33

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ahhh sakitt ! Ibuu sakit !! " . Anis sudah terdampar di dalam bilik mandi.

Airil segera ke kamar mandi setelah mendengar jeritan Anis.

Nak gelak tak sampai hati , nak membebel nanti nangis lagi . Haih macam macam perangai dia aku jumpa.

" Yang awak tercegat kat situ lagi kenapa !! Tolonglah saya ni ! " . Anis mengangkat tangan minta pertolongan.

" Baiklahh Puan ! " . Airil mencempung tubuh Anis dan diletakkan di atas katil.

" Auu slow slow . Sakitt ! " . Pinggang Anis sakit . Mana taknya jatuh bagaikan nangka busuk memanglah sakit . Tulah padah nak lari dari suami ..

" Sakit sangat ke ? Sakit kat mana ? Sini saya tengok " . Airil bersedia untuk jadi doktor.

" Takpelah . Dah okay . Dah tak sakit . Saya nak pergi mandi la " . Anis cuba larikan diri lagi.

" Boleh ke tu ? Nak saya tolong mandikan ? " . Laju Anis menolak keras.

" Saya boleh mandi sendiri okay ! " . Anis cuba bangun perlahan lahan dan menapak ke kamar mandi.

Airil menggelengkan kepala melihat karenah isterinya . Dia tersengih.

_____

" Abang , bangun makan sikit . Dari siang tadi abang tak makan apa apa " . Najwa menyuakan sesudu bubur ayam itu ke mulut Ash tapi ditolak perlahan oleh Ash.

" Abang tak lapar . Lagipun tekak abang rasa loya " . Ash memejamkan matanya kembali.

" Kalau abang sayang Najwa , please makan. Kalau abang tak makan , macam mana nak makan ubat ? " . Najwa berkeras .

" Hmmm " . Ash menyambut jua dengan berat suapan itu .

Satu suap , dua suap , tiga suap . Suapan yang seterusnya Ash terus menolak . Perutnya terasa sebu .

Ashraf meneguk sedikit air dan terus baring . Badannya letih .

" Sayang , tolong picitkan kepala abang . Kepala abang sakit " . Ashraf terus mengambil tempat dengan meletakkan kepalanya di atas riba Najwa.

" Haa~sedapnyaa rasa " . Ashraf senyum dengan wajah yang pucat.

" Sakit sakit pun ngada ngada lagi !" .

" mana ada ngada ngada . Kepala abang memang sakitlah . Takpe lah kalau sayang tak sudi" . Ashraf terus bangun .

" Laa Najwa bergurau je . Janganlah merajuk ". Ashraf diam . Najwa memerhatikan Ashraf yang cuba berdiri dan terus bergerak ke luar bilik.

" Abang nak pergi mana ? " . Tanya Najwa .

Ashraf terus berjalan meninggalkan Najwa .

Ashraf bergerak ke ruangan tempat Ashraf selalu menyiapak segala kerjanya.

Dia duduk di kerusi .

Laptop dibuka .

" Banyaknya email. Makin berlambak lah nanti kalau aku tak siapkan sikit sikit " . Ashraf membebel sendirian sambil memicit kepalanya sendiri.

...

" Takkan merajuk ? Selalunya dia tak kisah pun kalau aku cakap macam tu " . Najwa duduk di birai katil sambil berfikir.

________

" Tya ! Awak kat mana ? Awak awak kat mana ?! " . Macam nyanyi jee Iyaz ni .

" Saya kat dapur. Saya saya kat dapur " . Amboi Tya membalas .

" Sayang buat apa ni ? Cuba duduk diam diam depan mata abang . Abang risau tau kalau tak nampak sayang walaupun sekejap " . Iyaz memeluk Tya dari belakang.

Tya memusingkan badan menghadap Iyaz.

" Amboi amboi amboi suami Tya ni bukan main bergula ye ! Sweet talker " . Tya sengih jahat.

" Ini bukan masalah gula or garam ke , tapi this is all about heart baby ! Apa boleh buat kalau hati ni dah terlampau sayanggg pada awak " . Hidung Tya dicuit.

" Iyaa Tya tahu abang sayangkan Tya sebab Tya pun sayangkan abang gila gila !" . Tya mencubit kuat hidung Iyaz sehingga dia mengaduh. Merah sudah hidung Iyaz ..

" Auchh ! Tak apa lah . Tak kisahlah walau sesakit mana pun , abang akan endure it sebab abang tahu sakit ni tak setanding dengan sakit parut yang Abang pernah buat pada Tya kan " . Airmuka Iyaz berubah sayu . Dia tertunduk . Kadang kadang dia terasa malu dengan dirinya sendiri.

Tya memandang tepat ke dalam mata Iyaz .

" Abang , Tya dah taknak ingat perkara tu . Lagipun semua manusia pernah buat silap kan . Tya taknak terus terus dihantui perasaan trauma dan takut ni " . Tya menggenggam erat tangan Iyaz.

" Okay promise tak mention lagi !" . Iyaz akan tangan ala ala gaya berikrar.

" Sayang nak masak ke ? " . Tanya Iyaz . Dah nampak orang tengah basuh sayur lagi tanya .

" Taklah . Nak buat hantaran!"

" Oh hantaran untuk abang kahwin lagi satu eh ? " .

" Berani madukan saya , siap abang !" . Tya menghadiahkan cubitan ketam yang penuh dengan kasih sayang di pinggang Iyaz.

" Hehehe okay tak tak . Sayang sorang je dah cukup bagi abang " . Iyaz sengih . Tya mencebik.

[][][][]

" Abang nak pergi mana ni ? " . Najwa yang datang dari dapur pelik melihat suaminya siap berkemeja .

" Office . Ada kerja sikit " . Ashraf mencapai kunci kereta dan menyarungkan kasut.

Najwa menyambar lengan Ashraf.

" Abang dah sihat ke ? Najwa tengok pucat je ni . Tak payahlah pergi . Najwa risau " . Ujar Najwa..

" Abang okay " . Ashraf terus meloloskan diri masuk ke dalam kereta. Tiada ciuman di dahi Najwa seperti biasa.

' Takkan merajuk lagi ? '. Najwa memerhati kereta Ash hingga hilang dari pandanganya.

{}{}{}{}

" Abang Nawfal ~ " . Ujar seorang gadis yang entah datang dari pelosok mana . Dengan skirt ketat paras lutut , baju yang ibarat macam lutsinar .

" Risya ! This is hospital ! Please respect me ! " . Ujar Zhafran geram apabila Risya dengan selamba memeluk Zhafran dari belakang. Zhafran melepaskan tangan Risya yang melilit pinggangnya.

" Ala Abang Nawfal ni . Why so serious ? Risya rindukan abang tahu tak " . Risya meletakkan tangannya melingkari leher Zhafran.

Zhafran berasa tersangat geli dengan minah ni . Dari dulu sampai sekarang tak berubah.

Sebenarnya Risya ni sepupu Zhafran . Risya pernah meluahkan perasaannya kepada Zhafran tetapi Zhafran buat tak endah kerana masa itu Risya hanyalah seorang gadis yang berumur 18 tahun.

Setelah 3 tahun berlalu , Risya juga telah menamatkan pelajarannya , dia kembali untuk menagih cinta dari sepupunya , Zhafran Nawfal.

" Now , abang nak Risya balik rumah dulu , nanti kita sembang panjang panjang dekat rumah okay ! " . Zhafran terus meloloskan diri.

Risya pantas menarik lengan Zhafran .

" Tapi Risya datang sini sebab nak ajak abang lunch . Promise lunch je ! Lepas lunch , Risya tak kacau abang lagi " . Risya tayang muka seposen.

Zhafran mengerling jam di tangan . Memang sekarang waktu lunch . Zhafran mengeluh . Lambat lambat dia mengangguk .

Risya tersenyum kemenangan.

" Naik kereta abang . Risya malas nak drive " .

Deringan lagu di handphone Zhafran mematikan langkahnya.

Awak ! Saya dah sampai .
Saya dah ada depan hospital ni .
Tapi saya tak nampak awak pun !
*Zhrh

Err saya tak boleh keluar . Ada emergency case .
Sorry tak dapat teman awak lunch .
*Zhafran

Saya .. saya dah nampak awak .
Terima kasih sebab menipu saya!
*Zhrh

Zhafran terus menoleh dan melihat Zhrh berada tidak jauh dari dirinya.

Ditambah lagi dengan tangan Risya yang erat memaut lengan Zhafran telah cukup membuatkan hati Zhrh hancur berkecai. Perasaannya bercelaru .

Zhrh terus berlari meninggalkan kawasan hospital.

Zhafran meraup mukanya kasar.

" Risya pergilah balik . Abang dah tak ada mood nak lunch . Sorry " .

Risya yang blur hanya memerhati Zhafran pergi .

_____

" Anis ! Dia .. dia ada perempuan lain ! Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri ! " . Zhrh terus memeluk Anis erat setibanya dia di rumah Anis.

" Wei calm down . Jom masuk dulu " . Anis membawa Zhrh masuk.

Setelah beberapa minit bercerita..

" Kau ada pergi tanya dia siapa girl tu ? " . Anis bertanya persis detektif.

" buat apa aku nak tanya . Dah sah sah perempuan tu pegang lengan Zhaf . Confirm tu girlfriend dia !" . Zhrh menegakkan apa yang dia lihat.

" Ermm ... betul jugak ek . Kalau tu bukan girlfriend dia buat apa dia menipu kau kan " . Anis meletakkan tangan di dagu tanda berfikir.

" Hati aku sakit sangat ni Anis . See dia langsung tak call aku ! At least call lah aku beri penjelasan ke apa ke !". Zhrh mengesat airmatanya laju.

Anis menggaru kepala.

" Anis . Apa yang bising bising ni " .

" ANIS !! "










🌻B E R S A M B U N G🌻




Vote
&
Comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro