l b p | 0 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

RAIHANAH tiba di taman permainan yang dikatakan. Dia menggaru-garu kepala, baru terfikir dek akalnya lokasi sebenar pertemuan mereka. Akhirnya, Raihanah hanya kaku di tengah-tengah taman rekreasi itu.

Gadis itu mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Dia membuka telefonnya dan sebuah mesej terpapar di skrin gajet itu.

Saya tahu Muhammad Johaiz di mana. Kalau awak curious, datang jumpa saya dekat taman permainan yang kedua.

Mesej itu jelas mencurigakan dan berbaur misteri. Akalnya membentak bahawa mesej itu hanya sebuah perangkap. Tapi bagaimana kalau ia bukanlah sebuah rancangan buruk? Bagaimana jika penghantar mesej misteri itu benar-benar tahu keberadaan ayahnya?

Raihanah menaip pesanan kepada orang di sana. Dadanya berdebar menunggu respon. Siapakah penghantar mesej itu? Macam mana dia kenal dengan ayahnya? Pelbagai soalan menewarang di minda, namun tiada satu pun jawapan yang pasti melainkan sebuah andaian semata.

Saya dah ada dekat taman ni. Awak dekat mana?

Gadis itu mula berjalan tanpa arah tuju sehinggalah matanya tertancap pada buaian yang kosong. Tubuh genitnya dibawa ke buaian itu dan punggung dilabuhkan di situ. Menunggu.

Telefon bimbit masih di tangan. Kepalanya menoleh ke kiri dan kanan, cuba mencari-cari figura yang mungkin sedang menantinya. Tapi dia tak kenal pun siapa orangnya.

Dia kata dia tahu ayah di mana. Mungkin ke ayah masih hidup? Kalau ayah masih hidup, kenapa ayah langsung tak hubungi aku? Hati Raihanah penuh dengan persoalan yang ingin sekali ditanya kepada si penghantar mesej itu.

"Kau ni lelaki sial! Dah bodoh, tak guna pula tu! Berhambuslah kau!" Suara garau yang tiba-tiba memetir di belakangnya menarik perhatian Raihanah.

Kepalanya lekas saja berpaling ke arah datangnya suara yang berdentum hebat itu. Sampaikan kanak-kanak riang yang sedang bermain dan berlari-larian terhenti dek jerkahan nyaring yang memedihkan hati itu.

Saat Raihanah melihat kejadian tersebut, dia nampak seorang lelaki sedang tersungkur di tanah dengan kerusi roda yang sudah terbalik. Raihanah terpana. Lelaki itu berusaha untuk bangun namun dia akan jatuh semula.

Gadis itu terbangun dari duduknya. Terkejut melihat kejadian tak berperikemanusiaan itu. Pula tu, di khalayak ramai yang kebanyakannya terdiri dari kanak-kanak.

"Patutnya kau bunuh diri jelah, babi! Hidup susahkan aku. Mulut tu tahu bercakap tapi kalau kaki ni pun tak dapat jalan, kau tak payah nak berlagaklah, bodoh!" cemuh lelaki yang memakai baju t-shirt hitam.

Kaki si lelaki yang jatuh dipijak-pijak penuh rasa. Nak luruh jantung Raihanah melihat perlakuan tak bermoral oleh lelaki t-shirt hitam itu.

Raut lelaki dengan rambut yang dicukur gaya askar itu nampak bengis. Rahangnya bergerak-gerak dengan tangan yang sudah menggenggam penumbuk itu menggigil. Seakan-akan sudah bersedia nak belasah lelaki yang jelas lebih lemah daripadanya.

"Aku cuma nak keluar jumpa seseorang," ujar lelaki itu perlahan. Kepalanya masih memandang tanah dan debu yang kotor.

"Siapa? Gelfren? Pfft... dengan badan tak guna kau ni, aku berani kerat jarilah, tiada siapa nakkan kau. Hidup menyakitkan mata!" hina lelaki itu sambil mencengkam kemas pipi lelaki lumpuh separuh badan itu. Setelah itu, kepala itu dihentak ke kaki kerusi roda. Terdengar erangan kesakitan yang terbit dari mulut lelaki itu.

Lelaki bengis itu nampaknya langsung tidak peduli dengan pandangan orang sekeliling. Masakan tidak, ramai orang dewasa di sini hanya merakam perbuatannya. Tiada sesiapa yang tampil ingin membantu. Kanak-kanak yang dari tadi turut memerhati hanya terlopong sahaja.

Raihanah melihat persekitarannya. Berbanding orang lain, dia paling dekat dengan tempat kejadian itu. Sepatutnya, dialah yang patut membantu. Tapi dia? Nak berlawan dengan lelaki bengis tu? Tak pasal-pasal, dia juga kena tempeleng sekali.

Gadis itu mulanya berniat untuk tidak berbuat apa-apa, tapi dia jadi tak sampai hati melihat lelaki lumpuh itu terduduk sakit seorang diri. Walaupun kepalanya hanya memandang tanah, tapi Raihanah perasan ada air mata yang ingin menitis dari mata bening lelaki malang itu.

Kepala Raihanah yang dilitupi tudung tergeleng-geleng perlahan. Sanggupkah dia membiarkan sedangkan keadaan lelaki malang itu hampir serupa dengan nasib adiknya? Tegakah dia hanya memandang kesakitan lelaki yang jelas tak mampu bangun walau dengan kaki sendiri?

Raihanah akhirnya mendekati dua orang manusia itu. Tanpa mempedulikan lelaki bengis yang sudang mencerlungnya macam nak telan, Raihanah terus saja membantu lelaki lumpuh di atas tanah itu untuk duduk di kerusi rodanya semula.

"Eh, jangan sibuk! Pergi sanalah!" tengking lelaki perengus itu seraya menolak kasar tubuh Raihanah. Hampir-hampir gadis itu ingin terjelepok, namun refleks Raihanah yang pantas membuatkan dia sempat berpaut pada badan kerusi roda di sebelah.

"Saya ada call polis tadi. Kalau encik terus cederakan dia, encik boleh didakwa sebab cuma cederakan orang kurang upaya. Bukan tu saja, memandangkan lelaki ni ialah keluarga encik... kemungkinan besar polis akan jalankan siasatan atas kesalahan mendera," ujar Raihanah, perlahan tapi tegas. Matanya takut-takut ingin merenung anak mata lelaki bengis di hadapannya.

Dia sengaja nak menakutkan. Dia tak ada panggil polis pun tadi. Dia harap lelaki itu termakan dengan ugutannya itu. Dia tak bersedia nak ditumbuk pula selepas ini.

"Kau ingat aku percaya?" Sinis lelaki itu berkata. Jelas dia tidak terperdaya. Tangannya naik mencengkam pipi Raihanah. Lekas gadis itu memegang lengan lelaki itu, ingin dilepaskan.

Raihanah mengaduh sakit. Baru dia tahu perit dicengkam sebegini. Kuku tajam lelaki itu mencucuk dalam-dalam kulit pipinya. Pedih!

"Helmi, dia tak ada kaitan pun." Lelaki di kerusi roda ingin memujuk. Namun Helmi tak ambil peduli. Malah, wajah lelaki kurang upaya itu pula ditampar kuat.

"Lepas!" Raihanah bertindak mencakar-cakar lengan Helmi sehingga cengkaman di pipinya melonggar. Air matanya nyaris ingin tumpah menahan perit yang menjalar ke lapisan kulitnya.

"Sakitlah, sial! Kurang ajar! Jangan sibuk jaga tepi kain oranglah. Nak berlagak hero konon!" keji Helmi. Tubuh genit Raihanah sekali lagi ditolak dengan tangan sasanya. Lelaki itu mencangkung lalu tudung Raihanah direntap. Terdengar bunyi selendang itu terkoyak ditarik sebegitu rupa.

Badan Raihanah terdorong ke hadapan. Kini, wajah Helmi menentang rautnya. Mata berwarna perang gelap itu nampak bengis dan kelam. Raihanah terkedu.

Ya, lelaki itu marah. Tapi kenapa agaknya dia merasakan kemarahan itu bukan ditujukan untuknya?
Kenapa bengis yang terbias di mata itu bukan seperti orang lain?

Ia sejujurnya nampak lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sehinggakan bulu roma Raihanah meremang saat anak matanya melekat pada mata itu.

Dia kenal mata kejam itu. Raihanah pernah melihatnya. Ia renungan dari seorang...

"Pembunuh." Perkataan itu meluncur laju dari dua belahan bibirnya. Raihanah terpempan. Sungguh, dia tak sengaja. Dia tak sangka kata-kata dari pemikirannya boleh terluah secara lisan.

Wajah Helmi berubah pucat. Mata yang menjegil itu membulat dalam rasa terkejut. Raihanah sendiri tak menyangka dia seberani itu. Kepalanya laju menggeleng-geleng dengan riak muka macam nak menangis.

Dia benar-benar cari pasal kali ini! Menggelar seseorang pembunuh dengan manusia perengus seperti Helmi, ibarat sedang menempah tiket ke hospital!

"Ma... maksud sa... saya..." Tergagap-gagap Raihanah ingin membela diri. Dia mengerling orang di sekeliling. Mereka yang lain hanya memerhati dengan telefon di tangan, merakam.

Ya Nasr, adakah aku buat satu kesilapan dengan membantu lelaki itu? Hatinya menyoal Sang Pencipta yang Maha Mendengar. Matanya sudah terpejam rapat apabila tangan besar lelaki itu menggenggam penumbuk dan mengangkatnya tinggi.

Sebentar saja lagi tangan itu akan mendarat di badannya.

Ini lebih baik dari tubuh yang lebih lemah dipukulnyakan? Raihanah berkata-kata dalam hati. Memikirkan bukan lelaki lumpuh itu menjadi mangsa buat dia sedikit lega.

Buk!

Entah dari mana, sebiji bola sepak tiba-tiba saja terkena kepala Helmi. Kepala lelaki itu terteleng. Badannya terundur setapak akibat daya yang terhasil antaranya dengan bola itu.

Kali ini, lelaki itu pula mengerang sakit. Kepalanya yang sudah merah ditekup dengan tangannya. Baru saja dia mahu mencari arah bola itu datang, sekumpulan kanak-kanak dengan baju sukan meluru ke arahnya.

Mereka membaling batu-batu kecil ke arah Helmi sambil lantang menjerit,

"Zionis laknatullah! Serang dia!" Seorang kanak-kanak lelaki, ketua kepada kumpulan itu menuding jari pada Helmi yang sudah terpinga-pinga.

"Woi, budak bodoh!" jerkah Helmi, geram apabila badannya terus dilempar dengan batu-batuan dan pasir. Pedih!

"Jangan takut, jihadi semua! Zionis nampak je hebat tapi penakut! Nasib kita tak beli belon nak serang dia!" Ketua kepada kumpulan itu memberi ucapan. Berkobar-kobar.

"Eh, bodoh, sial! Kau tak nampak budak-budak ni serang aku ke? Tolonglah, babi!" jerit Helmi sambil memandang orang-orang awam di situ. Namun mereka semua terus merakam dengan penuh minat.

"Stop playing victim, terrorist! Serang lagi! Kalau nampak tikus atau tayar kereta, kita campak dekat dia!" Entah apa yang merasuk kanak-kanak lelaki itu sehingga berkata begitu.

Helmi yang tak tahan, berlari pergi dari situ. Manakala kumpulan budak-budak lelaki yang berani itu terus mengejar.

Raihanah yang masih terkejut, terkebil-kebil di atas tanah. Entah dari mana budak-budak itu datang.

Setelah rasa terperanjatnya hilang, Raihanah perlahan-lahan bangun. Sakit punggungnya terhentak ke tanah. Nasib hanya tanah lembut. Kalau tar jalan, mahu menangis belakangnya.

"Hana, Hana... suka sangat cari bahayakan?" tegur seseorang membuatkan jantung Raihanah sekali lagi ingin tersentap keluar. Pantas dia berpaling ke sisi.

"Ha... Haries. Awak ikut saya?"

"Haah. Saya risau. Dah, jomlah balik. Dah nak maghrib ni," ujar Haries, melepaskan nafas lemah.

Nasib baik budak-budak bola tu sudi nak tolong aku. Bisik hatinya, menjeling kelibat kanak-kanak lelaki yang semakin hilang dari pandangan.

Dia kemudiannya merenung Raihanah yang masih terpinga-pinga.

"Ke... kenapa?" Raihanah jadi tak selesa apabila mata itu terus melekat padanya. Mungkin kerana bajunya yang dah kotor.

"Again, you can't go home looking like this," keluh Haries dalam hembusan nafasnya. Kata-katanya cukup perlahan namun cukup buat Raihanah mendengar butir bicara lelaki itu.

Mendengarkan itu, wajah Raihanah berubah pucat. Ah, pasti selepas ini Haries mengajaknya membeli pakaian pula. Janganlah! Dia dah penat makan budi orang!

"Awak... anak Pak Cik Johaiz ke?" Suara garau yang tiba-tiba mencelah perbualan Raihanah dan Haries, membuatkan kedua-dua mereka berpaling ke arah empunya suara.

Raihanah tergamam.

Orang yang menghantar mesej kepadanya ialah lelaki lumpuh itu?

Tarikh - 170521

Masa - Jam 2310

DJ's prescription :

√ Jangan lupa vote dan comment kalau awak enjoy dengan bab ni.

√ Bab ni bosan? Boleh utarakan di komen atau di private message. DJ boleh buat penambahbaikan.

√ Terima kasih kerana sudi membaca, vote atau komen.

#freepalestine
#savepalestine

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro