34

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"ANIS!! Aku ingatkan kau sorang sorang dekat rumah !! Kenapa kau tak beritahu aku yang laki kau ada kat rumah ?!! " . Zhrh memandang Anis yang blur.

" Dah kau tak tanya . Kenapa ? Airil tak boleh tahu ke ? " . Tanya Anis .

" Bukan macam tu . Apa apa je lah ! Eh Airil . Selama ni kau berkawan dengan Zhafran ada ke dia keluar dengan perempuan ? " . Zhrh beralih pandangan memandang Airil.

" Ada . Dengan kau " . Airil gelak.

" Anis , izinkan aku sepak laki kau ni boleh ?!" . Anis turut gelak mendengar jawapan Airil.

" kalau selain kau .... hah ada . Mak dia !! " . Airil gelak lagi kuat . Anis mencubit lengan Airil .

" Jawablah betul betul cik abang oii !" . Anis menjeling sekilas.

" Iyalah . TAK ADA . itu yang aku tahu dan nampaklah . Manalah tahu kann " . Airil angkat kening. Dia menyambung menonton drama di TV.

" Walau apa pun , aku taknak kau buat keputusan melulu . Better kau talk face to face dengan dia " . Anis mengutarakan cadangannya.

" Hurmm " . Zhrh menyandarkan kepalanya di bahu Anis.

[][][][]

" Kau kalau tak reti nak buat proposal baik tak payah kerja dekat sini ! Makan gaji buta je ! Sekarang ni kau berambus dan buat balik semula ! Buang masa aku je !! " . Satu office dengar akan suara singa boss mereka.

Sejak akhir akhir ini , Izran banyak mengamuk sahaja . Semua nak perfect . Dia sudah berbeza sekarang. Kata orang, Cinta Tak Kesampaian.

Izran terus mencapai telefon bimbit dan menuju ke keretanya.

Dia perlu release stress.

Izran memandu dengan had laju yang melebihi sepatutnya tanpa arah tujuan . Fikirannya menerawang entah kemana.

___

" Alah kenapalah radio era fm ni mainkan lagu ni !! Huarghh !! ". Airmata Zhrh mengalir deras ibarat air terjun apabila mendengar lagu yang dimainkan di radio era fm . Zhrh mula menghayati setiap lirik lagu itu.

Sering diriku dihantui bayanganmu
Sering diriku merasakan kau disini

Sampai bila ku yang harus diganggu
Sampai bila kau yang harus ku rindu
Mengapa pergi kau hancurkan hati ini

Mengapa masih ku menunggu
Mengapa masih kau disitu
Jika untuk menyakitiku
Pergi kau jauh dariku

Mengapa tidak kau selami
Tulus hatiku mencintamu
Lemah nadiku melihat dirimu bersamanya

Meski kau pun tahu ku kekasihmu
Sampai hati kau mengkhianati jiwaku
Kau hancurkan cinta kau leburkan semua
Kisah kisah kau dan diriku

Meski ku bertahan tahan
Sambut cintamu
Kau terangi jiwa ini
Lembut hatimu hidup dan matiku
Hanyalah untukmu

Sudah ku tahu
Tak akan kembali
Hancur hatiku
Untuk selamanya

Meski ku bertahan tahan
Sambut cintamu
Kau terangi jiwa ini
Lembut hatimu hidup dan matiku
Hanyalah untukmu

Sudah ku tahu
Tak akan kembali
Hancur hatiku
Untuk selamanya

Sudah ku tahu
Engkau bidadari
Selamat tinggal
Untuk selamanya
Terpisah kau dan diriku
Hanya Tuhan yang tahu

" Huarghh !! Sampai hati awak, Zhaf ! Saya ni tak pernah broken sebab lelaki tau ! Ini tak boleh jadi ! Aku kena buat sesuatu !! " . Nombor telefon Anis pantas didail.

Tut tut

Zahirah :
Aniss !! Please temankan aku !! I need someone !!
Kau je yang tahu aku kalau stress buat apa .
Aku ... aku BROKEN !!!

Aniss :
WOI !! Janganlah jerit jerit !! Ha  iye iye kejap aku minta izin Airil .
Meet kau kat port biasa kita lepaskan tension!

Zahirah :
Okay ! See u there . Bye

Anis :
Okay , byee

{}{} within 30 minutes {}{}

" Ya aku dah sampai . Kejap la aku baru keluar kereta . Susah dapat parking lah . Hish tak reti sabar ke ?! " . Anis mengunci kereta dan terus berjalan menuju ke port FANZ selalu lepak release stress.

" Anis ? " . Mendengar namanya disebut , Anis terus menoleh melihat si gerangan yang melaungkan namanya.

" Oh , Izran " . Anis membalas dengan nada biasa . Setelah dia berkahwin , ini kali pertama dia bertemu empat mata dengan Izran.

" Awak apa khabar ? Makin berseri saya tengok awak " . Izran menguntum senyuman terpaksa.

" baik , alhamdulillah . Awak ? " . Jawab Anis. Awkward lah pulakk.

" Saya macam ni je lah . Masih mencari yang layak bertakhta di hati . Saya ingatkan awaklah gadis yang layak bertakhta di hati saya tapi mungkin saya yang terlambat mengambil langkah menjadikan awak sudahpun menjadi milik orang lain . Andai saya mampu memutarkan balik masa ,... " .

Anis memotong , " Ermm Izran , sorry tapi saya kena pergi . Saya ada hal . Sorry . Byee " .

Tanpa melengahkan masa , Anis berjalan meninggalkan Izran.

Izran memerhati langkah Anis .. Hati mana yang tak hancur bila gadis yang dicintainya menikah dengan lelaki lain .

"Cinta itu memang perlukan pengorbanan tapi AKU TAK AKAN SESEKALI MENGORBANKAN CINTA AKU UNTUK MANUSIA MACAM AIRIL AFIFAN ! Kau tunggu . Hari dimana Anissa akan menjadi milik aku bakal tiba ! "

×××××

" Weii kau pahal nampak serabai ?!! " . Anis mengelap sisa aiskrim di bibir Zhrh.

" Anis ! Harini aku nak makan sepuas yang boleh ! Tugas kau adalah MEMBAYAR SEMUA MAKANAN AKU ! " . Zhrh tiba tiba berdiri.

Anis mencebik sebelum tersengih . " Ceh ! Tengah pokai tapi nak makan tempat best best ! Iyalahh aku bayarkan . Start NOW ! " .

Zhrh terus memanggil pelayan untuk memesan makanan.

Table yang muat untuk 6 orang itu penuh dengan pesanan dari Zhrh seorang . Anis menelan airliur dan menghirup hotchocolate dengan pandangan mengejutkan .

Sedang memerhatikan Zhrh makan , Anis terfikir satu idea yang bernas.

Anis meminta izin ke tandas sebentar.

Nombor telefon Zhafran pantas didial.

Tut tut..

ZHAFRAN :
Hello , Anis . Ada apa ?

ANIS :
Kalau kau rasa kau ada sesuatu yang kau nak explain pada Zhrh ,
Datang ke  De Latte Cafe sekarang !
Kalau kau tak ada apa apa yang perlu di jelaskan ,
then kau tahukan meansnya , Zhafran.

ZHAFRAN :
Thanks Anis ! Sekarang jugak aku ke sana !

END CALL

" Zhrh , aku nak pergi reload kredit kejap . Kau tunggu sini eh " . Ujar Anis.

" Kau jangan larikan diri eh ! Kau ingat , kau kena bayar semua ni ! " . Jawab Zhrh risau.

" Iya aku ingat . Kejap jee ! Selagi aku tak sampai , kau jangan pergi dari sini . Faham ?! " . Anis memandang Zhrh tajam.

" Eih kau ni menakutkan aku pulak . Iya aku tunggu kau . Jangan lama lama ! " .

Anis mengangguk dan terus melangkah ke luar .

Diluar , Zhafran telah sedia tercongok menunggu masa.

" Aku kasi chance , bro . Buktikan pada Zhrh yang semua tu tak betul . I want to trust you bro! ". Ujar Anis sebelum pergi.

Memang betul Anis perlu membeli topup kerana topupnya telah habis digunakan tadi .itupun tinggal saki baki. Maklumlah Nur Anissa ni jenis malas nak reload kredit .

Anis berdiri di tepi jalan untuk melintas .

Belum sempat dia melintas , ada sebuah kereta mewah bewarna merah berhenti tepat dihadapannya.

Dua orang lelaki keluar dari kereta dan menekup mulut Anis .

Anis cuba sedaya upaya untuk meloloskan diri namun gagal apabila kepalanya terasa pening dan berat . Perlahan lahan matanya terkatup . Dunianya menjadi gelap.

Anis di bawa masuk ke dalam kereta . Kereta itu memecut laju.

Kebetulan , ada seorang wanit yang melihat adegan itu cuba membantu namun dia terlambat .

Wanita itu mengutip beg tangan dan barang barang Anis yang berterabur.

Seketika , telefon milik Anis berdering tanda panggilan masuk.

' Hubby Afif '








🌻B E R S A M B U N G🌻




Vote
&
Comment









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro