6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

VOTE. just tekan the button star.


Kemajuan Malaysia yang paling Dhiya suka buat masa ini adalah kewujudan program writing retreat untuk semua penulis, journalist, para motivasi dan yang seumpama dengannya. Memang lah kena bayar yakni memang lah kena berduit baru boleh ikut serta (hey menabung lah!) tetapi lebih baik lah daripada dulu di mana Malaysian tidak tahu langsung apa itu writing retreat.

Dan tengoklah sekarang. Segala-galanya di sini.

Baik untuk penulis yang mengejar profit atau untuk sesiapa jua yang memerlukan tempat untuk melarikan diri daripada segalanya.

Dia senyum memandang kehijauan yang terbentang. Tidak lah luas. Tetapi kehijauan yang terpacak dan berjuntai juga yang memanjat daripada pokok-pokok yang ada, memang kelihatan hijau saja seluruhnya tidak nampak langsung dinding bercat putih. Urban jungle restaurant ini memang kena pada nama. Dia pandang mereka-mereka yang lain yang turut sedang mengunyah sepertinya. Cuma mereka riuh bercerita itu dan ini. Dia pula lebih selesa mendengar dan ketawa saja daripada menyumbang inti walau sekecil-kecil kata.

"My novel is about a twin flame."

Dia pandang perempuan yang bernama entah siapa-siapa itu. Dia tidak kenal semuanya walau sudah tiga hari di sini. Tetapi dia mahu tahu. Jadi tidak menunggu terus dia bersuara tanya. "Twin flame macam mana ya?"

Perempuan itu pandang Dhiya sebelum mengukir senyum di bibir. "You tahu kan twin flame tu apa?"

Dhiya mengangguk saja.

"Kak Dhiya. Kak Tini dah banyak hantar manuskrip dia ke worldwide publication macam Penguin, HarperCollins tu semua. Ni baru dorang terima. Eii kagum gila saya dengar."

Serentak, matanya turut terbulat teruja. "Waa tahniah."

Hartini hanya ketawa kecil saja sambil bersuara. "Tapi pasal twin flame tu, romance genre lah sudah tentu. Dia—"

Dhiya laju bertanya. "Dorang together tak at last?"

Hartini senyum mengerti dengan pandangan yang diberi Dhiya. Tidak lah dia untuk masuk campur, jadi dia nyatakan saja apa yang wanita ini mahu tahu. "Of course not. Twin flame tu something that is overwhelmingly hurt but got big lesson at the end."

Dhiya senyum lega.

Hartini senyum kepada Dhiya. Sebelum menyampaikan. "Orang baca novels untuk lepas dari realiti hidup yang sedih. And sometimes for relax-relax je that's why ada yang prefer light reading like cinta monyet yang kisah sampai habis semester sahaja or heavy reading like pasangan yang penuh tragic bla bla bla semua tu, kan?"

Dhiya dan Min sama-sama mengangguk.

"Semua orang nak happy ending. Ye lah, dorang dah baca penat-penat, mesti dorang nak tengok hero heroin yang dorang suka tu kahwin, ada anak, sampai ada cucu apa semua. Tapi I chose sad ending for my story. Same goes with our life. We can choose."

Diam Dhiya memandang Hartini yang seperti menyampaikan itu khas untuknya. Kemudian dia senyum tawar dan menambah. "Tapi... hidup bukan novel."

"Yes, betul." Hartini pandang Dhiya. "But only when you make it hard for yourself. It's your life, dear. You can do anything."

Dhiya senyum saja. "Tapi apa sebenarnya twin flame tu? A myth je, kan?"

Hartini ketawa. "Yes, a myth, nonsense, just a trend, etc etc. Sebab tadek back up sains. Sebab tadek dinyatakan dekat mana-mana pun. Tak macam soulmate, tak macam crush. Semua orang guna benda tu. How do you know yang you memang betul having a crush dekat dia? Bukan suka yang biasa-biasa? Semua orang ada rasa suka, kan? Ke semua suka tu dah memang auto jadi crush? Hanya sebab korang tengah in degree, or in high school or in tuition class? Bukan sebab kebetulan dia ada dekat tempat you ada? Macam mana korang tahu itu bukan kebetulan dan firasat indah sangat kononnya? Or korang kpop fans auto jadi crush? Dari fans ke crush? See. There are no correct words. A soulmate? Macam mana pula korang tahu? Korang boleh nampak ke the tingling sensation whenever you both siting together? Only emotions, kan? And how many times we got fooled by our own emotions?"

Dhiya diam berfikir mengenai kata-kata Hartini. Hampir sama saja dengan apa yang therapist dia cakap. Min mengangguk-angguk berkali-kali sepertinya dia teramat lebih daripada faham.

"Tini, sini jap."

Dhiya terus tunduk pura-pura kembali menikmati hidangan. Biar lah Hartini dan Min sahaja yang mampir ke sana melihat entah apa-apa yang salah seorang daripada mereka kongsikan. Dia malas nak masuk port. Sebaliknya dia berfikir mengenai nota simpanannya berkenaan twin flame yang dia baca di pagi buta tadi.

Semua orang bercinta rasa macam tu. "You are not in my heart. Instead you are my heart." Cliché.

Semua orang putus rasa macam tu. "You killed me so many times already there's no more heartbeat." Cliché.

Semua sama je!

Geram dia cucuk seketul ayam di pinggan tajam dan tusuk dengan garfu.

Benda yang special sangat aku dengan Asfa sampai keluar itu ini? Favourite person. Twin flame. Benda mitos! Mitos! Mitos! Aku dengan Asfa tadek beria sampai macam tu! Ni semua sebab bodoh memasing je. Kitorang ni yang bodoh! There's no one out there yang jaga, yang monitor kitorang sampai macam ni. Twin flame haprak dia! Bodoh! Ergh!

Tidak menunggu, terus dia bangun mengelilingi ruang laman di luar, semata untuk menghasilkan bilangan tapak kaki untuk dia tidak melayan amarahnya sangat. Tekur dia memandang rumput hijau dengan kedua jemarinya kemas mencengkam lengan sendiri.

"Semua agama tak percaya pada ramalan. Tilik nasib. Judi. Nombor ekor. Horoskop. Zodiak. Tapi kena ingat, kita manusia. Kita bukan agama kita. Lain lah kalau you ni pejuang zaman dulu kala sanggup syahid demi agama, and then yes, you can say that you are your religion. On your headstone. But nowadays, no more. Except in Palestine or any other struggled countries yang memang pejuang agama or anything yang dorang memang sanggup mati. Sekarang ramai orang buat agama ni jadi bahan, kan? Untuk famous, untuk menang politik, untuk menang argument dekat socmed.

Selain golongan tu, golongan sebelah ni pula masing-masing busy nak hidup. Kerja, tanggung orang tersayang, kejar cita-cita. One thing is... dunia ni luas, dan kita makin nampak betapa luas. Tapi tetap kita memang tak akan boleh menjangkau segala-galanya pasal dunia dan sebab tu adanya macam-macam ilmu. Ilmu tu semua takkan wujud kalau bukan untuk kita guna. Tapi bukan sampai tersasar jauh sampai you lupa yang you tu hanya manusia biasa, bukan malaikat, bukan syaitan, bukan demigod, apatah lagi tuhan.

Ajar diri you untuk faham apakah diri you.

Memang you akan cakap, you undergo casual break-ups, just like anyone else. Like another human being. But, Dhiya... usual or casual break-ups takkan buat sampai you kena bergantung pada ubat. Break-ups did you. But you did to yourself more. I banyak kali tekankan. You indeed know everything got a lesson, I don't ignore that, but you miss big time on the how's to look for on those lessons. Maybe you dah nampak, but you interpret salah.

You cakap all the things yang happened to you such clichés of some romance sobbing story, so why didn't you change? Kalau apa jadi dekat you semua ni sama macam jadi pada orang lain; clichés, so why you can't move on like all of your friends? Putus tunang, after two years, dorang jumpa someone new and terus kahwin? And now dah dapat anak? You depress over those things. Because you're not them. You are you. But you want to be them, deep down, you want to be them. I takkan cakap you depress and repress and anxious like semua orang yang putus cinta, but you've gotta admit, Dhiya.

Over five years already, you still talked about the same things. You make them like a routine, brings you to embrace and caress them and care for them like a life journey, something that is defining you. You sad about what happened to Asfa. You care about him. You care about you. But still, the same things over and over.

That's why, faham dulu apa yang sebenarnya ada di antara you and Asfa. And yes, mata kasar kita tak akan nampak. Sebab tu, I gesa you untuk look at it from the outside. There must be something for you to undone it. If not? Well, dear. I'm afraid for you."

It will stop. But when?

Kedua jemarinya naik mencengkam bawal di kepala.

GRR!!!

❦❦


"Jangan putus asa, Aslah. Sebab he is... Allah. The source of all miracles. Maisarah Mahmud cakap dekat saya."

Itu ayat yang Aslah paling ingat sebaik sahaja bangun daripada tidur. Suara Dhiya. Ayat yang dia lihat 'He is... Allah. The Source of all miracles.' daripada Facebook. Akaun Facebook yang screenshot kata-kata itu pula menyatakan kredit diberi kepada Maisarah Mahmud.

"Haih."

Dia menyebak rambut panjangnya ke belakang. Sudah masuk Isyak ha. Dia bangun mencapai tuala dan melangkah ke bilik mandi. Seusai membersihkan diri, dia membentang sejadah.

Hari cuti. Dan untuk pertama kalinya selepas dua dekad, dia menunaikan solat lima waktu. Cukup.

❦❦


"As tak balik lagi?"

Imran menggeleng kepada Azri yang muncul dari bilik belakang.

Azri duduk di kerusi dengan Jamil di kendongan.

"Kesian Jamil ni. Dia duduk bilik belakang dari siang tadi tak keluar-keluar. Dia merajuk tak habis lagi Asfa lempang muka dia. Aduh bapak kau pun, Mil."

Dia dirikan Jamil di ribanya. Dia mencium kucing itu walau Jamil beria mengalihkan muka. Dia senyum kecil sebelum mengusap bulu Jamil sambil bersuara memujuk ke hadapan muka Jamil.

"Kau pun jangan la ambil hati sangat, kucing. Tuan kau tu ada angin dia. Tapi dia lah yang beli makanan kau, kemas tempat kau, cuci bekas berak kau, bawak kau jumpa doktor bila sakit apa semua, siap bervaksin lagi, ubat kutu cacing lagi setiap bulan. Kau kena ingat tu. Haa. Dia sayang je ke kau. Jadi kau pun doa je lah dekat dia. Tu kan tugas kau sebagai kucing."

Imran berkerut hidung dengan kata-kata Azri. Dia bangun daripada baringnya di sofa sebelum duduk bersandar bercerita. "Imran taktahu ayah marah pasal apa. Phone dah la tak bawak. Imran panggil masa dia keluar tadi pun dia terus je bawak kereta. Taktahu kenapa."

Azri angguk-angguk mendengar cerita Imran. Dia mengusap Jamil berulang kali sambil menonton Korean drama di TV. "Ada lah tu hal dia. Nanti dia balik."

Imran tunduk bermain buku dengan suaranya kecil saja. "Tapi ayah tak bawak phone. Nanti jadi apa-apa kita taktahu..." Dia angkat muka memandang Azri. "...macam mana, pakcik?"

Azri kerut kening memandang Imran. "Eh takpayah buat risau lah. Kan aku cakap panggil aku Azri, takpayah pakcik-pakcik semua tu. Hish budak ni."

Imran menjelirkan lidahnya. "Dah tua tu, tua je lah. Kena lah pangggil pakcik."

Azri berkerut geram, dibuat-buat. Dia dukung Jamil di bahu lalu bawa ke hadapan muka Imran yang sudah ketawa cuba menyorok di dalam baringnya. "Kau cakar dia, Mil. Pandai budak kecik ni cakap tak hormat orang besar. Besar dengan tua ada beza, dia taktahu, Mil. Cakar dia, Mil. Cakor, cakor diaaa."




"Tak boleh ke ganti aku hari tu? Aku dah pernah cover kau kan, Kobi?"

Kobi menggeleng kepala dengan matanya agak tunduk memandang lain. "Sorry sangat-sangat, bro. Memang tak boleh. Wife aku bedridden. Alahan ngandung dia teruk sangat. Ni baru lah aku dapat cuti."

Asfa menggeleng nyampah. "Ah kau masa sesak pandemik ni juga lah konon makbul cuti."

Terdiam Kobi dengan selaan Asfa. Segera dia menjawab. "Eh kau cakap baik. Aku maafkan kau cakap tu tapi lain kali berjaga sikit ah."

Asfa memandang Kobi dengan gelengan gaya serabut perut. Kedua jemari naik mencengkam rambut sebelum dia menghempaskan duduk.

"Hal la lu." Kobi menggeleng tidak suka.

Asfa bersuara maaf dengan keadaan yang masih tidak dia rasa tenang. "Aku teruk, Bi. Sorry. Aku taktahu lah. Aku semak sangat dah." Kepalanya menggeleng-geleng. Tangan yang mula kebas hendak terketar, segera dia cengkam dan cengkam bawa ke atas kepala.

Kobi mengeluh berat sebelum sama-sama duduk di hadapan Asfa. Dia pandang wajah Asfa yang benar-benar kelihatan kusutnya. Dia baharu saja menjadi teman sekerja Asfa yang selalu turun padang. Dan lelaki ini lah yang selalu ringan mulut, tangan, kaki, kepala dan semuanya untuk mengajar dia. Bukan teman sekerja lain. Lelaki ini macam sifu untuk dia. Lelaki ini yang paling banyak menunjukkan dan membetulkan silap dan salah dia. Dan lelaki ini lah yang paling banyak menolong dia belajar untuk mengambil peperiksaan gred baru-baru ini. Akan tetapi ini lah kali pertama dia perasan sepasang mata Asfa yang memang tidak reti diam dan kerja melilau sahaja.

Macam ambil barang. Takkan la kot?

Lima belas minit lepas, tanpa mesej tanpa panggilan telefon, Asfa tiba-tiba mampir ke rumah meminta dia masuk kerja di hari yang baru sahaja permohonan cutinya diluluskan. Dan sekarang lelaki itu berdrama begini pula.

"Apa masalah ni, As? Kan kita dah kawtim. 30hb kau cakap memang kau tadek apa-apa. 29hb yang kau ada hal penting sampai kau of town apa semua. Sebab tu kita sama-sama setuju senarai nama tu. Tadek sape yang tengok, nanti enjin buat hal. Kau je orang yang paling tahu pasal imbalance voltage tu semua. Ni jadi salah khabar pula."

Asfa mendengus geram. "Aku salah cakap."

Kobi terkebelakang. "Dah tu jadi salah aku pulak? Jadi salah pihak management pulak? Kau yang salah cakap, takpayah nak bawa ribut ke semua orang. Takpayah la nak buat hal."

Asfa merengus dan merengus tidak langsung memberi response.

Kobi bukan tahu masalah kesihatannya. Management sahaja yang tahu. Tetapi bukan membantu pun. Dia mana ada kabel di tempat kerja seperti dia di sedekad yang lalu. Dia diterima bekerja di kilang syarikat ini dua tahun lalu pun di atas surat doktor dan surat rekomen daripada Encik Ramlie, bos lamanya dahulu. Jadi realitinya sekarang, dia memang seorang diri melawan sakitnya ini di kalangan sosialiti komuniti yakni tempat kerja. Tiada siapa yang boleh menolongnya lagi dah jika dia benar-benar di status compromise akibat daripada sakit mentalnya kini.

Tidak menunggu, terus dia bergerak bangun. "Dah lah. Aku gerak dulu ah."

Tidak sempat Kobi bersuara, kereta Asfa sudah meninggalkan luar pagar rumahnya. Kerut kening dia memandang.





Azri terjaga daripada tidur. Matanya kecil memandang sekeliling. Hmm. Badannya kembali hempas ke atas comforter yang terdampar di ruang tamu. Lupa. Dia tidur bersama Imran dan Jamil di ruang hadapan. Sama-sama on marathon filem Spiderman dari Homecoming sehingga lah Far From Home di malam semalam. Baru dia hendak tidur kembali, baru lah dia perasan deringan iPhone miliknya. Dia capai tanpa melihat jelas gerangan si pemanggil.

"Helo. Assalamualaikum. Ni Encik Azri ke?"

Suara perempuan. "Ha."

"Saya Dr. Fitri. Abang encik, Asfa Ziqri ada di unit emergency sekarang. Dia kemalangan. Kepala dia cedera teruk."

Tersentak badan Azri ke depan. Segala deria punggung, belakang dan tapak kaki habis semua hilang. Tanpa sedar badannya bergerak menguruskan apa yang patut, mulut bertanya laju. "Dia macam mana sekarang? Dah call Dr. Sim? The first number. He's— Aa—abang saya tu—he's got—"

"No worries, cik. Dr. Sim dah ada dekat sini. Dr. Sim yang arahkan saya telefon encik. Encik Asfa sudah agak stabil tetapi bahagian kepala masih perlu diperiksa, permintaan Dr. Sim."

"Okay-okay." Terus dia tutup panggilan. Dan baru lah dia sedar dia sudah pun di dalam kereta sekali dengan Imran dan Jamil. Tidak menunggu, terus saja dia memandu keluar tanpa kisah akan kunci rumah dan kunci pagar rumah.

"Pergi mana, pakcik?"

Azri meraup muka. "Asfa."

Mata Imran terus bulat dengan kedua lengannya kian kemas memeluk Jamil yang dia bawa bersama tadi tatkala diheret Azri. "Kenapa dengan ayah?"

Azri menggelengkan kepala cuba menghilangkan sisa ngantuk. "Ayah accident tapi dia okay. Kita nak jumpa dia. Jom. Jom. Imran jangan nangis. Pakcik nak drive ni. Duk diam."

Imran gigit bibir di dalam anggukan kepala. Dia memandang sepasang mata bersih dan terang Jamil hasil daripada lampu jalan yang berbalam-balam kelihatan begitu lurus memandangnya. Dia cium dahi Jamil. Tiba-tiba dia merasakan ketidakmahuan yang tinggi terhadap kehilangan Jamil. Menjadikan dia peluk kucing berbulu panjang gebas ini kemas-kemas dan kuat-kuat.

"Doakan ayah, Mil. Isk."

❦❦


Adira berdiri di sisi katil Asfa. Lama dia pandang wajah abangnya itu. Lena. Nampak sedang bermimpi tenang saja.

"Adira. ASAP. I need your signature as the guardian."

Di waktu subuh tiga hari lepas, dia menerima panggilan daripada Dr. Sim. Seusai tiba di hadapan ruang kecemasan, Imran terus berlari memeluk kakinya. Jamil pula di ribaan Azri.

"Kak, kak. Aku lost. Dr. Sim ada cakap something. But aku dengar macam dorang nak crack open Abang As punya brain. Fuck. Macam lobster ke? Dia manusia, babi, bukan robot."

Berkerut keningnya. "Mana Dr. Sim?"

"Adira!"

Segera dia berlari ke arah Dr. Sim yang berdiri di sisi seorang doktor perempuan. Dr. Sim sudah di dalam kot putih dan juga pelindung muka (face shield) berserta topeng muka. "You nak buat apa dekat Asfa? No more ECT. I will not agree on that!"

Dr. Sim sudah mengangkat kedua tangannya mahu menenangkan Adira. "Nothing like that. Here's the brief."

Dia mengeluh dalam dia tunduk memandang heels di kaki. Kedua tangan bersilang memeluk tubuh.

"From my examination, also Dr. Fitri's, the physical injury not from the inside motor vehicle. The vehicle, yes remuk. Asfa got headache at that time, or some sleep deprive, microsleep maybe, or tinnitus. His habit includes that like he's experiencing bruxism (teeth grinding). A split second. He can't control it. Like some sort of a fit. A seizure. We're talking about a borderline here that is a form of anecdotal research of ours. So my conclusion, he out of the vehicle BE-FORE his head bump on the road. That's explain all the scratches and the dark bruises on his head. We need to examine his head. Cause from his last check-up, his body starting to develop haemophilia."

Dia ternganga di sebalik topeng muka. "You're afraid he's clotting blood?"

"Yes."

Dia memandang Dr. Sim lama sebelum doktor tua itu memandang Dr. Fitri. Dr. Fitri angguk meminta diri. Baru lah Dr. Sim meneruskan.

"I pray for god for this one time, the Synalgia doesn't happen."

Dia faham terma itu. Synalgia=one body part injured resulting in another part also injured. "Scale 1-10, how much the pain?"

Dr. Sim menggeleng. "Taktahu. He's not conscious. But from what I see, maybe higher than 8."

Dia terlopong. Matanya turut bulat. Prestasi yang tak berapa baik. "That's pretty bad, Sim. He wore the COVID vaccines off!"

"YES!" Dr. Sim membalas sama kuat juga. "That's what I'm afraid. I tak rekomen dia for the booster doses but he went to go for those anyway. He wants to work. He wants a job. He wants to be normal as much as he can, as much people told him what is normal."

Dia sudah menggeleng kepala. Buntu. "So what now?"

Dr. Sim bersuara tidak menunggu. "Three days. That's what I predict for his subconscious brain. I want MRIs of his neuro, whole during that time."

Dia mengeluh penat. "Sim. This hospital won't allow it. They put the COVID at the first one percent. Not mental health."

"Believe me. I find a way. All I want is your approval. And your concur."

Diam lama dia memandang Dr. Sim.

"Mind, yes can't be seen with naked eye so we don't know if he really got progress in that or not. But we can read his neuro. We can reduce or add something up from his neurosis and psychosis report."

"But, Sim. Psycopathy and his psychosis not link. He's borderline. He got bipolar, skizo, narcissist, what more... all in one. I'm afraid he can't handle it. I'm afraid I can't handle it."

Dia terus duduk di bangku. Sebelum kedua tangannya menutup muka. Dia menangis sehingga nafas sesaknya berbau akibat daripada terkurung di dalam topeng muka.

Dia tidak mahu ombak seorang Asfa Ziqri kembali melanda. Dia tidak boleh untuk ulang-alik seperti dahulu lagi. Walau Abang As masih tidak berputus asa, dia sepertinya sudah. Dia kini mempunyai keluarga. Dia tidak boleh memberi 100% kepada Abang As lagi. Tidak mungkin boleh lagi seperti dulu. Dia tidak mahu mencuba lagi dah berjenis-jenis jalan yang Dr. Sim cadangkan. Dia penat malah dia risau sentiasa cemas sentiasa jika kesemua yang sudah baik walau sedikit mana, akan terus hilang akibat daripada sedikit penukaran yang kononnya untuk menjadi lebih baik. Dia begini. Apatah lagi Abang As?

"My gut said so on this one, Adira. Believe me. I know him more than you do."

Dengan mata basah, dia pandang sepasang mata Dr. Sim di sebalik topeng muka itu.

Dia juga tahu Dr. Sim sudah personally mahu membantu Abang As. Bukan professionally lagi dah. Dr. Sim lama kot melihat turun naik Abang As. Sedari Abang As berumur 15 tahun. Sekarang Abang As dah nak menjejak 40 tahun pun. Sebab tu tak mustahil memang akan menjadi kes personal.

Dan perkara itu yang agak merisaukan dia.

Abang As manusia. Bukan subjek makmal. Apatah lagi skala penentu prestasi semua doktor pakar.

❦❦

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro