AMUNDSEN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sarah dan Syafiq melongo didepan kedai alat ganti yang masih belum ada tanda-tanda yang ia akan dibuka. Sejam telah berlalu dan tiada siapapun yang datang seperti yang dijanjikan.

"Kalau kita makan dulu tadi dah siap dah. Bila entah nak buka kedai ni." Sarah mengomel. Kakinya menguis lantai yang tidak sedikit pun berdebu.

Tidak semena-mena, seorang budak lelaki berlari dan hampir saja melanggar Sarah. Dia mahu marah tetapi terperasan sesuatu. Bukan budak lelaki itu saja yang berlari. Ramai yang mengikutnya dari belakang. Sarah mengangkat bahu kearah Syafiq yang seolah bertanya tanpa kata.

Mereka berdua kemudian turut mengikuti gerombolan orang menuju ke medan pasar.

Puluhan orang berkerumun dihadapan gerai ramen, menyuakan telinga pada set komunikasi yang sedang menyebut sesuatu tetapi tidak jelas dek kerana hingar-bingar orang ramai.

Sekali jurus, mak cik kedai ramen itu melaungkan suara menyuruh diam lalu terdiam semua kaku tidak menyebut sebutir perkataan.

Dia menguatkan suara set komunikasi itu.

"Pada jam 1331H waktu Ceres, Armada Persekutuan memusnahkan kapal saudagar Carpentaria. Semua anak kapal dan penumpang tewas. Sampaikan kepada semua koloni dan kapal-kapal saudagar lain. Armada sedang memburu."

Kata-kata itu diulang sekali lagi. Ada beberapa orang gadis terjelopok ke lantai setelah mendengar berita itu. Ada seorang tua mengalirkan air mata. Kalangan orang yang lain saling bercakap, cuba memahamkan situasi yang sedang berlaku.

"Ada kena mengena dengan kita ke?" Syafiq menyoal. Sarah menggelengkan kepala, tidak tahu jawapan sebenar.

Selajur Fazrul dan Afoo juga berada dalam gerombolan orang ramai didepan kedai ramen.

"Sarah, balik ke kapal. Hidupkan sistem dan enjin. Kita kena gerak sekarang!" Fazrul memberi arahan.

Seorang lelaki bertubuh besar dan tinggi serta berjambang tebal memegang bahu Sarah. Sarah kaget. Fazrul dan Afoo membuka langkah silat, siap untuk sebarang kemungkinan dengan lelaki gergasi itu.

"Ternyata kamu semua ada kaitan dengan apa yang berlaku di Ceres. Kamu dari KASTURI kan?" ujar lelaki itu.

"Kalaupun kami terlibat apa kena-mengena dengan anda?" Fazrul mencengkam tangan lelaki Norska tersebut mahu dia melepaskan Sarah.

"Aku Amundsen. Aku kira kau perlukan pertolongan aku tapi jika kau tak ada apa-apa perkaitan dengan Ceres dan Carpentaria maka aku takkan ganggu kamu semua."

Afoo dengan pantas mencelah.

"Berapa banyak peluru berpandu dan torpedo yang kamu ada. Kami nak semuanya."

Mata Fazrul membuntang mendengar usul Afoo. Dia tak cukup kredit untuk bayar semua stok senjata berat yang dimahukan Afoo.

"Itu kapal aku, SKUDD. Nampak macam kecil tapi lebih dari mampu untuk jahanamkan kapal penjajap Armada Persekutuan. Ikut aku."

"Nanti." Fazrul masih curiga dengan lelaki Norska bernama Admunsen.

"Kenapa tiba-tiba nak tolong kami. Saya pun tak kenal anda."

Amundsen hanya tersenyum.

"Dalam dunia kita ini, ramai orang yang tak buat apa-apa. Tapi kamu Kapten Fazrul, adalah orang yang bangkit dan melawan penindasan. Kamu selamatkan saya dan mak cik tu semasa Insiden Alekseyev. Saya takkan lupakan suara kamu."

Mak cik kedai ramen tadi datang menghampiri.

"Sebab kamu, kapal kami sempat tinggalkan Stesen Alekseyev."

Buat baik dibalas baik. Tetapi perbualan antara Fazrul dan Amundsen sedikit pun tidak difahami Sarah dan Afoo. Syafiq lebih tertumpu pada keriuhan medan pasar yang tiba-tiba berubah suasana. Gerai-gerai yang tadi meriah tiba-tiba ditutup. Peniaga mengemaskan barangan mereka dalam keadaan kelam-kabut. Anak-anak kecil dipanggil oleh ibu mereka untuk balik ke rumah.

"Capt ada benda jadi ni. Semua orang pakat cabut dah ni!"

Amundsen melihat skrin paparan utama yang terletak ditengah-tengah medan pasar. Penderia stesen mengesan sepuluh buah kapal penjajap Armada Persekutuan menuju kearah Stesen Ricardo dengan kelajuan maksimum.

"Kamu semua tak punya banyak masa. Mereka tahu kamu ada disini." ujar Admunsen.

Mereka semua bergegas menuju kearah kapal milik Amundsen. Fazrul lekas menghubungi Asyraf, menyuruhnya menyiapkan kapal untuk berlepas. Sarah dan Syafiq berlari menuju kearah KASTURI sementara Afoo dan Fazrul mengikut Admunsen rapat dari belakang.

"Kontena nombor 5202, 821 dengan 9269. Semua tu ada benda yang kamu perlukan."

Mereka bertiga bekerja dengan pantas. Lengan pendakap magnetik yang melekapkan kotena tersebut dilepaskan satu persatu. Di hujung dermaga, Asyraf mengemudi KASTURI sehingga betul-betul rapat dengan Skudd. Syafiq yang berada diatas geladak utama mengendalikan lengan kren dan menangkap kontena dari Skudd.

"Terima kasih Amundsen. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa anda."

Amunsden tersengih, kemudian ketawa terbahak-bahak.

"Sebenarnya saya yang terhutang budi dengan kamu Kapten Fazrul, malah berhutang nyawa. Pertolongan saya ini apalah sangat."

Fazrul dan Afoo berpaut pada kontena terakhir sebelum ia diangkat dan dimuatkan kedalam KASTURI.

Amundsen melambaikan tangan, kemudian menunjukkan tanda bagus sebaik KASTURI mengubah haluan dan keluar dari dermaga Stesen Ricardo.

Sebaik KASTURI melepasi pintu dermaga, Fazrul tiba di anjungan. Dia mencari kedudukan kapal-kapal perang Armada Persekutuan, kemudian menyuruh Asyraf menuju kearah yang dia tetapkan.

"Tapi capt kita ni terus tuju kat depa. Capt gurau ke apa?" Asyraf masih ragu-ragu dengan keputusan Fazrul. Kalau diikut arahan itu, bagai ditelan mati emak, diluah mati bapak.

"Ikut je Asyraf. Jangan dakwa-dakwi!"

Sementara itu, Amundsen bergegas ke anjungan. Dia membuat panggilan komunikasi.

"Aku dah jumpa kapal yang diburu Armada Persekutuan. Aku yakin mereka ada kargo yang kita cari. Kita jumpa di Farbauti. Kita akan bincang lagi disana."

Setelah itu Amundsen menghidupkan reaktor enjin kapalnya, kemudian bersiap-siap untuk berlepas. Dia sempat mematikan transponder, tidak mahu kapal kecilnya nanti dikesan oleh radar kapal-kapal Armada Persekutuan.

Bilamana Skudd melepasi pintu gerbang Stesen Ricardo, satu sinaran cahaya biru muda menerangi ruang angkasa. Tahulah dia yang KASTURI atau KELANA sudah menggunakan senjata elektromagnetik yang diberinya kepada mereka tadi.

Amundsen menolak pendikit enjin dan mengemudi kapal kecilnya menuju ke medan asteroid Lingkaran F. Disana dia akan ketemu seseorang yang penting untuk aturan rencana yang seterusnya. Skudd meluncur pantas meninggalkan Stesen Ricardo, meredah ruang hampagas secara siluman.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro