2 🌸 jom kawan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

2 🌸 jom kawan

[ 🌸 ]

YA, aku memikirkannya.

Cikgu yang mengajar di hadapan tidak membuatku mengerti sepatah apa yang dibicarakannya. Mungkin kerana aku tidak begitu fokus. Hari pertama pindah sekolah sahaja aku sudah bermalasan begini, bagaimana ingin membanggakan ibu?

Kenji, bangkitlah.

"Murid baru, baca perenggan seterusnya." Hah?

Aku kelam-kabut berdiri sambil memegang buku. Namun tawa mula menghuni kelas buat aku terkebil-kebil.

"Siapa baca buku terbalik? Lawaklah."

Aku tatap buku teks yang kupegang terbalik. Wajahku memerah. Dengan cepat aku memegang buku dengan benar, kenapa aku memalukan diri begini? Anak rambut hitamku yang menutupi separuh mata buat aku kesulitan membaca.

Mana perenggan yang harus kubaca sebenarnya?

"Hei, murid baru. Perenggan ni," beritahu seorang murid lelaki yang duduk berjarak sebelahku.

Ruang kelas ini mejanya dijarakkan seperti dalam peperiksaan. Aku sempat berterima kasih seraya mencari perenggan yang harus kubaca. Bibirku yang ingin bergerak membaca mula dihentikan oleh guru yang mengajar.

"Rambut kamu tu tak boleh panjang lagi ke? Selak ke belakang supaya boleh baca," sindir cikgu buat wajahku berasa hangat. Tanganku menyentuh rambut hitam yang menutup separuh mata.

Aku sepatutnya gunting rambut tetapi aku lupa. Rambut hitam yang menutupi separuh mata, diraupku ke belakang. Terlihat jelas dua iris hitam menawanku, pipiku yang merah-merah kerana harus baca di hadapan semua orang.

Gugupnya.

Baca dengan tenang, Kenji. Semua melihat kau, kau harus terlihat baik dan tidak berasa gugup. Aku yang selama ini menutup diri, membaca di hadapan ramai membuatku lemah. Kerana aku takut suaraku tidak kedengaran.

"Bla, bla, keselamatan terjamin." Aku duduk setelah habis membaca. Aku melakukannya dengan baik, kan?

Kenapa semua menatapku? Apa suaraku tidak kedengaran? Apa kerana buku terbalik tadi? Haish, kenapa aku begitu? Rasa mahu menghentak kepala atas meja sekarang.

Kau memang buat malu, Kenji.

[ 🌸 ]

"HEI, murid baru! Kenji, kan?"

Aku berhenti membuka bekal kerana namaku diseru. Ah, dia lelaki yang tadi membantuku. Kepalaku angguk, sebenarnya kenapa dia mendatangiku?

"Aku Asahi! Kau asal mana?" soalnya ramah. Aku teragak-agak ingin membalas.

"Asal sini..." jawabku perlahan. Membulat matanya mendengar itu.

Kenapa?

"Aku ingat orang luar negara. Kau memang betul orang Sarawak? Tak tipu? Kenapa muka kau tak macam pun?" Apa mukaku bermasalah?

"Sebab kau handsome sangat! Ni kalau kakak aku dapat tengok semula, confirm hidung dia berdarah."

Apa kerana tadi aku meraup rambut ke belakang? Ah, Kenji memang suka buat hal memalukan. Air liur tidak sengaja ditelan saat Asahi memandangku dengan mata bersinar-sinar. Aku jadi kurang selesa.

"Terima kasih," ucapku lembut. Sebenarnya aku suka dipuji, heheh.

Tetapi apa maksudnya 'kalau dapat tengok semula'? Aku kurang mengerti. Apa kakak Asahi ada masalah penglihatan?

"Kau tak ada kawan, kan?" Sakit hatiku mendengarnya. Kalau benar, memang kenapa?

Asahi tersengih manis memandangku.

"Jom jadi kawan aku, Kenji!"

Ka... kawan?

N E W !

[ 🌸 maksud nama ]

A S A H I -- pagi, cahaya matahari

Finished on Monday, 24 June 2024
Published on Monday, 1 July 2024

453 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro