_B A B_6_

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng



STERENG kereta dihentak. Puas menjerit di dalam kereta, Raef melangkah keluar. Berdiri di kaki jalan mengadap baruh lalang yang terbentang lalu bertempik kuat menghamburkan rasa. Sakitnya hati di dalam tak ada siapa yang mampu memahami.

Kenapa semua itu harus berlaku? Kenapa kebahagiaan yang dikecapi mereka diregut sekelip mata? Di manakah keadilannya?

Alahai... jangan ingat kau seorang yang susah, Raef. Orang lain mungkin lebih lagi. Cuba buka mata luas-luas pandang sekeliling tengok orang lain yang lebih susah. Barulah nikmat yang dikecapi selama hari ini akan disyukuri. Kalau asyik pandang orang yang lebih senang, sampai kiamat pun akan rasa diri susah.

Be positive and proactive!


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : "Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu membuatmu tidak meremehkan nikmat ALLAH padamu." (HR Muslim)


Air mata jantan seorang Afham kembali mengalir walau tak pernah dia meminta. Lalu dikesat kasar pipi yang basah.

Kenapa perit di hatinya payah mahu dilarutkan? Kenapa semua itu terjadi dalam hidup? Kini dirinya dirasakan terumbang-ambing. Kenapa mesti papa tinggalkan dia?

"Argghhh!!!" sekuat perasaan Raef menjerit. Disahut lembu-lembu yang asyik meragut rumput.

Sentap sekejap. Macamlah orang bercakap dengan dia!

Langkah Raef terundur ke belakang sebelum belakang badan tersandar pada kereta. Keluhan terluah kasar melewati rengkungan. Dada terasa sebak, sukar mahu bernafas. Samentelah hidung sudah terhidu sesuatu. Bau yang cukup asing!

"What the... yarghh!" makin membingit teriakan Raef sehingga berterbangan burung-burung di dahan pokok.

Hampir separuh kasut di kaki kanan terpalit benda hitam berbau busuk. Bull shit! Tahi lembu! Elok dipandang ke tempat dia berdiri melepaskan jeritan tadi, ada satu tompok yang masih basah siap dengan kesan tapak.

"Damn!" bumbung kereta dihentak kuat. Makin menjadi amarah yang menguasai diri.

Apa semua tu? Kenapa mesti dia???



AIRA SAFIYA masih dengan kejutan yang diterima. Tiba-tiba merasa bersalah. Sekarang apa yang patut dia lakukan? Minta maaf? Tapi dia bukan sengaja nak marah-marah. Memang sakit hati mana boleh dipendam?

"Ara... balik..." Afiq sudah merengek. Kelip-kelip biji mata tanda mengantuk.

Jam sudah melebihi pukul lima petang. Nasib dia 'cuti' tak payah terkejar untuk bersolat. Tapi kesian adiknya. Selalunya waktu itu Afiq memang sedang berehat.

"Iyelah. Jom kita balik," Safiya menuntun adiknya mendapatkan kereta yang terparkir.

Pintu sebelah kiri dibuka menyuruh Afiq masuk terlebih dahulu seperti selalu. Kemudian dipakaikan tali pinggang keledar untuk memastikan keselamatan. Selepas itu barulah dia menuju ke sebelah kanan masuk ke tempat pemandu.

Enjin dihidupkan. Menderam bunyinya kalah jagoan lumba haram. Baru saja nak masukkan gear, telefon di atas dashboard meter berbunyi. Terpaksa tangan mencapainya terlebih dahulu.

Tok Abah? Spontan kepala Safiya berpaling ke kanan memandang bangunan reception yang tersergam.

"Assalamualaikum, Safiya."

"Waalaikumussalam. Tok Abah? Kenapa?" tangan Safiya menggaru dahi.

Jangan dikata Tok Abah tak izinkan dia balik. Paksa kaw-kaw. Oh tidak! Dia tak nak! Rela jadi anak dara tua dari bersuamikan puaka kerek tu.

"Safiya dah balik ke?"

"Hah! Err... baru masuk kereta. Kenapa, Tok Abah?"

"Boleh Safiya tolong Tok Abah?"

"Tolong? Tolong apa tu?" makin cuak Safiya rasakan.

Apa kebenda lagi yang dia perlu buat? Itulah alasan kenapa Safiya enggan terhutang budi banyak-banyak. Sekarang dah hampir tergadai body.

"Tolong pergi dekat Raef. Rasanya dia ada di sebelah baruh sana."

"Hah! Nak buat apa?" semakin laju Safiya menggaru kepala.

Sebolehnya dia tak mahu bertemu cucu Tok Abah itu lagi. Tapi dah terpaksa pergi dekat. Hailah!

"Safiya naik ke sini semula. Nanti Tok Abah beritahu."

"Okey," memang dia tak punya pilihan. Nafas terhela panjang.

Apa-apa saja puaka KL kerek tu? Nak kena tolong apa? Pergi ke baruh sana buat apa? Hambat lembu? Dah tu tersesat tak kenal jalan nak balik?

Waze ajelah. Zaman dah moden!

"Fiq..." ayat Safiya memang tak boleh habis. Adiknya sudah terlentok di kerusi sebelah.

Hailah! Masalah!



"TAK apa. Pandai-pandailah Tok Ma nak handle Afiq kalau dia terjaga. Tapi rasa-rasanya sampai ke malam juga tertidur ni," Afiq yang ketiduran di atas sofa dipandang.

Safiya yang berwajah gusar mencarikkan senyuman.

"Mama minta maaf, Fiya. Tapi memang dah tak ada orang lain yang boleh tolong Raef. Dia pun belum kenal sesiapa di sini kecuali Fiya."

Itu lagi mencuakkan hati seorang Safiya. Bila Tengku Fariza membahasakan diri mama. Serasa dirinya memang takkan terlepas. Macam dah tertangkap kaw-kaw. Sudah menjadi tawanan langsung tak mampu melepaskan diri lagi.

"Iyelah. Fiya tolong apa yang patut. Fiya pergi dulu, Tok Ma, err...Tengku Puan," ngee... Safiya tersengih menyedari Tengku Fariza menarik muka masam.

Segera dia berlalu. Lebih cepat pergi ke sana, lebih cepat benda selesai, lebih cepat boleh balik ke rumah. Malam nanti nak masuk kerja pula.

Letih? Siapa tak letih? Tapi terpaksa.

Bukan Tok Abah tak pernah menawarkan kerja di resort menjadi pembantu dapur, room service, tapi Safiya menolak. Dia tak mahu terikat. Tapi rupa-rupanya memang Tok Abah dan Tok Ma ada plan nak mengikat kaki dia.

Tapi harap-haraplah tak jadi. Kalau dengan Abang Nazrin okey lagi. Rupanya puaka kerek itu yang Tok Abah maksudkan.

"Mirul!" cepat Safiya melaung saat mata terpandang kelibat temannya. Terus mengonar perjalanan Mirul berpatah kembali melihat dia melambai.

"Pia, tak balik lagi?"

"Dalam proses."

Berkerut dahi Mirul.

"Kau dah habis kerja, kan?" Safiya memandang teman baiknya itu atas ke bawah. Berpakaian biasa bukan uniform kerja.

"Iyelah. Dah pukul berapa ni?"

"Teman aku kejap, please..." Safiya kebil-kebilkan biji mata.

"Jangan buat macam tu, Pia. Tak comel pun."

Hampeh!

"Tak kisahlah. Tolong aku," hujung t-shirt yang tersarung pada tubuh Mirul dicapai. Terus Safiya tarik masuk ke dalam.

Nak pegang tangan, haram. Bukan adik beradik samentelah suami.

"Tolong apa?" Mirul menggaru kepala tak sudah.

Masuk ke bilik stor room service, Safiya mencapai dua helai tuala mandi, dua helai tuala muka lalu dihulurkan kepada Mirul. Mandian dettol yang sudah digunakan tak lupa hand sanitizer. Lagi... dua pasang glove.

"Pia, nak pergi mana ni? Guest mana yang mintak semua ni?" kian berkerut dahi Mirul. Mahu menggaru kepala, tangan sudah penuh.

"Special guest. VVVVVIP guest," entah berapa V yang Safiya sebut mahu membuktikan betapa pentingnya guest itu. Cucu Tengku Bakri tu bukan orang lain.

"Hamboi! Banyaknya kau punya V. Tapi kejap. Sejak bila kau masuk room service? Aku tak tahu pun."

"Banyak bunyilah kau, Mirul. Diam boleh tak!"

"Dah aku ada mulut," Mirul mencebik. Safiya membalas dengan ulah serupa.

"Dah. Jom!"

"Kejap!" tegah Mirul sambil mulut dimuncungkan ke kanan. Safiya berkalih memandang sebelum kepala digeleng.

Troli tak diperlukan!

"Bukan kat sinilah," kata Safiya sambil langkah dilanjutkan keluar.

"Dah tu dekat mana?" Mirul mengekori dengan soalan yang mengetuk kepala.

Safiya diam tak mahu menjawab. Masuk ke kereta, terus dipandu keluar dari perkarangan resort. Jam pada dashboard menunjukkan pukul 5.30 petang.

Memang dah terlambat. Kesian ayah. Mesti ternanti-nanti.



(1047 words)

*VOTE & COMMENT ARE VERY APPRECIATED*

_F R O M_M E_W I T H_L O V E_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro