_CINTAI_AKU_SEADANYA_

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng



_M I N E_S H A Z_


"BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM."

"Demi Dzat yang nyawaku dalam GENGGAMANNYA."

"Syukur dengan ilham yang dikurniakan."

"Yakinlah... di sebalik setiap derita akan menjelma bahagia."



_BLURB_


>>> AIRA SAFIYA <<<

Kesukaran hidup mengajar erti kedewasaan. Ujian yang bertimpa menjadikan diri semakin matang. Tanggungjawab digalas biar terbeban tak pernah dirungut walau sekali. Bahkan menjadi pemangkin untuk dia cekal menghadapi segala. Kerana hidup mesti terus.

Dan maksud bahagia hanya dengan adanya ayah dan Afiq Najmi.

Lalu segalanya Safiya sanggup lakukan demi kebahagiaan mereka walaupun terpaksa mengorbankan hasrat di jiwa.


>>> RAEF AFHAM <<<

Anak bongsu kesayangan keluarga. Terlahir dalam keluarga yang memiliki segala. Hidup tak pernah menghadapi kesukaran. Bahkan mungkin tak pernah tahu apa ertinya susah.

Namun saat berdepan kejatuhan, diri seakan tersungkur.

Tapi perlu bangkit kembali demi membuktikan pada semua yang dia mampu meneruskan hidup seperti orang lain. Ego bertongkat langit tetap dipertahankan sehingga ke suatu saat diri bertemu seseorang yang bisa meleburkan.

Perhubungan di antara mereka sudah lama dijanjikan. Namun tak seorang mahu menurut. Kerana ini bukanlah kisah Cinderella bertemu Prince Charming lantas mengubah kehidupan. Raef Afham, Prince Charming yang langsung tak sudi untuk Aira Safiya dekati. Lalu lelaki itu merasa tercabar.

Apa kekurangan dirinya sehingga Aira Safiya tak sudi memandang?

Ego seorang Afham benar tercalar oleh gadis yang bukan sesiapa. Kutub Utara yang takkan pernah bertemu kutub selatan. Lalu Raef tekad untuk memerangkap demi dendam yang membusung di dada.

Namun akhirnya yang benci menjadi cinta. Keduanya saling mendambakan kehadiran. Raef Afham diharapkan Aira Safiya saat diri menghadapi kesukaran. Dan lelaki itu turut berjanji takkan pernah meninggalkan.

Tapi tak siapa mampu menduga hubungan yang termeterai hanyalah permulaan sebuah derita.


"Salah ke kalau Raf minta anak dari isteri Raf sendiri?" Raef Afham.

"Tak salah, Raf. Itu hak kau. Aira Safiya isteri kau. Yang salahnya idea kau tu. Yang jadi masalahnya ada kau fikir apa yang Fiya akan rasa?" – Rose Aryani.


Perhubungan yang terjalin atas dasar cinta diharapkan kekal sehingga ke akhir waktu. Tapi rupanya duka telah mencelah lantas meregut kasih. Aira Safiya yang diharapkan Raef Afham untuk menunaikan segala impian telah mengkhianati cintanya dalam diam.


"Kenapa mesti Aira lebihkan Afiq dari abang? Abang suami Aira sedangkan Afiq bukan sesiapa. Langsung tak ada kena mengena." – Raef Afham.

"Jadi abang nak Aira buang Afiq? Macam tu aje? Dia adik Aira, abang!" – Aira Safiya.


Lalu sukar untuk diri menerima segala. Lantas meretakkan perhubungan. 

Perpisahan. Benarkah itu jalan terakhir yang akan menyelamatkan keadaan?

Sanggupkah Aira Safiya membiarkan 

hatinya terluka kerana sebuah pertuduhan yang bukan sebarangan? Atau Safiya memilih Nazrin yang sudi menerima setiap kekurangan?



# CINTAI AKU SEADANYA

# 03 JANUARI 2020

# PLEASE DO NOT COPY!

# CREATE IT WITH YOUR OWN CREATIVITY!

# SAY NO TO PLAGIARISM!

#IT'S MINE_SHAZ NOT YOURS!

#EYRA_SHAZLEYRA_TERPELIHARA 



_F R O M_M E_W I T H_L O V E_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro