16 | 005

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

========================
"Not everyone deserves a second chance.

All I can do is just accept what happened even if it hurts a lot"
========================

Nama panggilan : Ice

Kelas : 5-1

Warna iris mata : biru azure

-005-

|=====KILLER=====|

"Halilintar."

Halilintar tersentak apabila seseorang menegurnya secara tiba tiba. Apabila dia menoleh, dapatlah dia melihat wajah tenang Ice.

"Kenapa?" Soal Halilintar dingin. Bukan apa, tapi dia memang tak rapat sangat dengan Ice.Lagipun kisah Thorn semalam masih menganggu fikirannya.

"Jom pergi rehat sama, hari ni kau cuba teka tentang aku pula," ujar Ice selamba sebelum dia terus berjalan ke suatu arah. Halilintar yang melihatnya mengangguk sambil mengikuti langkahnya.

Langkah Ice terhenti apabila mereka sudah berada di belakang sekolah. Keadaan yang agak suram tersebut langsung tidak menggentarkan hati Halilintar. Yelah, tempat sebegitu sudah biasa dengannya.

"Ni tempat lepak kau ke?" Tanya Halilintar.

Ice menggelengkan kepala. "Tak, tapi banyak masa silam aku kat sini...."

"Masa silam?"

Ice memandang kosong wajah Halilintar yang dingin itu.

"Haah, masa silam... Yang amat teruk."

Keadaan menjadi senyap sunyi apabila Ice berkata begitu.

"Mesti kau tertanya kan, apa kisah silam aku tu?" Soalan tiba tiba dari Ice itu dibalas dengan anggukan.

Ice meramas rambutnya sebelum dia tersenyum sinis apabila memandang kawasan kosong di hadapannya itu.

"Dulu, aku pembuli. Dan perangai aku, memang macam setan."

Halilintar mengerutkan dahinya. Pembuli?

"Memukul, memeras ugut, pembulian secara mental... Semua aku pernah lakukan..."

Ice menarik nafas sedikit. Tak tahu kenapa dadanya rasa sakit mengenang dirinya yang dahulu.

"Sehinggalah, salah seorang mangsa buli aku... Mati kerana bunuh diri. Dan cuba teka?" Ice menoleh ke arah Halilintar.

"Keluarga aku tidak pernah percayakan aku lagi sejak peristiwa itu... Terutamanya wanita yang paling penting dalam hidup aku..." Ice memejamkan matanya.

"Ibu aku... Mula bencikan aku..."

Ice tersenyum hambar apabila dia membayangkan wajah ibunya ketika peristiwa tersebut berlaku. Sehingga hari ini, ibunya tak pernah tersenyum padanya.

Tiada lagi kepercayaan yang tinggal untuknya...

Apa yang dia fikirkan? Seorang pembuli yang kejam sepertinya layakkah untuk mendapat kepercayaan atau peluang lagi?

Halilintar memandang kosong wajah Ice. Sedikit rasa simpati hadir dalam hatinya.

Dibenci ibu sendiri, siapa yang sukakannya?

"Ibu...." Mata Halilintar mula berkaca apabila mulutnya menuturkan perkataan itu. Rasa rindu mula menyelinap masuk. Dia mengemam bibirnya.

"Halilintar, kau pandai main senjata?"  Soalan Ice itu menyentakkan lamunannya. Kedua dua belah bahu diangkat menandakan dia tidak tahu.

"Serius kau tak tahu? Aku tengok gaya kau macam kau pandai je seni senjata ni." Soal Ice lagi. Wajahnya yang muram tadi terus hilang diganti dengan wajah yang beku. Baginya, tiada guna bersedih lama lama.

"Err... Ak-" kata kata Halilintar terhenti apabila satu anak panah terbang melepasi dirinya dan tepat mengena sebuah cawan kaca.

Halilintar terkedu, anak panah tadi betul betul melalui tepi telinganya. Kalau arahnya senget sedikit, konfirm dia boleh pekak.

"Sorry, aku nak sasarkan cawan kat belakang tu je." Ice menunjuk ke arah cawan yang sudah berderai itu.

"Kau bawa... Senjata ke sekolah?" Tanya Halilintar hairan. Takdelah hairan mana pun, dia bawa pisau ke sekolah. Selamba je.

"Haah."

"Kau pandai.... Memanah?" Soal Halilintar lagi.

"Hobi aku je, takdelah pandai mana pun. Tapi Alhamdulillah, setakat ni tiada yang mati lagi sebab terkena anak panah aku. Masuk wad ada. Tapi, bukan memanah je aku tahu rasanya, pistol dan pedang pun aku main, tetapi pedang aku teruk sikit. Sebab aku malas nak gerak," terang Ice dengan penuh selambanya.

"Kau belajar sebab kau minat ke?"

"Yekut, kenapa?" Soal ice pula.

Halilintar menggelengkan kepalanya. "Tiada apa apalah, aku sengaja tanya."

Melihat Ice menganggukkan kepalanya, Halilintar menghela nafas lega. Dia tak tahu kenapa, tetapi mendengar Ice belajar bermain senjata kerana minat, membuatkan dia teringat ketika dia dilatih menggunakan senjata untuk membunuh. Secara paksa.

|=====KILLER=====|

Flashback 9 tahun yang lalu (26 May)

(Author's note : sambungan kepada kisah silam hali di chapter 9 years later...)

"Kau, datang ke sini cepat." Suara garau milik lelaki bernama Kaizo itu bergema di gudang itu.

Halilintar menggelengkan kepalanya. Dia perlahan lahan duduk dan memeluk lututnya. Melihat orang tua yang tidak bernyawa itu menyebabkan dia kembali menangis.

"Cukup cukuplah tu menangis. Sekarang, kau kena belajar menggunakan pisau." Marah Kaizo.

Halilintar menggelengkan kepalanya. Melihat Halilintar masih begitu, Kaizo terus pergi ke arahnya.

"Kau... Memanglah!" Satu tamparan hinggap di pipi Halilintar. Melihat Halilintar masih menangis, dia terus menarik kolar baju Halilintar sehingga budak itu berdiri.

"Cukuplah menangis budak! Tangisan kau dah tak mampu ubah perkara yang terjadi dah. Kalau kau tak berlatih menggunakan pisau, kau akan kena lagi teruk! Nak?!"

Halilintar menggeleng laju. Air matanya yang mengalir diseka.

"Jadi, aku akan jadi guru kau mulai hari ni. Dan jangan risau, membunuh tu tak susah pun," ujar Kaizo sambil tersenyum sinis. Halilintar ditolak sehingga budak lelaki itu terjatuh duduk.

Kaizo menjeling Halilintar tajam. "Ingat ni budak, walau apa pun yang kau buat. Tetap tak boleh ubah kenyataan yang kau ni adalah aset kepada kumpulan kongsi gelap."

"Jadi, walaupun sekuat mana pun kau cuba keluar dari sini, kau tetap tak akan terlepas kerana..."

Kaizo menghulurkan pisaunya kepada Halilintar.

"...memang ini takdir hidup kau yang dah lama kami aturkan dulu." Melihat senyuman sinis Kaizo itu, Halilintar menelan air liur. Apa maksud kata katanya sebentar tadi? Dia dah ditakdirkan? Kehidupan dia dah diatur selama ini?

Flashback end

"Be...betul ke aku tak mampu mengubah nasib aku?" Gumam Halilintar perlahan. Tangannya kini sudah memegang kepalanya. Kenapa dia mesti ingat perkara ni?!

Ice yang dari tadi melihat Halilintar mengelamun menganggukkan kepalanya sedikit apabila melihat mata Halilintar terbeliak. Seakan akan dia sedang melihat sesuatu yang menakutkan.

'aku dah agak.....  Dia turut ada memori pahit seperti yang lain...' getus hati Ice. Matanya masih menatap wajah Halilintar yang mula memerah. Melihat air mata yang mula mengalir dari mata Halilintar, Ice mengeluh.

"Mungkin keputusan aku untuk ceritakan kisah silam aku pada dia ni satu kesilapan..." Gumam Ice.

_________

TO BE CONTINUE...
_________

Assalamualaikum...

Hshshs, double update yer? Hehehe.

Ye ye, ika mengaku..

Ika dah terjatuh suka dekat gambar ice tu.
Eeeee, nak fangirling jap. HAHAHA

Ye ye, ika gedik. Huehuehue.

Sekali lagi, kisah silam yang ika sengaja cerita tak penuh.
Nak buat macam mana, ika suka korang tertanya. HAHAHA

Tapi, ada sesiapa faham perasaan ice?
Bila kata ii yang dia ucapkan, langsung tak dipercayai orang yang dia sayang.:)

Tapi bak kata ice,
Dia memang layak untuk dilayan begitu...
Eh, ada ke dia kata macam tu?

Oklah,
Kongsi pendapat korang tentang perangai dan kemahiran ice!
Di sini -

Bye everibadih!

-IKA-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro