DIPERGUNAKAN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Suasana pagi yang diserikan dengan kicauan burung itu jelas membuktikan keindahan ciptaan Tuhan. Jalan raya mula sesak dengan kenderaan bermotor, masing-masing sibuk membelah jalan hendak ke tempat kerja.

Lain pula dengan Azyan Nazneen, dia menarik selimut tebalnya sehingga menutupi wajah tatkala kesilauan Matahari yang semakin naik itu seakan-akan mencucuk matanya. Silau!

"Azyan Nazneen! Hei orang tua, bangun! Aku tahulah kau menganggur sekarang ni. Tapi takkanlah kau nak bangun waktu petang pula? Kau tak suka aku bebel, kan? Jadi bangun, sebelum bernanah telinga kau dengar bebelan aku," bebel Nabila, tatkala melihat Azyan Nazneen enggan bangun daripada tidurnya. Lena sangat ni!

"Bangunlah!" Nabila memaksa lagi.

Sudahnya, Azyan Nazneen tewas dengan bebelan Nabila. Dia merengus kecil sebelum duduk bersandar di kepala katil.

"Kau tak duduk dengan suami kau ke? Malam semalam kau tak ada di rumah pun. Tiba-tiba pagi ni muncul pula kau." Nabila memeluk tubuh, duduknya dilabuhkan di birai katil.

Azyan yang mendengar soalan itu terus senyum senget. "Suami? Tak tak. Bekas suami. Dah bercerai." Selamba saja dia berkata. Azyan mengikat rambutnya. Mendengar Nabila mengeluh, makin tersengih Azyan dibuatnya.

"Alah, bertenang. Kau tahukan, kerja aku apa?" Azyan pula memeluk tubuh, memandang Nabila yang memandangnya dengan pandangan membunuh.

"Tahu. Sangat tahu! Wei, kau sampai bila nak biarkan buah mulut  orang terus menghina? Tolonglah, aku pula yang lemas dengan misi kau ni," bengang Nabila. Sarapan yang Nabila bawa di atas meja, sedikit pun tidak mereka jamah. Malah, mereka seperti sedang menghidupkan enjin bercakaran.

"Misi aku baguslah."

"Azyan, apa yang bagus? Bagitahu aku apa yang bagus? Bagitahu! Kau, dah berkali-kali berkahwin dengan duda yang jatuhkan talak tiga ke atas bekas isterinya. Sebab apa? Sebab duda tu gila talak. Nak berkahwin semula dengan bekas isteri tak boleh sebab talak tiga dah dilafaz...." Tidak sempat Nabila menyambung, Azyan sudah memotong.

"Mereka gunakan aku dan berkahwin dalam masa yang singkat sebelum berkahwin semula dengan bekas isteri mereka. Rumit. Itu yang kau nak kata, kan?"

Eee, kecil besar saja Azyan Nasneen ni kini di mata Nabila. Tidakkah wanita itu terkesan dengan semua ini? Lihat, Azyan kelihatan sangat tenang dalam bicaranya!

Tak pernah dibuat orang tahu tak?

"Azyan, dah Tujuh kali kau akad nikah. Tujuh kali juga kau bercerai atas dasar ingin menyelamatkan rumah tangga orang lain yang dah bercerai talak tiga tu. Sampai bila kau nak jadikan diri tu mangsa? Azyan, kau tahu tak yang lelaki-lelaki tu semua gila talak? Dosa tahu tak berkahwin dan bercerai ni?" Dada Nabila turun naik, sisa kesabarannya sudah semakin nipis. Penumbuk juga sudah sedia dikepal. Tunggu masa saja untuk menumbuk Azyan, supaya wanita itu sedar.

"Kau bagitahu aku, sebab apa lelaki itu semua nak berkahwin semula dengan bekas isteri dia orang?" soal Azyan semakin memarakkan hati Nabila.

"Sebab gila talak!"

"Bukanlah, sebab dia orang menyesal dan nak mulakan hidup baru. Bukankah semua orang layak untuk peluang kedua?" jawab Azyan.

Nabila mengetap bibir. Bahu Azyan digenggam erat.

"Dah tu, bila kau nak beri peluang untuk diri sendiri supaya tak dipergunakan? Kau tahu tak, nasib baik kau tak dicederakan dengan bekas suami kelima kau. Dia panas baran!" pujuk Nabila lagi agar Azyan berfikir secara waras.

Dasar otak udang!

"Benda dah berlalu. Aku belum mati, kan?" Itu pula jawapan Azyan. Nabila sudah hilang sabar. Melayan kerenah Azyan, mahu botak semua rambut Nabila. Sudahnya, Nabila berdiri dan mengambil dulang sarapan mereka di atas meja dan menuju ke pintu bilik.

"Denda, jangan makan hari ni! Aku rasalah, kau ni ada masalah mental. Petang nanti bersiap, aku bawa kau jumpa psikatri," ucap Nabila sebelum beredar. Azyan sekadar ketawa.

Azyan sedar, semua itu tindakan yang sungguh gila dan tidak waras. Tapi, ini saja yang mampu Azyan buat, untuk melupakan segala kenangan masa lampau yang sering menjengah benak fikiran. 7

Rasa seperti sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menggalas misi itu.

20 tahun yang lalu....

"Abi, kita ni dah macam pelarian tau. Mana umi? Kenapa kita tak bawa umi sekali?" soal si kecil Azyan yang ketika itu berusia 6 tahun.

"Azyan lapar ke?" soal Tuan Yakub pula. Lantas, Azyan geleng kepala.

"Azyan nak umi...." Menggeliat-geliut si kecil Azyan di atas kerusi sebelah pemandu. Dirinya dilanda kebosanan! Entah ke mana abi membawanya, benak fikirannya dari awal tadi diketuk satu soalan aneh.

Kenapa tak bawa umi bersama mereka? Bukankah setiap kali ingin keluar berjalan, mereka sekeluarga akan pergi bersama?

"Abi...." Azyan kaget, tiba-tiba saja kenderaan mereka berhenti di persimpangan jalan raya. Azyan melihat di luar tingkap. Seketika perasaan takut mengetuk pintu hati. Gelap sangat, di sebelah kirinya ada hutan yang lebat.

"Abi...." Baru saja Azyan hendak merengek, Tuan Yakub sudah menitiskan air mata terlebih dahulu. Sekali lagi, Azyan kaget.

Baru nak suruh abi pujuk, tapi kenapa abi yang menangis ingin dipujuk?

"Abi, kenapa abi menangis ni? Rindu umi, ya? Itulah, kan Azyan dah bilang... lain kali nak keluar ajaklah umi sekali," celoteh Azyan seperti guru menasihati anak muridnya.

Azyan menjenguk wajah abinya yang sedikit terlindung dek tangan Tuan Yakub. Oh tidak, abi masih tidak berhenti menangis!

"Abi, alah abi janganlah sedih sangat. Marilah kita balik, kita bawa umi. Okay? Lap air mata tu. Abi nampak buruk. Dah tak nampak macam abi Azyan yang sebelum ni." Azyan masih tidak puas berceloteh. Tidak semena-mena Azyan mengekek sendiri, terhibur dengan telatahnya dan juga abi.

Dunia sudah terbalikkah? Bukankah sepatutnya Azyan yang menangis di dalam malam yang gelao dan menakutkan ini?

"Azyan..." seru Tuan Yakub dengan suara seraknya. Segera, Azyan memberikan sepenuh perhatian.

"Azyan, abi berdosa. Abi ceraikan umi talak tiga. Abi sayang umi tau. Tapi... abi terlalu ikutkan perasaan."

Azyan yang masih kecil itu terpana. Bukan kerana terkejut, tetapi kerana tidak faham apa yang Tuan Yakub katakan.

"Aaa... Azyan tak fahamlah abi. Talak tiga? Kenapa bukan talak empat? Sepuluh? Kan lebih banyak? Lebih untung?" Azyan menongkat dagu di lengan Tuan Yakub. Tiba-tiba Tuan Yakub ketawa.

Bunyi tawa itu jelas tidak ikhlas. Nadanya terpaksa.

"Kita balik ya. Tapi bukan rumah kita."

Azyan berkerut.

"Rumah siapa? Wah, banyak duit abi. Kaya! Banyak rumah!" Azyan tersengih suka.

"Rumah lain. Tanpa umi."



Nafas dihela berat. Sungguh Azyan mengaku, dirinya sering bertindak gila. Tapi, kejadian itu sentiasa menghantui hidup. Jelas sekali, dia perlu membantu rumah tangga orang asing yang roboh dek talak tiga. Situasi mereka sama seperti abinya, kan?

Kring... kring....

Azyan menjeling telefon pintarnya. Hah, masa dia sedang melayan perasaanlah ada orang menyibuk.

"Ya, Azyan Nasneen di sini," ucap Azyan acuh tidak acuh. Tubuhnya direbahkan ke atas katil semula. Ah, malasnya hendak beraktiviti seperti hari-hari biasa!

"Cik Azyan Nasneen. Jadi, saya tidak silap orang." Orang asing di corong telefon itu bersuara. Seketika Azyan mengerutkan dahi.

"Begini, saya dengar Cik Azyan Nasneen ada servis berkahwin dengan duda kemudian bercerai semula. Boleh saya buat tempahan?"

Azyan senyum sinis. Tempahan? Kau fikir aku ni barang ke?

"Kau tinggal di mana?" soal Azyan.

"Di area Cheras, satu jam perjalanan daripada rumah kau." Gelaran sudah bertukar, tiada lagi 'Cik Azyan Nasneen'.

"Jumpa di Huz Kafe."



HANYA dengan sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri di pejabat agama saja. Tiada tetamu yang hadir. Tapi sudah pasti, akan ada buah mulut yang membawa cerita ini ke masyarakat setempat.

Membawang bak kata orang.

Semuanya mudah. Hari pertama lelaki itu telefonnya, hari yang sama juga mereka akad nikah. Ini semua kerana misi, bukan impian.

Azyan melihat pemuda itu. Kenapa lelaki ni kacak sangat ya? Oh lupa, bekas suami orang semuanya kacak.

"Jadi isteri kenalah tahu serba serbi. Perkara pertama yang kau perlu tahu... nama aku Luth, Luth Faiq." Tiba-tiba saja lelaki itu mencelah. Pakaian mereka hanyalah baju kurung dan baju melayu putih, tiada aksesori lain selain daripada songkok dan juga selendang.

"Salah, aku tak perlukan nama kau. Aku cuma perlu tahu, sampai bila tempoh perkahwinan ni sebelum kau ceraikan aku dan rujuk semula dengan bekas isteri kau?" Itu pula yang ditanya Azyan. Wanita itu terus saja ke topik utama. Tiada basa-basi.

"Sebelum ni aku bujang. Tak ada bekas isteri."

Azyan berkerut dahi.

"Azyan Nasneen, kita perlu berbincang," tegas Luth Faiq.

Pula dah.



BEBERAPA keping gambar dilemparkan ke atas meja kafe. Azyan yang melihat itu, hanya menyisip air milo dinosaur. Langsung tidak amati gambar itu dengan teliti. Luth geleng kepala, mengapa wanita di hadapannya ini langsung tidak serius?

"Kau photographer ke? Gambar ni semuanya cantik."

Kepala Azyan diketuk.

"Cik Azyan Nasneen, serius boleh tak? Tengoklah semua gambar ni dengan mata yang matang. Kalau buta, boleh tengok dengan mata hati." Membulat mata Azyan mendengarnya. Eh, Luth ni... lelaki ini pun tak matang juga ke?

Azyan mengamati setiap gambar. Kini, dia mengambil mood serius. Tidak semena-mena, Azyan menekup mulutnya.

"Ni... ni.... kes dera ke?"

Luth angguk. Lelaki itu merapatkan tubuh ke meja, kemudian menunjuk pada sekeping gambar seorang wanita yang teruk ditumbuk.

"Ni, bekas isteri seseorang. Sebelum kau tertanya-tanya aku kerja apa, aku ASP Luth. ASP  yang bertugas di Kuala Lumpur," ujar Luth. Azyan berkerut dahi.

"Jadi, apa kaitan kes dera ni... dengan kita? Kau kata nak berbincang, kan?" Azyan memeluk tubuh lalu bersandar pada kerusi. Sempat Azyan memanggil pelayan kafe dan membuat pesanan sepotong kek redvelvet. Sekali lagi, Luth geleng kepala.

Sekejap saja, Luth boleh mengimbas sikap diri Azyan. Nampak saja matang tapi sebaliknya.

"Pasangan suami isteri ni, bercerai talak tiga." Luth memberi sekeping gambar, Azyan menyambutnya.

Kelihatan seorang wanita yang cantik bersama gaun pengantin, juga terdapat seorang lelaki yang kacak dengan tuxedo miliknya. Wanita itu... ialah orang yang sama di dalam sekeping gambar yang lagi satu. Bezanya, gambar satu lagi adalah gambar wanita itu didera. 

"Sambung." Azyan mengarah.

"Suaminya ni, Encik Azlaq. Encik Azlaq ni psiko, dia cari kau." Luth berhenti menujahkan kata, ingin melihat riaksi Azyan.

Azyan angguk saja. Namun tatkala tersedar, tiba-tiba Azyan membulatkan mata. Terkejut. "Dia cari aku? Apahal pula!"

Luth mengetuk kepala Azyan. "Untuk bernikah semula dengan isteri dialah. Kau kan ada misi, misi berkahwin dengan duda kemudian bercerai untuk selamatkan rumah tangga orang."

Azyan angguk lagi. Entah berapa kali hari ni, dia angguk.

"Apa kaitan dengan kau pula?" soal Azyan seperti orang tak ada otak.

"Kes mereka bawah aku, ASP Luth," jawab Luth. Azyan terlongo, bukan calang-calang jawatan suami baharunya ini.

"Sekejap. Jadi, apa masalah kau dan aku? Kau berkahwin dengan aku, sebab apa? Bukan sebab kau duda talak tiga?" Azyan menjauh daripada Luth. Baru Azyan sedar, Luth ada agenda lain. Bukan seperti yang Azyan sangka.

Luth menghela nafas. Masih bersabar.

Kenapa Azyan Nasneen di hadapannya ini sukar hendak menangkap situasi?

"Macam yang aku kata, Encik Azlaq ni psiko. Kau rasa apa yang dia akan buat kepada bekas isterinya kalau kau berkahwin dengan dia? Dia akan ada peluang untuk bersama semula dengan bekas isteri, Puan Lina. Lepastu apa? Dia akan dera Puan Lina lagi? Tak, aku tak akan benarkan." Luth geleng kepala laju. Sekali tengok, comel pun ada. Tak layak dapat jawatan ASP, Luth lebih layak bekerja sebagai seorang guru tadika. Azyan ketawa sendiri.

"Kau kahwin dengan aku... supaya Encik Azlaq tak dapat kahwin dengan aku?"

Luth angguk. "Kau tahukan hukum islam, kalau satu pasangan itu bercerai talak tiga... mereka tak boleh berkahwin semula kecuali dengan satu syarat. Syaratnya salah seorang perlu berkahwin dengan seseorang terlebih dahulu dan bercerai. Kemudian baru boleh rujuk semula dengan bekas isteri."

Azyan angguk. Semestinya Azyan tahu! Kalau tidak tahu, bagaimana dia boleh teruskan misinya yang gila itu?

"Kalau Encik Azlaq psiko, kenapa pihak polis tak sumbat saja ke dalam penjara? Tak ke nanti dia bunuh orang?" soalan bodoh dikemukakan lagi.

"Azyan Nasneen, orang psiko ni pun ada akal untuk lepaskan diri."

Sudahnya, mereka diam saja. Perbicaraan itu adalah perbualan pertama Azyan dengan Luth. Azyan tidak sangka, perkahwinan ke-8 ini bukan atas dasar talak tiga... tapi atas dasar menyelamatkan satu nyawa, Puan Lina.

Azyan Nasneen mengeluh. Nampaknya, bukan semua orang perlu diberi peluang kedua. Encik Azlaq tidak seperti arwah abinya. Dengan peluang itu, mereka punya rencana sendiri... untuk melunaskan nafsu dan dendam.



"KAU jangan keluar rumah." Satu arahan daripada Luth Faiq. Azyan Nasneen yang baru saja siap melilit tudung warna biru pucat itu mengeluh.

"Sambil bila aku perlu duduk di rumah saja? Kau juga kata Encik Azlaq tu sukar ditangkap. Kalau ambil masa setahun untuk sumbat dia ke dalam lokap, setahun jugalah aku terkurung? Luth, Malaysia ni luas! Bukannya aku akan terserempak dengan dia pun. Kau pernah tengok takdir masa depan ke yang aku akan terserempak dengan Encik Azlaq?" Pelbagai alasan dan cara Azyan beri untuk membebaskan diri. Ini sungguh teruk! Sekarang, Azyan tidak lagi bebas!

Luth tetap tegas dengan pendiriannya. "Tak boleh."

Azyan mencengkam tudungnya lalu merebahkan diri ke atas katil. Bergeliat-geliut, protes dek tidak dapat keluar. Keanak-anakan sungguh.

"Luth Faiq suamiku yang kacak lagikan baik hatinya, bolehlah...." Azyan terus mencuba nasib. Namun, hasilnya sifar. Luth tetap geleng kepala sebagai jawapan.

"Sekarang baru aku rasa kau layak jadi ASP. Tegas sangat! Kalau tidak, kau cuma setaraf guru tadika," celoteh Azyan. Mendengarkan itu, Luth mengerutkan dahi. Sedikit sebanyak rasa egonya tercalar.

"Kau samakan aku dengan guru tadika?" Luth memandang Azyan tidak lepas. Azyan pula, seperti cacing kepanasan tatkala ditenung sebegitu rupa. Aura seorang Luth... auch! Terbunuh.

Seketika, garis masa mencuri perbualan mereka. Senyap. Senyap yang tenang buat Luth, senyap yang bosan buat Azyan.

"Azyan," seru Luth.

"Ya."

"Maaflah, lepas dua bulan nikah baru aku nak bertanya. Ibu bapa kau mana? Kau tinggal dengan siapa sebelum ni? Umur kau? Kerja kau apa? Bagitahu aku, semuanya tentang diri kau," pinta Luth. Azyan sudah terlongo. Yalah, sepanjang sebulan tinggal serumah sebagai suami isteri... mereka tidak kenal sesama sendiri. Perbualan mereka juga, hanyalah tentang kes Encik Azlaq.

"Tapi... kau kata kau tahu semuanya tentang diri aku, kan? Kau ASP kan? Segala tentang aku, celah gigi saja kau boleh dapatkan," seloroh Azyan pula. Keropok keping bersira di atas meja itu dicapai. Penat. Penat meminta izin daripada Luth untuk keluar.

Kini, masanya untuk makan... dapatkan semula tenaga yang disia-siakan sebab bercakap banyak.

"Aku bertanya tak semestinya aku tak tahu. Aku cuma nak dengar daripada kau sendiri." Luth memeluk tubuh lalu bersandar pada sofa. Ceh, bajet beku la tu. Baru semalam Luth lari sebab ada lipas di ruang tamu.

Azyan Nasneen membetulkan duduk. Tudung yang senget dikemaskan. Lalu, Azyan berdehem demi membetulkan kotak suara.

"Assalamualaikum, tuan!" Azyan tabik dalam keadaan berdiri di hadapan Luth.

"Tangan kau, tabik pun salah." Luth geleng kepala. Azyan tersengih namun tidak lama, dia kembali beriak serius.

"Saya Azyan Nasneen binti Walid Iskandar. Berumur 26 tahun. Sebelum ini saya menetap di  Cheras bersama rakan saya, Fatin Nabila binti Muhammad Salam. Saya kehilangan umi saya, Puan Qaitur sejak berusia lapan tahun. Saya kehilangan abi saya, Tuan Yakub sejak berusia sembilan tahun. Saya kerja menanam anggur yakni menganggur, tuan!" Seusai serius, Azyan menundukkan tubuhnya 95 darjah. Over!

Luth yang memegang status manusia beku pula bangun berhadapan dengan Azyan.

"Duduk atas sofa." Luth memegang bahu Azyan dan mendudukkan Azyan di atas sofanya tadi. Kali ni, dia pula yang berdiri tegak.

"Saya Luth Faiq bin Abdullah. Berusia 30 tahun. Sebelum ini saya menetap di Kuala Lumpur seorang diri. Memegang status bujang tapi sekarang suami orang. Kehilangan ibu bapa sejak... entahlah. Saya bekerja sebagai ASP yakni Asisten Superintenden Polis." Tenang Luth memperkenalkan diri. Azyan menghadam setiap status diri Luth.

"Luth Faiq bin Abdullah? Selalunya nama ayah Abdullah ni sebab anak luar nikah ataupun kena buang dan tak tahu nama ayah." Azyan kelihatan seperti berfikir. Langsung dia tidak memikirkan kata-katanya yang boleh mengguris hati orang.

Namun, Luth masih tenang lalu menganggukkan kepala. "Ya, saya dijaga di bawah pusat anak yatim piatu yang terbuang."

Azyan tersentak. "Sorry...."

"Tak apa."

"Luth," seru Azyan. Lelaki itu berpaling memandangnya.

"Nak keluar, boleh?" Tak habis lagi sesi memujuk Luth Faiq yang tegas.

Luth mengeluh sebelum perlahan-lahan lelaki itu angguk. "Solat zohor dulu, kemudian kita keluar. Aku teman."

Wah, akhirnya! Selepas hampir dua bulan tak pergi bersiar-siar!


TANGAN sudah sakit dek dipegang erat oleh Luth sejak mereka keluar daripada kereta memasuki kawasan mall.

"Luth, tangan ni dah merah. Aku masih di sebelah kau. Sakitlah," rintih Azyan. Mungkin di mata orang lain, mereka berdua sweet berpegangan tangan. Tetapi tidak bagi Azyan, ianya memeritkan! Punyalah tak nak ditangkap lelaki psiko. Ni nampaknya, macam Luth pula yang psiko.

"Kalau kau mati kene kelar, aku tak nak bantu tau. Kira elok dah ni aku pegang saja. Kalau aku gari tangan kau dengan aku? Lagi sweet." Azyan ketawa terhibur. Namun tidak bagi Luth, lelaki itu tidak beriak.

Macam mana Luth boleh buat lawak dengan muka tegang? Atau Azyan yang mudah terhibur?

"Luth...." Lirih Azyan. Luth sudah mengeluh, ada sajalah sikap Azyan ni.

"Apa?"

"Nak pergi tandas." Sejujurnya, Azyan tidak dapat tahan sakit pergelangan tangannya dek digenggam erat oleh Luth. Dia tak akan bebas kecuali kalau ke tandas. Takkanlah Luth nak temannya masuk tandas wanita?

"Kau ni...." Luth mengeluh lagi. Geram pula dengan kerenah Azyan. Tak tahu ke orang risaukan dia?

"ASP Luth, gunakan akal warasmu. Tu tandas wanita, takkanlah lelaki psiko akan masuk tandas tu?"

Kepala Azyan diketuk.

"Puan Azyan Nasneen, dah namapun lelaki psiko... semuanya di luar jangkaan."

"Please...."

Luth tewas dengan lirihan Azyan. "Sekejap je. Kalau ada apa-apa jadi, jerit. Faham?"

"Faham!"

Azyan segera melepaskan genggaman Luth. Lega sangat! Rasa macam nak terputus dah tangannya ni. Dengan riang-ria Azyan menuju ke tandas wanita. Hatinya senang. Jiwanya riang. Azyan melompat-melompat kecil sambil bernyanyi.

"Hari iniku bebas...."

"Bebas dari segala kekacauan...."

Sesiapa yang duduk ditempatnya akan rasa gembira sekarang ni. Kakinya dihayun masuk ke dalam tandas. Deretan pintu tandas dipandang. Di setiap pintu terdapat angka yang tertera.

"Satu, dua, tiga... lima? Eh, mana tandas angka empat?" Azyan berkata sendiri kemudian mengangkat bahu.

"Tandas nombor lima pilihan hatiku." Azyan masih bernyanyi kecil. Pintu tandas dibuka. Alangkah terkejutnya Azyan tatkala melihat ada orang di dalam itu.

Lebih mengejutkan, gaya figura itu tidak seperti perempuan, sebaliknya seperti lelaki.

"Eh, maknyah!" jerit Azyan kecil kemudian menutup matanya.

Mulut dan hidungnya ditekup dengan sehelai kain sebelum Azyan rasa terhurung-hayang. Dadanya berdebar hebat. Seketika, Azyan teringat pesan Luth. Jika terjadi apa-apa, jerit. Namun kini, Azyan tidak mampu.

Sekelip mata, Azyan pengsan disambut figura itu.

"Azyan Nasneen, akhirnya dapat kau." 


KELOPAK mata terasa berat. Kepalanya juga umpama diisi dengan batu-bata 10 tan. Tak larat ingin berbuat apa-apa. Namun, ada satu suara menjemputnya pulang ke alam realiti.

"Cik."

Azyan Nasneen gagahkan diri untuk membuka mata. Sekelilingnya gelap, cuma ada cahaya lampu meja yang malap. Dia ada di dalam satu bilik bersama seseorang.

"Cik, dah sedar."

Figura itu mengucapkan kata syukur. Azyan masih kaku. Cuba mencerna keadaan. Kemudian, baru dia sedar... dirinya terikat di atas kerusi kayu manakala figura itu pula terikat di atas lantai tidak jauh darinya.

Azyan memincingkan mata. Cuba mengamati wajah figura itu. "Puan... Lina? Bekas isteri Encik Azlaq? Lelaki psiko tu?" Sikap banyak cakapnya datang kembali.

Puan Lina angguk.

Kali ni, Azyan mengamati keadaan bilik itu pula. Terdapat satu katil pesakit, meja makan pesakit, mesin pernafasan, drip air....

Sekejap. Mereka... di hospital?

"Eh, Cik Azyan Nasneen kita sudah ke alam realiti." Satu suara menyapa mereka. Pintu dibuka lalu figura itu masuk ke dalam dan merapati Azyan.

"Malang betullah kau dah jadi isteri orang. Siapa nama suami kau? Luth Faiq? Hah, sedap namanya," ucap suara itu.

"Nama aku, kau tak nak puji? Azyan Nasneen, unik tau," seloroh Azyan selamba sebelum perlahan-lahan, Azyan membulatkan mata.

"Sekejap, kau... Azlaq?" Azyan terlongo.

Azlaq itu ketawa besar. "Ya."

"Dah lama aku nak tanya, kenapa kau nak sangat cari aku? Kau psiko, bukan? Kenapa kau tiba-tiba alim nak ikut perintah agama, kahwin lain dulu baru boleh rujuk dengan bekas isteri?" Berkerut dahi Azyan. Katakanlah dia tak matang. Ya, sungguh. Azyan Nasneen tak matang.

Jangan halangnya untuk bertanya. Azyan rasa sangat pelik.

"Aku psiko? Bukankah orang psiko bertindak diluar jangkaan? Kenapa perlu soalan kau, aku jawab dengan logik akal?"

Azyan senyap. Betul juga.

Eh! Azyan Nasneen perlu serius! Azyan mengingatkan dirinya.

"Jadi sekarang, apa kau nak daripada aku? Kau tak puas lagi mendera bekas isteri kau? Perangai lebih teruk daripada syaitan," cemuh Azyan. Puan Lina yang melihat itu terpana sebelum menggigil ketakutan.

Encik Azlaq bangun dari perbaringannya di atas katil pesakit lalu gesa-gesa mendekati Puan Lina. Azyan dapat rasa, Puan Lina dalam bahaya!

Atmanya bergetar hebat. Tidak putus-putus menyeru nama Luth Faiq. Berharap agar lelaki itu datang.

"Lagi teruk daripada syaitan? Maksudnya aku dah dapat keizinan untuk buat sesuatu... kan?" Suara sinis Azlaq menjengkelkan hati Azyan.

"Kau... nak buat apa?" Azyan teguk liur. Tatkala melihat Azlaq mendekati meja makan pesakit dan mencapai sebilah kapak yang tersusun rapi, Azyan seperti cacing kepanasan. Sontak, Azyan bergeliat-geliut. Mencuba nasib untuk melepaskan diri.

"Kau jangan apa-apakan sesiapa!" berang Azyan. Dadanya berombak kencang.

"Malangnya aku dahagakan darah. Poor you."

Sekelip mata, tangan  Puan Lina ditetak tanpa sempat wanita itu mengelak. Bilik itu bergema dengan suara jeritan nyaring Puan Lina. Darah mencurah-curah, ada kalanya terpercik cecair merah itu ke wajah Azyan.

Encik Azlaq mendekati Puan Lina kemudian darah yang mengalir deras di atas lantai hospital itu dicalit. "Kau patut rasa darah manusia... sedap!"

Azyan mengetap bibirnya rapat. Air matanya mengalami krisis. Setitis demi setitis mutiara jernih jatuh menuruni pipi. Tiada lagi... Azyan yang kuat dan ceria.

Hanya ada Azyan Nasneen yang menangis.

Encik Azlaq mencengkam rahang Azyan. Mulut Azyan dipaksa untuk buka. Lantas, darah di tangannya terus disumbat ke dalam mulut Azyan.

Di tahan akan hanyir darah, Azyan memuntahkan segalanya. Loya.

Ke mana perginya semangat Azyan yang dia amat perlukan sekarang ini?

"Kau nak cuba tak? Nampak tak Puan Lina kesayangan kau tu, gembira betul dia lepas tangan kena tetak. Aku rasa kau patut cuba juga...." Encik Azlaq ketawa besar manakala Azyan pula memejamkan mata. Seluruh tubuhnya diikat kemas dan rapi. Di manakah peluang keajaiban buatnya?

"Tak nak..." rintih Azyan lemah. Tidak lepas matanya melilau memandang figura Encik Azlaq. Gusar memikirkan jika Encik Azlaq akan bertindak di luar jangkaan. Kelihatan Encik Azlaq sedang berpusing-pusing mengelilingi dirinya.

Pasrah.

"Kan, tiba-tiba aku rasa tak patut aku tetak tangan kau. Hei, kau cantik. Silap aku sebab tak buka tudung kau ni daripada awal."

Membulat mata Azyan. Eh, ini melampau betul! Lantas, Encik Azlaq membuka langkah mendekati Azyan. Lelaki itu semakin merapatinya.

Peluang keemasan!

Berbekalkan kekuatan tanpa asas silat dan seni pertahanan diri, Azyan menentang tubuh Encik Azlaq tanpa lelaki itu bersedia.

Encik Azlaq jatuh akibat hilang kawalan. Pisau belati yang dipegangnya terlepas dan melayang ke atas riba Azyan.

Tidak Azyan sangka, pisau belati itu akan terpelanting ke atas ribanya. Paling tidak sangka, pisau itu tegak mendarat... mencucuk daging peha Azyan.

Azyan mengetap bibir. Bercucuran air matanya, dia menahan tangisan. Azyan Nasneen cuma seorang wanita yang lemah. Bukannya seorang yang kuat seperti besi tiang rumah.

Namun Azyan tidak mahu peluang disia-siakan, badan ditundukkan sedikit lalu pisau yang tegak itu digigit hujungnya menggunakan gigi. Dengan pantas, Azyan menarik pisau itu keluar dan sedaya upaya memotong ikatan tali di pergelangan tangannya.

Lepas!

Darah yang mencurah-curah sehingga menukar warna seluar yang asalnya berwarna putih itu tidak dihirau oleh Azyan. Gesa-gesa wanita itu mendapatkan Puan Lina yang pandangannya sudah berbalam-balam. Sakit! Namun, apa yang mampu Azyan lakukan? Cuma menanti takdir dengan sabar. Tidak tahu nyawa siapa yang akan tercabut, Azyan semakin berdebar. Seluruh tubuhnya menggeletar hebat.

"Pu... puan. Puan jangan mati lagi. Saya tak pandai nak jadi saksi orang meninggal. Puan... buka mata puan." Azyan menampar lembut pipi Puan Lina.

"Dia dah mati."

Azyan berpaling memandang Encik Azlaq. Lelaki itu sedang ketawa riang. Ah, dia betul-betul gila!

"Tak! Kau buta ke? Luth kata kalau buta mata fizikal, tengok dengan mata hati...." Tersedu sedan Azyan meletakkan kepala Puan Lina ke atas riba kanannya. Nadi Puan Lina disentuh. Wanita itu masih hidup, percayalah!

Encik Azlaq merapati mereka. "Baguslah kalau tak mati lagi. Sekurang-kurangnya aku masih untung jika jual kau orang ke Vietnam."

Azyan tersentak.

"Jual tubuh atau... jual organ, ya? Jual organ nampak lebih berbaloi." Kelihatan Encik Azlaq mengasah pisau. Sekonyong-konyong, Azyan menjauh merapati dinding. Pehanya yang kian perit itu membuatkan Azyan kehilangan banyak darah. Pandangannya mula kabur.

Ya Allah, tolong....

Azyan mengucap syahadah. Tubuh Puan Lina juga diheret jauh daripada Encik Azlaq. Pintu bilik hospital itu berkunci! Di mana lagi jalan keluar untuk Azyan menyelamatkan diri?

"Janganlah... tolonglah...." Teresak-esak Azyan. Kelopak matanya sakit akibat air matanya terlalu mudah mengalir hari ini.

Derapan tapak kaki Encik Azlaq kedengaran. Halus ketawa si psiko itu. "Azyan, bodohlah aku kalau dengar kata kau."

Ketakutan menyelubungi diri. Entah apa yang Azyan fikirkan, kerusi kayu yang ada di sampingnya di angkat. Gagahkan diri meskipun pandangannya sudah hampir gelap.

"Apa yang kau fikirkan? Kau bunuh aku dengan tubuh lembik kau? Kerusi kayu ni? Nak buat hempuk aku ke?" Menyeringai Encik Azlaq.

Tidak semena-mena, kerusi yang diangkat oleh Azyan jatuh. Dirinya juga jatuh terjelopok. Tubuhnya rasa berat. Terasa juga, seperti darah likat mengalir daripada kepalanya.

Jadi, nyawanyakah yang tercabut hari ini?






DINDING hospital direnung dalam. Luth mengeluh lagi. Wajah diraup berkali-kali. Dirinya gagal lagi melindungi nyawa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Benak fikirannya sering kali dijengah memori tiga minggu yang lepas, di saat Luth dan anggota polis yang lain menjumpai Azyan dan Puan Lina... bersama Encik Azlaq di dalam hospital lama milik arwah atuk Encik Azlaq.

Paling mengejutkan pihak polis bukanlah keadaan Puan Lina dan Azyan Nasneen yang tewas dan rebah... tetapi yang mengejutkan, adalah jasad seorang lelaki yang tidak bernyawa lagi.

"Penyelidikan membuktikan, Encik Azlaq membunuh diri dengan menikam jantung sendiri selepas menghempaskan kerusi kayu ke atas Puan Azyan Nasneen."

Ayat itu sering kali berlegar-legar di dalam fikiran. Luth meraup wajah lagi. Lelaki psiko itu... sentiasa bertindak di luar jangkaan.

Jasad Azyan Nasneen yang masih terlantar di katil hospital itu dikerling. Luth lelah menunggu Azyan sedar. Yasin di sisi meja dicapai. Entah berapa ratus kalinya, Luth mengisi ruangan bilik putih kelabu itu dengan alunan merdu surah yasin.

Tiga kali yasin dibaca sebelum air yasin itu dicurahkan sedikit ke atas sekeping kapas sehingga lembap. Luth mendekati Azyan. Bibir isterinya itu tertutup rapat, Luth meletakkan kapas di bibir Azyan.

Salah satu ikhtiar untuk membantu Azyan sihat seperti sedia kala. Sekurang-kurangnya ketika Azyan koma, tubuhnya masih menerima air meskipun sedikit.

Seusai kapas kering, Luth mengulangi perbuatannya berkali-kali. Tidak Luth sedar, kali kesembilan Luth membasahkan kapas dan menyuakannya pada Azyan, wanita itu tersedak.

"Oh tidak." Luth gelabah. Terus saja dia berdiri lalu keluar dari bilik itu, ingin memanggil jururawat berdekatan.





"LUTH...." Birai mata Azyan berair. Syukur dipanjatkan kepada Ilahi setelah sedar daripada koma dek tersedak air kosong.

"Baca doa bangun tidur dulu," arah Luth. Terus, mereka berdua menadahkan tangan. Luth menyebut setiap sebutan perlahan-lahan, agar Azyan dapat mengikutnya dengan lancar.

Azyan melihat Luth yang sedang duduk tegak di atas sofa sebelah katil hospital. Dirinya dihurung rasa bersalah.

"Nak tangan," pinta Azyan. Lantas, Luth memberikan tangannya. Tidak semena-mena Azyan terus mengucup belakang tangan Luth. Teresak-esak Azyan menangis pada tangan itu.

"Maaf, aku degil. Aku janji tak nak main-main lagi. Aku janji nak duduk rumah je, tak nak keluar dah. Aku janji kalau keluar aku akan melekat je dengan kau, kau nak gari tangan aku dengan kau pun tak apa. Aku janji tak nak jadi periang lagi. Aku janji nak jadi serius je sepanjang masa. Aku janji takkan bercerai dan berkahwin dengan duda lagi...." Kata-kata terakhir itu membuatkan Luth memincing mata.

"Kau isteri akulah. Buat apa nak berkahwin bercerai dengan orang lain lagi?" seloroh Luth kemudian Luth meletakkan tangannya di atas kepala Azyan, mengusap kepala yang cedera akibat dihempuk kerusi kayu itu lembut.

Azyan masih tidak terpujuk, masih menangis tersedu-sedan. Tidak Azyan sangka, hidupnya akan mempunyai episod yang ngeri.

"Aku janji tak nak jadi nakal lagi. Janji!" Azyan lap air hidungnya. Eee, tak senonoh!

"Kena tepatilah janji tu, ya." Luth menutup bicara. Azyan yang tadinya tersedu-sedan, kini mencemik pula.

Luth ni robot ke? Tak ada emosi?

"Luth," seru Azyan.

"Sakit...." Azyan menunjuk pehanya. Nyilu ditikam dengan pisau belati.

"Jangan risaulah. Semuanya okay."

Azyan mencemik lagi.

"Asisten Superintenden Polis Luth," seru Azyan. Luth angkat wajah memandang Azyan.

"Tugas kau dah selesai, kan? Puan Lina pun dah selamat. Encik Azlaq pun dah tak ada. Jadi...." Azyan memusingkan jari telunjuknya di atas peha, seakan-akan melukis sesuatu.

"Tempoh kita sampai bila? Bila tarikh bercerai? Kau dah tetapkan ke?"

Luth mengeluh. Azyan ni, janji macam-macam... tapi satu pun dia tak tepati. Tengoklah tu, masih berfikiran kebudak-budakan. Fikir perkahwinan ni permainan ke?

"Ada. Dah tetapkan dah." Luth merenung Azyan.

"Oh ya? Bila?"

"Bila aku mati. Ataupun bila kau mati. Azyan, bila kau memegang status isteri Luth Faiq... kau patut tahu, dia tak akan ceraikan isterinya. Pandang aku," arah Luth.

"Aku nak kau hidup dengan aku, jangan mempergunakan diri kau lagi untuk rumah tangga orang asing. Aku akan jaga kau. Kau pun akan jaga aku. Okay tak?"

Azyan melongo. Cuba untuk menghadam kata-kata Luth. Kedengaran agak serius, Azyan terus menekup mulutnya. Oh, ini sungguh tiba-tiba.

"Kau mengigau ke, Luth?"

Luth geleng.

"Tak, sungguh ni. Aku suka kau."

T A M A T.

Nak sambung tapi tak nak sambung. Si rees mana reti tulis part sweet  ≥3≤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro

#random