KELANA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kerja bongkar muat kontena hampir selesai. KELANA hanya menunggu masa untuk berlepas dari dermaga Ganymede dan menuju ke Ceres, destinasi mereka yang seterusnya.

Asyraf berjalan seiring dengan Fazrul menuju ke anjungan, disapa oleh Sarah yang merupakan ketua jurutera mereka.

"Capt enjin dah siap. Tunggu nak jalan je. Enjin nombor 3 pun dah siap baiki. Semua ok."

Fazrul menunjukkan tanda bagus.

"Nanti naik anjung kejap Sarah, ada benda nak cakap sikit dengan kamu dan Afoo sebelum kita keluar," pesan Fazrul.

Sarah mengiyakan dan menuju ke kamar jentera.

KELANA kapal yang sederhana besar, dikendali oleh 6 orang anak kapal sahaja. Tapi ada masa tertentu, Fazrul menggaji lebih ramai anak kapal.

Asyraf telah berkhidmat dengan Fazrul sebagai pegawai panduarah sejak dari awal KELANA dibeli olehnya. Gajinya sedap. Kerja juga tidak terlalu memenatkan. Tidak seperti dengan syarikat-syarikat perkapalan saudagar lain. Fazrul hanya ada satu kapal. Dialah pemilik kapal dan dia juga pemilik syarikat. Kapalnya itu jugalah pejabat syarikat.

Sarah juga seperti Asyraf, telah bersama dengan Fazrul dan KELANA sejak dari mula sebagai jurutera yang sangat cekap. 

Kontena terakhir dimuatkan diatas geladak, menandakan urusan bongkar muat selesai. Fazrul meneliti carta elektronik sementara Asyraf menyelesaikan kertas kerja pelepasan kastam dan kebenaran keluar pelabuhan.

"Capt Fazrul, ni cargo manifest mintak Capt tandatangan," ujar Asyraf.

Fazrul meneliti senarai nombor kontena serta jenis komoditi yang disimpan didalamnya. Satu nombor kontena menangkap perhatiannya.

"Kenapa kontena 4929 ni tak ada nama pemilik?" soal Fazrul kepada Asyraf.

"Entah Capt tapi Kastam bagi lepas. Dia tulis situ isi dalam nenas MD20, cili dengan tomato untuk hantar ke Bianca. Saya suruh si Syafiq tengokkan kontena tu, dia kata memang isi dalam sayur dengan buah," jelas Asyraf.

Fazrul berteleku diatas meja carta elektronik. Dia mengerut dahi. Selama dia berdagang, tak pernah lagi orang hantar barang dagang tanpa menyatakan nama pemilik, dan destinasi yang ditetapkan pula bukan destinasi kebiasaan.

"Nanti periksa sekali lagi dengan Kastam pasal kontena ni. Betul ke memang takda pemilik. Kita tak nak nanti ada masalah dekat tempat lain," jelas Fazrul.

Asyraf mengangguk dan terus berlalu untuk menghubungi Kastam.

Sementara itu Sarah muncul dimuka pintu anjungan bersama Afoo, pegawai laksana dan orang kedua penting KELANA. Jika Fazrul tiada, Afoo akan memangku jawatan nakhoda.

"Ada apa Capt panggil kami," soal Sarah.

"Lepas kita sampai ke Ceres, kita singgah Eros, Beltrovata dengan Seneca. Semua ni koloni perlombongan jadi nak kena jaga-jaga sikit sebab lanun pun banyak."

Mereka berdua mengangguk, kemudian Afoo berkata, "nanti saya dengan Sarah siapkan AKR, lepas tu geladak utama tu kita tutup. Syafiq dah cat kelabu hatchcover kita tu kelmarin, ada la nampak macam kapal perang sikit."

"Ok mantap. Afoo nanti tengokkan kontena nombor 4929 ni. Pantau kerap sikit sebab kontena ni macam pelik."

"Pelik macam mana tu, sebab tengok macam ok je." celah Afoo sambil meneliti sistem kargo dan kontena yang disebut Fazrul.

"Pelik sebab kita tak tahu siapa punya, lepas tu kita kena hantar ke Bianca. Tu dekat Uranus sana tu jauh tak ingat."

"Kastam kata kontena tu tak ada masalah. Cas pun paling mahal sekali sebab ada bonus jalan jauh, jadi kita untung Capt!"
Asyraf yang berada disudut anjungan berseloroh.

Afoo, Sarah dan Fazrul saling berpandangan.

"Baguslah tapi perhati je 4929 tu. Den rasa tak sedap hati, macam ada orang nak kenakan kita," ujar Fazrul sambil memeluk tubuh dalam keadaan dahinya masih berkerut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro