Part 36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Other's POV

Kelihatan seorang lelaki segak berpakaian sut kerja sedang menuju ke arah Mahfuz dan familinya. Bila dia muncul di hadapan mereka semua, mereka semua kelihatan terkejut. Sampai lelaki itu bersuara barulah mereka tersedar dan memberikan senyuman tipis pada empunya diri itu.

" Asal kau nampak lain sangat ni bro?" tegur Mahfuz dengan sengihan.

Faiz tunduk memandang pakaiannya. Apa yang lain? Aku okay je. Ke aku salah pakai?

" Apa yang lain bang? Saya nampak buruk ke?" Soal Faiz ingin tahu.

Mahfuz yang dengar terus tertawa kecil. kepalanya digelengkan perlahan.

" Tak. Kau nampak smart. First time aku nampak kau berpakaian sut macam ni." Puji Mahfuz.

Faiz tersengih. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan.

" Ye tak ye juga. Saya selalu berpakaian shirt je. Tak selalu macam ni."

Faiz rasa segan pula. Haha.

" Kau nak pergi mana?" Soal Mahfuz ingin tahu.

" Saya nak masuk pejabat bang. Tiba masanya untuk saya masuk ke pejabat semula. Cuti saya dah habis. Tapi saya janji dengan diri saya. Saya takkan sesekali lupa datang sini untuk lawat Lisa dan cari dalang semua ini sampai jumpa." Tegas Faiz sambil memerhati Lisa yang sedang terbaring tanpa sedarkan diri itu.

Mahfuz dan familinya yang dengar tersenyum hambar. Faiz memang jenis kuat semangat. Alhamdulillah. Faiz dah jadi bersemangat kembali. Tak macam masa pertama kali dapat tahu Lisa koma dulu.

" Ni dah nak masuk sebulan bang. Saya rasa saya tak patut duduk diam je. tanpa buat apa-apa. Lagipun saya nak kahwin dengan dia. takkan saya nak duduk sini goyang kaki je." Ujar faiz dengan senyuman kecil.

Datuk Ismail yang dengar menarik senyuman kecil. Dia bangun dan menghampiri anak muda yang bersemangat waja di hadapannya itu. Bahu Faiz ditepuknya berkali-kali tanda kagum.

" Pakcik tahu kamu boleh lakukan nak." Ujar Datuk Ismail dengan rasa bangga.

Faiz yang mendengar kata-kata itu terus menganggukan kepalanya.

" Terima kasih pakcik. Tapi saya maybe akan ada di sini sebelah malam. Malam saya akan jaga Lisa. Boleh kan pakcik?" Pinta Faiz dengan penuh berharap.

Datuk Ismail tersenyum lagi. Dia kemudiannya menoleh ke arah Datin Hani. Apabila Datin Hani mengangguk dan tersenyum. Dia kembali menoleh ke arah Faiz.

" Boleh nak. Jaga anak pakcik elok-elok. Dia satu-satunya puteri kami."

" pasti pakcik. Dia juga kesayangan saya."

" Dan adik kesayangan aku." sambung Mahfuz pula tak nak mengalah.

Akhirnya pecah tawa mereka dalam bilik itu. Yang pasti mereka sanggup berkorban apa saja asalkan Lisa selamat dan cepat sembuh. InsyaAllah.

**

Faiz keluar daripada wad Lisa sebaik sahaja jarum jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Dia perlu ke pejabat hari ini. Cukuplah 3 bulan dia menyusahkan papa dia uruskan semuanya. Dia tak sanggup berdiam diri lagi. Dia perlu tunjukkan diri sebelum orang lain dalam pejabat tu naik lemak.

Elok saja dia turun ke tingkat satu. Dia ternampak Wan dan Ammar sedang menuju ke arahnya. Terus dia menghampiri mereka berdua.

" bro!" tegur Ammar dan Wan serentak.

" Yo. Korang nak pergi jenguk Lisa ke?"

" Yap. Kau nak ke pejabat ke?" Soal Ammar pula.

" Ya. Aku tak sanggup nak duduk diam dah. Aku perlu lakukan sesuatu. Tapi aku takkan abaikan Lisa."

Wan dan Ammar yang mendengar dah menarik nafas lega. Lega bila tengok Faiz dah kembali bersemangat macam dulu.

" Ini lah Faiz yang aku kenal." Ujar Wan lantas peluk bahu sahabatnya itu.

Faiz tersengih. Dia tahu dia banyak menyusahkan hati kawan-kawan dia. jadi dia tak nak terus menyusahkan mereka.

" Kau dah dapat bukti tentang kes tu?" Giliran Wan membuka suara tentang kes kemalangan tu.

Faiz terdiam. Wajahnya jadi hampa.

" Belum. Tak ada sebarang petunjuk melainkan message dan brek tu. aku tak tahu la. Buntu aku fikir."

Ammar dan Wan terdiam. Mereka turut bersimpati melihat keadaan Faiz.

" Aku rasa kemalangan ini kali ketiga si dalang tu buat." Suara Faiz bila dia tiba-tiba teringat fasal kes Lisa hampir dilanggar depan kakaknya itu.

Mereka berdua yang dengar tersentak.

" Apa? kali ketiga? Maksud kau?" Ammar tak faham.

Faiz hanya menganggukkan kepalanya.

" Kali pertama aku rasa masa dekat kapal tiga tahun lalu. Takkan dia tiba-tiba boleh terjatuh."

Ammar terdiam. Dia turut tersentak. Tiba-tiba ingatannya menerjah kes 3 tahun lalu. Dan entah kenapa fikirannya kuat teringatkan fasal seorang perempuan yang pernah tergedik-gedik sukakan Faiz dulu. dan perempuan tu semestinya adalah Hanis.

Hanis! Ammar terkedu. Dia terus pandang ke arah Faiz.

" bro. kali kedua?" Soal Ammar sebelum dia beritahu Faiz mengenai hal ini.

" Kat taman. Dia hampir dilanggar. Mujur dia sempat elak. Kak aku saksi kejadian. Kak aku kata kereta tu slow je mula-mula. Tapi bila nampak je Lisa lintas. Kereta tu terus laju. Means, driver tu jadikan Lisa fokus utama dia."

Penerangan Faiz benar-benar mengejutkan mereka berdua. Ammar sudah meraup wajahnya. Wan pula terdiam dengan apa yang terjadi itu. Faiz menarik senyuman hambar. Sukar untuk dia lalui semua ini seorang diri.

" Bro. kau tak syak sesiapa ke dalam hal ni?" Ammar jadi serius.

Faiz dan Wan terdiam. Melihatkan wajah Ammar dah serius itu tahulah Ammar telah berfikir panjang.

" Maksud kau?" Faiz tak faham.

" Orang dalam. Kau tak syak sesiapa?"

" Kau syak siapa?" Wan pula menyoal.

Ammar tersenyum sinis. Dengan rasa bengang dan pasti dia menyebut nama itu di depan Wan dan Faiz walaupun dia belum ada sebarang bukti.

" Puteri Hanis!"

End Other's POV

**

" I love you Malissa!"

Aku terkedu. Terpaku. Dan juga terkaku. Aku pandang dia inginkan kepastian dan keikhlasan dia. Ya. Dari mata dia aku dah tahu. Dia benar-benar maksudkan. Ah! Biar benar? Susah nak percaya. Tak tak! Aku terus menggelengkan kepalaku.

" Impossbile." Ujarku dengan senyuman sinis.

Dia menggelengkan kepalanya. Cuba meyakinkan aku.

" Betul. Aku tak tipu Lis. Aku betul-betul cintakan kau. Mula-mula aku buli kau tu aku sengaja. Aku tak ada niat pun. Niat aku just nak mengusik. Tapi makin lama aku makin sedar yang aku memang cintakan kau. Semenjak pertama kali kau jatuh dalam dakapan aku. That's it. I fall in love with you."

Penerangan dia benar-benar mengejutkan aku. Tidak semena-mena air mataku mengalir ke pipi. Mulutku katup. Sukar nak percaya. Tapi ini yang aku nak dengar sangat. Sebab aku pun cintakan dia. Cuma susah nak percaya.

" Please. Don't cry."

Aku pantas menyeka air mataku. Adira di sebelah menarik senyuman kecil. Aku pandang dia sekali lagi.

" You really mean it right?" Soalku lagi inginkan kepastian.

Dia menarik senyuman yang paling manis aku rasakan. Dia mendekat dan melutut depan aku tiba-tiba. Aku pula dah tersentak. Aku tengok Adira. Adira dah tersengih. Maybe tak sangka Faiz akan melutut depan dia. Aku tengok sekeliling pula. Banyak mata dah mula memandang ke arah aku. Aku kembali toleh ke arah Faiz yang sudah melutut itu.

" Awak. Bangunlah. Malulah." Bisikku dengan rasa malu yang amat. Aku rasa pipi aku dah blushing gara-gara si mamat ni. Haih!

Dia mendongak dan memandang ke arah aku dengan penuh cinta. Aku yang melihat jadi terpaku seketika.

" I really mean it Malissa. I really love you."

Luahannya itu ternyata mendapat tepukan orang sekeliling kami. Aku menekup mulut. Serius terkejut sangat. Tapi hati dah berbunga-bunga. Oh My! Tolong katakan ini semua mimpi!

" Be my queen?"

Dia menghulurkan aku sepucuk bunga ros. Aku serius memang termangu habis dengan reaksi dia sekarang ni. perlahan-lahan aku menyambut huluran dia.

" Terima kasih." Ucapku lantas mengukirkan senyuman.

" most welcome."

Barulah dia bangun dan berdiri depan mata aku. Ah! Aku tewas sekali lagi. Dia memang nampak lebih kacak malam ni. Aku ni je yang simple gila. Macam tak sesuai digandingkan dengan dia je.

" Bro! Sudahlah tu. Sesi luahan perasaan dah habis ye." Ammar datang mengusik bersama sengihan.

Aku dah tersenyum malu. Adira dah tergelak. Faiz pula tersengih sambil menggaru-garu keningnya yang tidak gatal itu.

" yela. Aku tahu. Tapi at least korang pun puas hati kan?"

" Ya. Sangat puas hati. Thanks Faiz." Ucap Adira pula.

Faiz pandang aku sekilas sebelum memandang Ammar.

" Ammar. Tolong jagakan dia kejap untuk aku ye. Aku ada tugas." Pesan Faiz pada Ammar.

Ammar ketawa kecil. Bahu Faiz ditepuknya perlahan.

" Of course! Dah pergi buat kerja cepat. Orang dah tunggu ni."

Usai saja Faiz berlalu. Aku pandang Adira. Sesaat kemudian kami terus terjerit kecil gara-gara terkejut yang amat.

" Argh! Romantiknya dia!" Ujar Adira dengan rasa terujanya.

" Aku tak percaya itu dia." Balas aku dengan senyuman kecil.

" itu lah dia Lisa. Saya yang paksa dia luahkan perasaan dia. kalau tidak alamatnya terlepaslah awak."

Aku tertawa kecil dengar Ammar kata macam tu.

" Tahu tak pe. Rancangan kami dua sebenarnya." Sahut Adira pula.

Aku tersengih. Mereka ni memang tahu buat aku happy kan?

" Jom kita pergi makan. Nanti kita jumpa balik."

Ammar dah berlalu. Adira pula dah berura-ura nak pergi. Tapi aku menghalang.

" Aku nak call abang aku kejap. Nanti aku datang balik." Ujarku.

" yela. Cepat sikit tau."

Selepas dapat keizinan Adira. Aku melangkah perlahan-lahan ke arah tembok kapal. Palang besi kapal aku pegang dengan erat. Aku luaskan pandangan ke arah kepekatan malam. Aku dongak melihat langit. Cantik sangat langit malam ni. Aku mengukirkan senyuman lega. Tak sangka ada juga pengakhiran kisah aku ni. Haha.

Baru saja aku nak capai telefon bimbit aku. Tiba-tiba lengan aku direntap seseorang. Aku mendongak ke arah empunya diri. Aku tersentak kecil.

" Hanis! Kau nak bawa aku ke mana ni?"

Aku terpaksa ikut langkah kakinya sampai ke hujung kapal. Di mana jauh daripada ruangan orang sedang berada.

" Lepas!" Arahku bila kami dah berdepan. Dengan tak rela dia lepaskan tangan aku. aku pandang dia dengan tajam. Tak faham. Apa yang dia nak?

" Apa masalah kau?" Soalku ingin tahu.

Dia nampak tegang. Tengok aku macam nak terkam.

" Kenapa kau rampas dia? Kenapa kau dapat dia? Dia aku punya!" Jeritnya tiba-tiba.

Aku tersentak. Sekarang aku tahu lah siapa yang dia maksudkan.

" Aku tak rampas hak sesiapa." Tegasku.

Dia menarik senyuman sinis. Bahu aku jadi mangsa tolakan dia. Sampai aku terdorong ke belakang.

" Tak rampas kau kata? Faiz tu aku punya! Dah bertahun-tahun aku cuba dapatkan dia. tapi haram! Dia langsung tak pandang aku. tapi semenjak kau datang dalam hidup dia. baru dua hari tapi kau dah berjaya tarik perhatian dia! kenapa mesti kau!?"

Aku terdiam. Hanis nampak macam tertekan. Dia nampak tak stabil. Cara dia macam akan buat sesuatu di luar sangkaan aku. Aku kena berhati-hati.

" Semua ni bukan aku dan dia minta pun. Kalau betul dia cintakan kau dia mesti dah boleh terima kau. Tapi tidak. Hati dan perasaan ni tak boleh dipaksa Hanis." Aku cuba memujuk lantas menarik senyuman kecil.

Tapi dia merengus marah. Maybe tak puas hati sebab aku berikan nasihat pada dia.

" Kau jangan nak buat aku marah lagi. sekarang ni aku nak kau lepaskan dia." Dengan jelingan tajam dia menuturkan kata-kata itu. mulutnya diketap kuat. Menunjukkan betapa dia amat marah pada aku saat ini.

Aku tersenyum hambar. Aku cuba mendekati dia tapi dia menjauh. Akhirnya aku menghentikan langkah aku dan memandang dia inginkan kepastian. Aku sandar badan aku di palang besi. Aku peluk tubuh sambil memerhati dia.

" Kau cintakan dia kerana apa? Kerana Allah ke kerana nafsu?"

Dan dia terus terkedu. Berubah terus riak muka dia. Maybe tak sangka akan soalan aku.

" Ikut..ikut suka hati aku lah! Hak aku! hati aku!"

Dia membentak. Tunjukkan yang dia tak puas hati dengan soalan aku. Aku membuat anggukan kecil.

" Kalau kau cintakan dia kerana Allah. Aku yakin kau mampu terima dengan hati yang redha. Terima yang semua cinta tak seharusnya memiliki. Mungkin akan ada orang yang lebih baik di luar sana untuk kau."

" Eh! Kau sibuk sangat apahal? Sekarang aku Cuma nak kau lepaskan dia je! kau pergi cakap dekat dia yang kau benci dia!" Arahnya dengan kasar.

Dan tidak semena-mena tubuhku ditolak kasar. Hampir saja aku nak tersadung. Mujur aku sempat berpaut pada palang besi. Aku pandang Hanis dengan pandangan geram.

" Aku Cuma nak kau terima hakikat. Kau sedar tak kau sedang jatuhkan maruah seorang perempuan!" Bentak aku pula. Geram punya fasal.

" Itu hak aku! suka hati aku! Sekarang ni kau nak lepaskan dia ke tak?!"

Aku terdiam. Marah Hanis memang tidak boleh dikawal dah. Aku menghembus nafas kecil. Tak faham kenapa dia boleh jadi sampai macam ni sekali.

" Itu kau tanya Faiz. Yes. Aku memang cintakan dia. Tapi kalau dia tak nak aku. Aku reda. Lagipun kerja jodoh ni kerja Allah." Ujarku tenang lantas berura-ura nak berlalu pergi.

Tapi bahu aku dicengkam kuat. Aku mendecit. Rasa sakit sebab kuat sangat dia cengkam.

" Jadi kau tak nak lepaskan dia la?"

Aku terkedu. Riak wajah Hanis sekarang dah lain macam. Dengan senyuman sinis dia. dengan mata yang penuh dengan dendam. Ya Allah! Apa dia nak buat?

" Lis! Lisa! Kau dekat mana?"

Aku tersentak. Itu Faiz!

" Faiz! Tolong saya!" jerit aku pantas bila dengar suara dia.

Tapi tak lama bila mulut aku cepat-cepat ditekup oleh Hanis. Hanis pandang aku macam pandangan binatang. Aku terus rasa menggeletar.

" Kau patut mati!"

Terus tubuh aku ditarik sampai betul-betul hujung kapal. Aku menggelengkan kepalaku. Aku tak sanggup nak mati dekat sini. Ya Allah! Lindungi lah aku.

" Lisa!"

Hanis nampak ketakutan. Dia cepat-cepat tarik tangan aku. Tapi aku tahan daripada terlepas. Aku genggam kuat palang besi kapal. Kini aku betul-betul berdiri hujung kapal. Kalau pintu pagar kecil kapal tu terbuka aku akan terjatuh. Hanis pula makin lama makin dekat dengan aku. senyuman dia memang menakutkan aku. aku pandang belakang.

" Ya Allah!" Jeritku bila aku betul-betul dah di hujung tanduk. Kalau silap langkah sikit aku akan terjatuh dalam laut.

" Kau tak nak lepaskan dia sangat kan? Jadi kau mati!"

Aku berpaut kuat pada palang besi. Berkali-kali tubuh aku ditolak Hanis. Sampai aku rasa betul-betul tak boleh tahan lagi. Dan pada saat aku sudah tidak mampu bertahan, aku dapat tangkap kelibat Faiz dari jauh.

" faiz!"

Hanis yang mendengar jeritan nama Faiz terus melarikan diri. Tapi dia sempat menolak aku dengan sekuatnya sebelum melarikan diri. Dan aku terjatuh tapi sempat aku berpaut pada palang besi. Aku tunduk tengok bawah. Allah! Laut! Aku mendongak. Dengan sekuat hati aku berpaut pada palang besi dengan sisa semangat yang ada. Tapi pautan aku makin lama makin lemah.

" Malissa!"

Terkejut aku bila Faiz tiba-tiba muncul dan melihat aku. aku tersenyum hambar. Faiz. Kau datang.

" Please bertahan Lisa. Bertahan!"

Dia cuba paut tangan aku. Dia cuba tarik aku tapi tak boleh. Aku memang betul-betul dah tak boleh tahan. Aku mengalirkan air mata melihat riak cemas Faiz.

" Faiz. Jangan. Kalau tidak awak akan terjatuh juga." Ujarku perlahan.

Faiz menggelengkan kepalanya laju. Maybe tak sanggup nak kehilangan aku. tangan dia masih setia memegang tangan aku yang berpaut pada palang besi.

" Ammar! Tolong aku! Adira!"

Sesaat kemudian mereka berdua muncul.

" Ya Allah! Lisa! Macam mana boleh jatuh ni?" Adira nampak terkejut.

" Adira. Tolong kirim salam sayang aku pada family aku ye."

Pegangan aku pada besi makin lemah. Sedikit demi sedikit aku mula melepaskan pegangan aku. Faiz yang melihat tangan aku makin nak jatuh pantas tarik dan pegang erat tangan aku. Aku tersenyum dalam tangisan.

" Faiz. Lepas." Suruhku tanpa kerelaan hati.

" Aku takkan lepaskan kau! Aku cintakan kau! Kau faham tak?!" Jeritnya dan air matanya mengalir ke pipi.

Aku mengetap bibir. Aku tunduk bawah. Aku pejamkan mata. Ya Allah! Kalau ini ajal aku. aku terima.

" Faiz. I love you."

Dan buat kali terakhir aku tatap wajah Faiz sebelum aku lepaskan tangan dia.

" Malissa!!!"

Bush!

Selamat tinggal semua!

Okay. Dengan ini tamatlah cerita ini. huhuhu. Eh! tak! tak! hahaha. Saja bikin saspen. Tak habis lagi. By the way.. macam mana bab ni? Best ke tak best? Sis cuba okay sampai sis pun nak nangis dekat part last tu.

Jangan risau. Part seterusnya sis akan buat POV Faiz tiga tahun lepas pula. Masa dia nak selamatkan Lisa la. Nak tahu? Tunggu! ;)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro