong mengerutkan dahinya."Tapi waktu sekolah bukan lambat lagi ke nak habis? Korang biar betul?"

"Betullah tu. Kita lepak mana-mana dulu," kata Irene.

"Kalau macam tu Anne tu apa cerita? Takkan nak pakai baju sekolah kot? Nanti kena tahan polis macam mana? Aku jugak yang nak kena tanggung korang," kata Taeyong yang menjuihkan mulutnya pada Anne.

Mereka tidak menyangka pula bahawa Anne akan bertindak diluar kawalan. Dia membuka kot uniform sekolahnya lalu dililit pada pinggangnya. Rambutnya yang diikat tocang juga dilepaskan lalu dibiarkan serabai sedikit.

Dua butang teratas pada baju kemeja dibuka. Lengan baju dilipat sehingga ke siku. Akhir sekali, dia mengeluarkan gincu daripada poket baju kemejanya lalu mengoles pada bibirnya. Bibirnya terus bertukar menjadi merah terang. Amat menggoda.

Irene yang memerhatikan kelakuan Anne menepuk dahinya. Dia tidak menjangkakan penampilan sebegini daripada rakan semejanya. Memang berlainan. "Kau memang buang tebiat, Anne," kata Irene.

"10jeom manjeome 10jeome!"

Irene dan Anne yang mendengar jeritan itu dari geng lelaki kacak tapi poyo itu berpaling ke belakang. Dijeling tajam kepada mereka yang berseronok itu. Harap saja muka kacak tetapi perangai seperti tahi ayam!

Taeyong yang memerhatikan penampilan Anne mengeluh berat. "Seksi pun seksilah. Jom pergi mall. Aku belanja movie sekali," kata Taeyong.

Sudah semesti Irene dan Anne berasa teruja. Diajak menonton wayang di kompleks membeli-belah, siapa saja yang tidak suka? Irene pun tekun menghabiskan lagi dua potongan kek.

Yoseob yang hanya berdiam diri dari tadi hanya tersenyum tipis. Diperhatikan tingkah laku Irene yang gembira itu. Alangkah gembiranya dia jika dia ialah penyebab Irene berasa gembira. Seperti dahulu.

"Aku still tak dapat lupakan memori kita yang dulu, Irene."

----

Di kompleks membeli-belah, sebelum mereka berempat pergi ke panggung wayang, Taeyong sempat membelikan Anne dan Irene pakaian kasual yang lebih selesa untuk dipakai. Irene berasa lega sedikit selepas disarung baju berlengan pendek berwarna merah itu.

Anne yang memakai sweater berwarna indigo berkata, "Banyaknya kau belanja aku. Macam mana aku nak bayar balik kat kau?"

Taeyong yang menerima pertanyaan itu tersenyum penuh makna. Dia membisik kepada Anne, "Jadi girlfriend aku." Kemudian dikenyitkan matanya kepada gadis itu.

Yoseob yang memasang telinga terus menepuk kepala Taeyong. "Mintaklah benda lain. Budak sekolah lagi kot," kata Yoseob.

Irene yang melihat Taeyong dietpuk kepala oleh Yoseob hanya mentertawakan mereka berdua. "Macam-macamlah korang berdua ni. Jom, aku tak sabar nak layan movie ni," kata Irene.

----

Di panggung wayang, mereka berempat memutuskan untuk menonton cerita berjudul 'Five Feet Apart'. Memandangkan cerita ini merupakan pilihan Anne, yang lain hanya menurut saja.

Irene masuk ke dalam teater agak lambat kerana dia terpaksa menunggu pesanan jagung bertih Taeyong. Akhirnya dia terpaksa mengambil tempat di sebelah Yoseob. "Tolong bagi popcorn ni kat Taeyong," kata Irene kepada Yoseob sambil menghulurkan sekotak jagung bertih.

Yoseob pun mengambil kotak itu lalu diberi kepada Taeyong. "Popcorn kau," kata dia sewaktu menghulurkan kotak jagung bertih kepada Taeyong.

"Terima kasih," kata Taeyong saat mengambil kotak itu.

"Kasih anda tidak diterima," balas Yoseob.

Sewaktu wayang mula dimainkan, Yoseob sempat melihat kepada Irene. Wajahnya yang masam mencuka masih sama seperti dahulu. Kecantikan yang dia pernah mengagungi tidak berubah langsung. Masih sama.

Alangkah gembiranya aku jika kisah kita juga tidak berubah.

Tiba-tiba seorang lelaki berbaju kemeja kelabu mengambil tempat di sebelah Irene. Yoseob pun berpaling ke hadapan untuk menonton wayang.

Lelaki itu yang menyedari sebelahnya ialah Irene berbisik, "Seule?" ("Sorang?")

Irene yang mengecam suara si lelaki yang bertanya itu menjawab,
"Non. Avec des amis."

("Tak. Dengan kawan.")

Suho mengangguk perlahan. Dia pun bertanya lagi,"L'amour film romantique?" ("Suka filem romantik ke?")

"Non. J'adore film d'action," jawab Irene. ("Tak. Aku minat filem action.")

Irene yang ingin mengambil jagung bertih tidak sengaja tersentuh tangan Yoseob. Dia pun memandang kepada lelaki itu. Yoseob masih memegang tangan dia. Kelakuan berani itu menyebabkan berderau seketika darah Irene. "Aku tak tahu apa....," kata Irene.

"Stay macam ni, Irene," kata Yoseob dengan lembut. Betapa tersentaknya Irene ketika mendengar Yoseob menggunakan suara sebenarnya. Suara yang menjadi halwa telinganya pada memori manis terdahulu.

Perbuatan itu punca Irene menyedari sesuatu yang Yoseob rahsiakan daripada dia. Irene mengeluh lalu berbisik,

"J'ai raison. L'amour persiste."

("I'm right. Love still linger.")

Dengan hati yang tidak rela, Irene pun kembali menonton wayang. Ingin sahaja dia melepaskan tangannya daripada Yoseob. Namun entah kenapa dengan dia, hal itu terus diendahkan. Irene membiarkan begitu sahaja. Asalkan Yoseob tidak mengacau hidupnya, itu sudah memadai.

Tiba-tiba terasa seperti kepala seseorang terlentok pada bahunya. Irene pun memandang ke sebelah kanannya. Suho sedang menyandarkan kepalanya pada bahunya. Irene mendengus dalam diam. Sebelah kiri sedang memegang tangannya, sebelah kanan pula sedang meletakkan kepalanya pada bahunya.

"Kau tak kisahkan?" tanya Suho.

"Tak," jawab Irene dengan pendek.

Seksalah nak tengok movie pun.

-----

Ketika wayang sudah hampir tamat, Taeyong saja menjenguk ke arah Yoseob dan Irene. Alangkah terkejutnya dia saat mereka berdua kelihatan sedang menangis. Malah berpegangan tangan di antara kotak jagung bertih. Dia mengggaru kepalanya.

"Apasal Yoseob dengan Irene menangis?"

Tiba-tiba Anne menyuapkan nugget yang masih panas ke dalam mulut Taeyong. Taeyong yang tergamam memandang kepada Anne disebelahnya. Anne yang tersengih berkata, "Makan."

Taeyong pun mengunyah perlahan-lahan. "Nasib baik tak panas sangat," kata dia.

Sementara itu, Suho yang masih menyandarkan kepalanya pada bahu Irene berkata, "Aku ingat nak ajak kau lunch lepas ni. Tapi aku ada hal. Lain kali je lah kita jumpa eh."

Irene menjawab, "Ya, tuan Suho." Suho yang berasa geli hati mendengar panggilan itu bertindak mengucup pipi Irene lalu berkata,
"Je t'aime, mon bébé." ("I love you, my baby.")

Ireme yang hendak memarahi Suho kerana mengucup pipinya tanpa kebenaran terkejut apabila Suho sudah tiada disebelahnya. Mendengsu Irene dibuatnya. "Tak guna punya mamat perancis celup! Boleh pulak dia cium pipi aku. Ingat apa," kata dia.

Ternyata Suho sudah beredar dari teater wayang kerana wayang sudah pun tamat. Anne yang sudah berdiri berkata, "Wei, jom makan. Aku laparlah." Taeyong yang mengeliat pula berkata, "Jom aku belanja."

Mereka berempat pun meninggalkan teater wayang.

----

Sewaktu di sebuah restoran masakan barat, mereka berempat menjamah hidangan yang dipesan dengan begitu berselera sekali. Namun tidak lagi apabila satu berita hangat bertandang ke telinga mereka.

Pada jam sembilan pagi tadi perbicaraan kes pembunuhan bersiri Hwaesong telah dijalankan di Mahkamah C. Namun kehadiran seorang jester perempuan yang berpakaian menjolok mata seperti Miss Playboy Korea telah mengundang suasana kecoh. Dia merupakan penyebab tertuduh,
Lee Chun Jae telah bertindak diluar kawalan. Bukan si tertuduh sahaja malah peguam bela Lucas Wong serta tuan hakim Jung Jae Hyun. Video situasi sesi mahkamah yang berlangsung pada pagi tadi telah menular ke seluruh dunia menyebabkan ia menjadi trending di twitter di tangga yang pertama. Setakat ini, tiada tindakan yang telah diambil bagi menyelesaikan masalah ini.

Taeyong memandang kepada Yoseob dan Irene. Dikenyit mata berkali-kali seolah-olah dia sedang memberi isyarat. Yoseob dan Irene pun segera menghidupkan telefon masing-masing. Mula menghantar mesej melalui group Whatsapp.

_______________________________________


South Korea Jester Group

31 JANUARY 2020


YONG 5991

Apa korang buat
dalam court tadi?

2.45 PM

SOAP 2002

Mula-mula okey je.
Tiba-tiba si criminal
tu attack Irene. Aku
agak sebab Irene over
sangat jest dia.

2.46 PM

AI 3002

Tolong eh. Aku just
main kad je dengan
dia. Yang dia nak
terasa tu dah kenapa.
Dah tahu buat salah,
nak marah pulak.
Masalah betullah.

2.47 PM

KEY 7991

TAE 5991, call aku
ASAP.

2.47 PM

YONG 5991

Okay, KEY 7991.

2.48 PM

_______________________________________

Taeyong memandang kepada Yoseob dan Irene dengan wajah panik. Dengan mulut dikunci, Taeyong memberi isyarat. "Aku nak jawab apa ni?" tanya dia. Irene yang berhenti menjamah chicken chop memberi isyarat. "Hentam je. Cakaplah kau tak tahu apa-apa. Nanti boleh aku explain kat dia."

"Babi, aku takutlah!"


----

updated ✔

ѕησωℓιηк

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro