1 🌸 mana tongkat

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

1 🌸 mana tongkat

[ 🌸 ]

TAHUN berlalu, aku membesar menjadi lelaki remaja. Hidupku biasa-biasa sahaja, seperti manusia lainnya. Cermin ditatapku lama, meneliti penampilan yang terlihat. Ibu membuat keputusan untuk buat aku pindah sekolah, namun aku masih tetap bertapak atas bumi kenyalang ini. Cuma beralih ke kawasan yang baru.

Ibu kata di sana kerjanya lumayan. Kami juga tiada masalah kewangan, semuanya mencukupi berkat usaha ibu selama bertahun-tahun. Anak rambut hitam dibiarkan lepas menutupi dahi, menghalang penglihatanku.

"Handsomenya anak ibu."

Aduh, ibu buat aku blushing. Ibu masuk ke kamar lalu mendekatiku, tolong mengikatkan tali leher sekolah. Wajah tua ibu ditatapku, wajah yang terlihat penuh kelelahan. Andai sahaja kelelahan ibu dapat berpindah kepadaku.

"Biar Kenji ikat sendiri." Aku tolak lembut tangan ibu, ibu masih sahaja menganggapku anak kecil.

Ibu tertawa kecil. Tiba-tiba terasa kepalaku diusap lembut.

"Ibu dah buat bekal, nanti ambil kat dapur," pesan ibu kepadaku.

Aku tersenyum tipis. Kenapa ibu susah payah membuatku bekal? Aku kan jadi serba salah. Tetapi aku ingin makan masakan ibu, aku juga tidak mahu menyusahkan ibu. Sebenarnya apa mahuku?

Ibu jadi penat kerana aku.

"Terima kasih, ibu," ucapku lembut.

Usai mengambil bekal, ibu melambaiku mesra.

"Hati-hati jalan! Kenji kena ada banyak kawan, okey?" Ibu memesanku. Aku tidak sengaja meletuskan tawa kecil.

"Kenji tahu, ibu."

Ya, ini pertama kali aku jalan kaki pergi ke sekolah. Kerana rumah baruku ini dekat dengan sekolah, semuanya jadi mudah. Kepalaku dongak memandang langit, ternyata cuaca hari ini sungguh baik. Mata hitamku dihiasi pemandangan sekawan burung berterbangan di dada langit yang biru.

Wah, ternyata ini dunia. Langkah kakiku melangkah, sambil menikmati perjalanannya. Seragam sekolah yang baru dan beg baru, buat aku jadi bersemangat ke sekolah. Wajahku tersipu-sipu, apa aku boleh melakukannya dengan baik?

Ibu, Kenji harap semuanya berjalan lancar.

Angin nakal meniup rambutku.

Anak rambut hitam yang menutupi dahi, terselak kerana angin menampakkan dua ekor mata hitam menawan milik aku. Tubuhku mengeras, berhenti melangkah.

Kenapa dia?

"Tongkat... mana tongkat?"

Ada seorang gadis yang mencangkung mencari tongkatnya di tengah jalan. Mataku membulat besar saat melihat sebuah kenderaan mahu lalu.

Semuanya berlaku sepantas kilat. Kakiku berlari cuba menolongnya agar menjauh, sampai tubuh kami berdua berguling atas jalan tar. Bunyi hon kenderaan kedengaran kuat mengejutkan kami berdua.

"Hoi, nak mati awal ke?" herdik si pemandu.

Lantas aku lepaskan tubuhnya. Memandangnya dengan tatapan marah.

"Kenapa kau berdiri sana? Kalau nak mati bukan begini caranya!" Aku memarahinya. Ya, aku marah sangat.

Hampir sahaja aku melihat seseorang kehilangan nyawa di hadapan mataku. Gadis itu terkebil-kebil, tidak mengerti apa yang diucapkan. Tangannya masih mencari sesuatu buat aku berkerut dahi. Sebenarnya apa yang dicari?

"Tongkat saya... mana tongkat..."

Tongkat? Apa untuk memukulku? Aku mengurut dahi, kenapa aku jadi terlibat dalam situasi menyusahkan begini?

Mata hitamku ternampak tongkatnya jauh di sana. Lantas aku cuba mendapatkannya. Usai mendapatkan tongkat, aku serahkan kepada pemilik asal.

Ini tongkat yang dicari, bukan?

"Nah."

Gadis itu merasakan tongkat berada dalam pegangannya. Dia perlahan-lahan berdiri. Tidak lama, gadis itu tundukkan kepala di hadapanku buat aku terangkat kening.

"Terima kasih, baiknya awak."

Senyuman dilemparkan buatku. Dia mahu menyindirku atau apa? Kepala yang tidak gatal kugaru sedikit, sambil menatapnya memakai tongkat.

"Kau ada cedera mana-mana?" Dia menggeleng tiada. Aku hembus nafas lega, syukurlah kalau begitu.

Jeda.

Aku hilang kata, tolong ini terlalu canggung.

Katakan saja lalu pergi.

"Hati-hati, jangan biar kejadian tadi berulang." Itu pesan akhirku kepadanya sebelum aku membuka langkah pergi.

Tidak apa ke aku meninggalkannya? Risau pula. Sepertinya tadi gadis itu mahu membunuh diri. Aku menggeleng laju, jangan fikir lagi Kenji!

Sy update sbb writerblock dgn oak valley hiks 😭, hope tak lama la writerblock ni :'

Finished on Sunday, 23 June 2024
Published on Friday, 28 June 2024

590 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro