truth or dare : 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Aku sedang menyiapkan laporan yang perlu dihantar pada esok pagi apabila kawan-kawan aku memanggil dari meja guru di belakang kelas.

"Mier, TOD jom!"

Aku memberi sentuhan terakhir pada laporan ke-8 sebelum turut sertai mereka. "Kejap, kejap!" Aku menarik sebuah kerusi ke meja guru.

Botol air mineral sukahati sudah terbaring di tengah-tengah meja. Leia memusingkan botol tersebut. Pusing, pusing, pusing, akhirnya penutup botol mineral menghala ke Rey.

"Truth or Dare?" 4 pasang mata fokus pada Rey.

"Truth," jawabnya dengan yakin.

Kyle merapati telinga aku lalu membisikkan sesuatu. Aku tergelak dan bisik kepada Leia dan Poy.

"Berapa banyak kali kau pernah kencing dalam pool waktu training?" soal Poy selamba.

Wajah Rey cuak.

"10 seconds atau truth kau automatically jadi dare!" Teriakku.

"Fine! Banyak kali. More than 2 for every training." Rey terpaksa mengaku kerana dia tahu kegilaan rakan-rakannya dengan 'dare' yang sumpah daring gila.

Kami semua tergelak terbahak-bahak. Siapa sangka Rey yang athletic dan nampak profesional 24 jam pun ada perangai tak senonoh, kan?

"Ah, korang ni saja nak kenakan aku. Kalau kau tanya swimmer lain pun sama lah jawapan diorang," jawab Rey dengan tak puas hati. "Dah, dah. Turn aku pula pusing botol." Rey memutarkan botol di tengah meja.

Botol akhirnya berhenti menghala ke arahku. Oh tidak. Rey merapatkan kedua belah tapak tangannya,melaga jari-jarinya.

"Dare," kataku.

Wajah Rey berubah seolah-olah baru mendapat habuan lumayan. "Serius?" soalnya tak percaya.

"Yeeeee," balasku.

Rey berjoget-joget dan menepuk tangan di udara macam baru tertelan ecstacy. "Dah lama aku tunggu nak kenakan kau, Mier." Rey kembali duduk.

"Cepatlah, apa dare nya?" Yang lain turut memerhati Rey yang hyper tiba-tiba.

"Aku dare kau mingle dengan budak baru kelas Neptune untuk sebulan je," jelas Rey dengan selamba.

"No way, he's mine!" Jerit Leia. Memang, Leia akan jatuh suka pada semua budak baru tak kira senior atau junior. Namun begitu, semua tu bertahan seminggu je sebelum dia claim 'aku taknak fikir pasal cinta, its too early.'

Kyle dan Poy tidak memberi sebarang reaksi, hanya memerhati keadaan.

Aku pula masih bingung. Mingle kepala hang lah Rey.

"Diam ah kau, Leia." Rey memandangku semula. "So, macam mana? Sebulan je. Tak termasuk dengan proses mingle-ing tu lah." Rey cuba meyakinkan aku.

"Syed...macam mana?" laju sepatah nama itu meniti di bibirku.

"Oh come on, Mier. Syed tu kan best friend kau je. Korang sendiri cakap. Aku rasa tak effect apa pun kat korang nanti. Im pretty sure he'll be happy kalau kau happy," tegas Rey lagi.

Masalahnya, happy ke aku? Either way, you only live once.

"Sure, why not?" Satu sengihan terbit di bibir.

-----------------------------

tumpang lalu, basic cliche bitch nak lalu.

what do u think happen at the end of this ToD?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro