15 | 006

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

===================

"It's so hard to forget pain,

But it's even harder to remember sweetness."

===================

Nama panggilan : Thorn

Kelas : 5-3

Warna iris mata : green emerald

-006-

|=====KILLER=====|

"Jadi, kau tak tahu apa apa lagi tentang Taufan lah ye?"

Halilintar mengeluh apabila mendengar soalan daripada remaja itu. "Aku tahu dia drama king dan jenis yang periang, tapi macam banyak lagi benda aku tak tahu."

Remaja itu mengangguk kecil sambil mata beriris emeraldnya khusyuk meneliti halaman halaman buku yang mengandungi sedikit biodata mereka. Pfft- Gempa beri yang umum je. Nampak sangat dia sengaja nak bagi Halilintar susah. Eh, terkutuk ketua sendiri.

"Kau tahu apa apa tentang Taufan?" Thorn menggelengkan kepalanya. Buku yang dibacanya itu dikembalikan semula kepada Halilintar.

"Entah, Taufan tak pernah cerita sangat."

Halilintar menghela nafas berat.

"Eh, disebabkan sekarang kau sudah ada dengan aku, jomlah lepak. Try cari maklumat tentang aku pula," ujar Thorn sebelum dia terus bangun dan berlari ke suatu tempat. Halilintar yang melihatnya tercengang.

"Eh, aku lupa nak cakap, ikut aku jom!" Jerit Thorn dari jauh.

|=====KILLER=====|

Halilintar memandang sekelilingnya. Tempat yang dipenuhi dengan tumbuhan tumbuhan itu agak mengagumkannya.

Tanpa dia sedar, kakinya sudah memijak sebuah batu dan secara tiba tiba seutas tali melilit kakinya.

Dengan pergerakan yabg pantas dia mengeluarkan sebilah pisau kecil dari poketnya dan memotong tali itu.

Zupp!

"Huh, perangkap buatan?" Soal Halilintar perlahan. Melihat Thorn ingin menoleh ke arahnya, dia segera menyimpan semula pisau yang sentiasa dibawanya itu.

"Eh, aku lupa ada perangkap kat situ... Hahaha, sorry!" Kata Thorn sebelum dia terus berlari ke arah Halilintar. Melihat tali perangkapnya sudah putus, dia berkerut hairan.

"Macam mana boleh putus?" Soalnya sebelum dia mula meleraikan tali tersebut dan mula memasang perangkap yang baru. Tidak dipedulikan dengan wajah Halilintar yang mula berubah pelik apabila melihatnya dapat memasang perangkap tidak sampai 5 saat.

"Kau... Yang buat perangkap ni?"

Thorn tergelak. "Haah, sengaja aku buat perangkap kat sini. Macam aku tak tahu ramai budak suka ponteng kelas kat sini. Biar jadi pengajaran sikit. Eh, kenapa lengan kau berdarah?" Soal Thorn cemas.

Halilintar yang tersedar lengannya itu sedang berdarah mengangkat bahu. Dia syak mesti waktu dia mengeluarkan pisau tersebut, dia tidak sengaja terhiris tangannya.

Haha, cuai.

"Cuba sapu benda ni pada luka kau tu." Thorn menghulurkan sebuah botol kecil. Halilintar yang melihatnya hanya menurut. Sebaik sahaja dia selesai menyapu benda itu di lengannya, darahnya terus berhenti mengalir dan lukanya mula tertutup sedikit.

Kau ingat ni cerita fantasi ke author?

"Apa benda ni?" Halilintar membelek lengannya. Woah, rasa sakit masih ada tapi berkurangan dengan banyak.

"Sensodyne."

"Huh?"

"Okay okay, aku gurau. Ubat tu aku buat sendiri. Ramuan? Rahsia," ujar Thorn.

Halilintar mengerutkan dahinya. "Kau pandai buat ubat?"

Thorn mengangguk. "Yup, memang tu pun tugas aku, macam healer pun ada. HAHAHA."

Mendengarnya, Halilintar hanya meng'ouh'kan sahaja.

"Halilintar, kau nak tahu kenapa aku belajar buat ubat sendiri?"

Halilintar menoleh ke arah Thorn yang semakin sayu. Ada kisah di sebalik kemahirannya?

"Ikutlah."

|=====KILLER=====|

Thorn tersenyum kecil apabila dia mengingati semula kisah silamnya. Wajah Halilintar yang dingin itu dikerling sekilas. Terdetik dalam hatinya, betulkah keputusannya untuk bercerita pada remaja yang baru dikenalinya itu?

Halilintar menjeling Thorn. Dari tadi dia kata nak cerita tapi masih tak bersuara. Apa nak jadi ni?

"Haih... Aku rasa kau ada hak nak tahu." Kata kata Thorn itu mengundang persoalan Halilintar.

"Dulu, aku ada sebuah keluarga yang lengkap. Mak, ayah, dua orang adik... Aku anak sulung. Keluarga kitorang nampak bahagia sangat. Macam keluarga lain." Thorn tersenyum. Terpancar riak gembira di wajahnya.

"Tapi, mak dan ayah aku... Selalu bergaduh. Mula mula aku dan adik adik aku tak sedar perkara tu. Namun satu hari itu, kitorang terdengar mereka bergaduh teruk." Senyuman Thorn yang lebar tadi mula bertukar hambar.

"Rupa rupanya itu bukan kali pertama mereka bergaduh, tapi dah selalu macam tu. Bila mereka dah sedar kitorang tahu tentang tu, mereka minta maaf sebab menakutkan kitorang."

"Hari demi hari, mereka dah semakin berani bergaduh depan kitorang pula. Menjerkah, menengking, memaki, mencampak barang, semua mereka buat. Yelah, kitorang dah tahu. Kenapa nak sorok pula kan?" Thorn tertawa sinis.

Namun secara tiba tiba, tawanya terhenti digantikan dengan senyuman sedih. "Dan yelah.... Kitorang masih kecil waktu tu. Lagi lagi adik adik aku... Diorang perempuan tahu tak? Tapi bila diorang dah selalu tengok mak ayah kitorang bergaduh, diorang terikut ikut."

"Kadang kadang, diorang salahkan sesama sendiri sebab punca mak ayah gaduh, kadang kadang, diorang memaki, mencarut, menghina malah mencederakan masing masing pun dah jadi kebiasaan mereka. Yelah, budak budak... Senang terpengaruh."

"Mak ayah aku pula? Lepas selalu nampak adik adik aku buat hal, diorang akan marah dan salahkan sesama diorang. And yes, disebabkan diorang buat macam tu, adik adik aku akan rasa diri mereka menyusahkan mak ayah."

"Aku? Aku... Aku tak tahulah. Dengan persekitaran keluarga yang asyik bergaduh dan memaki sesama sendiri, aku mula berubah menjadi seseorang yang pendiam, penakut, pasif..."

"Aku... Aku tak salahkan mak ayah aku, aku tahu mereka penat.... Aku... Aku tak salahkan adik adik aku... Aku tahu mereka takut dan rasa tak selamat...." Thorn menggigil. Tangannya mencengkam kuat dadanya. Mengingati kisah silamnya bererti merasai semula semua perasaan yang dihadapinya suatu ketika dahulu.

"Aku cuba jadi orang yang positif, disebabkan adik adik aku selalu mencederakan diri dan bergaduh, aku lah yang rawat mereka. Kadang kadang mereka menangis melihat aku, merayu rayu supaya aku tidak menjadi terlalu baik dengan mereka. Mereka selalu kata yang diri mereka jahat..." Thorn menggigit bibirnya sedikit sehingga menjadi pucat tak berdarah.

"Hanya Tuhan je yang tahu perasaan aku dikala melihat mereka begitu..." Lirih suara Thorn.

Halilintar menunduk. 'hidup dalam ketakutan, aku faham rasa sakit tu....' getus hati Halilintar.

"Apabila aku biasa merawat mereka, aku jadi makin mahir dalam bidang macam ni. Buku buku perubatan banyak yang aku dah khatamkan. Tapi tak cukup dengan tu, aku jadi bosan dengan perubatan macam ni. Jadi, aku mula bereksperimen dengan bahan bahan yang aku boleh dapat di mana mana. Dan cuba teka? Kau dah jadi tikus makmal aku tadi. Yelah, first time tu test ke manusia. LOL." Melihat wajah Halilintar yang mula cuak menimbulkan gelak tawa Thorn.

"Apa jadi dengan keluarga kau? Dah okay?" Soal Halilintar apabila tawa Thorn tidak berhenti.

Mendengar soalan Halilintar itu, Thorn tersenyum nipis. "Entah."

"Huh?"

"Beberapa tahun yang lepas, aku dah tak dengar lagi khabar diorang semua," ujar Thorn dengan senyuman sinis terukir di mulutnya.

Melihat Halilintar seperti tidak berpuas hati dengan jawapannya, dia tergelak. "Dah dah, tak perlu tahu tentang semua kisah silam aku. Yang kau perlu tahu, hanyalah sikap dan kemahiran aku je. Okay? Dah dapat tangkap kan?"

Halilintar mengangguk. Walau dia berasa agak curiga dengan kisah Thorn, tapi nak buat macam mana? Tuan punya badan tak nak cerita, takkan nak paksa?

"Jadi lepas ni kau akan cari maklumat tentang siapa pula?"

"Entah, aku sendiri tak tahu."

__________

TO BE CONTINUE...
__________

Assalamualaikum korang!!

Amacam, faham tak kisah silam Thorn tu?

Samar ii? Macam tak lengkap cerita tu?
Memang!
Memang ika sengaja buat macam tu. HAHAHAHAH.

Korang nak tahu lebih lagi pasal kisah silam Thorn?
Tunggu buku lain dulu ye. Ika dah ada perancangan, tapi biarlah ika fokus cerita KILLER ni dulu. Huehuehueheu

Btw,
Korang dapat tangkap apa kemahiran dan sifat Thorn?
Kongsilah ke Ika. Nak tahu jugak pendapat korang. Hihihi..

Bye bye!

-IKA-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro