𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 03

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"IBU. Hawa nak anak patung comel tu. Boleh la ibu..." Lengan baju milik ibunya ditarik-tarik dan digenggam erat. Wajahnya yang penuh pengharapan itu terbias namun, tiada sekelumit pun perasaan simpati di dalam hati Rafidah menatap wajah anak kecil itu. Menyusahkan aje ada lah!

"Ibu... Ibu... Hawa nak." Tidak henti-henti dia merayu. Berharapan permintaannya akan tertunai. Anak yang baru sahaja berusia tiga tahun itu sudah rambang mata apabila melihat banyak koleksi permainan yang terbentang di depan matanya. Apa yang paling menarik perhatiannya sekali adalah sebuah anak patung yang memakai dress kuning keemasan itu. Cantik!

Rafidah tidak peduli. Rasa menyesal juga apabila membawa anak kecil yang bernama Hawa itu keluar sekali dengannya bersama Puteri. Sakit telinganya mendengar rengekan itu. Huh!

"Erm.Ibu..." Puteri mulai bersuara sedikit was-was. Gusar untuk memberitahu permintaannya apabila melihatkan ibunya seakan tidak mempedulikan permintaan adiknya yang satu. Fikirnya layanan ibunya terhadap dia dan Hawa sama. Tetapi, tidak...

"Iya sayang... Puteri nak apa?" Dengan lemah lembut Rafidah bertanya kepada 'anak kesayangannya'. Berbeza sungguh nada suara yang digunakan. Dia menunduk sedikit untuk menyamai ketinggian dengan Puteri yang sudah berusia tujuh tahun itu.

"Puteri nak anak patung tu!" Jari telunjuknya dituding ke satu arah. Anak patung itu juga turut menarik minatnya.

Rafidah menghalakan pandangan ke arah yang ditunjuk oleh Puteri. Mengecil matanya. Itu kan anak patung yang sama Hawa mahukan sedari tadi. Dia bungkam sejenak sebelum Puteri kembali bersuara.

"Boleh tak ibu?" Puteri menayang wajah simpatinya.

"Mestilah boleh... Puteri kan anak ibu." Laju Rafidah mengangguk. Anak patung memakai dress berwarna kuning keemasan yang berada di dalam kotak itu dicapai.

Hawa sudah tersenyum girang. Fikirnya... Rafidah akan mengambil anak patung itu untuk dirinya. Sangkaanya meleset tatkala melihat kakaknya Puteri sedang memeluk erat kotak anak patung itu. Terpancar jelas kegembiraan yang terbias di wajah Puteri.

Satu titik...

Dua titik...

Tiga titik...

Cecair jernih yang hangat itu tanpa segan silu memunculkan diri. Hawa hanya terkaku di tempat dia berdiri.

Hawa nak anak patung itu.

Hawa nak main dengan anak patung tu.

Tapi...

Kenapa kakak Puteri yang dapat peluk anak patung tu...Bukan Hawa?

"Terima kasih ibu. Sayang ibu!" ucap Puteri dengan girangnya.

"Anything for you, sayang." Tautan tangan Rafidah dan Puteri mulai bercantum dan menghayun langkah ke kaunter hadapan untuk proses pembayaran.

Hawa ditinggalkan di belakang dalam keadaan terpinga-pinga. Saat itu dia kembali melabuhkan pandangan ke arah anak patung itu.

Hawa nak anak patung tu.










.












.












.

















"IBU!Puteri dapat nombor satu untuk exam akhir tahun," kata Puteri seraya itu dia menunjukkan result yang cemerlang itu kepada Rafidah.

Rafidah mengukir senyuman lebar. "Pandai. Anak ibu ni. Nanti Puteri cakap aje apa yang puteri nak. Nanti ibu akan tunaikan." Didakap erat tubuh anaknya.

Hawa sedang berbaring terguling-guling di atas karpet sambil menonton rancangan kartun di televisyen,sesekali akan tertawa riang . Rafidah menjeling tajam melihat tingkah laku Hawa yang selalu salah di matanya.

"Cuba tengok kakak ni Hawa... Kakak selalu dapat keputusan yang cemerlang. Kamu tu selalu sangat main-main. Belajar malas. Nak jadi apa pun tak tahu. Ibu ni malu tau... Sebab anak ibu selalu sangat dapat nombor tercorot dalam kelas. Kamu tu perempuan. Malu la kalau perempuan jadi bodoh. Cuba fikir masa hadapan sikit. Langsung tak serius. Ibu bukan suka membebel tapi perangai tu berubah la... Jangan jadi manusia yang lembab."

Hawa mengajuk percakapan Rafidah. Bo layan sama dia. Apa yang Rafidah cakap masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Puteri tidak mencelah. Hanya pandangan ditekur ke lantai sahaja.

"Ish, ibu ni! Selalu nak bandingkan Hawa dengan kakak." Rengus Hawa tidak puas hati. Hilang terus moodnya nak menonton siaran di televisyen. Alih-alih ibunya akan berkata perkara yang sama.

"Kamu daripada dulu memang tak pernah nak dengar cakap ibu!"

"Bla... Bla... Bla... Kalau Hawa dapat keputusan yang cemerlang pun... Ibu bukannya akan gembira pun ataupun nak bagi Hawa hadiah seperti kakak." sinis Hawa membidas.

"Siapa cakap? Ibu mana sahaja takkan gembira kalau anak dia dapat keputusan yang cemerlang. Then, kamu tu kena ubah sikap. Belajar la jangan jadi pemalas. Nanti tak jadi orang."

Saat itu Hawa tekad. Di dalam dirinya ada azam baru iaitu untuk membanggakan ibunya dengan keputusan yang cemerlang untuk exam akan datang. Dia akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Dia nak buktikan kepada ibunya yang dia juga setanding kakaknya, Puteri. Hawa tidak suka dirinya diperlekehkan sedemikian seolah-olah dia sampah masyarakat.











.










.











.

















"WOI!" jerkahan kuat dari seorang bersuara garau itu sekaligus melenyapkan ingatan Hawa ketika zaman kecilnya dahulu. Langsung tidak sedar yang dia sekarang sedang bersantai di gazebo rumah Zin.

"Apa woi-woi? Tak reti beri salam ke, bro?" Hawa menoleh dan memandang malas figura tersebut. Abaya hitam yang melekap di tubuhnya ditepuk sedikit untuk menghilangkan habuk yang datang bertandang tanpa dipinta.

Muhammad tersenyum sinis.

"Assalamualaikum cinta hati abang ni." Penuh romantis Muhammad memberi salam pakej dengan kenyitan mata sekali.

Hawa mulalah mengacah-acah nak mencekik seorang Muhammad yang nakal itu.

"Waalaikumusalam cinta hati Hawa." Hawa turut melembutkan sedaya upaya suaranya. Sehabis ayu dah dia buat.

"Amboi budak. Senang-lenang ya engkau duduk lepak kat sini sedangkan orang kat dalam rumah tu sibuk untuk majlis doa selamat. Sepatutnya kaum wanita kena duduk dapur. Tolong apa yang patut..." Bebelan Muhammad tersangkut tatkala dengan ganasnya Hawa meletakkan jari telunjuknya di bibir Muhammad yang seperti bertih jagung itu sekaligus menyebabkan butir bicara Muhammad tenggelam.

Terbuntang besar biji mata Muhammad dengan tingkah laku Hawa yang diluar jangkaan. Dia tak menghalang meskipun dia mampu berbuat sedemikian. Nak kena budak ni...

"Macam mak nenek. Ish!" rungut Hawa dengan mulut yang terjuih-juih ke hadapan. Perlahan-lahan dialihkan jari telunjuknya yang melekat di bibir Muhammad.

"Kau ni suka sangat curi tulang.Kesian aku tengok bibik-bibik kau yang bertungkus-lumus bekerja kat dapur sedangkan kau boleh duduk berangan dekat sini."

Hawa mengajuk percakapan Muhammad itu. Salah satu hobinya yang membuatkan orang ramai jengkel.

"Lah... Dia orang kan bibik. Dah menjadi tugas mereka untuk buat kerja tu semua. Kenapa kita kena tolong pula? Kita ni cik muda.Anak majikan." Sedikit angkuh Hawa menjawab.

Muhammad menatap wajah Hawa yang dalam kesamaran cahaya lampu itu. Tersungging senyuman manis di bibirnya.

Memang Muhammad akui yang Hawa ini sungguh anggun orangnya dan bertambah keserian wajah itu apabila Hawa mengenakan selendang berwarna putih menutupi kepalanya. Meskipun selendang itu tidak menutupi sepenuhnya. Sekadar pakai ala kadar sahaja kerana leher Hawa terdedah dan selendang itu dipakai singkat atas dada. Itu bukan ciri-ciri seorang wanita yang berhijab. Aurat tidak tertutup dengan sepenuhnya.Muhammad faham. Hawa memakai pakaian yang sopan kerana menghormati acara agama yang akan berlangsung,itu sudah cukup memuaskan. Asalkan Hawa tahu adab pemakaian yang bersesuaian.

"Hawa cantik... Abang suka tengok Hawa pakai macam ini."

Hawa tersentak. 'Abang?'Muhammad membahaskan dirinya 'abang?'Auw... Melting jap.

"A...apa... apa awak cakap ni?" Kalau sebelum ini dia menggunakan ganti nama kau- aku.Tetapi, kini tidak setelah Hawa ditegur keras oleh Zin memandangkan jurang usia di antaranya dan Muhammad. Tidak elok didengar. Jadi Zin sarankan Hawa,memanggil Muhammad 'abang'. Namun, Hawa berkeras,dia rela menggunakan ganti nama kita - awak.

"Abang cakap yang Hawa ni cantik sangat hari ini.Abang suka tengok Hawa pakai seperti ini..." Ulang Muhammad sekali lagi bahkan suaranya begitu romantis sekali di pendengaran Hawa.

Hawa bungkam sejenak. Dia terkelu.Rasa membahang wajahnya apabila Muhammad memujinya. Selama tempoh perkenalan mereka tidak pernah lagi Muhammad berbuat baik dengannya, malahan panggilan juga kasar. Tetapi sekarang, Muhammad di depan matanya sungguh lain. Mamat ini kena sampuk ke apa?

"T... teri... terima... k...kas...kasih." Tergagap Hawa ingin meluahkan kata-katanya, seraya itu dia terus berlari masuk ke dalam rumah. Barangkali malu.

Muhammad tergeleng melihat telatah gadis itu. Senyuman terukir lebar.

'Hai la... Comel bidadari abang ni.'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro