Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

      "Kau!!"jarinya lurus menunjuk ke arah muka Syafiqah.Syafiqah pula sudah memandang Aryan dengan tanda tanya.

"Aku kenapa dengan aku?"soalnya sambil jari runcingnya ditunjukkan ke arah muka.

Tak semena mena tawa terbit terbit dari bibir Aryan."Pfttt...HAHAHAHAH".Izzati pula sudah menepuk bahu Aryan perlahan.

"Aryan you kenapa tiba tiba gelak?"soal Izzati.Manalah dia tak pelik tadi Aryan ni dah buat suspen tetiba boleh gelak.Haih sawan dah ke dia ni.Monolog Izzati dalam hati.

"Oh oh What? Sorry I tak boleh percaya yang depan I ni Aidira Syafiqah."Ujarnya setelah habis menghamburkan ketawa.

"Asal pula kau tak percaya ini aku?"Syafiqah mencebik

"Yelah dulu kau bukan macam ni.Muka penuh jerawat,pipi tembam lepastu badan.."Aryan mengembungkan pipinya menandakan berisi.

Syafiqah pula sudah terasa.Sampai hati kau Aryan kau kutuk aku.Ingin sahaja dia menangis,tetapi tak nak lah malu la nanti depan Aryan.Bukannya gemuk sangat pun aku.Dulu pakai saiz XL sebab aku tinggi jadi baju tu akan nampak singkat.Sekarang aku dah pakai saiz M,aku dah kurus sikit.

"Ish Aryan tak baiklah cakap orang macamtu tau."Izzati menepuk badan Aryan dengan beg tangannya.

"Ok ok sorry aku minta maaf Syafiqah."Aryan meminta maaf,sedangkan dalam hati mahu sahaja dia mentertawakan lagi si Syafiqah ini.Tapi Syafiqah yang sekarang sudah makin cantik,lebih lebih lagi dengan mata light hazel nya itu.Dia tahu itu bukan contact lens,kerana sejak dari dulu lagi dia ingat yang mata Syafiqah memang berwarna light hazel.

"Hmmm...takpalah aku nak balik dah jomlah Heliza kita balik."Lengan Heliza ditarik.Heliza pula terpinga terpinga apabila dia ditarik begitu sahaja.

"Ah weyh Aryan Izzati aku dengan Syafiqah balik dulu lah.Kalau ada rezeki kita jumpa lagi ye.Bye."Tangan dilambai sebelum dia turut mengejar langkah Syafiqah yang sudah laju meninggalkannya.

Apabila dua orang wanita itu hilang dipandangan Aryan dan Izzati.Izzati mula bersuara.

"Haih apa you ni tengok dah terasa si Syafiqah tu.Mulut tu lain kali elok elok sikit.Eiii kalau I jadi Syafiqah dah lama I sumbat batu dalam mulut you ni."Ujar Izzati geram.

Alamak crush aku marah pula.Leher nya digosok perlahan.Haish kau ni pun Aryan mulut tu kenapa tak jaga sebelum nak bercakap.Mesti Izzati tak suka dirinya nanti.

"Alah you sorryla.I terlepas cakap nak buat macam mana.Sorrylah ye ."

"Hmmm yelah dahla jom you hantar I balik,nanti lambat pula sampai."

Aryan mengganguk lalu bekas makanan yang sudah habis diguna dibuang di dalam tong sampah yang disediakan di sebelah bangkunya itu.Lalu kaki dihayun ke arah kereta mercedes-benz nya itu.

..........................

"Aku benci dia,Heliza.Aku benci dia!!"bantal berbentuk unicorn berwarna pink itu dibaling ke dashboard kereta milik Heliza.

"Huaaa sampai hati dia kutuk aku.Aku menyesal simpan perasaan dekat dia bertahun."Unicorn itu ditekan kuat lalu dironyokkannya.Geram punya pasal.

"Sudahla kau ni,kalau kau buat macam ini pun bukannya boleh buat apa.Dahla sini unicorn aku rosak la nanti.Hish!!"Unicorn pink yang berada di tangan Syafiqah dia rampas lalu diletakkan di belakang.

"Kau ni kan bukannya nak backup aku pun.Eiii aku bencilah dengan dia tu.Kau pun satu bukannya nak tolong pujuk aku.Sampai hati."Bibirnya dimuncungkan.

"Alahai kau ni.Aku pun peliklah dah bertahun lama pun kau still suka dia.Setia betul eh kau dengan crush kau tu.Aku tengok Aryan tu biasa je,eleh sepupu aku lagi hensem la.Kau nak tak? Aku tolong carikan.Tapi bukan sepupu aku itulah,yang itu aku dah aim." Tawanya meletus setelah berkata.

"Eiii kau ni kan! Memain betul aku sekeh kang kepala itu."Tudung bawal yang dipakai Heliza ditarik perlahan.Gila nak tarik kuat,kawan itu tengah memandu oii tak pasal pasal maut nanti.Dahla aku tak kahwin lagi.

"Amboii kau tudung janganlah main.Aku tinggal kau kang kat sini."ugut Heliza

"Hek eleh,tinggalah.Rumah aku lagi beberapa buah tu je.Macam lah tak boleh jalan."Heliza memandang Syafiqah menyampah.Baru je nak mengenakan Syafiqah,dirinya yang terkena balik.

Keretanya diberhentikan di hadapan rumah Syafiqah."Hah dah sampai cepatlah turun,aku dah nak balik ini." Tutur Heliza

"Amboi halau aku ke macam mana ini? Haish inilah kawan,sampai hati."

"Haah aku halau kau.Eh kau tak payah nak berdrama sangat dalam kereta ni."Tudung shawl milik Syafiqah ditariknya sedikit.Hah balasan padan muka,kau buat dekat aku kan tadi.Desis hati Heliza

"Arghh! Eii kau ini kan Heliza ish,nasib dah sampai rumah kalau tak naya tudung kau aku tarik."

Heliza hanya menjelir lidah."Like I care.HAHAHAH."

"Hmm oklah Heliza.Thanks for today babe bawa aku pergi jalan.Tak adalah bosan sangat aku terperuk dalam rumah tu."ujar Syafiqah lalu tali pinggangnya itu dibuka.

"My pleasure cik puteri annoying.Weyh pasal kat taman tadi itu kau lupakan jelah."

Syafiqah tersenyum sinis."Takpa,I have my own plan."

"Eh aku turun dulu tau bye."Dia bersalam dengan Heliza.Tangan dilambakan ke arah Heliza.Setelah kereta Heliza sudah hilang dri pandangan,baru dia memboloskan diri ke dalam rumah.

...........................

Usai sahaja tiba di rumah,katil menjadi sasaran.Telefon pintar berjenama Iphone itu dibuka.Baru sahaja dia ingin membalas mesej rakannya,nombor asing yang terpapar di skrin itu menarik perhatian.Mesej whatsaap dari seseorang yang tidak dikenalinya.Segera ditekkannya nombor itu.

Hai Aryan!! Kenal aku tak? - unknown

Dahinya sudah berkerut.Hah sudah minah mana pulak yang mesej aku ini.Desis hatinya.

Macam mana dia tau itu perempuan? Tengok sahaja cara percakapannya.Kalau lelaki bukan macam itu.

Kau sapa? Tak aku tak kenal!! Macam mana kau boleh dapat nombor aku eh? - Aryan

Butang send ditekan.Belum beberapa minit,mesejnya sudah dibalas.

Aku siapa? Hihihi aku ni jodoh kau yang bakal datang.Rahsialah mana boleh bagitahu. - unknown

Terbuntang mata Aryan membaca mesej itu.Orang gila mana pulak ini.Haih ke member aku yang bagi number.Diorang tu kekadang bukan boleh percaya sangat,ada je muslihat nak kenakan aku.

Hoiii gila!! Dah kau jangan nak mesej aku!! - Aryan

Setelah mesej itu dihantar,nombor asing itu diblocknya.Hah padam muka kau.

"Haish lebih baik aku pergi mandi." Baju t-shirt berwarna kelabu dan tuala diambilnya sebelum melangkah ke dalam bilik air.

......................

Ketika turun dari tangga,matanya memandang mamanya yang sedang bercakap dengan seseorang di dalam telefon.

Sofa di sebelah mamanya itu dituju lalu punggung dilabuhkan.Hah nasib dia dah sembahyang isyak,bolehla terus tidur nanti.

Selepas beberapa minit,baru Datin Azira menamatkan panggilan.Anaknya yang sedang menonton movie Avengers di televisyen ditatapnya.

"Hah Zaf dah makan ke belum?" Soal Datin Azira.Remote di tangan anak nya ditarik selamba lalu menukar rancangan kepada rancangan drama yang disiarkan di astro ria.

"Alah mama kenapa tukar? Zaf nak tengok cita movie tadilah."rengeknya seperti budak kecil.

"Hish kamu tu mainlah game,mama nak tengok drama best ni."Peha Aryan ditampar perlahan oleh mamanya.

"Ni Zaf oii ma tanya ni dah makan ke belum? Kalau belum tu lauk mama masak tadi ada atas meja.Pergilah makan."ujar Datin Azira sambil mata masih statik memandang drama tersebut.

"Sudah,Zaf dah kenyang mama tadi makan dengan Izzati sebelum balik." Ayatnya menarik sengihan si mamanya itu.Terus badan dihadapkan ke arah anak sulungnya itu.

"Ohh dah makan dengan Izzati rupanya.Kamu bawa bakal menantu mama tu pergi mana je?" Soal Datin Azira teruja.

"Amboi Zira dengar pasal Izzati kemain eh awak happy." Entah dari mana papanya atau dikenali sebagai Dato Zamri itu muncul memintas percakapan isterinya.

"Eh abang ni dari mana? Kata balik dari masjid pukul 10.30 ni baru pukul 9.45 malam." Perlian dari suaminya diabaikan.

"Itulah penceramah yang sepatunya datang harini ada hal penting.Jadi dia tak dapat hadir,lagipun tak ada yang nak ganti ceramah.Itu yang abang balik awal ini."Jelas Dato Zamri.

Datin Azira hanya mengganguk faham.Baru sahaja dia ingin bertanya kepada Aryan tentang Izzati,anaknya sudah berlari ke atas bermain game di dalam biliknya.

"Ish abang lah ni.Saya baru je nak tanya Izzati dekat Zaf awak pula menyampuk.Tengoklah dah lari pula budak tu.Heh!!" Bahu suaminya ditampar.

"Kenapa saya pula yang salah? Zaf pun rimaslah kalau setiap hari awak asyik tanya pasal Izzati je.Sudahlah jom masuk tidur."Tutur Dato Zamri lalu meninggalkannya seorang diri.

Datin Azira hanya mencebik.Ish nasib sayang,kalau tak abang tidur dengan Zaf.

......................

Telefon di tangannya masih ditatap.Masih sama tiada notifikasi dari orang yang ditunggunya.Siapa lagi kalau bukan Aryan.

"Takkan lah Aryan betul betul block aku.Ish mana boleh nanti macam mana aku nak ajak dia kahwin.Eh eh kau ni mengarutlah Syafiqah".Kepalanya digeleng perlahan.

Nama Aryan ditekan.Mesej whatsaap dari Aryan yang menyatakan ingin memblocknya dibaca semula.Huaaa Aryan unblock balik,aku rindu kau tau tak!

Nombor Aryan itu dipandang.Aku nak call dia tak eh,tapi kalau dia tak angkat macam mana? Takpun dia jerkah aku sebab kacau dia.Ish tak nak lah aku takut.Tapi aku nak cakap dengan Aryan.Dah lama aku tunggu dia.

Rungsing kepalanya memikir.Ini baru sahaja memikirkan mahu menelefon Aryan atau tidak,belum lagi masalah negara.Haih mohon tabahla perdana menteri.Eh tiber HAHAHAHA.

Tak apa Aryan kau tunggu eh! Laman media sosial Instagram dibuka ingin mencari account milik Aryan.Butang search ditekan lalu nama Aryan ditulis.Kemudian muncul lah profile gambar milik Aryan.

Macam mana dia tahu itu account Aryan? Come on lah bab stalk ni aku no.1 okay.Tekan tekan je dah jumpa.

Account Aryan yang bernama @AryanZaf._AZ itu ditekan.Terbuntang matanya melihat followers Aryan yang sebanyak 300k itu dan kebanyakkan yang menfollownya adalah perempuan.Cemburu dibuatnya.Huh followers aku baru 70k.

Tapi yang menjadi masalahnya sekarang adalah account milik Aryan itu private."Argh kantoilah aku stalk dia nanti" rungut Syafiqah perlahan.Mindanya menghasut berkata..takpa kalau kau nak Aryan suka kau, tunjuklah effort bukan kata semata mata.

Dia tersengih sendirian.Pandai eh kau otak.Butang request itu ditekan.Dia mengharapkan beberapa minit permintaanya sudah diluluskan,malah dia salah.Dah nak dekat setengah jam dia tunggu ni.

"Eii kau ni kan Aryan cepatlah luluskan request aku ni.Ok aku tunggu 10 minit lagi eh."

Jam di dinding dikerling.Jarum pendek menunjukkan ke arah nombor 12 manakala jarum panjang menunjukkan ke arah nombor 3.Menandakan sudah pukul 12.15 malam.

Ini dah lebih dari 10 minit.Punyalah dia terleka menscroll post dari instagram sampai tidak sedar yang sejam sudah berlalu.Bantal peluk disebelahnya ditarik.

"Ish esoklah penat lah aku tunggu dia macam ni.Sampai subuh aku tak tidur nanti."Rungutnya.Dia menguap perlahan,dia sudah mengantuk.

Selimut ditarik perlahan lalu mata dilelapkan sebelum dibawa ke alam mimpi.




Yeayyyy siap jugak bab ni punya lah aku ambil masa tiga hari untuk siapkan sebab kering idea.Ni pun aku main bedal je idea apa yang muncul.Aku dah tak tahan perap bab ni lelama dalam draf.So enjoy✌😂.As usual kalau best dijemput vote,tolong jangan jadi silent readers..penat aku tulis huhu..ok tu je night💤





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro