Part 34

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hai guys. Sorry semalam tak update. Bad Mood. Bila badmood nak buat apa pun serba tak kena . Haha. So hari ni update awai sikit. Hehe. Jangan lupa tinggalkan komen tau!

" Semua sila berkumpul sekarang!"

Dengar suara itu, aku terkocoh-kocoh berjalan ke arah tempat orang berkumpul. Sampai mengah aku dibuatnya. Aku tercari-cari kelibat Adira. Tapi tak nampak. Aku dah terlambat. Tidur lewat sangat semalam. Terfikir sangat fasal Faiz. Kan dah terbangun lewat pagi ni. Haih!

" Duduk dalam kumpulan masing-masing."

Aku tergaru-garu keningku yang tidak gatal. Kumpulan? Kumpulan apa pula ni? Aku dah pening! Aku tengok sekeliling. Semua orang dah mula bergerak cari kumpulan sendiri. Manakala aku masih berdiri tegak di kalangan mereka. serius aku blur!

" Lis!"

Aku tertoleh ke kiri. Nampak je muka Adira pantas aku lari ke arah dia. Mujur dia cari aku.

" Kau pergi mana?!" Bentakku geram.

Adira tersengih.

" Makan dulu tadi. Tu la kau. Siapa suruh bangun lambat sangat."

Giliran aku pula tersengih.

" Tak sengaja. Sekarang kita nak buat apa? Semua orang ada kumpulan. Habis kita?"

" Tu la kau. Sebab kau bangun lambat habis semua data kau tak dapat. Kita ni kan ajk. So tak payah terlibat. Nanti kita bantu je diorang."

Aku buat muka faham. Aku menganggukkan kepalaku sedikit. Baru faham. Haha. Hadam Lisa hadam.

" Tu! Asal tercegat lagi dekat situ? Buatlah kerja."

Dengar dah suara tegas dia tu. Aku pandang Adira dengan muka meluat. Adira hanya tersengih. Sebab dia dah tahu kalau dengan aku mesti mamat tu berubah 100%. Aku hanya mampu tahan sabar.

" Dia ni memang tak reti sabar erk?" Soalku apabila kelibat Ammar lalu. Lebih pada menyoal pada Ammar.

" Haha. Tak juga. Ikut keadaan."

Aku mencebik. Benci. Dengan lemah lembutnya aku mendekati dia. Dah semua ajk kena pergi dekat dia. So mahu tak mahu kena jugalah.

" Ha!"

Tu. Kenapa pula tu. Siap tengok aku lagi. Dengan muka kering dia. Asal? Nak cari fasal?

" Kau berdiri sebelah aku. cepat!" Arahnya dengan tegas.

Aku yang mendengar hanya menurut tanpa sepatah kata. Sememangnya aku dah penat nak lawan mulut dengan mamat ni. So, layankan je la. Mujur Adira berdiri sebelah kanan aku. Faiz ni pula sebelah kiri aku.

" Faiz!"

Kami semua terus menoleh ke belakang saat mendengar nama Faiz dipanggil. Dan kelihatan seorang perempuan yang nampak gedik pada pandangan mata aku menghampiri Faiz. Sebab nampak macam tak sabar nak berdepan dengan Faiz. Dah kenapa?

" Yes Hanis? Any problem? Group awak ada masalah?"

Aku buat muka meluat. Dengan orang lain punyalah berlembut. Tapi dengan aku? Benci la!

" Saya nak join group awak boleh? Group saya tak sporting lah." Adunya dengan senyuman menggoda.

Serius. Aku yang tengok ni pun nak termuntah weh. Aku terus senggol siku Adira. Ammar yang sedar reaksi aku terus berdiri belakang aku.

" Siapa tu? Gediknya." Bisikku pada mereka berdua. Tapi pandangan kami masih tertumpu pada mereka.

" Itu Hanis. Anak salah seorang pensyarah kolej kita. Tapi pensyarah tu tak ikut." Jelas Ammar bagi jelas.

Aku senyum senget. Patutlah. Ceh!

" habis kenapa yang gedik sangat dekat Faiz?" Sambung Adira pula. Maybe dia pun tak puas hati kot.

Ammar menjongketkan bahunya.

" Setahu saya dulu si Hanis ni tergila-gilakan Faiz. Tapi Faiz buat tak tahu je. Rasanya dah satu sem Hanis ni tak kacau Faiz. Tup tup dia datang balik. dan tak sangka dia terlibat sama dalam program ni." Jelas Ammar lagi.

Aku terdiam. Tak sangka kau ramai peminat Faiz. Rasa macam tak layak je nak berdiri sebelah kau. Dan rasa macam tak layak je nak cintakan kau. Layak ke aku?

" Jangan fikir sangat Lisa. Yang penting kita tahu hati dia macam mana." Suara Ammar lagi bagai dapat baca hati aku.

Aku tersenyum hambar. Terima je kata-kata dia tanpa membantah. Hilang terus mood aku nak sertai program ni.

" Hanis. Faiz."

Ammar dah kembali pada tempat dia. Aku menjauhkan sikit diri aku daripada Faiz. Tak ada hati nak dekat. Atau kau akan dapat jelingan percuma si Hanis tu.

" Aku rasa kita kena mulakan cepat. Hanis. Baik kau pergi balik tempat kau. Tak malu ke terhegeh-hegeh macam ni?"

Aku dan Adira tersentak. Tak sangka Ammar akan cakap macam tu. si Hanis tu pun apa lagi sentap la dia. Sampai berubah terus rona muka dia. Tanpa sepatah juga dia terus berlalu daripada situ.

" Ammar. Asal kau cakap dekat dia macam tu?"

Aku senyum sinis. Haih. Macam ada orang yang tak puas hati je ni?

" Aku rimas. Kau tak rimas ke?"

" Dia datang pun sebab aktiviti. Tu je."

Ammar menarik senyuman sinis.

" Cakap jela dia datang sebab kau. Huh!"

Terus Ammar berlalu. Aku dan Adira yang melihat hanya mampu terdiam. Maybe Ammar pun dah hilang sabar dengan sikap baik sangat si Faiz tu.

" Dah. jangan berlengah."

Aku dan Adira terus memulakan tugas bila dia dah keluarkan arahan. Daripada dia terus jadi panas baik jangan panaskan dia lagi. Huh!

**

" Okay dik. Terima kasih."

Arh! Leganya! Selesai juga kerja mengemas. Dengan bantuan adik-adik yang peramah lagi manis orangnya. Haha. Sempat lagi kau kan? Aku tengok sekeliling ruang kapal itu dengan puas hati. Yala. Dah bersih la katakan. So memang puas hati!

Elok saja aku nak bergerak ke arah kawan-kawan aku yang lain. Tiba-tiba bahu aku dirempuh seseorang. Sampai aku hampir tersungkur ke depan. Mujur aku sempat berpaut pada besi penghadang. Aku merengus geram. Siapa yang nak cari fasal dengan aku ni?

Aku pantas berdiri tegak dan menoleh ke belakang. Oh! Rupanya Hanis. Aku menarik senyuman sinis. Dah tak ada modal kot sampai datang sini kacau aku.

" Nak apa?" Soalku dengan lembut. Kang kalau kasar dicop sombong pula.

Dia buat muka menyampah. Eh! Asal pula ni? Memang nak cari fasal dengan aku ke?

" Jauhkan diri kau daripada Tengku Faiz. Kau tak layak pun nak berdiri sama tinggi dengan dia." Ujarnya keras sambil senyum sinis.

Aku tersentap. Tapi tidak semudah itu untuk aku mengalah. Aku turut mengukirkan senyuman sinis.

" Oh. Tak tahu pula aku semua orang berkawan ikut pangkat." Sindirku lantas berlalu daripada dia. malas nak tunggu lama-lama.

" Hey! Aku tak habis cakap lagi la!"

Belum sempat aku nak melangkah lebih jauh. Sekali lagi bahu aku ditarik kasar oleh Hanis. Dan tanpa dipinta aku hampir saja tergelincir gara-gara tarikan kasar Hanis tu. mujur ada orang sempat tahan aku daripada jatuh.

" Kau okay?"

Dan suara itu terus membantutkan niat aku untuk ucapkan terima kasih. Cepat-cepat aku tolak lengan dia dan memandang ke arah Hanis. Hanis dah terkejut tengok Faiz muncul secara tiba-tiba.

" Saya pergi dulu."

Cepat-cepat aku berlalu sebelum Hanis cari fasal lagi dengan aku. Cukuplah. Aku dah penat dengan semua ni.

" Lisa! Kau tunggu!"

Aku mengeluh kecil. Nak apa lagi si Tengku ni? Aku toleh sekilas ke belakang. Hanis masih berdiri statik pada tempatnya tanpa menoleh ke ke arah aku.

" Kenapa?" Soalku dari jauh. Tak la jauh. Lima langkah je pun.

" Malam ni aku nak jumpa kau. Nak cakap sikit. Tau!"

Aku terdiam. Dah kenapa nak jumpa aku pula? Last-last aku hanya mengangguk kecil dan meninggalkan situ. Tak faham. Apa yang sedang terjadi sebenarnya ni? Arh! Lantaklah!

**

Faiz POV

Makanan yang dijamah depan mata aku dipandang sepi. Selera aku telah lama mati bila terkenangkan keadaan Lisa. Memang aku langsung tak terfikir untuk makan pun selain minum. Ini pun Ammar dan Wan punya kerja. Suruh aku turun kantin. Tapi buat apa dah aku tak makan.

" Bro. Makanlah sikit. Dah dua minggu Lisa tak sedarkan diri. Dua minggu juga kau jarang makan. Makan pun sikit sangat. Kau tak boleh macam ni Faiz. Kau sedang seksa diri kau tau tak?" Tegur Ammar dengan rasa tak puas hati.

Aku mengeluh kecil. Aku tahu mereka terlalu ambil berat akan aku.

" At least makanlah sikit bro. bagi tenaga. Nanti kau nak jaga dia lagi. Kau tak kesiankan Lisa ke? Kalau dia tahu kau tak makan confirm dia sedih." Wan pula bersuara.

Aku tersenyum hambar. Mereka memang faham aku. Mereka memang kawan baik aku duani akhirat.

" Aku tak ada selera la Wan. Mar." Luahku sambil tengok nasi yang terhidang depan aku.

Nasi ayam punya sedar. Favourite pula tu. Tapi selera aku patah. Tak menarik aku untuk makan pun.

" Paksa diri kau. Kalau tak kau tak ada tenaga. Please bro." Pinta Wan pula.

Aku gagahkan diri mencapai sudu dan mengambil sikit nasi dan masukkan ke dalam mulut aku. Perlahan-lahan aku makan lalu menelannya. Nak masuk suapan kedua macam sukar je. Aku pandang mereka dengan muka simpati.

" Tak ada. Kau kena habiskan juga." Jawab Ammar bagai mengerti maksud aku.

Aku mencebik. Wan pula dah tertawa kecil. Maybe tergelak dengan jawapan Ammar.

" Yelah! Aku paksa diri aku makan."

Akhirnya suapan demi suapan aku masukkan ke dalam mulut. Sampai pinggan tu licin tanpa ada sebutir nasi pun. Ammar dan Wan yang tengok dah menarik senyuman lebar. Mana tak nya dah aku habis makan. Mereka setia tunggu aku sampai habis makan.

" Ha! Macam tu la. Kan elok." Puji Ammar dengan sengihan.

Aku meneguk air kosong sampai habis. Lepas tu aku terus menyembamkan muka pada meja. Perut tiba-tiba rasa sakit.

" Eh! Kau asal?" Wan nampak pelik.

Aku menekan perut aku dengan kedua-dua tangan. Aku dongak melihat mereka dengan senyuman perit.

" Sakit." Ujarku lantas kembali menunduk.

" Aku dah kata kan sebelum ni. makan dan makan. Ikut time. Tengok! Sekarang kan gastrik kau dah datang balik. Haish." Bebel Ammar lantas berdiri di sisi aku. Wan pun sama.

" Sorry. Tapi aku sakit lah!" Geram aku dengan bebelan Ammar.

" Tahu pun sakit. Jom kami tolong kau pergi jumpa doktor."

Aku cuba bangun dengan bantuan Ammar dan Wan. Tengok! Sampai nak berdiri pun susah. Cukup-cukuplah kau menyusahkan kawan-kawan kau Faiz! Degil!

" Maaf!"

Suara garau itu menyentakkan kami daripada terus melangkah. Berdirinya seorang lelaki dengan pakaian polis berdiri depan kami. Bersama senyuman kecilnya. Ammar dan Wan dah tunduk memandang aku. Aku pula kabur-kabur dapat tengok dia. Rasa sakit makin mencengkam.

" Ada apa ye encik?" Soal Ammar bagi pihak aku.

" Boleh saya jumpa dengan encik Tengku Faiz?"

Aku tersentak. Nama aku tu.

" Ye saya." Dengan sisa semangat yang masih ada aku menyahut panggilannya.

" Boleh tak saya jumpa dengan encik sekejap? Ini ada kaitan dengan Malissa Datuk Ismail."

Dum! Tak sempat nak jawab aku terlebih dahulu tumbang sebelah Ammar.

" Ya Allah! Faiz!"

**

" Kenapa polis tu nak jumpa Faiz?"

" Entah. Aku pun tak tahu. Tapi ada kaitan dengan Lisa. Aku rasa mesti tentang kemalangan ni."

Aku tersedar saat terdengar suara-suara orang berbual. Bila aku buka saja mata, kelibat Wan dan Ammar ada depan mata aku. Aku pandang mereka dengan rasa ingin tahu.

" Guys." Panggilku perlahan. Barulah mereka menoleh ke arah aku.

" Alhamdulillah. Kau dah sedar. Kau tak sakit dah kan?" Soal Wan.

Aku hanya menganggukkan kepalaku lantas bangun duduk. Tiba-tiba aku teringat fasal polis tadi.

" Guys. Tadi ada polis nak jumpa aku kan? Mana dia?"

" Ada dekat luar. Tengah bercakap dengan abang Lisa."

Aku pantas turun daripada katil. Nak jumpa dengan polis tu. Tambah-tambah ada kaitan dengan Lisa.

" Eh! Kau tak sihat lagi la!" Ammar cuba menghalang.

" Aku okay. Dah sihat. Please bagi aku jumpa polis tu." Pintaku dengan wajah merayu.

Ammar mengeluh kecil. Maybe pasrah dengan sikap degil aku ni.

" Ye la. Jom."

Mereka berdua pimpin aku sampai ke luar bilik wad. Dan aku dapat lihat dua orang polis sedang berbual dengan abang Mahfuz. Bila mereka kelibat aku, dua orang polis tu menghampiri aku. Abang Mahfuz berdiri belakang mereka.

" Encik Faiz dah okay?" Soal salah seorang polis.

" Saya okay. Boleh saya tahu kenapa encik nak jumpa saya?"

" Sebenarnya tentang kes kemalangan Cik Malissa."

Aku tersentak.

" Kenapa? Bukan ke kemalangan ini tidak melibatkan sesiapa?"

Aneh! Sebab kereta Lisa terlanggar pokok. Bukan kereta orang. Tak langgar sesiapa pun.

" Ya. Tapi punca sebenar kemalangan ni adalah brek. Brek tak makan. Saya yakin cik Malissa menekan brek dengan kuat time tu. tapi kereta masih laju. Kami dah buat soal selidik. Dan kami dapati wayar brek kereta Cik Malissa dah terputus. Mungkin terputus waktu Cik Malissa tekan brek tu."

Penerangan panjang lebar daripada polis itu benar-benar membuatkan aku nak terjatuh. Aku terkedu. Aku tak sangka ada orang berniat jahat dekat Lisa. Ingatkan fasal dia Lisa kemalangan. Kalau bukan sebab aku Lisa tetap akan kemalangan. Ya Allah!

" Tapi kenapa beritahu dia?" Suara Ammar ingin tahu.

" Sebab kami dapati panggilan terakhir mangsa adalah encik. Dan kami juga dapati ada ni."

Polis itu menghulurkan aku secebis kertas yang ada darah. Aku capainya dengan tangan yang terketar-ketar. Dekat kertas tu ada tulisan berdarah.

Faiz. Tolong. Han..

Terlepas kertas itu daripada pegangan aku. Terlalu sukar untuk mempercayai semua ini. Lis!

" Jadi. Kami rasa ada orang cuba nak menganiayai dia. Encik ada musuh ke sebelum ni?"

Aku pandang Ammar dan Wan silih berganti. Aku menggeleng hampa.

" Tak ada. Saya rasa tak ada pun encik." Balasku lemah.

" Kalau macam tu kami akan cuba siasat sampai dapat siapa pelakunya. Kami balik dulu. terima kasih kerana berikan kerjasama."

Selepas polis-polis tu berlalu. Aku yang sudah tidak mampu berdiri terus terduduk dengan rasa kecewanya. Abang Mahfuz datang menghampiri dan duduk melutut depan aku. wajahnya juga nampak kecewa seperti aku.

" Abang tahu kamu berdua seorang yang kuat semangat. Jangan risau. Abang akan cari siapa pelakunya sampai dapat." Ujar abang Mahfuz dengan senyuman.

Aku tersenyum hambar.

" InsyaAllah bang."

**

" Lis."

Aku duduk di sisi Lisa dengan senyuman kecil. Selepas abang Mahfuz dan kawan-kawan aku tu balik. aku terus datang sini. rasa tak tenang selagi tak tengok keadaan Lisa. Tambah-tambah selepas baru dapat tahu keselamatan Lisa terancam. Lagi dia tak dapat duduk senang.

" Kenapa tak cakap dari awal yang kau dalam bahaya? Lis. Kau hampir dibunuh."

Aku meraup wajahku perlahan. Tak tahu apa akan jadi kalau Lisa benar-benar pergi dari hidup aku.

" Apa yang kau cuba nak sampaikan pada aku Lis? Han? Siapa? kenapa kau tak tulis sampai habis?"

Aku menggigit bibir. Tahu tidak akan dapat sahutan daripada Lisa.

" Jangan risau Lisa. Aku akan cari pembunuh tu sampai jumpa. Aku takkan sesekali lepaskan dia. I promise!"

Mungkin sekarang kau terlepas pembunuh! Tapi tidak untuk selamanya. Kau belum kenal dengan Tengku Akmal Faiz. Kau tunggu!

End Faiz POV

**

" Arghhh!"

Berkali-kali aku cuba tekan brek. Mula-mula memang kereta dah mula nak berhenti. Tapi hanya sekejap bila aku lepaskan brek. Kereta jadi makin laju. Dan berkali-kali aku tekan pun kereta tetap tak boleh dihentikan.

" Ya Allah!!"

Akhirnya, kereta aku terlanggar pokok. Kepala aku juga terhantuk. Sakit! Sangat sakit!

Aku pegang kepala aku dengan tangan yang terketar-ketar. Bibirku diketap kuat. Cuba tahan sakit. Bila aku tengok tangan aku yang penuh dengan darah, mataku pula jadi berpinar-pinar. Aku cuba tengok sekeliling. Dan aku ternampak kelibat seorang wanita tidak jauh dari kereta aku.

" To..tolong."

Aku cuba memanggil namanya. Tapi wanita tu hanya diam tanpa bergerak. Kenapa dia tak ada niat pun nak tolong? Dan wanita tu tiba-tiba makin hampir dengan kereta aku. aku cuba jernihkan pandangan untuk melihat wanita tu.

Dan aku tersentak besar. Hanis? Ya Allah! Serentak itu pandangan aku jadi kabur. Dia pun mula menjauh. Aku tunduk dengan kepala yang sakit. Tangan aku terketar-ketar cuba mencapai satu kertas dalam beg aku. Kertas kerja aku ambil dan cuba koyakkan.

Dengan semangat yang masih ada. Aku cuba menulis sesuatu di atas kertas tu dengan darah aku.

Faiz. Tolong. Han..

Belum sempat aku nak habiskan ayat-ayat aku. Aku terus tunduk dengan rasa sakit. Pandangan aku juga jadi makin kelam sampai aku hanya mampu dengar sayup-sayup suara orang meminta pertolongan. Yang pasti aku genggam kertas itu dengan sebaiknya. Berharap Faiz akan baca.

**

Aku tersedar. Mimpi tadi benar-benar mengingatkan aku kembali tentang kemalangan tu.

" Kenapa tak cakap dari awal yang kau dalam bahaya? Lis. Kau hampir dibunuh."

Kata-kata daripada Faiz benar-benar membuatkan jantung aku makin berdebar. Jadi benarlah ada orang nak bunuh aku? Ya Allah!

" Apa yang kau cuba nak sampaikan pada aku Lis? Han? Siapa? kenapa kau tak tulis sampai habis?"

Aku menangis dalam hati. Faiz! Hanis. Hanis yang aku cuba sampaikan. Dia pembunuh sebenar!

" Jangan risau Lisa. Aku akan cari pembunuh tu sampai jumpa. Aku takkan sesekali lepaskan dia. I promise!"

Aku tersenyum walaupun dia tak nampak. Aku tahu tu Faiz. Aku tahu kau akan cari dia sampai jumpa. Aku percayakan kau Faiz.

OKay. Cuba refresh balik part Lisa kemalangan. Dan cuba refresh balik part Faiz kecewa bila dapat tahu niat Lisa nak satukan Faiz dengan Diana. Kat situ ada Lisa kata dia cuai. Sebenarnya tak. Time tu Lisa tak ingat sangat pasal accident tu. Yala. Kepala terhantuk. So banyak benda yang dia nak lupa. Tapi bila dia dalam koma. Barulah sedikit demi sedikit rahsia akan terbongkar. Jadi.. Korang nantikan je la. InsyaAllah. Dah nak habis. :)

#Korang paham ke tak cite aku ni? Haha. Serius takut blur. Huhu#

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro