TRAUMA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Di sekolah.

Bila cerita fasal sekolah, pasti semua orang sudah masak ranum dengan kebanyakan gelagat pelajar.

Ada yang gengster, acah macam tapak sekolah ni dia yang bayar bulan-bulan.

Ada yang ulat buku, pusat sumber sekolah tu macam dia punya seorang.

Ada yang kaki bola, masa belajar pun ghaib jasadnya. Bila cari, rupanya ada di padang.

Ada juga yang jenis suka buat masalah. Loceng bilik disiplin sering kali berbunyi dan paparkan namanya saja.

Ada juga seperti aku, Nuar Ayisyah. Pelajar suam-suam kuku. Tidak famous bak kata orang. Tak ramai kenal. Silap hari bulan, cikgu yang setiap hari mengajar kelas 4 Cemerlang juga tak kenal aku.

Pap!

Terpampang wajah Aiman yang sedang melemparkan satu fail nipis ke atas meja Ayisyah. "Ni, fail kehadiran. Aku nak kau pergi hantar ke pejabat."

Ayisyah memincingkan mata dan merenung dalam wajah Aiman. Mengarah je kerjanya. "Fikir aku kuli kau? Jawatan apa? Ketua kelas, kan? Pergilah hantar sendiri."

Mudah.

"Ya, aku ketua kelas. Dan sekarang ketua kau suruh hantar fail ni ke pejabat, pergilah cepat." Aiman mengibas-ngibas fail biru itu seperti kipas tangan ke wajahnya. Eh, geram pula aku.

Ayisyah tidak mengambil fail hulurannya. Juga tidak menghiraukan pandangan Aiman terhadap Ayisyah yang semakin tajam.

"Kau betul ke nak lawan kuasa veto Aiman Muntaha? Bahaya tau kalau lawan aku."

Membongak je kerja dia!

"Gaji, aku tuntut nanti," pinta Ayisyah.

Akhirnya Ayisyah bangun, gagahkan juga tubuh ini daripada bersandar saja pada kerusi kayu. Tanpa sepatah kata, fail di tangannya Ayishah ambil dan terus ke pejabat.

Dalam perjalanan di kaki lima sekolah, Ayisyah hanya melayan imaginasi. Namun, tidaklah sehingga melanggar jejaka kacak. Maaf, ini bukanlah drama jam 3 petang.

Prang!

Terhinjut bahu Ayishah. Segera dirinya menenangkan cik jantung hati yang terkejut sebelum kepalanya menjenguk kelas yang mempunyai bunyi kaca pecah itu berderai.

Ada apa dengan kelas ni?

"Sumpah, aku tak bawa duit pun hari ni. Aku dah kata, emak bapa aku tak kaya weh. Jadi tolonglah, tubuh aku ni ada kulit. Bukannya halimunan. Sakitlah!" rintih mangsa pukul itu. Ayisyah memerhati, terdapat banyak tompok-tompok luka pada lengan pelajar itu. Dek terkejut, Ayisyah mengundurkan diri di sebalik dinding konkrik yang memisahkan mereka.

"Aku kisah apa kau ada duit ke tak? Kau dah pinjam duit aku, kira berbaloi ni aku tahu dosa pahala... tak main bunga. Duit aku, pulangkan!" Si pemangsa berang, terus menghempas kerusi kayu ke lantai sehingga pecah. Teguk liur Ayisyah dibuatnya tatkala panahan mata menangkap perbuatan pemangsa itu.

"Kalau aku tahu kau macam syaitan, aku tak pinjam duit kau," gumam si mangsa pula. Ayisyah yang mendengar itu bulat mata. Ya Allah, berani mati sungguh!

Di sana, bukan saja terdapat dua jasad tetapi ada lagi tiga jasad yang berdiri kaku di belakang pemangsa. Atau boleh Ayisyah kata pemangsa itu, Zahir? Rakan sekelasnya.

Tidak Ayisyah sangka Zahir sebegitu rupa. Panas baran. Yalah, pelajar suam-suam kuku sepertinya tidak mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan diri.

"Aku dah warning kau semalam, malah aku dah cakap baik-baik. Pinjam hari ni, pulangkan esok." Zahir memberi sepatah dua kata sebelum dia berundur ke belakang. Dua jarinya naik, sebagai isyarat agar tiga orang pelajar di belakangnya 'mengajar' mangsa.

Ayisyah gelabah tatkala melihat salah seorang daripada mereka mencapai kaki kerusi kayu yang sudah patah dek dikerjakan oleh Zahir. Tidak tahu ingin membuat apa. Ayisyah kaku di tempatnya berdiri. Jantungnya berdebar maha dahsyat. Kalau mati si mangsa macam mana?

"Weh, aku janji aku akan bayar. Esok! Aku janji!"

Bergema suara itu dibenak fikiran Ayisyah. Ayisyah menggeletar sedikit, terus telinganya dikatup rapat lalu duduk cangkung.

Namun tidak lama dia diselabungi rasa takut, tiba-tiba saja bahunya ditampar kuat dari belakang.

Kelihatan Aiman bersama fail kehadiran di tangan sedang menyaksikan dia bercangkung.

"Kau dah kenapa?" Aiman menghampiri Ayisyah dan bercangkung di sebelah gadis itu. Air wajah Ayisyah jelas gelisah membuatkan Aiman tertanya-tanya. Punyalah lama dia menunggu kelibat Ayisyah pulang ke kelas selepas menghantar fail kehadiran. Tapi, sudah 10 minit Ayisyah tidak muncul. Apabila dia mencari Ayisyah, mata helangnya menangkap kelibat gadis itu di blok yang jarang diguna bersama fail kehadiran yang sudah jatuh ke lantai.

"Kanan, kelas sebelah ni." Ayisyah yang perasan akan kehadiran Aiman, terus memberitahu Aiman secara ringkas apa yang dilihatnya.

"Jadi, kau nak apa daripada aku? Perlu ke aku buat kenduri untuk meraikan pergaduhan tu?" Aiman masih bersikap jengkel pada saat genting begini. Menggelegak hati Ayisyah dengan gelagat Aiman. Sesekali Aiman mengekek ketawa.

"Aiman Muntaha, sebelum aku muntahkan segala kegeraman aku, ada baiknya kau bersikap lebih matang daripada biasa." Ayisyah geram, rasa lumat-lumatkan saja Aiman ni dengan kasut hitamnya.

"Kau tunggu sini, sekejap," arah Aiman. Ayisyah terpinga-pinga tatkala mendapat arahan sebegitu, namun dia hanya menurut. Sedikit gigil tangannya memegang palang dinding, menjenguk sedikit kepala agar dapat melihat dengan jelas kejadian yang menimpa.

Manalah tahu boleh jadi saksi dan bawa masalah ni ke unit disiplin. Boleh famous.

Di mata Ayisyah, dapat dia lihat Aiman sedang berurusan dengan Zahir. Jelas kecut perut riak wajah Zahir tatkala perbuatannya tertangkap oleh Aiman.

Aiman nak bertumbuk? Ah, lambat lagi atau mungkin tak akan terjadi. Aiman Muntaha si pelajar yang menjengkelkan namun tidak pernah sesekali lelaki itu bergasak demi menyelesaikan masalah.

"Settle." Tidak sedar akan dirinya mengelamun, Aiman sudah berdiri di hadapannya bersama si mangsa yang menerima beberapa luka dan kesan lebam dek dikerjakan oleh pelajar nakal itu tadi.

"Macam tu je siap? Kau tak rasa kita kena buat aduan dekat unit disiplin? Kau tak nampak tangan...." Ayat Ayisyah tergantung, tanda nama pelajar mangsa itu diamati.

"Tangan si Zaki ni dah hidup segan mati tak mahu?" sambung Nuar Ayisyah. Sekonyong-konyong, Aiman Muntaha geleng kepala.

"Kau perempuan, jiwa selembut sutera. Setakat bergasak luka dan lebam ni, hal kecil sajalah buat lelaki. Kan, Zaki? Eh, bukan ke kau pelajar tingkatan 1? Apa kau buat sesi petang ni? Pinjam duit Zahir tingkatan 4 tu? Apa masalah kau dengan dia? Kau pinjam duit haram ke apa sampai Zahir tu belasah kau?" soal Aiman bertubi-tubi. Zaki hanya diam umpama di dalam mulutnya ada selonggok emas. Melihat Zaki yang enggan bercakap, Ayisyah memeluk tubuh.

"Zaki, ada baiknya kau balik. Sekarang sesi petang, bukan sesi kau. Apa kau buat datang sekolah petang macam ni? Aiman, aku rasa ada baiknya kita balik ke kelas. Kau tahu, waktu rehat dah habis 5 minit lepas." Ayisyah memberikan kata putus. Jelas muktamadnya. Kemudian, Ayisyah jalan menonong terus ke blok kelas 4 Cemerlang. Tinggal Aiman bersama Zaki yang terpinga-pinga.




TAP! Tap! Tap!

Kakinya membuka langkah besar. Bagai tiada arah tuju. Bagai tiada penghujung, hanya berharap pada takdir... agar semuanya baik-baik saja.

Tapi itu mustahil. Nyawa seolah-olah di ambang kematian.

"Nuar... ibu ni. Ibu datang." Sayu suara itu merintih. Cecair jernih laju menuruni pipi. Suara itu dibiarkan. Nuar Ayisyah semakin laju berlari. Menyelamatkan diri. Di rumah agam yang terlalu besar ini, Nuar Ayisyah sesat. Di saat fikirannya dipenuhi rasa ingin selamat, kakinya tersilang sesama sendiri dan Nuar Ayisyah terjelopok jatuh ke atas lantai. Kakinya terseliuh teruk.

"Nuar Ayisyah, anak ibu. Nuar dekat mana? Hide and seek ya? Ibu cari ni." Ucap suara itu lagi. Namun, kali ini suara itu tidak sayu. Suara itu kedengaran gembira. Ceria!

Nuar Ayisyah teresak-esak. Tiada tempat untuk dia bersembunyi. Di kala ketiadaan ayahnya yang mempunyai urusan kerja, Ayisyah terpaksa hadap kegilakan ibunya seorang diri.

Baru seminggu yang lepas ibunya pulang dari Hospital Pantai Sakit Jiwa dan disahkan sihat seperti sedia kala.

Namun, mengapa malam ni ibunya kelihatan aneh? Sungguh, sangat ketara sikap ibunya! Malam ini, juadah makan malam yang ibu sediakan adalah seekor ayam mentah yang baru dikelar lehernya. Darah ayam menitis-nitis daripada tangan ibu mengalir ke pisau belati. Juga pinggan ayam itu dihiasi cantik, dilukis dan ditulis.

'Dinner buat kesayangan ibu, Nuar Ayisyah.'

Itulah yang ditulis ibu, menggunakan pisau belati sebagai pena dan darah likat ayam sebagai dakwatnya.

Ayisyah menggigil, air matanya mencurah bak air terjun Niagara. Bibirnya tidak putus menyeru nama bapanya, berharap agar ayah akan muncul menjadi penyelamat.

"Nuar, kenapa menangis ni? Nuar takut? Yalah, malam ni hujan. Guruh sebagai serinya. Tak apa Nuar, ibu ada. Marilah, kita rawat ketakutan Nuar tu. Kita pergi makan ya? Tadi, ibu nampak ayam kampung di belakang rumah. Nampak sedap, gemuk. Nuar mesti rasa!"

Nuar Ayisyah memejam mata tatkala ibunya, Puan Amira melingkarkan tangan ke tubuhnya. Dapat Ayisyah rasa kehangatan haba tubuh ibu yang memeluk.

Semakin teresak-esak Nuar menangis.

"Nuar, janganlah menangis sayang. Kalau Nuar tak nak makan lagi, tak apa. Kita main, nak? Ni, ibu ada pisau. Nuar pernah dengar permainan toreh-menoreh?" tanya Puan Amira sambil ketawa halus. Pantas, Ayisyah geleng kepala dengan laju berkali-kali. Dia telah membayangkan perkara buruk akan terjadi.

"Alah, ruginya Nuar tak pernah tahu kewujudan permainan ni. Dulu, di hospital tempat ibu menetap... ibu dan kawan ibu suka main. Nuar nak cuba? Nuar tengok dulu ya ibu buat. Ni contoh." Tidak sempat Ayisyah bertindak menahan Puan Amira, pisau telah terlalu dalam terbenam di dalam tangan ibunya.

Sehingga tembus!

Sungguh, Ayisyah terpana. Tubuhnya menggeletar maha dahsyat. Ketakutan memeluk erat atmanya. Ayisyah lemas. Lemas dengan permainan mental ciptaan Puan Amira.

"I... bu. Ibu, jangan... Nuar tak nak! Nuar... tak nak!" Ayisyah menekup telinga, lantas menjerit nyaring. Mata juga dipejam rapat. Tidak mahu melihat sebarang aksi berbahaya ibu!

"Nuar, ibu tak pernah terfikir langsung! Selalunya ibu toreh tangan saja. Tapi bila difikirkan balik, mesti lebih menarik kalau kita toreh leher. Petang tadi masa ibu sembelih ayam tu, ibu nampak ayam tu gembira sangat. Ceria! Jom kita cuba, nak? Ibu mula dulu!" Keanak-anakan Puan Amira.

Pisau yang terbenam di tangan, Puan Amira menarik keluar. Wanita itu ketawa terbahak-bahak. Geli hati melihat darah yang terpancut dan melimpah-limpah dari tapak tangannya.

Pandangan Nuar Ayisyah berbalam-balam. Dia tidak mahu ada kematian di dalam rumah agam malam ni! Lantas, pisau yang berada di dalam genggaman Puan Amira cuba dirampas.

"Ibu, dah. Cukuplah! Ibu, Nuar ambilkan ubat ibu, ya? Nuar telefon doktor Insyirah. Ibu perlukan rawatan," pujuk Ayisyah. Jujur, dirinya tidak bermaya akibat menerima kejutan yang menakutkan. Tangannya juga terlalu lembik untuk menghalang Puan Amira. Kepala lututnya seakan-akan kehilangan sendi. Nuar tidak mampu berdiri.

Puan Amira yang duduk bersimpuh di sebelah Ayisyah itu merengus. "Nuar, ibu tahu Nuar tak sabar. Tapi, bagilah ibu mula dulu! Ibu pun tak sabar juga," rengek Puan Amira.

Ayisyah mengetap bibir sehingga berdarah. Tidak sempat Ayisyah mengumpul semangat, Puan Amira...

sudah menyembelih dirinya sendiri.

Puan Amira rebah dengan ketawanya yang kian sayup.

"Seronoklah... Nuar. Nuar patut cuba." Pandangan Puan Amira berbalam-balam. Terpancut darah daripada lehernya sehingga terpercik pada wajah Ayisyah.

Ayisyah kaku. Seakan-akan tidak percaya.

Semua berlaku dalam sekelip mata sahaja!

"Ibu! Bangun ibu! Ibu... jangan pejam mata. Ibu, kita tak jamah makan malam lagi. Jangan pejam mata, ibu! Nuar telefon Ambulans.... Nuar telefon Ambulans!"

"Ayahhh!!!"

NUAR Ayisyah bangun drastik dari mimpinya. Nafasnya berderu kencang. Dadanya juga berombak.

"Allah...." Ayisyah meraup wajah. Istighfar meniti di bibirnya berkali-kali.

Malam yang sunyi. Jam 3 pagi, Ayisyah bangun dek seruan mimpi itu lagi. Dinding putih yang kelam kerana lampu yang tertutup itu direnung. Perlahan-lahan, mutiara jernih membahasi pipi Ayisyah. Terhinjut-hinjut bahunya menahan rasa. Selimat tebal yang membaluti sebahagian diri terus Ayisyah tarik sehingga menutup seluruh tubuhnya.

Persoalannya, sampai bila hidupnya akan dihantui mimpi itu lagi?

Jika malam-malam sebelum ini, hanya tamat sehingga bahagian tangan Puan Amira dibenamkan dengan pisau sahaja. Namun, malam ini... keseluruhan episod hitam hidup Ayisyah itu menguasai lenanya.

Adakah kerana kejadian siang tadi? Gara-gara darah kesan lebam dan luka pada lengan Zaki hasil tujahan?

Sekali lagi Ayisyah meraup wajahnya.

Sungguh, Ayisyah tidak mampu berbuat apa-apa... bagi pihak Puan Amira yang membunuh diri.

Sungguh, Ayisyah tidak mampu berbuat apa-apa buat dirinya... tatkala dia disahkan menghidap masalah mental sejak empat tahun yang lalu.






"PUCAT," komen Aiman. Ayisyah yang sedang menyalin nota fizik terus mengangkat wajah. Aiman pula menarik kerusi meja hadapan Ayisyah lalu menghadap gadis itu.

"Apa pucat?"

"Muka kau. Tak sihat ke? Aku bukan apa, sebagai ketua kelas yang prihatin... mestilah aku akan sedar semua perubahan rakan sekelas aku. Kalau kau tukar jenama kasut dari Adidas kepada Nike pun aku boleh sedar tau," ulah Aiman membuatkan Ayisyah ketawa kecil. Ada sajalah gelagat Aiman yang akan membuatkan semua pelajar ketawa dek karenahnya.

"Kau nak tahu tak satu cara macam mana tak nak tengok kepucatan wajah aku ni?" Ayisyah menujuk pada mukanya. Aiman angguk.

"Caranya, pergi main jauh-jauh! Aku ni, tugasan fizik belum siap lagi tau. Kau kan rajin, dah siap awal lagi. Janganlah kacau aku. Pergi kacau orang lain pula." Halau Ayisyah. Sungguhlah, kehadiran Aiman membuatkan dirinya tidak boleh buat kerja lagi. Ada saja kekecohan Aiman.

"Aku dah kacau Adam, Zairul, Mahathir, Hafidz, Iskandar, Danial, Amni, Fatin, Nabila, Humaira, Fatimah, Az-Zahra... kau nak aku senaraikan semua nama yang aku kacau hari ni, ke?"

Ayisyah geleng kepala. Tengok! Kan dah bilang, ada sajalah kekecohan Aiman Muntaha ni.

"Aiman, kau dari keturunan Key Poo Chey ke?" soal Ayisyah.

"Key Poo Chey? Apa tu?" tanya Aiman kembali. Ayisyah mengangkat bahu.

"Fikir sendiri. Pergi balik ke tempat kau," halau Ayisyah buat kali kedua. Namun, Aiman masih seorang Aiman Muntaha. Tak makan saman.

Lama Aiman berfikir sebelum air mukanya berubah. "Oh, maksudnya kepochi?"

Ayisyah sekadar ketawa.

Nuar Ayisyah tunduk kembali memandang nota fiziknya. Kerja yang terbengkalai di sambung tatkala tiada lagi jenaka yang menghiburkan daripada Aiman.

"Nuar Ayisyah."

Ayisyah mengangkat wajah lagi.

"Kau ada sorok apa-apa daripada orang lain? Kau pendam?" tanya Aiman. Saat itu, tubuh Ayisyah kaku. Ayisyah perasan, tiada lagi nada gurau senda menjadi aura seorang Aiman Muntaha. Gadis itu memandang Aiman.

"Kau cakap apa ni?" Ayisyah kelihatan tidak senang. Sesekali Ayisyah membetulkan duduknya.

"Ni." Aiman mengangkat tangannya ke udara. Satu paket ubat penenang yang ada di dalam genggaman Aiman membuatkan Ayisyah membulat mata.

"We need to talk. Tell me the truth. Kalau tak, biar aku saja yang makan ubat ni. Nampak sedap weh. Colourful." Ugut Aiman.

Nuar Ayisyah merengus dalam gusarnya.

Tamat saja sesi persekolahan, Aiman dan Ayisyah sama-sama melencong ke taman permainan. Dengan berat hati Nuar Ayisyah menceritakan. Semuanya dapat dihadam oleh Aiman Muntaha.

Aiman memandang Ayisyah sambil menghayunkan buaian. Gadis itu kelihatan tenang dalam bercerita kisah gelapnya. Aiman menghela nafas perlahan.

"Nuar Ayisyah, betul ke kau manusia? Aku bukannya apa, takutlah kalau kau ni sebenarnya alien yang datang menakhluki bumi demi koko yang dicari-cari. Kau... tenang sangat ni." Aiman menggeleng kepala. Sungguh, hatinya galau melihat keadaan Ayisyah. Semalam, apabila menyaksikan tubuh kecil itu menggigil semasa menyaksikan kisah Zahir dan Zaki pun Aiman syak ada something wrong, bak kata orang putih.

"Kau dah pulih daripada masalah mental?"

Ayisyah geleng kepala.

"Ah! Aku tak faham! Kau. Terlalu. Tenang!" Aiman menjambak rambut sendiri. Kononnya tertekan. Ayisyah sekadar ketawa.

"Macam yang aku cerita, bukan senang untuk lawan trauma aku. Pisau dapur di rumah, sudah berjuta kali nyaris mengkelar leher tanpa sedar. Masa tu, dalam fikiran aku... cuma mahu semuanya gelap! Tak nak ada lagi suara ibu yang menghantui aku. Mujur saja ayah sempat menghalang."

"Mana ayah kau?"

"Dua tahun aku hadap trauma aku bersama ayah. Selepas itu, aku berjuang seorang diri."

"Ayah aku kini, penghuni kekal Hospital Pantai Sakit Jiwa. Ayah kemurungan. Juga seperti aku, tapi aku masih bertahan. Itu sebabnya aku di sini, masih menjalani hidup seperti biasa."

Ternganga Aiman mendengarnya. Liur ditelan, pahit. Tidak percaya dengan cerita Nuar Ayisyah.

"Nuar Ayisyah, maaf. Aku bukan pakar psikologi. Aku cuma remaja 16 tahun. Maaf sebab tak mampu untuk tolong apa-apa. Tapi, kalau kau ada masalah lagi... luahkannya pada aku. Okay?"

"Okay."


AYISYAH tertekan. Tudung sekolahnya yang sedia barai, Ayisyah baraikan lagi. Nafasnya turun naik.

Ubat penenang semalam, masih ada pada Aiman.

Kalau ikut jadual, malam tadi dan pagi tadi... Ayisyah perlu mengambil dua pil. Namun, ubatnya tiada!

Kini sudah petang. Hampir 24 jam Ayisyah tidak mengambil ubat penenang.

"Ayisyah, kau okay? Kau nampak tak sihat," tegur Fatin. Ayisyah mengangguk lemah.

"Kau ada gunting dan gam? Nota fizik aku tak tampal dalam buku lagi. Nak pinjam, boleh?" pinta Ayisyah. Sedaya upaya dia cuba untuk melawan raksasa di dalam dirinya dengan menyibukkan diri dengan tugasan yang cikgu beri.

Raksasa ini berbahaya.

"Kalau kau tak okay, bagitahu tau," pesan Fatin. Tangannya menyambut huluran gunting dan gam daripada Fatin dengan menggigil. Ayisyah senyum.

"Aiman datang tak hari ni? Ada barang aku yang dia tak pulangkan lagi."

"Rasanya Aiman tak datang hari ni, sebab selalunya dialah orang pertama yang akan hadir."

Oh tidak. Jika tadi hanya tangan yang menggigil, kini tubuh Ayisyah juga menggeletar hebat. Benak fikirannya diketuk rasa resah.

Adakah ini petanda dia perlu bertahan sehingga hari esok? Tapi, mampukah?

Ayisyah tarik nafas dalam lalu hembus. Diulang beberapa kali. Tapak tangannya yang basah dek peluh dilap pada baju sekolahnya.

"Kau akan baik-baik saja, Nuar Ayisyah." Ayisyah menitip pesan terhadap diri sendiri. Gunting dan gam dicapai, tugasan Puan Izzati... Ayisyah lakukan.

Satu.

Dua.

Tapak tangannya kembali dibasahi peluh.

Tiga.

Empat.

Hatinya kembali galau tidak tenteram.

Lima.

Enam.

Sedar gunting yang tajam masih dalam genggaman, dengan pantas Ayisyah menjauh dari gunting itu.

Tujuh.

Lapan.

Bertenang... bertenang... bertenang...

Sembilan.

Sepuluh.

"Ada sesiapa bau hanyir, tak? Macam darahlah," tegur salah seorang daripada pelajar 4 Cemerlang.

Pandangan Ayisyah berbalam-balam. Dia kenal bau ini. Perlahan-lahan, kepala yang tertunduk, Ayisyah angkat. Sedar... dirinya menjadi perhatian.

"Ya Allah, Nuar Ayisyah!"

Seisi kelas 4 Cemerlang menjadi hiruk-pikuk.

Setitis demi setitis darah mengalir dari pipinya. Nuar Ayisyah tersengih nikmat.

"Betul kata ibu, permainan toreh-menoreh ni menarik. Tapi ibu, lebih menarik lagi kalau kita main permainan koyak-mengoyak," ujar Ayisyah sendiri sebelum ketawa. Nyilu wajahnya dibiarkan saja.

Tanpa Ayisyah sedar, gunting masih tidak lepas dari tangan. Di saat dirinya sudah diambil alih oleh sesuatu yang aneh, gunting sudah berada ni hujung bibirnya... lalu kulit wajah digunting panjang sehingga ke cuping telinga. Rahang Ayisyah hampir jatuh akibat kulitnya yang terkoyak besar.

"Nikmat sangat, ibu."


"MAAFKAN aku. Maafkan aku. Maafkan aku."

Berkali-kali maaf dititip. Namun, di pendengaran Nuar Ayisyah, suara itu sayup-sayup sahaja. Mata yang terpejam ingin dibuka. Tetapi, sakit seluruh tubuh lebih menguasai. Dia masih tidak mampu untuk sedar sepenuhnya.

Hanya suara itu yang menemani.

"Nuar Ayisyah, aku minta maaf. Sangat. Salah aku. Maafkan aku." Suara itu kedengaran lagi. Tidak betah terus mendengar tanpa melihat siapa gerangannya, Ayisyah gagahkan juga dirinya untuk sedar di mata figura itu.

Perlahan-lahan, kelopak matanya dibuka. Silau! Terlalu silau dek lama tidak membuka mata.

Sudah berapa lama dia terlantar begini?

"Nuar... Ayisyah? Kau dah sedar? Doktor! Doktor! Ayi... Ayisyah! Kawan saya dah sedar ni doktor!" Itu suara Aiman Muntaha.

Pipinya nyilu, Ayisyah memutarkan semula memori hari kejadian. Hari di mana dia tewas digasak mentalnya. Kesan jahitan yang entah berapa benang digunakan itu, Ayisyah sentuh. Tidak semena-mena, air matanya mengalami krisis. Jatuh mutiara jernih itu. Terhinjut-hinjut bahunya menahan rasa.

"Air," pinta Ayisyah. Tekaknya kering, hendak bernafas pun rasa perit. Gesa-gesa, Aiman menghulurkan air.

Setelah berasa sedikit selesa, Ayisyah memandang Aiman pula. "Status aku?" tanya Ayisyah.

"Hah?" Aiman pula melongo, blur. Dalam keadaan itu, Aiman memanjatkan rasa syukur atas kesedaran Nuar Ayisyah yang sudah terlantar di hospital hampir dua minggu. Selama tempoh itu juga Aiman berulang-alik ke hospital demi menjaga kawannya. Rasa bersalah amat menggunung tinggi. Hiperbolanya, umpama tingginya tujuh petala langit.

Dalam tempoh itu juga, air mata jantan Aiman tidak berhenti mengalir. Manakan tidak, Nuar Ayisyah sakit begini... atas kecuaiannya yang tidak memulangkan semula ubat penenang Ayisyah. Bukan sedikit punya sakit, kulit wajah rakannya itu terkoyak besar dari hujung bibir sehingga ke cuping telinga. Betapa dahsyatnya serangan mental yang menggasak seorang Nuar Ayisyah.

"Status aku? Aku dah bersedia untuk tahu. Aiman Muntaha, aku... akan jadi penghuni kekal... Hospital Pantai Sakit Jiwa ni, kan?"

Aiman terpana tatkala mendengar kepasrahan Ayisyah. Sekali lagi, tanpa segan silu dia menangis.

Ini salahnya! Salah seorang Aiman Muntaha!

Nuar Ayisyah menarik nafas panjang. Sudah dia jangka, itulah pengakhiran hidupnya.

Menghabiskan masa dengan menyandar status...

Si pesakit mental sepenuh masa.

T A M A T.

Syaf_Asriqa chubby_honeybunny nak jemput Princess Syaf dan seketul Min saya ni baca ≥3≤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro

#random