🌹 teaser 2 🌹

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH


"Sampai bila kau nak macam ni?" Terdengar soalan dari mulut Fendi, Husna mengeluh perlahan.



"Kenapa dengan aku?" Dia mengembalikan soalan dengan suara mendatar.



Langkah kaki diatur perlahan menjarakkan kedudukan mereka. Husna tak mahu timbul fitnah seterusnya yang boleh menyakitkan hati, jiwa dan raga. Fitnah orang-orang kampung yang tinggal di kawasan terpencil. Berfikiran kolot, suka mereka cerita melagakan orang!



"Aku tahu kau rindukan Doktor Izhar." Fendi membuat spekulasi berdasarkan sikap temannya. Husna diam tak mahu membalas.



"Aku tahu kau sukakan Doktor Izhar."



Diam lagi. Hanya deru nafas yang kedengaran tak sekata demi mengawal rasa.



"Aku tahu taraf aku nak dibandingkan dengan doktor tu. Aku ni siapalah sangat? Setakat kuli. Kerja kilang pulak tu. Mana boleh nak lawan seorang doktor untuk bertanding memenangi hati kau?" Fendi benar berjauh hati. Kesempatan yang ada, sekali harung dia meluahkan perasaan. Tapi Husna tetap tak bersuara.



"Tapi aku hairan. Sejak bila kau sukakan doktor? Setahu aku, kau benci manusia yang kerjanya berkait rapat dengan bidang ni."



Masih diam.



"Atau aku yang salah meneka?"



Diam. Dan berterusan.



"Kau dengar tak?"



Husna menarik nafas panjang. Kedengaran bergalau membuktikan hati benar ralat. Bukan kerana kata-kata Fendi yang saban hari didengari. Kerana dia benar merindu.



"Husna?"



"Dah tu kau nak suruh aku jawab apa? Bukan kau yang selalu kata tak semua doktor akan buat salah? Kalau buat silap sekalipun bukti dia dan kita tetap manusia biasa. Tak selalunya betul. Tak pernah sempurna."



"Jadi sebab kau dengar nasihat aku, kau jatuh cinta dengan Doktor Izhar? Bukan sebab dia lebih hensem dari aku?"



Husna tergelak kecil. Berkerut dahi Fendi.



"Sampai bila kau nak tunggu dia, Husna? Ah! Aku tak kira. Aku nak suruh mak aku jumpa Pak Majid."



Langkah Husna terhenti. Fendi pun sama atau terlanggar tubuh itu.



"Pergilah."



"Betul ke, Husna?" Berbunga wajah Fendi. Segera dia berlari ke depan demi nak memandang wajah itu.



"Kalau orang dulu-dulu, dia pergi cari batu belah. Kalau kau tak nak aku pandang muka kau sampai bila-bila, buatlah!"



"Alah. Sekarang bolehlah kau kata macam tu. Dah menikah nanti mesti kau akan sayang aku," Fendi enggan mengalah.



"Kalau kau sanggup tengok aku terjun sungai kat depan rumah, buatlah!" Husna menamatkan ayat lalu kembali mengorak langkah. Fendi yang ditinggalkan tergaru kepala.



"Tapi aku sayangkan kau, Husna!" jerit Fendi lantang.



"Aku pun. Kau kan kawan aku."



Ces! Fendi mencebik persis tak berpuas hati!




# KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH# RMASTUDIO# BUKU SEDIA DIPOS# RM22 termasuk postage



_FROM_ME_WITH_LOVE_


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro