apocalypse : 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tak sanggup, aku tak sanggup. Aku patutnya dah agak yang Aisyah menipu bila dia kata dia sayang aku sepenuh hati. 

Aisyah, teman wanita aku yang pertama sepanjang hampir empat tahun aku bersekolah menengah. Aku yang terlalu buta dengan cinta, tak dapat mengesan tipu helahnya yang mempergunakan aku sebagai tempat dia bermain sahaja selepas teman lelakinya, Jefri, tamat Sijil Tinggi Beryl tahun lepas. 

Hari ni, hari mereka ambil keputusan. Tingkatan 4 dan 5 perlu berada di dewan untuk dapatkan semangat kononnya. Tapi aku, di sini, di sebuah pondok dalam ladang kepala sawit belakang sekolah. Makin buta kalau duduk kat dalam dewan sana tengok dia gedik gedik dengan Jefri. 

Lagu Lookalike nyanyian Conan Gray dimainkan pada volume paling kuat pada kotak muzik aku. 

Aku selalu terfikir, kenapa aku susah sangat nak bercinta macam kawan-kawan aku yang lain? Aku bukannya hodoh, hensem sangat tu tak lah tapi ada lah juga rupa. Jawline 120 darjah. Mata aku ni sekali kenyit boleh buat perempuan tumbang. Rambut aku dah setting baik dah, aku suruh barber tu gunting ala-ala barat.

Apa yang aku takda?

"Aku rasa kau kena improve communication skills," - terngiang-ngiang kata Ahmad di telinga aku. 

Perempuan tak pernah try aku, memanglah taktahu aku ni boleh bercakap.

Dalam kejiwangan, tiba-tiba aku rasa tanah bergetar. Lagu yang aku mainkan tadi mati. Protokol buka lagu apa kat dewan sampai ke ladang gegarnya? 

Telefon aku juga kehilangan signal, batu-batu di sekliling aku mula meloncat setinggi paras pinggang aku. Dalam beberapa detik, segala yang di tanah melonjak ke langit dan apa yang di atas mencium tanah. 

Kelapa sawit jatuh berguguran menghentam tanah. Bunyi bangunan konkrit jatuh berderai juga menyentuh gegendang telinga aku. Api meletus tidak jauh dari tempat aku duduk. 

Asap tebal berkepul di merata tempat, mengkaburkan cermin mata yang aku pakai. 

prakk!

Pondok yang aku duduki sudah roboh, membuat punggung aku terhentak ke tanah dengan momentum yang tinggi. Tiada apa yang boleh aku lakukan selain memeluk tubuh yang menggigil ketakutan. Badan aku yang tidak seimbang juga mengalami inersia. 

Tidak jauh dari tempat aku duduk, ada rekahan tanah yang makin lama makin besar hingga membelah tanah kepada dua. Meninggalkan lohong panjang di antaranya. 

Aku cuba untuk bangun tapi gegaran bumi ini terlalu kuat, tulang tulang aku tidak dapat mengekalkan kestabilan. Aku kembali duduk dari cubaan merangkak yang juga tak berjaya bila semua benda mengalami kehancuran di keliling aku. Sekarang ni aku cuma berharap pokok-pokok yang sedang tumbang di keliling aku tak menghempap aku. Aku taknak mati dalam keadaan yang sadis. 

Bila aku kembali duduk, aku teringatkan segala dosa aku yang belum sempat aku taubatkan. Air mata sendu mengalir sederas air terjun sebelum aku ━ pap! ━ pitam dihempap kelapa sawit. 


--------------------

setelah sekian lama. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro