CERES

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Orbit sekitar Ganymede penuh dengan jujukan kapal saudagar angkasa yang menunggu giliran untuk berlabuh. KELANA yang dikendali Asyraf dan Syafiq mencelah kumpulan kapal saudagar tersebut dengan penuh gaya.

Fazrul bersama Afoo meneliti laluan yang telah disiapkan oleh Asyraf, menanda kawasan panas aktiviti lanun angkasa yang sekarang semakin berani membajak kapal-kapal saudagar. Sarah masuk ke anjungan dengan sut angkasa dan topi keledar tersemat dipinggang.

"Capt, AKR dah siap pasang," seraya Sarah menekan beberapa punat pada meja digital dan menunjukkan lima laras senjata projektil sedia untuk mempertahankan KELANA.

"Cuma Capt, stok peluru kita kena tambah lagi." ujar Afoo. Fazrul berkalih.

"Asyraf,nanti tolong tempah lagi peluru dekat Aseng sebelum sampai Eros. Bagitau dia ETA kita dekat Eros siap-siap."

Asyraf memberi tabik.

KELANA kini menghampiri gerbang tachyon yang menghubungkan Ganymede dengan koloni-koloni lain di Sistem Suria. Ganymede sahaja mempunyai 5 gerbang utama dan 2 gerbang sekunder.

Ratusan kapal angkasa menghampiri gerbang-gerbang tersebut untuk ke destinasi seterusnya, bagaikan kereta yang berderet menunggu giliran di plaza tol lebuhraya.

Asyraf lekas-lekas mencapai pelaung.

"Tuan-puan sekelian. Disini Asyraf, pegawai panduarah anda yang paling kacak dialam semesta. KELANA kini menghampiri gerbang Ceres dan akan mula memasuki ruangan tachyon dalam masa sepuluh minit."

"Sila pastikan semua barangan anda telah disimpan rapi untuk mengelakkan sebarang kerosakan. Sila ambil tempat duduk, pakai tali keledar dan tunggu arahan selanjutnya. Terima kasih kerana terbang dengan KELANA AIRWAYS."

Kalangan anak kapal tersengih dengan gelagat Asyraf yang kadang-kala memang suka berseloroh. Fazrul menggelengkan kepala sambil tersenyum. Ada masa-masa, Asyraf akan legakan ketegangan. Kerja sebegini sentiasa menyebabkan seseorang berada dalam tekanan melampau, jadi ada ketika penting untuk ada seseorang yang boleh bergurau dan berseloroh.

"Ok capt, giliran kita nak masuk tachyon.

Asyraf menekan pendikit tujahan enjin lalu membawa masuk KELANA menerusi gerbang tachyon.

Sekelip mata KELANA hilang dari ruang angkasa Ganymede dan kini muncul berhampiran dengan Ceres.

Fazrul membuka tali keledar dan menuju kesebelah Asyraf. Dia ternampak sesuatu yang bukan kebiasaan di Ceres.

"Kenapa ada banyak kapal perang dok orbit Ceres?"

"Bukan calang-calang kapal tu capt, semua kapal perang Persekutuan. Raja Haji Fisabilillah, Awang Alak Betatar, Raja Jarom, Seri Pahang, Daeng Parani, K. Thanabalasingham, Merong Mahawangsa, Engku Busu eh semua kapal-kapal kapital Persekutuan lah senang cerita capt. Bukan calang-calang ni," ulas Asyraf.

Ceres jarang sekali dilawat oleh Armada Persekutuan, kerana ia satu-satunya koloni merdeka dalam Sistem Suria dan tidak tunduk pada kekuasaan Persekutuan Bumi mahupun Republik Marikh. Persekutuan hanya menghantar kapal saudagar mereka untuk mendapatkan bekalan air mentah dari lombong-lombong ais Ceres.

"Capt, Kawalan Ceres beritahu kita kena tukar dermaga. Dermaga kita tempah kelmarin ada kapal Persekutuan," ujar Afoo.

"Ni semua punca kita lambat nanti. Kawalan ada bagitau ke apa sebab Persekutuan hantar kapal perang banyak-banyak dekat Ceres?"

Afoo hanya menggeleng.

"Ok Asyraf bawa kapal kita masuk."

KELANA bergerak perlahan melepasi kapal-kapal penjajap Armada Persekutuan menuju ke dermaga Ceres. Susun atur kapal perang yang merentangi pintu masuk dermaga koloni itu seakan tindakan sekatan perdagangan. Fazrul berasa aneh kerana tiada apa-apa berita mengenai Ceres yang memungkinkan Armada Persekutuan bertindak sedemikian.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro