Part 35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Helo guys! Okay. Hari ni rajin nak upload sambungan dia. Haha. So... enjoy kayh. Ubat rindu. Kahkah. Sorry sebab pendek sikit part ni. But sokay... saja bikin saspen sikit. KihKih.

Other's POV

Suasana di hospital ketika itu sangat hingar bingar gara-gara ada ramai mangsa cedera parah dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Namun, ia langsung tidak menarik perhatian Faiz untuk melihat apa yang terjadi.

Dia Cuma setia tunduk ke bawah dan memikirkan apa yang telah terjadi sepanjang hidupnya. Tidak kurang juga semenjak kes 3 tahun lepas. Dia cuba ingati sampai akhirnya terlepas keluhan kecil daripada mulutnya. Dia rasa sangat sukar saat ini. Sukar untuk mendapatkan kebenaran. Tapi dia takkan duduk saja biarkan orang yang menyebabkan Lisa koma itu terlepas begitu je.

Puas dia tunduk, dia akhirnya mendongak melihat sekeliling dia. Wajahnya saat itu penuh dengan persoalan. Sugul. Tapi langsung tidak mencacatkan rupa kacaknya itu. Malah nampak lebih kacak. Okay. Jangan perasan sangat Faiz. Haha.

" Bro!"

Wan muncul dengan tergesa-gesa. Faiz yang melihat dah mula fikir yang bukan-bukan. Apa yang dia dapat fikirkan sekarang adalah keadaan Lisa. Dah lah dia duduk di tingkat bawah. Lisa di tingkat 2. Jadi dia tak tahu apa yang terjadi pada Lisa.

" Kau kenapa?" Soal Faiz ingin tahu. Wan dah termengah-mengah depan Faiz gara-gara berlari tadi.

" Li..Lisa.." Dengan nafas yang tersekat-sekat dia cuba keluarkan suara.

Faiz dah tersentak. Dah agak! Mesti ada kaitan dengan Lisa.

" Asal? Dia okay je kan?" Faiz dah mula panik.

Wan menarik nafasnya dalam-dalam. Cuba tenteramkan dirinya barulah dia boleh bercakap. Tapi tengok wajah cemas Faiz buatkan dia pula tersenyum. Haih kawan aku ni. Risau tak bertempat sangat. Sabar je la.

" Senyum pula! Aku tanya ni kan?" Faiz dah mula geram. Sebab Wan boleh senyum lagi sedangkan dia dah macam cacing kepanasan ni.

" Kau la buat aku senyum. Risau bukan main." Sinis Wan.

Faiz mengetap bibir. Gara-gara tak tahan sangat dia terus lari daripada situ dan menuju ke tingkat 2. Dia nak tahu sangat keadaan Lisa. Wan yang melihat hanya mampu menggelengkan kepalanya.

" Suka hati kau lah Faiz. Tak sabar sangat. Baik aku turun pergi makan. Ada juga faedahnya." Ujar Wan lantas mulakan langkah menuju ke kantin hospital di tingkat bawah.

Baru saja dia melangkah dalam 3 langkah, bahunya tiba-tiba dirempuh seseorang. Langkah Wan terus terhenti. Bahu dia terasa sakit sikit. Tapi tak lah sakit sampai nak terkehel.

" Maaf encik. Maaf. Saya tak sengaja. Nak cepat."

Perempuan yang terlanggar Wan tadi cepat-cepat minta maaf kerana rasa bersalah. Yalah. Jalan tak tengok orang. Yang dia tahu nak cepat-cepat sampai di wad kecemasan.

Wan tersenyum kecil. Nurse rupanya. Mesti kalut sangat sampai terlanggar ni. Erm.

" It's okay. Saya tak ada apa-apa pun. Pergilah buat kerja awak. Awak mesti tengah sibuk kan?" Soal Wan.

Nurse perempuan itu pantas menganggukkan kepalanya.

" Saya pergi dulu. Maaf sekali lagi."

Terus saja dia berlari tanpa menunggu kata-kata Wan yang seterusnya. Wan yang melihat sampai kelibat dia hilang akhirnya menarik senyuman tipis. Entah kenapa hatinya tercuit melihat telatah nurse itu.

" Haih. Takkan sangkut kot? Haha."

Dengan macam-macam perasaan akhirnya dia kembali mengorak langkah ke arah kantin. Apa-apa jelah Wan!

**

Terkocoh-kocoh dia mendekati wad bilik di mana Lisa ditempatkan. Tapi bila dia masuk saja dalam tu kelibat Lisa dah tiada. Hanya katil kosong je. Hatinya dah jadi gelisah. Mujur ada nurse baru masuk. Cepat-cepat dia hampiri nurse itu dan bertanya.

" Nurse. Mana pesakit yang koma dekat sini?"

Nurse itu tersenyum sebelum menjawab.

" Dia dah dipindahkan ke wad biasa. Sebab keadaan dia dah stabil dan tak perlu menggunakan bantuan oksigen lagi."

Penerangan nurse itu benar-benar melegakan hati Faiz. Barulah dia boleh mengukirkan senyuma lega. Teringat fasal Lisa cepat-cepat dia keluar daripada situ. Serentak itu dia ternampak kelibat abang Mahfuz. Pantas dia berlari ke arah abang Mahfuz.

" Abang Mahfuz!" Panggil Faiz kuat.

Mahfuz yang terdengar namanya dipanggil cepat-cepat menoleh ke belakang.

" Oh Faiz. Kenapa?"

" Bilik Lisa dekat mana? Saya baru tahu dia dah dipindahkan ke wad biasa."

Mahfuz tersenyum. Lisa. Kau dengan bakal tunang kau ni sama je. Kalut tak bertempat.

" Jom ikut abang."

Mereka berjalan sampailah berdiri depan bilik yang bernombor 16. Sama-sama mereka masuk ke dalam selepas ketuk pintu.

" Assalamualaikum." Mahfuz memberikan salam sebaik sahaja nampak kelibat semua orang dalam bilik itu.

Faiz hanya memberikan senyuman lantas salam dengan ayah Lisa. Mak Lisa dia berikan senyuman.

" Waalaikumussalam. Kamu dari mana Mahfuz?" Soal Datin Hani dengan kerutan di dahi.

" Pergi tandas jap. Mak dan ayah belum makan lagi kan? Pergilah turun makan dulu. adik biar abang dengan Faiz yang jaga." Suruh Mahfuz lantas duduk di sebelah Lisa di atas katil.

" Yelah. Kami turun kejap."

Hilang saja orang tua Lisa. Faiz pula duduk di kerusi sebelah katil Lisa. Kepala Lisa diusap lembut Mahfuz. Sungguh! Dia merindui gelak tawa Lisa. Dah nak masuk 3 minggu Lisa tidak sedarkan diri.

" Abang terlalu rindukan dia." Luah Mahfuz sambil menatap wajah adik kesayangannya itu.

Faiz yang terdengar hanya mampu tersenyum hambar. Dia pun merindui Lisa. Sangat rindu.

" Dia pemeriah suasana. Kalau dia tak ada rasa sunyi je rumah family abang." Ujar Mahfuz lagi.

" Saya tahu. Dia memang jenis happy go lucky." Sambung Faiz pula.

Mahfuz tersenyum. Tudung yang nampak senget di kepala Lisa diperbetulkan. Adiknya memang jenis menjaga aurat. Dah tanggungjawab seorang abang memastikan aurat adiknya di mana-mana saja dia berada. Tambah-tambah depan bukan muhrim. Lainlah Faiz dah jadi suami Lisa.

" Macam mana kes?" Soal Mahfuz tiba-tiba.

Faiz terdiam. Itu lagi satu hal. Dia sampai jadi buntu fikirkannya.

" Still dalam pencarian. Bukti tak ada tu yang jadi susah." Jawab Faiz dengan keadaan hampa.

" InsyaAllah. Kita pasti akan jumpa juga orang jahat tu."

Faiz terdiam. Ya. Aku tetap akan cari kau sampai jumpa pembunuh! Cukuplah kau buatkan kami merana. Kau memang patut dipenjarakan!

End Other's POV

**

Aku pandang Adira yang tengah melilitkan selendangnya itu. Dia nampak cantik. Tapi dia memang cantik pun. Aku toleh pula ke arah tingkap. Malam dah menjelma. Ini bermakna esok pagi kami akan sampai ke Pulau Mutiara. Aku mengeluh kecil. Kejapnya masa berlalu.

" Beb. Kenapa tak siap lagi? Malam ni kan ada dinner."

Aku toleh kembali ke arah Adira yang sudah siap itu. Senyuman terukir pada bibirnya. Nampak sangat cantik. Sesuai dengan busana yang dia kenakan malam ini. aku pula masih bertshirt dan jeans. Malas nak siap sebenarnya.

" Kalau tak join tak apa tak? Aku rasa malas pula nak hadap muka-muka yang menyakitkan hati tu." Ujarku ringkas.

Terutama si Hanis tu. entahlah. Aku rasa macam dia ada agenda yang tersembunyi. Tak habis-habis nak cuba jatuhkan aku. Bila Faiz muncul tahu pula dia terkejut. Rimas tau tak! Yang si Faiz pun tu satu. Nak jumpa buat apa entah. Huh!

" Tak boleh! Cepat pergi siap! Kalau tak aku merajuk dengan kau seminggu."

Aku mencebik. Dia mula ugut dah. Haih.

" Yela intan payung."

Dengar je aku kata macam tu terus tersenyum dia. Hampeh betul. Aku pun dengan malasnya mencapai baju kurung raya aku tahun lepas dan bersama dengan selendang berwarna krim lembut. Hentam je la. Dinner je pun. Ni pun bernasib baik aku bawa. Haha.

" Aku tunggu dekat luar tau."

Dalam 10 minit juga barulah aku siap. Aku tengok sekali lagi penampilan aku dekat cermin. Kenapa nampak lain macam je ni? Ceh! Nak cakap kau comel la tu? Perasan kau Lisa! Haha. Sekali skala.

" Beb!"

Terjengul wajah Adira di sebalik pintu bilik. Aku pula dah memang bersedia nak keluar daripada bilik.

" Jom."

Ajakku bila pintu bilik terbuka luas. Adira pula dah tersengih tengok aku. asal?

" Dia tunggu kau."

Aku blur. Dia tunggu aku? Siapa pula yang Adira maksudkan ni?

" Siapa?"

Baru saja Adira nak balas soalan aku. Ada seseorang terlebih dahulu menegur.

" Lisa."

Aku dan Adira terus menoleh ke belakang. Dan sedikit sebanyak insan yang menegur aku tu berjaya membuatkan aku terpaku. Sampai berdebar jadinya. Adira yang tolong sedarkan aku bila lengan aku dicubit. Mujur ada Adira. Kalau tidak malu. Yala. Dia nampak kacak sangat. Sebab bertuxedo. Oh My! Jangan uji keimanan aku please!

" Ermm.."

Aik? Dia pula yang gugup ni asal? First time aku nampak dia macam ni.

" Adira. Jom."

Tanpa menghiraukan dia, kami berdua terus berlalu untuk ke atas. Ke ruang utama kapal ni.

" Lisa! Wait!"

Tapi nama aku tiba-tiba dipanggil. Siapa lagi bukan dia yang panggil.

" Kenapa?" Soalku malas.

" Ada aku suruh kau jalan dulu?"

Aku terlopong. Oh My! Perangai kerek dia datang balik dah! Eiii!

" Suka hati lah. Ini jalan saya bukan jalan awak seorang!" Balas aku dengan geram. Adira dah tergelak. Entah apa yang lawak pun aku tak tahu.

" Sebab aku tak bagi kau jalan dulu. kau kena jalan dengan aku. jom!"

Belum sempat aku nak mengelak. Lengan aku yang berlapik ni terlebih dahulu dicapainya. Aku sedikit sebanyak sangat terkejut sampai aku tak tahu apa tindakan seterusnya yang patut aku buat. Lepas tu Adira sempat pula menjerit daripada belakang.

" Good luck!"

Serius aku blur. Faiz bawa aku sampai ke ruangan utama kapal ni. dan time tu aku perasan ada seseorang yang memang tak puas hati dekat aku sedang menjeling tajam. Tak selesa aku dibuatnya. Akhirnya aku cuba untuk melepaskan pegangannya.

" Faiz. Dah lah. Awak nak bawa saya ke mana? Saya malu lah." Ujarku perlahan.

Langkah kami terhenti. Dia toleh memandang aku. Aku membalas pandangannya dengan tanda tanya.

" Aku nak kau ada di sisi aku malam ni. boleh?" Pintanya dengan lembut.

Ya. Itu juga buatkan aku terpana. Tak pernah-pernah dia berlembut dengan aku macam ni.

" Tengku!"

Kata-kataku terbantut bila terdengar ada orang memanggil dia. Bila aku menoleh tahap keterujaan aku tu terus hilang. Rupanya Hanis.

" Kenapa Hanis?"

" Saja nak jumpa Tengku. Tengku nampak smart malam ni."

Aku tersenyum hambar. Entah kenapa aku rasa cemburu tiba-tiba. Wajiblah cemburu dah kau sayang dia Lisa. Huh.

" Awak pun apa kurangnya."

Perlahan-lahan aku mula menjauh daripada mereka berdua tanpa mereka sedari. Bila agak jauh aku terus memusingkan badan ke belakang dan berlari menuju ke tepi kapal. Aku pegang pagar besi kapal dengan kuat. Tidak semena-mena juga air mata aku mengalir ke pipi.

Stupid! Perlu ke kau menangis! Perlu ke?! Dia bukan tau perasaan kau pun Lisa! Dia berlembut dengan kau tadi pun mesti ada sebab. Argh! Kau termudah makan pujuk rayu dia. Stupid!!

" Lisa.."

Cepat-cepat aku seka air mataku bila sedar ada orang tegur aku. Aku cuba berlagak biasa sambil memerhati pemandangan malam. Bila rasa dia sudah berdiri di sisi aku. Aku cepat-cepat toleh ke arah lain.

" Saya tahu awak sedih. Awak cemburu kan?"

Betul sekali tekaan kau Ammar. Memang aku cemburu.

" Kenapa awak tak luahkan je perkara sebenar dekat Faiz?" Soalnya lagi.

Aku tersenyum sinis.

" untuk apa? untuk sakitkan hati saya lagi? Dia bukannya sedar pun saya suka dia. Dia lebih utamakan Hanis. Tengoklah tadi. Sampai saya hilang pun dia tak sedar. Jadi untuk apa saya luahkan? Tak ada gunanya Ammar." Jelasku dengan rasa sebak.

" Tapi dia pun cintakan awak Lisa."

Aku tertawa sinis.

" Saya tak percaya. Awak pergilah sana. Nanti dia hairan pula tengok awak tak ada."

Terdengar keluhan kecil daripada mulutnya. Tapi aku tak hiraukan. Malah aku diamkan je sampai dia betul-betul pergi.

Ya Allah. Kenapa kadang-kadang aku rasa macam tak adil? Kenapa aku perlu rasakan perasaan ni. sedangkan perasaan ni la yang paling aku nak elakkan. Aku tak mampu tahan perasaan ni lagi. Aku takut. Ya Allah. Tolonglah kuatkan hati aku. Aku perlukan kekuatan itu untuk melawan rasa ini.

" Beb."

Adira muncul.

" Hmm?"

" Dia cari kau. Baik kau pergi dekat dia sekarang."

Aku terdiam. Cari aku? untuk apa? Hanis tu kan ada.

" pergilah!"

Belum sempat aku nak berkata apa-apa. tubuhku terlebih dahulu ditolak Adira sampailah ke hadapan Faiz. Aku pandang dia dengan rasa benci. Tapi dia nampak risau. Arh! Kisah pula aku?

" Kau pergi mana?" Dia tahan marah. Aku toleh sekeliling. Cari Hanis. Tapi tak ada pun.

" Suka hati saya lah nak pergi mana pun. Awak peduli apa?"

" Sebab aku ada hati lah aku peduli!"

Aku tersenyum sinis. Adira di sebelah aku sudah menggelengkan kepalanya. tanda tak nak aku cari fasal dekat sini. Tapi ada aku kisah?

" Semenjak bila awak ada hati? Sebelum ni bukan main lagi buli orang. Kerah orang buat itu ini. sampai tak fikirkan hati orang langsung. Tu awak kata ada hati? Nonsense!" bentakku dalam nada terkawal. Tak mahu orang sekeliling dengar. Nanti jadi perhatian pula.

" Yes. Aku memang ada hati. Ada hati dekat kau!"

Aku tersentak. Aku pandang dia dengan pelbagai rasa.

" What?"

Dia mula kendurkan wajahnya yang nampak tegang tadi. Then dia terus pakukan mata dia pada aku.

" Yes. I love you Malissa."

Oh My!!!! Tengku Akmal Faiz luahkan perasaan dia! Serius? Haha. Saspen tak? Sis jahatlah suka buat saspen. Hahaha. So nak tahu selanjutnya tunggu lah. Haha.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro