_B A B_7_

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng



BENAR seperti yang dikata, dari jauh sudah boleh nampak kereta merah itu. Masalahnya kenapa datang ke baruh? Kan dah kena! Hailah! Apa-apa saja anak orang kaya ni.

"Itu ke VVVVVIP yang kau kata tu, Pia? Audi tu..." panjang leher Mirul mengintai selepas Safiya memberhentikan kereta di belakang kereta mewah itu.

"Ha'ah! Tapi janji. Apa-apa yang kau tengok tak kiralah kelakar ke tak kau jangan nak gelak. Tahan aje. Nak gelak sampai bergolek pun tunggu balik rumah dulu."

Dan-dan Mirul tergelak. Kerana dia sudah boleh mengagak. Sudah boleh nampak juga. Paling dapat dilihat cemburut wajah tuannya yang sedang meneropong.

"Eh! Kan aku dah kata jangan gelak. Karang puaka kerek tu berbunyi baru kau tahu," marah Safiya. Tali pinggang keledar dilepaskan.

"Puaka kau panggil dia, Pia? Hebat. Siapa guest tu? Rasanya aku tak nampak dia check-in hari ni," Mirul memandang dengan riak keliru.

Dia kan receptionist. Penyambut tetamu. Orang pertama yang akan ditemui guest yang berkunjung ke Aryani Resort.

"Cucu Tok Abah."

"What?" hampir terpercik air liur Mirul. Terkejut punya pasal.

"Syhh! Jom," Safiya membuka pintu kereta sedangkan Raef terpicing meneropong. Terpandang wajah gadis yang keluar dari bahagian pemandu, bulat biji matanya sekejap.

Kenapa mesti dia? Takkan tak ada orang lain dalam seramai-ramai staf resort?

Safiya ke belakang terlebih dahulu mengambil botol besar berisi air di dalam bonet. Bawa ke depan. Belum sempat mendekat hidungnya sudah bergerak-gerak. Comfirm puaka kerek itu terpijak 'bom' fresh.

Hahahah! Itulah balasannya bagi orang yang menghina anak yatim. Di atas muka bumi ALLAH Taala dah bayar cash. Nanti tak banyak sangat dosa yang perlu dibawa ketika hari perhitungan.

"Kau ni buat kerja memang lembap, kan? Berapa lama aku nak tunggu kat sini? Tak boleh datang cepat-cepat?"

Terhenti langkah Safiya sebelum kembali disambung. Dalam hati dia menyebut satu ayat. Ignore! Ignore! Ignore! Puaka kerek tu baru kehilangan papa dia. Dan Safiya tahu bagaimana rasanya. Sama seperti yang dia rasa ketika arwah ibu meninggal. Serasa mahu melompat terjun ke dalam parit.

Mungkin itu yang puaka kerek tu mahu lakukan hingga boleh sampai ke situ? Tapi tak sempat terlaksana sebab terpijak 'bom' dulu.

Maknanya 'bom' itu sudah menjadi penyelamat?

Syukran!

"Air," botol air Safiya letakkan ke tanah. Segala jenis peralatan dengan Mirul disuruh letak ke kerusi sebelah kiri bahagian pemandu.

"Kau boleh tolong bukakan kasut aku?"

Safiya tersentak.

"Oh. Maaf. Saya bukan orang gaji."

Berbinar pandangan mata Raef Afham, tapi Safiya tetap tak peduli. Orang dah cukup baik datang menghantar air, tuala, sabun segala boleh pula dia minta bukakan kasut. Melampau yang amat. Lainlah kalau dah jadi suami.

Suami? Hah! Tak nak! Tarik balik.

Raef terketap bibir geram. Dapat dilihat rahangnya bergerak-gerak. Tapi Safiya tetap tak peduli. Terus berpusing mahu kembali ke kereta.

"Kau nak pergi mana?!" tinggi nada Raef menyentakkan Mirul tapi bukan Safiya.

"Baliklah! Buat apa lagi?!" Safiya membalas dengan oktaf serupa. Ingat dia seorang yang pandai menjerit?

Tolong sikit!

"Aku mintak tolong..."

"Tak apa, encik... err... Tuan Muda. Saya boleh buat," Mirul secara suka rela mahu membukakan kasut itu.

Dia tahu Tuan Muda jijik nak pegang. Sudah bertempek dengan tahi lembu. Rasanya first time jumpa kut. Kesian pula.

"No need. Aku suruh dia bukan kau!"

Terkedu Mirul kena jerkah. Tapi Safiya tetap tak endah terus masuk ke kereta. Sorry to say dia tak akan buat semua tu walaupun lelaki itu meraung.

"Tuan Muda, err..."

"Mirul, kau nak balik jalan kaki ke aku hantarkan?" Safiya melaung dari ruang tingkap.

"Pia, mana boleh macam ni?" Mirul serba salah. Tapi dia tak boleh nak lepas tangan. Salah dari segi etika kerja.

Guest yang memerlukan pertolongan perlu dibantu lebih-lebih lagi lelaki itu. Cucu Tengku Bakri tu, pemilik Aryani Resort tempat dia cari makan. Secara tak langsung membawa maksud lelaki itu tuan punya resort juga.

"Fine. Kau tolong dia, balik dengan dia. Aku blah dulu," Safiya menghidupkan enjin kereta. Naikkan tingkap, reverse ke belakang.

Mirul lopong.

Raef terketar genggaman tangan. Lalu kasut di kaki kanan ditanggalkan. Dibaling tepat ke cermin depan kereta itu.

Langsung dia tak menyangka kereta yang dia usha ketika sampai ke resort tadi milik gadis menjelikkan itu. Menyesal dia puji kata kereta itu cantik.

Mirul dua kali ganda melopong.

Giliran Safiya menggenggam stereng kereta kuat. Mujur tak retak cermin depan.

Tapi tak apa. Dia buat tak tahu saja. Sekurang-kurangnya mereka sudah seri. Puaka kerek itu dah membalas untuk calar yang Afiq buat walaupun nilai keduanya memang tak serupa. Ketara berbeza.

Kereta dipecut laju seolah-olah tak terkesan dengan percikan najis pada cermin depan. Sengaja juga Safiya tekan-tekan minyak seolah-olah mencabar. Merah muka puaka kerek itu dapat dilihat.

Sorry, Encik Raef. Awak dah tersilap orang nak dibuli.



SIAP menumpang membersihkan cermin, Safiya masuk ke kereta. Sempat dia membeli cili dan terung yang ditanam di projek fertigasi Abang Iwan. Sampai ke tempat tadi, Mirul tercongok di atas botol air miliknya di pinggir jalan.

Maknanya puaka kerek cucu Tok Abah dari KL tu dah balik.

"Puaka kerek tu dah balik ke?" tanya Safiya setelah temannya masuk ke kereta.

"Kau rasa?" Mirul bagi rolling eyes.

"Apa dalam plastik tu?" plastik putih yang diletakkan ke hujung kaki temannya sempat Safiya sedari.

"Kasut Tuan Muda. Dia buang dalam baruh."

"Iye ke? Dah tu macamana boleh ada dengan kau?" tanya Safiya sambil kereta dipandu naik ke aspal jalan.

"Aku ambil balik. Giler kau. Kasut mahal ni. Membazir aje. Kalau kena jilat anjing pun aku rela samak dari dibuang."

"Dah tu kau nak buat apa? Jual bundle?"

"Pulangkan balik esok lusa bila dah siap cuci."

"Dia suruh kau buat macam tu?" Safiya tak percaya.

"Taklah. Aku yang nak buat."

Safiya terangguk-angguk. Tak syak lagi temannya memang baik hati. Sejak kecil lagi mereka berkawan. Bersekolah sama-sama dari tadika sampai ke sekolah menengah.

"Tu seluar apa pulak?" jeans biru berbungkus tuala di atas ribaan Mirul dijeling Safiya dengan hujung mata.

Macam kenal aje. Macam pernah dilihat tapi di mana, ya?

"Seluar Tuan Muda."

"What?" giliran air liur Safiya nyaris terpercik.

"Iyelah. Dia rasa tahi lembu tadi terkena kaki seluar dia juga. Pun dia tinggalkan kat tepi jalan sebelum aku kutip."

"Dah tu dia balik resort pakai apa?"

"Tuala mandi. Tadi kau ambil dua helai, kan?"

"Unbelievable," sepatah Safiya bagi. Memang tak percaya.

Sampai macam tu sekali?

Kalaulah puaka kerek itu terjatuh ke dalam baruh, comfirm rambut atas kepala dibotakkan terus. Mahu berendam kolam tujuh hari tujuh malam, mandi air bunga tujuh tempayan.

"Nasib kau baik, Mirul. Kalau aku, memang tak layan. Kalau dia buang kat tepi jalan, aku baling jauh-jauh sampai masuk dalam baruh," memang itu yang Safiya mahu lakukan ketika cermin keretanya dibaling kasut tadi.

Tapi kalau dia melayan maknanya puaka kerek tadi yang menang. Bila dia tak layan, puaka kerek itu akan menjadi lebih sakit hati. Hah!

"Dah kenapa kau layan dia macam tu? Mentang-mentang kau cucu angkat Tengku. Boleh lawan dia sebab ada back-up?"

"Kau rasa aku macam tu ke?" itu baru boleh dipanggil soalan cepumas. Tajam jelingan Safiya meratah wajah temannya.

Mirul tersengih melebar sebelum menggeleng kepala.

"Tak. Aku tahu kau bukan macam tu, Pia. Tapi peliklah, kan? Kenapa kau layan Tuan Muda macam tu? Dia ada buat salah dengan kau?"

"Kau rasa?" giliran Safiya bagi rolling eyes.

"Dia buat apa?"

"Dahlah, Mirul. Tak payah nak sibuk."

"Oh! Okey. Tak apa. Tak nak bagitahu aku, sudah. Tapi comfirm esok lusa aku akan tahu," Mirul menarik sengih.

Safiya tarik muncung.

Whatever! Asalkan bukan dari mulut dia.



(1145 words)

*VOTE & COMMENT ARE VERY APPRECIATED*

_F R O M_M E_W I T H_L O V E_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro