Bab 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AKU lihat Sarah sedang khusyuk memeriksa lejarnya ketika aku masuk ke dalam bilik kami. Agak tebal akaun yang perlu diperiksanya. Aku melangkah senyap kerana tidak mahu mengganggu tumpuannya.

"Lamanya pergi lunch, Tasha?" tegur Sarah. Eh! Perasan pula dia aku dah masuk. Aku jeling jam di dinding bilik. Uiks! Tak perasan dah 2.30 petang! Sesudah aku congak baru perasan, aku juga hilang dari pejabat ini hampir dua jam.

"Encik Syahrun pelawa I lunch dengan dia dan kakak dia pun ada, nak tolak segan pula," balasku.

"Wah! untungnya, you. First day kerja dah duduk semeja dengan anak-anak bos," ucap Sarah. Terangkat keningnya bila mendengar aku makan semeja dengan Najah dan Kak Safi.

"Alamak... Telefon bunyi pula. Sekejap ya, Sarah..." Telefon bimbitku yang berbunyi menghentikan perbualan kami seketika. Nombor telefon umi tertera di skrin.

"Assalamualaikum, umi... Rindu Tasha ke?" soalku girang.

"Waalaikumussalam... Rindu, risau semuanya ada. Tasha dah lunch?"

"Dah umi, dengan abang tadi..." jawabku seakan-akan berbisik, bimbang didengar Sarah.

"Itu aje yang umi nak tanya. Balik pukul berapa ni?"

"Mungkin lambat sikit kut. Nanti Tasha call umi kalau Tasha balik lewat, sebab hari ni Tasha kena belajar guna payroll systems."

"Okeylah, sayang. Take care."

"You too umi, love you!" Aku simpan semula telefon bimbitku ke dalam tas tangan. Aku kembali mencuba sistem yang sedang aku pelajari. Najah menyediakan satu akaun ujian untuk aku guna bagi memahirkan diriku dengan sistem itu. Aku mencubanya beberapa kali sehingga aku mampu untuk mengingati setiap langkah yang perlu.

"Macam mana Tasha, boleh guna sistem tu?" tanya Puan Khalijah yang sedang berdiri di sebelah Sarah. Aku terlalu khusyuk mencuba sistem itu sampai tidak menyedari kehadirannya di bilik ini.

"Alhamdulillah puan, saya sedang menyesuaikan diri dengan sistem ini. Sekarang nak familiarize and memorize all those steps."

"Good, Tasha. I am sure you can do it,"

Aku kembali dengan tugasku dan aku mula menyukainya. Dengan bantuan dan dorongan dari Najah, semua kerja menjadi mudah. Aku menyanyi kecil sambil menyemak hasil kerja yang telah aku cetak.

"Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati."

Berpantun pula Si Sarah ini. Aku tersenyum memandang teman baruku itu. Sarah mengingatkan aku kepada Emily Aishah Fitzgerald, teman akrabku merangkap kakak angkat Najah.

"I rasa Encik Syahrun tu memang suka dengan youlah, Tasha."

"Isy... Sarah ni, I baru aje masuk kerja hari ni. Manalah tahu dia dah ada buah hati? Tak pandang pada I ni. Bukan setaraf pun dengan dia. You dengar tak pagi tadi dia kata rindu buah hati dia?"

"Dengar... Hmmm, panjang umur dia. Baru sebut dah muncul," rujuk Sarah kepada Najah yang telah pun terpacak di hadapan bilik kami. Dia tidak masuk, hanya menjengah dari pintu.

"Macam mana, Tasha? Boleh?" tanya Najah dari luar bilik.

"Alhamdulillah, setakat ini tak ada masalah."

"Anything, you just give me a call. I need to go out for a while... I'll be back in two hours time," pesan Najah kepadaku. Dia memberikan 'sign' telefon sebelum berlalu pergi. Aku pasti dia akan menelefonku sebentar lagi. Sarah memerhatikan aku.

"Amboi... Siap beritahu kat you yang dia nak keluar sekejap. Dia bagi you nombor telefon ke?" tanya Sarah ingin tahu. Aku keluarkan business card Najah dari dalam laci lalu aku tayangkan kepada Sarah.

"Macam ada apa-apa aje..." usik Sarah.

"Cinta sudah berputiklah tu..." sambungnya lagi.

"I dah ada buah hatilah, Sarah. Kami sama-sama study di UK dulu. Jadi jangan gosip I dengan Encik Syahrun tu, ya? Haaa... Baru cakap, buah hati I dah call. Sekejap ya, Sarah." Aku pantas menjawab panggilan dari Najah.

"Abang..."

"Sayang... Susahnya nak cakap dengan dia. Dah boleh guna sistem tu belum?"

"Dah... Kan abang dah ajar dulu... Tasha tinggal mahirkan diri aje. Abang nak pergi mana ni?" tanyaku dengan suara yang perlahan.

"Jumpa Johan kat site, ada masalah kat sana. Tasha tunggu sampai abang balik nanti, ya? Kita pergi apartmen Kak Safi dulu..."

"Hmmm... Nak buat apa pergi rumah Kak Safi tu?" soalku nakal. Najah ketawa besar mendengar usikanku. Ketawa nakalnya sentiasa mengundang rindu dalam hatiku membuatkan aku ingin selalu di sampingnya.

"Abang rindu baby, abang nak jumpa babylah..." ucap Najah lagi. Aku faham benar dengan maksudnya.

"Okey... Nanti kita jumpa lepas office hours, Tasha ada kerja sekarang ni."

Berkat ketekunan menghafal dan mencuba, aku kini dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan sistem itu. Aku sudah tidak risau lagi. Fail-fail peribadi pekerja yang aku semak satu per satu telah pun aku kembalikan ke tempat asalnya. Kabinet fail itu aku kunci sebelum aku terlupa. Aku akan sentiasa ingat pada pesanan Puan Khalijah, aku bukan sahaja memegang amanah Puan Khalijah tetapi maruah Najah juga perlu aku jaga. Aku mengerling jam di komputer, sudah pukul 5.30 petang. Janji Najah padaku sebelum keluar tadi dia akan pulang dalam masa dua jam. Namun kelibatnya tidak kunjung tiba. Hatiku mula resah.

"Tasha... Tak mahu balik ke?" tanya Sarah yang sedang bersiap-siap untuk pulang.

"Ada kerja sikit lagi ni, Sarah... Sekejap lagi kut..." balasku. Sebenarnya aku sedang menunggu Najah. Dia sudah berjanji akan pulang ke pejabat dan kami akan sama-sama ke apartmen Kak Safi.

"Tak apalah kalau macam tu. I balik dulu ya... Esok kita jumpa lagi."

"Ofis ni tutup pukul berapa, Sarah?"

"Sampai malam pun Menara Ansar ni masih berpenghuni... Tapi janganlah lewat sangat Tasha, pasal...Nanti momok keluar," kata Sarah, konon-kononnya hendak menakutkan aku.

"Momok Latif I minat... Dia kelakar..." jawabku selamba.

"Bukan Momok Latif pelakon tu... Tapi hantuuu..."

Sarah cepat-cepat mengambil beg tangannya dan mengunci laci meja. Macam ada hantu betul-betul yang sedang mengejarnya. Aku ni penakut juga tapi selagi hari masih terang, aku tak takut sangat.

"Kenapa tak ke bilik ambil kunci?" tanya Kak Safi yang tiba-tiba muncul di bilikku. Terkejut aku dibuatnya. Sudahlah tadi Sarah warning aku pasal hantu!

"Tasha tunggu Najah sebenarnya ni, kak. Dia kata nak balik ke pejabat tapi sampai sekarang pun tak sampai-sampai."

"Dia tunggu Tasha kat sana," ucap Kak Safi sambil menyerahkan kunci apartmennya kepadaku. Terharu aku dengan sikap yang ditunjukkan oleh Kak Safi. Dia begitu prihatin tentang aku dan Najah.

"Thanks, Kak Safi.

"Tasha baliklah dulu jumpa dia kat sana. Excited sangat suara Najah masa dia call tadi," beritahu Kak Safi. Dia turut memberikan aku alamat apartmennya, juga direction untuk sampai ke sana. Aku tak pernah memandu ke JB sendirian sejak aku pulang ke mari, apatah lagi dengan jalan yang sudah banyak berubah, aku boleh sesat di bandar kelahiran aku sendiri!

Aku memandu menuju ke Petri Condo yang terletak di Jalan Tun Dr. Ismail, berhadapan dengan Selat Tebrau. Berpandukan dengan tunjuk arah yang diberikan oleh Kak Safi tadi aku selamat sampai ke mari tanpa tersesat. Apartmen mewah ini, hanya 15 minit pemanduan dari Menara Ansar. Blok-blok apartmen warna putih menghadap Selat Tebrau dikawal ketat. Oleh kerana ketiadaan pelekat kenderaan, aku tidak dibenarkan masuk oleh pengawal. Maka terpaksalah aku menelefon Najah.

"Abang... Guard tak kasi Tasha masuk," rengekku di hadapan dua orang pengawal keselamatan yang bermisai tebal itu.

"Kesiannya sayang abang. Kena jemur kat panaslah ni, ya? Alahai..." usik Najah.

"Abang... Tasha serius ni, kalau tak boleh masuk, Tasha baliklah..."

"Janganlah merajuk, sayang. Abang turun kejap lagi belasah guard tu. Berani dia tak bagi menantu Tan Sri Hanafi Al-Bakri masuk, nak kena sangatlah tu."

"Dia mana tahu Tasha ni menantu papa... Papa pun tak tahu yang Tasha ni menantu dia," balasku.

"Ya tak ya juga... Sayang tunggulah, sekejap lagi abang sampai..."

Aku masuk semula ke dalam kereta yang aku letakkan di luar pagar. Sudahlah penat, panas lagi... Guard tak kasi masuk pula!

Tidak sampai lima minit Najah muncul di pos pengawal. Dia bertemu dengan dua orang pengawal yang bertugas. Entah apa yang dia bualkan dengan pengawal keselamatan berdua itu, tersengih-tersengih dia dari tadi.

"Isy... Buat muka sepuluh sen pula... Tak cantiklah..." tegur Najah ketika membuka pintu kereta.

"Sorrylah, sayang... Abang terlupa nak inform kat guard tadi. Kalau tidak Tasha boleh terus masuk..."

"Tasha penat, abang..."

"Abang tahu... Biar abang drive..."

Najah memandu keretaku menuju ke tempat meletak kenderaan berbumbung. Dari situ kami berjalan kaki menuju ke lif. Najah merangkul pinggangku lalu memelukku dengan erat.

"Abang rindu sangat dengan sayang," bisik Najah ke telingaku. Laluan menuju ke unit apartmen Kak Safi yang agak privasi itu membolehkan Najah melakukan apa sahaja yang dimahukannya. Aku merelakan setiap perlakuannya. Najah membuka pintu rumah itu untukku.

"Masuk, sayang. At this moment, inilah istana hinggap kita," bisiknya nakal. Aku memerhati sekeliling, rumah itu mendapat sentuhan klasik Inggeris yang sangat aku gemari.

"Abang boleh bagi Tasha rest kejap tak? Tasha penat sangat ni," rayuku kepada Najah yang tidak mahu melepaskan aku dari pelukannya. Seperti selalu Najah tidak pernah memaksa. Sikapnya itu sentiasa membahagiakan aku.

"Sorry sayang, take your time... Abang ke dapur buat air untuk sayang. Nak air apa?"

"Air kosong aje..." Najah melepaskan rangkulannya dan menuju ke ruang dapur. Aku pula merebahkan diri di atas sofa empuk warna putih. Aku cuba untuk melelapkan mataku yang mula perit akibat seharian melihat skrin komputer.

Najah datang tidak lama kemudian dengan membawa segelas air putih untukku. Tanpa dipinta jari-jemarinya ringan memicit tubuhku yang lesu.

"Kalau duduk rumah aje kan lebih baik, boleh masak untuk abang," ujar Najah sambil memicit lenganku. Aku memejamkan mata membayangkan keadaan itu.

"Sayang dengar tak apa abang cakap ni?" tanya Najah sambil menarik hidungku.

"Sakitlah, bang... Tahulah hidung dia mancung."

"Kalau kita ada anak kan sayang, muka dia biar bujur sirih macam sayang, hidung mancung macam abang, bibir comel macam sayang, rambut lurus macam sayang..."

"Lagi?"

"Lagi... Biar tinggi lampai, bijak macam mummy dan daddy dia."

"Manja macam mummy dia..." sampukku pula.

"Hmmm... Yuppp, manja macam mummy dia. Itu yang buat daddy rindu selalu dengan mummy. Kan mummy?" ucap Najah sambil mengusap perutku, kemudian dia meletakkan kepalanya di perutku sebelum menciumnya berkali-kali. Aku tahu Najah sukakan kanak-kanak. Ketika kami menuntut dulu Najah begitu rajin mengunjungi teman-teman kami yang sudah berkeluarga dan bermain-main dengan anak-anak mereka.

"Abang nak baby ke?" tanyaku yang masih lagi terbaring di atas sofa panjang. Rambut Najah yang lurus dan ikal itu kuusap dengan penuh kasih. Dia mengangguk beberapa kali.

"Kalau ada baby hidup kita lagi complete, sayang..." balas Najah.

"Tapi kalau Tasha pregnant, Tasha kena berhenti kerja, bang. Abang dah sedia nak bagi tahu mama dan papa abang? Nanti kalau mama dan papa abang tak boleh terima Tasha macam mana?"

Najah tidak menjawab. Aku tahu fikirannya ligat memikirkan langkah seterusnya. Aku tidak mahu pertemuan kami petang itu menjadi kacau dengan permasalahan itu.

"Kalau kita ada anak, tak adalah nanti Tasha sunyi bila abang tak ada..." ucap Najah tiba-tiba sambil memandang sayu wajahku. Aku tahu Najah memang inginkan zuriat untuk melengkapkan kehidupan kami.

"Tasha pun nak anak bang tapi bukan sekarang kut. Tasha nak kerja dulu... Tunggu lepas semuanya selesai baru kita bincang pasal anak ya, bang?"

"Sekarang tak boleh ke?"

"Sekarang?"

"Ya, sekaranglah, sayang..." bisik Najah di telingaku. Aku mengambil kesempatan itu lalu mengucup pipi Najah dengan penuh kasih. Tanpa banyak bicara Najah mendukungku dan membawa aku ke bilik. Aku menjerit kerana terkejut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro