Bab 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

            Deringan telefon yang menandakan seseorang sedang memanggil diambil lalu butang hijau ditekan.Syafiqah yang berada di hadapan Heliza hanya memandang sahaja sambil nasi goreng yang dipesan disuap ke dalam mulut.Malas mahu menyibuk hal orang lain lagi lagi kejadian yang berlaku pada minggu lepas masih segar di ingatan.

Usai menjawab panggilan telefon Heliza lantas menyedut minuman nescafenya.

"Fiqa oh Fiqa..."Heliza memanggil nama Syafiqah sambil matanya tidak lepas memandang skrin telefon.Syafiqah yang sedang mengunyah nasi memandang Heliza selamba.

"Kau dah kenapa?".Kening dijongketkan.Heliza yang sedang bermain telefon tadi terus menutupnya lalu tersengih."Sebenarnya kan aku nak minta kau....kau teman aku pergi rumah mak long aku kejap nak ambil barang yang ummi aku suruh."

"La kau aku ingatkan apa buat suspen aja.Pukul berapa kau nak pergi?"Tanya Syafiqah usai menghabiskan nasi gorengnya itu.

"Lepas zohor nanti dalam pukul 2 macam tu tau.Ni kau nak balik rumah dulu ke kau nak tumpang rumah aku then kita pergi rumah mak long aku terus?"ujar Heliza

"Aku tumpang rumah kau eh kereta aku tinggal sana.Nanti balik rumah aku naik kereta aku senang la sikit.Ummi ok ja kan?"Syafiqah bertanya.Dia menggelarkan Puan Hayati,ummi Heliza sebagai 'Ummi'.Lagipun Puan Hayati yang meyuruhnya memanggil dengan gelaran itu kerana dia dan Heliza dan lagi 3 orang rakannya dah berkenalan lama.Senang diceritakan mereka semua rapat antara family masing masing apabila sudah berkenalan lama.Ibu bapa mereka juga tidak terlepas  berkenalan.

Dari darjah satu lagi,bila teringatkan balik masa dengan rakannya membuatkannya gembira.Alahai rindunya zaman budak budak dulu.Syafiqah tersenyum keseorangan tanpa sedar yang Heliza memandangnya pelik.

"HAH!!Termenung apa tu!!"Meja ditepuk agak kuat sedikit untuk menambahkan lagi rasa terkejut Syafiqah.

"Aah!Terkejut kita tau.Hek eleh kau ni macam lah aku tak tau taktik kau yang selalu nak kenakan aku.Taktik tu dah basi waktu sekolah menengah Heliza."Ujar Syafiqah seusai berpura pura terkejut dek perbuatan Heliza itu.

Muncung ditarik Heliza,tidak puas hati dengan rakannya yang tidak terkejut itu.

"Kau ni kan dah besar lah.Dulu aku kenakan kau ka ejek kau ke mesti kau cepat merajuk sekarang dah matang kau ni kan."Heliza tertawa seusai berkata.

"Amboi kau selama ini kau nak kata aku budak kecil la yang sikit sikit nak merajuk?"Syafiqah bertanya.Heliza terus sahaja mengganguk tanpa memikirkan akibatnya.Terus senyuman teruja ditarik Syafiqah.

"La kau tak tahu ke aku ni memang macam budak kecil comel saja bila merajuk kan..sudahla comel baik pula tu kan Heliza kan hihihi."

Heliza menepuk dahi.Sudah menyesal aku layan budak tak matang ini.Telefon di dalam beg diambil lalu dibuka tanpa menghiraukan Syafiqah yang sudah memuji diri sendiri.

.......................

"Izzati you nak pergi mana mana lagi tak ini?"Soal Aryan tengah memandu sambil mata masih fokus memandang hadapan.

Izzati yang sedang membelek baju yang baru dibelinya tadi terhenti.Kepala dipusing menghadap Aryan lalu menggeleng."I think tak ada dah kut.Kenapa you nak bawa I pergi mana mana ke?"

Aryan tersenyum lalu mengganguk."I kalau boleh nak ajak you pergi satu taman ni cantik tau tenang ja.Lepas zohor ni kita pergi boleh?"Soal Aryan manakala tangan masih lagi memegang stereng kereta.

"Ok ja I tak kisah.Lagipun you yang bawa kereta bukan I."tutur Izzati sambil memandang Aryan.Senyuman terukir apabila lelaki itu juga turut membalas pandangannya seketika sebelum menghadap ke hadapan semula.Sejujurnya dia mengaku yang Aryan ni memang cukup ciri ciri lelaki yang dia nak tapi itulah...dia sangat sayangkan kekasih dia.Mana boleh curang.

"Ok good.By the way kan I nak bawa you pergi taman tu petang sikit so why don't we go to a restaurant first to have a lunch and berhenti dekat surau untuh sembahyang kejap."Ujar Aryan

"Sure."Izzati mengganguk.Telefon berjenama Iphone dibuka lalu app instagram ditekan.

"Izzati can I ask you someting?"soal Aryan

"Hmm..yeah what?"ujar Izzati sambil tangan lincah menekan papan taip.

"My mother cakap apa dekat you untuk jumpa I tu?I mean yeah..the first time we met again tu."

Izzati menggeleng."I don't know but yang I tahu my mom suruh I jumpa anak kawan dia,lelaki which is you...so I just ikut lah."

"Bila mom you suruh jumpa her bff's son you tahu tak siapa?"tanya Aryan lagi.Izzati menggeleng.

"Nope.She just said to me to meet you so I just like ok..when".

"Ooo ok".

"I pun ada something nak ask you ni Aryan."beritahu Izzati

Aryan menjongketkan kedua belah keningnya menandakan 'apa'.

"Well I nak tanya yang semenjak kita jumpa tu kan you dah mula selalu bawa I jalan jalan.I nak tanya dia tak marah ke?"Izzati mengutarakan soalan yang iingin ditanya.

"Hah?What do you mean by 'dia'?"soalan dibalas soalan.Pelik pulak soalan dia ni.Aryan bermonolog dalam hati.Wanita di sebelahnya tertawa kecil.

"I mean yeah your girlfriend dia tak marah ke you asyik keluar dengan I ni."Aryan tersenyum mendengar soalan Izzati.Dia menghamburkan ketawanya kerana dia tidak faham soalan yang ditanya Izzati sebentar tadi.

"Oh..hahahah sorry sorry I got caught away.Kan I dah bagitahu you yang I ni still bujang.Jodoh tak datang lagi.Kenapa?You nak jadi Mrs.Aryan ka?"soalnya.

Izzati tersenyum kelat.Keadaan menjadi janggal apabila Aryan bertanya soalan itu.Mujur sahaja tidak sampai beberapa minit Aryan bertanya,mereka sudah sampai di restoran untuk makan tengah hari.

"Jom Izzati turun."Aryan memberhentikan enjin lalu membuka pintu kereta untuk keluar.

Ajakan dari Aryan dituruti.Tali pinggang yang dipakai dibuka lalu beg tangan diambil sebelum keluar.

...........................

Pintu rumah berteres dua tingkat itu diketuk sebelum memberi salam.Seketika pintu dibuka oleh seorang budak perempuan yang berambut tocang.Budak perempuan itu tersenyum melihat Heliza.

"Mak lang!".Budak perempuan yang bernama Syaza itu menjerit kegirangan apabila melihat mak langnya iaitu Heliza datang bertandang ke rumah.

"Yes Syaza mak lang datang ni.Ibu mana Syaza?"soal Heliza sambil menunduk untuk menyamakan kedudukannya dengan budak kecil itu.Serta merta tangannya diambil gadis itu lalu diasalam. Tangan Syafikah juga tidak terlepas untuk disalami oleh gadis berumur 6 tahun itu.

"Kejap Syaza panggil."Gadis cilik itu berkata lalu menarik tangan dua orang wanita itu ke dalam rumahnya lalu ditinggalkan di ruang tamu.Kaki melangkah ke arah dapur memanggil Ibunya yang sedang menggoreng pisang.

Puan Hamizah datang ke ruang tamu sambil membawa dulang yang diletakkan pisang goreng dan air teh sebagai minum petang.

Segera Heliza dan Syafiqah mencapai tangan Puan Hamizah untuk disalam.

"Hah Mak long kenalkan ni Aidira Syafiqah bestie Heliza."Heliza memperkenalkan Syafiqah kepada mak longnya.Syafiqah pula hanya tersenyum.

"Oh ni nak panggil apa ni kawan Heliza ni?"tanya Puan Hamizah

"Panggil je Sya..."Baru sahaja Heliza mengeluarkan suara Syafiqah memotong.

"Aidira,Mak cik boleh panggil saya Aidira ja."tuturnya sambil tersengih.Hish minah ni kan aku dah cakap Syafiqah tu hanya nama formal yang boleh dipanggil keluarganya dan rakan sematriknya sahaja.Nama Aidira ini pula hanya yang tertentu sahaja boleh memanggilnya.Sudah disuruh keluarganya dan bestienya memanggil namanya Aidira tetapi mereka tidak mahu katanya sudah biasa.

"Ok Aidira ye sedap nama."Syafiqah tersenyum malu.Alamak hihi ada orang puji pulak."Terima kasih mak cik lagipun ibu yang bagi saya nama ni."Puan Hamizah mengganguk.

"Aidira pun tak payah la panggil mak cik panggil je mak long,tak apa mak long tak kisah."Syafiqah mengganguk

"Eh hah Heliza Aidira makanla mak long masak ni.Masak pisang goreng ja,Pak long kamu beli pisang ni semalam tu yang buat hari ini tu."

Kedua dua mereka mengganguk."Mak long Syah mana?Tidur ka?"tanya Heliza.Selalu kalau dia datang pasti dia akan melihat Syaza dan adiknya Syah itu sedang bermain."Tak adalah dia ikut pak long kamu pergi jumpa kawan dia."Heliza mengganguk.

"Korang berdua tunggu jap eh,mak long nak pergi ambil barang yang ummi kamu tempah dekat kawan mak long tu."katanya sebelum menghilang ke dalam bilik mengambil barang.

"Fiqa apasal kau tak suruh mak long aku panggil kau dengan nama'Syafiqah'je..?"

"Kan aku kata'Syafiqah'tu nama formal aku.Lagipun aku dah anggap mak long kau tu mak long aku.Macam aku anggap family kau family aku la.Kalau kau nak aku anggap suami kau yang akan datang ni sebagai suami aku pun aku boleh juga."

"Amboi kau ayat last tu berani nampak.Tak pasal pasal tercetus juga peperangan ke tiga nanti."balas Heliza geram lalu cawan yang berisi air teh itu diambil lalu dicicip sedikit.

"Kau ni kata kawan mesti la kena korban kan.Apa kata orang eh ...jap aku tak ingat.Hah!"Cinta perlukan pengorbanan."Syafiqah membalas sambil tertawa.Seronok mengusik kawannya yang seorang ini.

"Banyak la kau punya kawan.Kawan tak kawan suami aku,aku punya la aku tumbuk kau nanti hahahhahaha."ujar Heliza lalu menunjukkan buku limanya ke arah Syafiqah.Syafiqah menggeleng perlahan.

"Eeii...relaxlah kau ni aku melawak je lah.Tak ingin lah aku nak ambil suami kau.Hek eleh kau ni kata saja dekat orang cepat merajuk,kau pun sama ajalah."Heliza sudah mencebik.Baru sahaja dia ingin membalas,Puan Hamizah muncul.

"Heliza nah ni barang yang ummi kamu pesan.Cakap dekat dia yang tak payah bayar balik.Mak long belanja."Heliza mengambil bungkusan yang dihulur mak longnya itu lalu mengucapakan terima kasih.

Agak lama jugak lah mereka bersembang sehingga pukul 4.30 petang.Heliza dan Syafiqah kemudian meminta diri untuk pulang.

.........................

Makanan yang dipesan tadi diambil lalu duit dihulurkan kepada seorang pakcik.Dibawa makanan itu ke arah Izzati yang sedang duduk di bangku berseorangan.

"Izzati nah rojak yang you pesan".Huluran Aryan diambil Izzati.

"Thanks for the treat Aryan."Izzati mengucapkan terima kasih

"Welcome.Lagipun rojak je,satu kedai kalau you nak pun I boleh beli."katanya disambut tawa Izzati.

"Aryan kenapa you bawa I pergi sini?"soal Izzati.Mata masih fokus memandang tasik di hadapan mereka.Tenang sahaja.

"Saja.Kalau you nak tahu kalau I stress or ada masalah tempat ini salah satu yang I akan pergi."ujar Aryan.

"Oh I see."balas Izzati.Sesaat kemudian keadaan antara mereka berdua menjadi janggal.Izzati sibuk memandang persekitaran manakala Aryan pula dengan telefonnya.

Tanpa mereka sedar ada seseorang yang sedang memandang mereka.

"Fiqa...weyh Fiqa kau nampak tak apa yang aku nampak sekarang ni?"Heliza menyiku lengan Syafiqah yang sedang sibuk menangkap gambar pemandangan tasik itu.

"Ish apa dia kau ni?"terhenti aktivitinya apabila Heliza mengacau.

"Tu cuba kau tengok dekat bangku sana tu siapa?"jari ditunjukkan ke arah Aryan dan Izzati.

"La Aryan je pun....eh jap Aryan?!".Tersedar yang dia terjerit itu segera menutup mulut."Weyh Heliza jom pergi dekat dia,aku nak jumpa dia wei alang alang tu boleh minta nombor telefon.Jomlah weyh jomlah."Syafiqah cuba menarik lengan Heliza yang masih berdiri tegak itu.

"Kau ni menyempat lagi kan tapi kau cuba tengok betul betul ada seorang perempuan yang duduk sebelah dia tu.Mana tahu isteri dia,kau jangan macam macam."Syafiqah yang teruja tadi terus terdiam.

"Ala takpalah kalau isteri dia pun apa masalahnya,kita boleh berkenalan kan rapat rapat dengan isteri dia."Syafiqah memberi cadangan sambil tersengih.

"Woi kau ini ada niat nak rosakkan rumah tangga orang ke apa?Kau jangan kau tau kan berdosa kalau rosakkan rumah tangga orang."Heliza sudah cuak.Manakan tidak,mana tahu kalau rakannya itu mempunyai niat untuk merosakkan rumah tangga orang.

"Hish kau ni seteruk aku pun,tak adalah sampai nak rosakkan rumah tangga orang.Dahla jom pergi dekat diorang."Heliza akhirnya mengalah lalu mengikut Syafiqah.

"Assalamualaikum".Salam yang diberi Syafiqah menarik perhatian Izzati dan Aryan yang sedang berbual.

"Waalaikumussalam ye kenapa?"Izzati membalas lalu tersenyum.

"Hai saya Syafiqah ini kawan saya Heliza.Kami ini kawan sekolah rendah Aryan dahulu"jelasnya.

Izzati mengganguk perlahan."Eh kejap maaflah nak tanya awak ni Aidira Syafiqah ke?Syafiqah yang pernah kena ejek dulu?"

"Macam mana awak tahu?Awak ni siapa? Saya rasa saya sebut nama saya Syafiqah kan tadi,macam mana awak boleh tahu nama saya?"Syafiqah sudah mula tidak puas hati apabila Izzati mengungkit masa lalunya itu dan lagi peliknya macam mana wanita di hadapannya itu tahu tentang dirinya.

"Lah kecilnya dunia ini.Ni aku lah Nadia Izzati.Izzati budak boja.Aku dengan Aryan still sekolah sama sampai menengah la weyh."Membulat mata Syafiqah mendengar.Dari dahulu lagi dia tidak suka dengan si Izzati ni.Boleh dikatakan yang dia menggangap Izzati itu sebagai musuh.Lagi dia berasa cemburu dengan si Izzati kerana bersekolah sama waktu sekolah menengah juga.

Aryan yang sejak dari tadi berdiam diri mencelah."Izzati I nak tanya what do you mean yang Syafiqah ni kawan sekolah rendah kita dulu?"Aryan separa berbisik.

"Oh my gosh!!Aryan you tak ingat ke inilah Syafiqah yang selalu you cari pasal dahulu.You takkan tak ingat pula yang you selalu ejek dia."

Kenyataan yang diberitahu Izzati membuatkan sel-sel otaknya baru berhubung.Syafiqah yang sedang tersengih dipandangnya.

"Kau!!"jarinya ditundingkan ke arah Syafiqah.Syafiqah pula pelik apabila tiba tiba Aryan menundingkan jari ke arahnya atau lebih tepat pada wajahnya.

"Aku?Kenapa pula dengan aku?"Heliza dan Izzati  saling berpandangan lalu  menjongketkan kening.

Haiii guysss!!sorry la lama x update x ada idea..huhu😢bab ni pun agak hambar sbb kekurangan idea....kalau korang rasa best jemput2 lah vote tu ye eheks ahhah😃





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro