𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 02

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"INI uncle perkenalkan kepada Hawa.Kawan uncle nama dia..." Belum sempat Zin mahu menghabiskan ayatnya, lelaki sebayanya itu lebih cepat memintas.

"Aku... Muhammad." Muhammad merenung tajam setiap inci wajah Hawa yang menunduk itu.

"Eh eh eh kau ni. Tak menyempat betul. Kau jangan nak tackle Si Hawa ini sudah," ujar Zin berbaur sedikit amaran.

Hawa memanggung kepalanya. Menatap lama raut wajah figura bernama Muhammad itu. Erm... Not bad.Reaksi wajah yang dipamerkan hanya biasa- biasa sahaja.

"Sebenarnya apa yang berlaku, uncle?" Hawa terus menyoal. Sudah penat dia cuba mencari jawapan di sebalik kejadian yang berlaku di KLIA beberapa jam yang lalu. Memorinya mengenai kejadian itu kabur-kabur. Perkara terakhir yang dia ingat ialah dia berlari keriangan dan melompat ke arah figura tersebut untuk didakap, namun tanpa disangka wajahnya itu tersembam jatuh di atas lantai.

Malu tak habis tujuh keturunan ni!

Kini, mereka bertiga sedang berada di lobi sebuah hospital. Sejurus Hawa sedarkan diri dari pengsannya yang telah disalah tafsir oleh semua orang, walhal dia sengaja berpura-pura pengsan dan akhirnya... Dia terlena dalam kepura-puraan itu.

Zin dan Muhammad saling berbalas pandangan. Ternaik sedikit senyuman senget di hujung bibir Zin apabila teringat karenah Si Hawa. Lucu!

"Muka uncle dan kawan uncle ni serupa ke, Hawa?"

Hawa menjongket keningnya. Tidak mengerti. Soalan dia berbalas dengan soalan. Alang-alang Uncle Zin dia dah bertanya begitu mulalah Hawa mencari persamaan wajah di antara Zin dan Muhammad.

Hawa menggeleng. Menidakkan."Uncle Muhammad... Lagi kacak daripada uncle." Jawapan sejujurnya yang diberikan membuatkan Muhammad bangga sekejap dipuji sedemikian.

Zin mencebik. Eleh. Tindakan dia menyiku perut Muhammad menyebabkan lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Sakit gila..." rengus Muhammad tidak puas hati. Apa kes Si Zin ni? Takkan cemburu kut sebab Hawa kata aku lagi kacak daripada kau?

"Yang Hawa nak peluk masa dekat KLIA tu bukannya uncle. Tapi mamat sebelah ni..." Zin menjuihkan bibirnya ke tepi memaksudkan Muhammad lah pemuda yang malang bakal dinodai oleh pelukan Si Hawa semasa waktu kejadian itu berlaku.

Hawa terbungkam sejenak.

"Jangan salahkan aku sebab muka kau tu tercium lantai KLIA.Aku mengelak sebab aku masih suci. Aku nak jaga kesucian ini daripada dinodai kau untuk bakal isteri aku nanti. Kau pun satu hal, lain kali jangan salah orang. Tak ke haru kalau kau tiba-tiba terpeluk suami orang. Tak pasal-pasal ada drama bertarik rambut dekat KLIA." Panjang lebar Muhammad membebel.

Hawa tersengih. Malu dengan kecuaian diri sendiri.

"Uncle Muhammad..."

Muhammad terjeda. What the fish... 'Uncle Muhammad?' Did she called me 'uncle'? Like seriously... I'm still 30 series.

"Muhammad..."

"Uncle Muhammad."

"Not uncle... Just Muhammad."

"Uncle Muhammad." Hawa menekan satu-persatu nama Muhammad. Sengaja.

"What the shoes... I'm 37 . I'm not your uncle."

"Iya lah...Then I'll call you Muhammad ajelah ya?" Hawa mengaku kalah.

"Tapi, kau tetap salah. Kalau bukan sebab kau mesti aku tak masuk hospital," rungut Hawa tidak puas hati. Sakit juga kepalanya bila tercium lantai KLIA itu. Ada sedikit lebam di dahinya kesan berikutan kejadian yang berlaku itu.

"Eh eh eh budak ni.Salahkan aku pula.Adab mana adab?Apa kau dan aku ni?Aku lagi tua daripada kau. Panggil abang."

"Euwww. Abang?" Hawa membalas dengan wajah jengkelnya.

"Iyalah. Kau tak belajar cara hormat orang tua ke? Adab-adab dengan orang tua.Panggilan yang bersesuaian," kata Muhammad penuh sinis.

"Kau.Bukan.Abang.Aku." Berkeras Hawa sambil menekan satu-persatu ayat yang keluar dari mulutnya.

"Aku.Bakal.Suami.Kau."









.












.












.













"NAH kunci. Seperti yang uncle amanahkan dekat Hawa sebelum uncle berangkat ke Australia." Dikeluarkan segugus kunci dari beg tangannya dan hulur kepada Zin. Gugusan kunci itu telah bertukar tangan.

"Terima kasih Hawa kerana tolong jagakan rumah ni untuk Uncle.Memang betullah keputusan uncle untuk percayakan Hawa..." Zin mengusap lembut rerambut Hawa persis seorang abang yang penyayang.

Hawa tersengih suka.

"Jom masuk!" pelawa Zin. Tautan tangannya dan Hawa bercantum sebaik sahaja mereka keluar dari perut kereta yang dipandu oleh Pak Ali. Muhammad mengekori langkah mereka daripada belakang dengan gaya santainya iaitu memasukkan kedua-dua belah tangan ke dalam poket seluarnya.

Muhammad ralit memerhati sekeliling laman rumah milik Zin yang agak luas tapaknya. Banglo tiga tingkat yang menerapkan reka bentuk landskap Inggeris. Halaman berumput yang bergulung-gulung, pokok-pokok, binaan klasik dan seni bina yang menarik. Binaan yang berciri kearcaan menggamit perhatiannya.

Langkah Muhammad terhenti di depan pintu utama. Buai yang masih kukuh di sebelah kiri banglo itu diperhatikan seketika. Itulah buai yang selalu dia lepak bersama Zin ketika kecil dahulu. Selalu juga dia datang bertandang di banglo ini.Hubungan persahabatan yang terjalin di antara mereka sehingga kini makin erat.Mereka pernah terputus hubungan tatkala Muhammad sekeluarga terpaksa berpindah ke bumi Dubai pada usia mereka belasan tahun. Kerana takdir, Zin dan Muhammad sekali lagi dipertemukan di tanah Arab ketika mengerjakan umrah. Sungguh indah takdir hidup mereka. Hubungan persahabatan yang ukhuwah.

" Assalamualaikum..." Serentak Zin dan Hawa mengucapkan salam,seraya itu perlahan Zin membuka pintu yang berkunci itu. Tombol pintu dipulas perlahan dan ditolak. Jelas pintu itu berbunyi kuat menandakan sudah lama tidak dibuka. Daun pintu ditolak sehingga terbuka luas.

Kali ini perasan Zin kembali sebak. Apa yang dilihat di ruang tamu mengingatkan kembali kepada suasana dahulu. Anak matanya melingas melihat sekeliling rumah peninggalan arwah ayahnya itu. Sudah lima tahun berlalu sejak dia meninggalkan Malaysia dan amanahkan rumah peninggalan ini kepada anak buahnya iaitu Hawa.

Zin masih ternampak-nampak wajah mamanya yang sentiasa sibuk mengemas dan menyusun bunga di dalam pasu dan diletakkan di segenap penjuru ruang tamu. Ia memori ketika dia masih kecil lagi kerana mamanya dan papanya meninggalkan mereka adik-beradik ketika usianya baru mencecah 6 tahun. Dia mempunyai seorang kakak yang amat penyayang bernama Rafidah. Rafidah la orang yang telah bertanggungjawab mendidik dan menjaganya penuh kasih sayang.

Rafidah. Sebaris nama itu telah menerjah kembali ke dalam benak fikiran seorang Zin. Seorang insan yang amat dihormati dan disayangi. Tanpa insan itu, mungkin dia takkan hidup dengan sehingga kini.

Buat sementara waktu ini, Zin mahu melupakan dahulu masalah yang terjadi di antaranya dengan Rafidah sehingga hubungan adik beradik mereka renggang hanya disebabkan salah faham sahaja.

Zin melangkah masuk ke dalam rumah diikuti Hawa. Zin mengukir senyuman hambar. Dia teringat lagi memori waktu dia kecil dahulu. Di ruang tamu inilah tempat dia dan Rafidah akan berlari berkejaran dan seperti biasa papanya yang sungguh garang persis singa itu akan memarahi mereka berdua kerana telah mengganggu konsentrasinya yang ingin membaca surat khabar dengan tenang.

Dia ingat lagi, betapa indahnya zaman ketika kecil dahulu. Kalau dapat diputarkan masa, Zin mahu mengabdikan waktu-waktunya bersama mama, papa dan kakaknya Rafidah.

"Uncle termenung apa?"

Zin tersentak."Uncle teringat waktu uncle masa kecil dahulu. Uncle rindukan semua kenangan itu." 

"Rumah ni dah lama ditinggalkan. Jadi disebabkan uncle dah decide nak stay balik dekat Malaysia ini, nanti uncle nak jemput jemaah surau untuk buat bacaan yassin dan doa selamat disebabkan rumah ini dah lama tak berpenghuni. Bukan kita tak tahu, kalau tiada manusia yang duduk ada makhluk lain yang akan duduk." Sambung Zin lagi.

"Uncle tak rindukan ibu?" Soalan cepumas daripada Hawa membuatkan Zin terjeda sejenak. Hawa dengan wajah polosnya itu menatap anak mata zamrud Zin.

"Tipulah kalau uncle kata yang uncle tak rindukan ibu Hawa. Dia kakak uncle. Tapi..."

"Ibu rindukan uncle." Kenyataan itu terpacul keluar dari mulut Hawa.

Zin berdehem. Gatal pula tekaknya ini. Lebih baik dia menukar topik perbualan. "Rumah ini berhabuk teruk.Penatlah kalau uncle dan Muhammad nak kemas satu rumah ni. Seminggu lah juga ambil masa."

Hawa memetik jarinya kuat apabila ada idea yang terlintas di fikirannya. Hehe."Jangan risau, Uncle!"

Zin mengangkat sebelah keningnya.

"Hawa ada penyelesaian untuk masalah uncle ini. Tapi, bukan Hawa la orangnya yang akan kemas rumah ini. Lebih baik Hawa habiskan masa di salon aje. Mue he he he."

Hawa yang sudah dapat rencana bagi menyelesaikan masalah Zin, tanpa bertangguh lagi dia menelefon seseorang dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.

"Heloooooo hehe..."













.












.













.



















"BEDAH!"

"Bambam!"

"Bie!"

Termengah-mengah nafas Rafidah. Baru sahaja dia pulang dari butik pakaiannya. Sudah beberapa kali dia memanggil pembantu-pembantu rumahnya namun, tiada seorang pun yang menyahut.

Ke mana ghaibnya tiga mak cik bawang holland tu?

"Bie!"

"Bedah!"

Rafidah sudah bercekak pinggang ala-ala Mak tiri Cinderella yang sedang menunggu mangsa sahaja untuk diterkam. Penat dia menjerit tapi tidak kelihatan langsung kelibat tiga sekawan 'B' itu.

"Mana pula la tiga ekor badak ni?"

Ting!

Ting!

Saat itu notifikasi dari telefon pintarnya berbunyi menandakan ada mesej baru masuk. Tanpa bertangguh, Rafidah lekas membaca mesej yang dikirim daripada Hawa, anaknya.

Hawa

Ibu... Hawa pinjam Cik Bambam, Cik Bedah dan Cik Bie ya?

Hehe.Tapi... Hawa dan culik pun. Nanti Hawa pulangkan balik ya. Bubye!Mwah.Mungkin Hawa tak balik kut malam ni.

"Budak tak guna!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro