5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


VOTE


"Narcissistic is needed."

Azri mengangguk-angguk dalam dia mengunyah chocolate chip di dalam aiskrimnya, matcha green tea mint. Dia terus mendengar saja tanpa sebarang penambahan. Daripada tadi lagi dia mendengar saja.

"Kalau narcissistic tadek dalam dunia ni, dunia ni mati. Sebab tadek orang nak gaduh, tadek orang nak lumba jadi siapa lagi hebat, tadek orang nak maju itu ini, tadek orang nak paham rasa bila kau sorang je betul. Kalau dah sampai gitu, sampai bila-bila lah dunia ni tak tua sebab semua manusia hidup dalam utopia, tadek buat bala bencana, seterusnya tadek lah kiamat, kang neraka semua jadi bazir. So, narcissistic keperluan asas sesebuah dunia."

Kepalanya mengangguk-angguk lagi. "I'm not so much religion. Ri solat apa semua kadang-kadang tuang tapi yang paling Ri ingat pesan ibu, jangan bongkak kan masa dekat dunia?"

Asfa tersenyum senget saja. "Aku pun solat banyak lopong. Pasal bongkak, semua orang bongkak, Ri. Beza dia, dia asshole ke tak."

Kening Azri berkerut. "Macam mana?" Tapi Ri tak bongkak, disambung itu di dalam hati.

Asfa menarik nafas panjang. "Aku dah lama hidup, jadi macam... tak faham apa-apa lepas aku jumpa Dhiya. Setiap orang ada nilai yang dia bawa, untuk buat hidup dia ada makna. Benda tu yang aku rasa susah gila, susah sangat, tak mungkin dan tak akan jadi untuk orang macam aku. Sampai lah aku jumpa Dhiya. Pada aku, nilai aku adalah Dhiya.''

Dia menghela nafas sebelum meneruskan,

"Tak kisah agama apa yang manusia pegang, sebab yang pegang dorang betul-betul nilai hidup dorang, bukan ajaran agama. Benda tu yang define dorang, bukan agama, bukan kerja, bukan pasangan, bukan keluarga, bukan pencapaian itu ini. Atheist ada je baik. Muslim ada je jahat. Setiap agama perjuangkan ajaran dorang betul. Islam, Kristian, Yahudi, Hindu. Semua agama. Sebab tu Islam sendiri suruh kita hormat agama orang lain, jangan setiap benda nak cakap 'moga awak dapat hidayah masuk Islam'. Apa kau rasa bila pengikut Jesus cakap gitu ke kau? Ha? Setiap agama kekal dengan syurga neraka tu wujud. Balance. Everything is about balance. Perempuan, lelaki. Jantan, betina. Tanah, langit. Matahari, bulan. Hitam, putih. Syurga, neraka. Yin, yang. Atas, bawah. Dosa, pahala. Semua nya utopia.

Caya cakap aku. Tak kisah Islam ke apa ke, itu semua tak penting. Sebab dorang hidup dorang mesti akan hendak mencapai satu benda. Nak hidup bahagia, nak kahwin, ada anak, nak itu nak ini. Dorang memang cakap dalam ceramah agama dorang hidup sebab nak masuk syurga. Kau rasa? Betul ke tu tujuan dia? Semua orang memang nak syurga, siapa taknak. Sebab itu yang memang kita nak, satu. Sebab kita dah memang lahir dengan sebutir iman dalam diri tak kira kita lahir ke agama Islam, Kristian, Hindu, agama self-impacted yang lain. Sebab sebutir iman tu lah, memang kita akan prefer syurga. All the goodness yang kita taktahu nak bayang pun, kan? Kedua, sebab itu yang kita diajar dari kecik. Ketiga, sebab itu jawapan yang orang semua bagi. Sama je untuk setiap agama. Lepas tu, benda tu jadi susah bila dorang faham cara nak masuk syurga tu kat satu cara je, tak nampak dah cara lain. Tu yang buat dorang cop itu ini pada orang yang tak percaya apa yang dorang percaya.

Bila dah kahwin pulak, dah tu? Ingat semua perkahwinan tu bahagia macam novel or macam apa yang kau nampak dekat member-member? Macam-macam jenis masalah yang ada. Orang akan cakap agama selamatkan kita. Kalau dia tak kena macam orang yang minta mati kena, dorang memang akan cakap agama, agama, agama je. Padahal dorang sendiri bukan nak tolong kalau ada orang yang tak ikut apa yang dorang rasa bagus, baik. Tak solat sikit, cakap masuk neraka. Tak pakai tudung sikit, nanti kena sambar petir. Dah pakai purdah tapi beria pakai eye liner nak kasi menggoda. Tidur tepi jalan ha nanti jadi gila. Solat cepat tadek doa, Allah tak terima. Buat masjid gitu gini cakap nanti Allah kasi murka. Pada aku... macam... sungguh la kita ni lebih teruk dari binatang. Kerja kita nak mengata orang untuk nampak kita ni ada nilai sangat, terpaling itu terpaling ini, macam kita ni betul sangat dah bila kita dah solat, bila dah hidup ada anak bini, bila dah kerja empat lima kerja tapi elok je hidup tadek bunuh diri. Semua orang bongkak. Dorang akan kasi nasihat cakap benda betul, tapi diselitkan dengan tiket bala bencana. Susah untuk dengar nasihat yang betul-betul tunjuk... ada orang kisah ke kita. Susah, Ri. Susah."

Azri angguk-angguk sebelum menambah. "Tapi Ri tak bongkak."

Asfa diam memandang Azri sebelum ketawa kecilnya keluar. Dia pandang Azri yang mengusik Imran konon-konon mahu berebut aiskrim budak itu. Imran senyum kepadanya jadi dia senyum juga. Apabila Azri pandang dia, dia menghela nafas dan bersuara lagi. "Satu je aku nak cakap dekat kau. Bila kau jumpa benda yang kau cop as favourite kau, don't ever ever give your 100%." Azri angguk tanda faham. Walaupun begitu, dia tetap meneruskan. "Ni bukan semata benda fizikal. PS ke, phone ke, camera ke, hobbies ke. Benda ni include pasangan kau sekali."

Azri terdiam.

"Kalau kau betul sayang ke dia, jangan bagi 100%. Kalau kau betul sayang dia maka kau nak ubah dia ke jalan lebih elok, jangan bagi 100%. Tak kisah la dia tu bakal bini kau ke cinta main-main kau ke, kau jangan bagi 100%. Kalau kau betul dah ready nak kasi komitmen, nak kasi semua benda yang kau rasa susah walau benda tu kecil sekalipun, macam nak belikan dia aiskrim tapi masa tu kau penat gila babi sebab kerja, jangan bagi 100%."

Makin diam Azri. Sebelum dia membalas. "But... bukan tu ke yang patut kita buat kalau betul-betul nak stay dengan pasangan sampai mati? 100% our attention, our whatever lah. Bukan macam tu ke?"

Asfa menggelengkan kepala. Diam dia memandang aiskrim yang masih ada berbaki di dalam bekasnya. "Nope. Benda tu yang buat kita terus leka. Kahwin bukan cinta. Kahwin tu tanggungjawab. Kalau kau faham benda tu betul-betul, baru kau faham ayat 'dunia dah akhir zaman'."

Azri diam memandang Asfa.

Asfa mengeluh sebelum memandang depan ke arah deretan kereta di luar. "Orang semua cakap 'dunia dah akhir zaman'. Padahal dorang tak faham pun ayat tu. Sebab semua masih pegang pada cinta manusia. Sampai jadi macam aku. Sampai hidup tak berapa nak betul. Padahal... cinta tu tadek benda walau kau beria macam mana pun, cinta tu memang tadek benda kalau kau tak faham tanggungjawab sebenar kau lepas kahwin. Tanggungjawab pada diri kau, tanggungjawab pada nilai yang kau pegang. Lepas kita mati, apa yang tinggal, Ri?"

Azri diam memandang Asfa.

Asfa menggelengkan kepala. "Nothing. Perbuatan kita je yang tinggal. Kecil ke besar ke, benda tu yang terus ada sampai hujung maya kalau betul hujung maya tu wujud."

Azri tunduk juga memandang bekas aiskrim sendiri.

Asfa memandang Azri. "Hidup dengan cara kita. Jangan kisah apa orang cakap. Kita tak solat, jangan kisah apa orang cakap. Tapi kisah apa yang Allah cakap. And yes, benda tu susah. Sebab kita tengah leka. Jadi untuk mula-mula, sentiasa ingat kau hidup sebab apa. Sebab Allah."

Azri diam memandang Asfa.

Asfa diam lama memandang cahaya di luar di dalam hitam malam di dalam rintis-rintis hujan. "Susah nak cari orang yang betul-betul faham kita."

Kita yang macam ni, apa yang kita nak, apa yang kita faham, apa yang kita tak boleh, apa yang kita takutkan. Susah. Sangat susah.

Jangan sesekali terlampau jatuh suka terhadap semua yang ada di dunia. Temporary. Temporary going to mental you. Jadi berhati-hatilah semua. Don't be too attached.

Bak kata Buddha. The root of suffering is an attachment.

❦❦


"Aku nak pergi Langkawi."

Zahrin tersedak. Bulat mata dia memandang Dhiya. "Tiba-tiba. Buat benda sana?"

Dhiya menjawab saja. "Aku join writing retreat."

"Oh." Zahrin mengangguk-angguk. Dhiya memang sudah pernah mengikuti writing retreat di bawah satu syarikat penerbitan itu. "Daun Publication, kan?"

Dhiya menggeleng. "Tak. Nadi Publication. Sebulan."

Zahrin terbatuk-batuk. Beria dia menarik nafas yang sesungguhnya semput. Sampai Dhiya pun memandang jijik. Ye lah, muka kacak tapi batuk macam orang tua habis semua natural charms dia hilang. Dia kesat bawah hidung dan tepi bibir yang basah. Dia pandang Dhiya yang selamba saja menelek buku di tangan. "Tak pernah lama macam tu. Asal lama gila? Bila kau pergi?"

Dhiya pandang Zahrin. "Esok. Hee." Dia sengih tunjuk gigi. Kemudian, dia letak buku di tangan ke tepi sebelum ke depan menghampiri sisi meja mahu memberitahu. Malas mahu endah akan raut Zahrin yang terlebih drama. "Sebab tu aku nak beli barang banyak ni. Joro... hm, aku dah selamat hantar dia tidur hotel kucing dah tadi. Tinggal barang aku je lagi yang tak settle. Alang-alang keluar jom teman aku, nak? Ke kau kena balik awal?" Dia kebil-kebil mata. "Hee." Dia sengih tunjuk gigi.

Zahrin berkerut kening. "Tadek cakap tadek apa, tiba-tiba esok dah nak pergi. Last minute ke apa ni? Joro tu takpayah lah sampai sebulan kau kasi dia duduk hotel lima bintang. Aku boleh tumpang dia. Member aku tu kan memang kerja dari rumah. Dua minggu, sebulan pun boleh ha aku tolong."

Dhiya segera menggeleng. "Nope. Aku malas nak create dependent option banyak sangat. Aku boleh settle, aku settle sendiri. Aku ada duit lagi pun. Biar lah. Dah tadek, tadek tutup tutup tutup." Segera kedua tangannya bersilang membentuk X menutup terus daripada perihal Joro dibincangkan.

Kawan baik ke tak kawan baik ke, dia memang malas mahu meminta bantuan orang lain. Lagipun, buat susah je nanti untuk pihak Zahrin dan teman serumah. Zahrin pun ada kerja dia sendiri. Teman serumah dia tu lagi lah. Nanti mereka tak membersihkan tempat berak Joro betul-betul. Nanti makanan Joro pun mereka tak sentiasa bersihkan bekasnya. Dia memang tak boleh memberi orang lain menguruskan sesuatu yang dia benar-benar sayang. Kerana pada dia, mereka tak akan boleh bagi yang terbaik.

Lagipun, orang lain tak susah akibat bertambah kerja. Dia pun lagi lah tak susah dah dia begitu senang untuk selesaikan sendiri.

Dah memang dia begitu.

Ya, ya. Say anything you want. Trust issue, OCD (obsessive compulsive disorder), trauma, pushing everyone, complicated person, hard on self, etc, etc.

Dhiya tunduk menarik nafas panjang. "Ha,ah benda tu last minute. Ada yang tak jadi so aku ambil tempat dia."

Sebab sebenarnya kerana dirinya sangat-sangat memerlukan penambahan jarak itu di tatkala ini. Kalau tak, takkan berani dia hendak pergi ke Langkawi seorang diri. Dia mana pernah sejauh itu seorang diri. Zahrin risau, bersebab. Dia tahu. Tapi demi the process, dia mahukan kejauhan. Supaya dia boleh membuang Asfa daripada sistemnya dengan sebetul-betulnya. Langkawi jauh. Makin menambahkan jarak di antara dia dengan Asfa. Dia mahukan itu. Entah membantu entah tidak, tetap dia hendak cuba juga.

Zahrin diam memandang Dhiya yang masih tunduk tidak bergerak. "Dhiya." Tatkala Dhiya angkat muka memandangnya, terus pula kepalanya gerak menggeleng. "Kenapa kau susah? Susah on yourself. Susah on me." Apabila Dhiya berkerut jelas tak suka, dia menambah lagi. "No. This is not me hitting on you. Aku memang nak tahu kenapa kita dah kawan bertahun-tahun tapi kau still tolak semua yang aku cuba nak bagi lebih? Be it a hand, a gift, a book, a plant... semua kau tolak. Aku okay je kot. Bukan nak kasi makna apa-apa. You're my friend. My strongest friend and yet... kau... hmm. Kenapa?"

Dhiya mengeluh. Tanpa memandang Zahrin, dia mengucapkan saja kepada dinding di tepi. "Malas fikir. Lagi complicated." They will be complicated.

Zahrin menggeleng-geleng lagi. "Whatever. Tapi pasal Joro tu serius takpayah habis duit sampai sebulan ke hotel. Kasi aku je bela. Aku ada port untuk dia tumpang. Kang balik kita amik dia bawak ke rumah aku."

Dhiya menggeleng-geleng sama. "Alah takpayah lah. Dah bayar apa semua ingat senang je ke nak cancel? Aku booking tau. Dah jom aku nak beli segala A4 paper. Nak renew work spek (spectacle) aku lagi. Nak topup buah lagi buat bekal. Jom-jom."

Zahrin menapak saja lah di sisi Dhiya. Dia tunduk memandang kepala Dhiya yang turut tunduk mencari entah hape-hape di dalam beg besar perempuannya itu. Perempuan dengan beg besar berpisah tiada. "Habis tu pokok-pokok kau sape jaga?"

Dhiya menjawab saja dengan mata pada iPhone. "Aku dah kaji ramalan cuaca. Hujan ada turun. Memang akan kena ke pokok-pokok penting aku pun so no worries. Hohoho."

Zahrin menggeleng lagi. Senang je, kan nenek ni pikir? "Kalau hujan tak turun, lepas tu mati, lepas tu kau beli lagi pokok baru, sampai bila nak habis?"

Dhiya mengangkat bahu dengan kepala ringan berjalan laju menuju ke supermarket. "This time, you yang make it hard. Take it easy, mate. Relax." Dia sengih tunjuk gigi mendongak kepada Zahrin sebelum topeng muka yang terlipat di dagu, dia tarik ke hidungnya. "Weee bye aku jalan dulu kau lambat." Terus lah dia berlari.

Zahrin di belakang terpaksa lah berjalan laju. Nasib baik kaki panjang.

❦❦


Dhiya ternganga.

"Biul ke aku ni?"

Sumpah dia lupa. Dia lupa yang dia pernah bercuti di Langkawi bersama-sama Asfa bertahun-tahun dulu. Destinasi percutian mereka yang pertama kot! Babi. Biul. Setan. Bodoh.

Sungguh rasa hendak dicampak bagasi dan segala jenis beg yang tergantung di tubuh kecilnya di kala ini. Nasib baik ada suara yang singgah di telinga, daripada terus dia melayan kata marah di dalam kepala.

"Waaa dapat bilik sendiri-sendiri. Baloi la bodo daripada gi dengan ejen penulis dulu tu. Yang kasi sebilik dua orang nak cari idea lagu mana."

Dia pandang belakang ke arah dua orang lelaki yang ketawa kuat di sebalik topeng muka masing-masing. Berkerut keningnya. Penulis ke? Genre apa mereka-mereka berdua itu? Eii. Hidungnya berkerut sebelum kakinya melangkah mengikuti suara yang memberi arahan. Matanya laju memandang seorang demi seorang. Lebih ramai perempuan la macam biasa.

Selesai menerima jadual, kunci bilik, pemberitahuan lokasi bilik seminar untuk penukaran idea dan segala yang berkaitan, baru lah Dhiya menjejak lantai biliknya. Hmm. Dia tunduk memandang sekitar. Sebelum bibirnya senyum. Dan baru lah dia menanggalkan topeng muka.

Kecil. 250sqft only. Dah macam bilik kontena bergerak. Sebuah katil bujang. Sebuah mangkuk tandas beserta shower bertutup langsir sahaja. Sebuah meja kerja berlaci saiz sederhana. Sebuah tingkap. Sebuah para-para dinding. Sebuah peti sejuk kecil. Sebuah kabinet pendek menempatkan sinki dan ruang toiletries juga kitchenette. Sebuah lampu di atas meja sisi katil. Sebuah ruang untuk sila dan solat.

Perfect.

Dah la warna pink. Hee.

Dia tunduk memandang karpet. Dengan tidak sabar, dia mencabut boot sebelum terus,

"Hmmm."

Lebar senyum bibirnya memandang jemari kaki yang bersarung stoking bergerak umpama cacing bergeliang-geliut seluruh, begitu menikmati kegebuan karpet yang berbulu panjang ini.

"Hehe."

Dhiya sengih sendiri sebelum dia bergerak mengangkat bagasi dan segala keperluan. Dia tempatkan masing-masing di lokasi yang sudah tersedia. Vivobook, iPad dan pamphlet program di atas meja. Jam loceng dan buku rujukan juga fail berkaitan di atas para-para. Bla bla bla sehingga lah dia tiba di birai tingkap. Keningnya berkerut.

"Apa aku nak letak dekat sini? Hm. Rugi pulak tak bawa kaktus dari rumah."

Dia pandang bingkai gambar Joro di atas meja kerja. Lama dia memandang situ. Akhirnya, baru lah dia memutuskan untuk mengalihkan lokasi gambar itu. "Okay, kau duduk sini. So that... tadek lah aku asyik buka video tengok gambar kau je masa aku buat kerja. Kena kawal rindu." Dia senyum sendiri memandang muka comot Joro yang bertopeng hitam dan putih separuh begitu, kini bermastautin di birai tingkapnya.

"Love you, Joro. You're such a good kid."

❦❦


Dhiya diam memandang mereka yang lain. Ada yang berbual sesama sendiri. Ada yang saling menukar notepad dengan di jari masing-masing terselit pen merah. Ada yang diam tidak pernah beralih daripada iPad atau buku sendiri. Jadi dia berbuat yang sama. Kepalanya tunduk memandang iPad di tangan. Baru dia hendak membuka nota untuk BAB 17, ada satu suara menegur. Dia pandang belah kirinya. Ada seorang perempuan.

"Nama pena awak apa?"

Berkerut keningnya. Tiber. Tetapi dia menjawab juga. "Anon."

"Oh." Perempuan itu ketawa hingga nyata bergerak-gerak topeng muka. "Okay. Tak pernah nampak awak sebelum ni?"

Diam dia. Yang lain ni memang dah saling kenal ke? Memang aku sorang je ke pendatang baru? "Yang lain ni memang muka-muka biasa eh? Awak dah pernah nampak la semua tu jugak?"

Diam perempuan itu. Senyumannya tawar sebelum dia tunduk memandang buku sendiri. "Nak borak je pun. Kerek."

Kening Dhiya terjungkit. Sebelum bibirnya kedut habis menahan senyum kelakar. Oho. Ni mesti budak baru masuk 20-an ni aku pulak dah nak 40 so jangan kejut la kalau eden garang. "Okay. Nama saya Dhiya. Cuma nama pena saya memang non-given sebab saya anon identity."

Perempuan itu bulat mata. "Macam Hlovate lah?"

Dhiya ternganga. "Ha ya macam tu tapi saya tak setanding la dengan Hlovate." Sebelum perempuan itu bertanya lagi, dia bertanya dulu. "Yang semua ni memang signed author under Nadi ke? Ni first time saya join this publisher and the editor pulak tak cakap banyak terus kasi saya onz je."

Perempuan itu ketawa. "Sorry. Panggil saya Min. Sorry tak cakap awal tadi." Kemudian, dia memandang semua yang ada. "Em. Awak dengan dua orang je yang baru. Yang lain memang signed author Nadi. Editor dorang memang assign dorang untuk follow writing retreat ni. Paham-paham la kan due date dah lebih ke or yang memang writing block ke." Dan dia mula memperkenalkan semua orang.

"Tu. Adi dengan Shah. Dorang co-author and author. Dorang memang sama share profit etc. Genre konspirasi."

Dhiya ternganga. No wonder. Itu dua lelaki yang ketawa kuat di jeti semalam. Mesti dorang ada masukkan Zill Family.

"Itu Abu Bakar. Self-reflected books slash journalist. Itu Salina, Izzati, bla bla bla semua genre novel melayu. Yang barunya awak dengan pasangan laki perempuan tu."

Min senyum kepada Dhiya. Dhiya senyum kembali.

"Awak pulak?"

Min sengih sahaja. "Saya baru nak belajar lagi. Buku tadek pun. Ni saja je join nak timba ilmu."

Dhiya senyum dan mengangguk sekali. Dan terus dia seboleh-bolehnya tenggelam di dalam iPad. Tetapi Min tidak faham tindak balas Dhiya, menjadikan mulut dia terus buka dan buka bercerita itu ini. Dhiya terpaksa lah memberi perhatian walaupun tidak faham sepatah haram.

Sehingga lah tibanya seorang perempuan berkot.

Writing retreat under Malaysia Publication memang tiada di waktu dahulu. Kerana syarikat penerbitan buku yang susah untuk tumbuh. Lagi pula, syarikat penerbitan buku di Malaysia bukannya worldwide known. Penulisnya kurang, penulisannya tidak berkualiti, genre tidak meluas, bakat-bakat terpendam susah hendak dicari, bajet apatah lagi, etc etc. Kerana itu memang tiada yang wujud. Sehingga lah selepas agak redanya pandemik di awal tahun ini. Agak serupa cendawan tumbuh selepas hujan berkenaan writing retreat atau content retreat. Masing-masing manusia sepertinya sedar akan kepentingan kesihatan mental, kerana itu lah. Tetapi COVID masih tidak rasmi lagi sebagai endemik, masih pandemik. Jadi, bila-bila masa saja writing retreat serupa ini akan boleh terkubur akibat daripada kesesakan ekonomi dan sudah tentunya politik.

Sementara masih ada ni, Dhiya sertai sebanyak mungkin. Selain mencari idea, dia mahu masuk ke persekitaran yang lain, dan juga untuk dia rasa istimewa di dalam kerjaya yang dia pilih: penulis.

Passion dia sudah jumpa. What she's good at, dia masih mencari. Passion in a job, what a miracle. Dia mahu mencapai itu.

❦❦


Dhiya terjaga dengan linangan air mata di pipi. Dia mengeluh sebelum mengesat kedua pipinya sehingga kering. Dia mencapai patung arnab sebesar lengan yang dia beli lama dahulu dan kembali baring mengiring dengan kedua jemarinya kemas mencengkam patung arnab ini di dada. Dibaca selawat dan ayat-ayat lain yang dia ingati.

Dia kembali tidur.

Hanya untuk kembali dikejutkan oleh Asfa di dalam mimpi seperti kebiasaanya. Dan seperti biasa jika dia memang sudah tidak mampu nak hadap lagi dah, dia mencapai iPhone dan membaca nota simpanannya.

Your twin flame is not a partner, but another you. That's why it's so fiery, but doesn't last. The thing about a perfect mirror, is that you can never touch the reflection. You feel seen, yet stagnant. You're so afraid of losing them that it nearly consumes you. You try to say goodbye through art, music playlists, and perfect date nights. You listen to sad music even though you're so excited that you can't sleep at night. You know in your heart this is too good to be true. And it is, but the closer you are to losing them, the closer you are to finding yourself. You're faced with a choice: you can either be with your twin flame, or you can be with the world.

A twin flame comes into your life as an arrow for you. Not a partner. They come to break you open and reflect who you'll become. They leave a deep trench in your heart that never fully heals. That wound is where your art comes from. Your depth. And from that place your dreams are more potent that ever, and you realize that's why they had to leave. They had to leave so you could become what you loved about them, because it was an unrealized part of yourself. Love is not the sound, but the echo. They sweep you up off your feet, only to drop you off a cliff, so you had no choice but to learn to fly.

"Bodoh!"

Geram dia berbisik sebelum iPhone dia henyakkan ke bantal. Dia gosok dan gosok mukanya berkali-kali dengan dada yang tidak henti daripada kencang. Hidung panas dan mata panas. Kebil-kebil dia memandang siling gelap.




Asfa termenung di balkoni rumah dengan rokok di sepitan jari. Dia tenyeh rokok yang tidak habis itu ke dalam mangkuk kaca. Sebelum laju jemarinya mencapai bingkai gambar Dhiya di atas meja.

Lama dia menatap.

Dhiya berdiri tersenyum berlatarbelakangkan laut nan biru.

Langkawi.

"I loved her. I loved her like an ocean loves water."

"An ocean is water."

Teringat akan dialog bodoh daripada Deadpool 2.

Bodoh-bodoh pun, itu lah yang dia rasa terhadap Dhiya. Malah tidak boleh guna atau terang menggunakan perkataan "terhadap" lagi dah. Sebab dia dan Dhiya adalah satu.

Satu memang tidak boleh dipisahkan. Apatah lagi untuk menerang menggunakan kata ganti diri yang berasingan. Sebab memang mereka bukan entiti yang berasingan. Apa yang mereka rasa, apa yang mereka lalui, apa yang mereka derita, bagaikan satu garisan lurus bukan garisan linear lagi dah. Mereka satu for god sake. Worse than twins.

Macam mananya, celah mananya dia nak lupakan Dhiya?

Asfa letak bingkai gambar itu kembali ke atas meja. Dia bersandar memandang langit yang gelap.

"That's not love for me. That's a torture."

Apa beza dengan yang ni, Dhiya? It still a torture. And maybe... ini semua bukan pasal cinta. This not love. Us not love. Kita bukan cinta. We're something else. Yang penting, kita memang tak boleh asing.

Dia mengeluh sebelum bangun daripada sandar. Dia tunduk memandang jemari sendiri. Dia sentuh parut timbul yang memang tidak akan hilang.

We need to find out, Dhiya. Not run away macam ni.

❦❦

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro