🌹 teaser 1 🌹

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng



KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH


Hujan yang turun menderu tiada tanda-tanda akan reda. Gelap suasana semakin menjadi kelam. Husna melajukan langkah ke bangunan klinik. Tangan kanan memegang payung manakala tangan kiri menjinjing plastik barang.



Bersusah payah Husna menolak pintu kaca dengan bahu sambil menutup payung di tangan. Hampir dia terlentang ke belakang setelah pintu tiba-tiba ditarik dari dalam.



"Husna!" Izhar terkejut.



Husna lebih lagi setelah tubuhnya yang hampir terlentang disambut lelaki itu.



"Awak tak apa-apa?"



Husna cepat-cepat membetulkan tubuh. Tegak berdiri mengawal rasa malu. Ikutkan hati dia enggan bertemu lelaki itu. Tapi ternyata bersua juga.



"Masuk dalam. Hujan lebat ni," Izhar bertindak menarik Husna ke dalam. Pintu kaca segera ditutup bagi mengelakkan tempias.



"Kenapa awak datang hujan-hujan ni?" terdetik kerisauan di hati Izhar. Bimbangkan Husna walaupun ada rindu yang menggebu.



Dia baru bercadang nak ke rumah Pak Majid menghantar ubat.



"Err... nak jumpa Doktor Kamal," sahut Husna perlahan.



Memandang memang tak. Hanya terus membelakangi Izhar sambil mengawal rentak jantung yang deras berdetak.



Hakikatnya Husna memang sukakan Izhar. Cuma tak termampu. Dan dia pun tak faham kenapa dalam banyak-banyak kerjaya di atas muka bumi ini, Izhar menjadi seorang doktor? Kalau kerja kilang macam dia okey lagi.



"Doktor Kamal tak ada. Dia pergi pekan ambil stok ubat. "



Husna terkejut. Sangka dia, Doktor Kamal ada. Kalau tidak, mustahil untuk dia masuk ke ruang itu. Berduaan seolah-olah sengaja mahu menimbulkan fitnah.



"Kalau macam tu tak apalah. Saya balik dulu," Husna melangkah ke pintu. Tapi Izhar lebih pantas mencapai lengan gadis itu.



"Kenapa awak tak pernah pandang saya, Husna? Benci sangat awak pada saya, ya?" Izhar beralih ke tajuk yang menyimpang. Kerana soal hati langsung tak mampu ditahan.



"Apa yang awak mengarut ni? Lepaslah. Saya nak balik," Husna cuba menarik lengannya tapi Izhar enggan melepaskan.



"Tak semua lelaki dalam dunia ni jahat, Husna," Izhar menyambung. Husna terbeliak biji mata.



"Doktor Izhar. saya datang ke sini nak jumpa Doktor Kamal. Nak ambil ubat ayah. Bukan nak dengar awak mengarut," Husna berkalih memandang sambil berusaha menarik lengannya sehingga terlepas dari pegangan Izhar.




# KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH# RMASTUDIO# RM22 termasuk postage# Shopee pun ada



_FROM_ME_WITH_LOVE_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro