17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Shahmi! Saya nak balik rumah ibu sekarang! Awak izinkan ya? Ibu sakit...". Nak termenangis dah aku kat situ. Habis je bercakap telefon dengan Ain tadi, terus aku telefon Shahmi untuk pulang ke rumah ibu kerana ibu telah masuk ke hospital akibat serangan jantung.

" No, Sofeah. Sofeah demam kan? Tak boleh drive sorang-sorang. Tunggu saya balik".

"Shahmi ni tak faham ke?!! Ibu sakit!". Aku menengkingnya di hujung corong telefon.

"Faham tapi tunggu saya balik, Sofeah. Kampung tu jauh. Sofeah tak boleh drive sorang-sorang". Suaranya masih cuba untuk berlembut dengan aku.

"Suka hati Shahmi la! Saya nak balik kampung juga. Kesian dekat ibu". Terus gagang aku letak. Dia ni! Memang tak faham ke? Ibu tu sakit tau!

Di situasi lain, terlihat Shahmi sedang mengurut-urut pelipisnya.

"Sofeah...". Nama si isteri diseru perlahan sambil melepaskan keluhan berat.

🦋

Sampai je dekat hospital yang agak jauh dengan rumah ku itu iaitu berdekatan dengan daerah tempat tinggal ibu ku, aku terus berlari pecut ke wad Mawar. Wad yang menempatkan ibu.

Pintu wad dibuka luas oleh ku. Memaparkan ibu yang sedang terlantar tetapi sudah tersedar, ayah, adik, abang dan 2 orang kakak ku.

"Ayesha...".

"Ibu! Ibu okay ke?". Aku memeluk ibu di katil hospital itu dengan wajah yang dibasahi air mata.

"Ibu okay. Sha macam mana? Sihat? Badan macam panas je ni". Ibu bertanya dengan suara lemahnya.

"Sihat. Cuma demam sikit".

"Shahmi mana, Ayesha?". Giliran ayah pula bertanya.

"Shahmi? Erm... Dia... Dia tu....".

"Sayang, kamu keluar tak minta izin dia ya?". Ibu menggosok-gosok pipi ku, lembut, sambil bertanya.

"Mana ada! Sha mintak la. Dia yang tak kasi. Pastu, ibu kan sakit, Sha balik je la--".

"Walaupun tanpa izin dia?". Terus terdiam apabila ibu menuturkan ayat itu.

"Ayah... Boleh ayah dan yang lain keluar sekejap? Ibu nak bercakap dengan Ayesha sekejap". Pinta ibu. Nak bebel aku lah tu. HUWAAA!

"Okay ibu. Ibu nak apa-apa tak? Nanti Haikal belikan". Tanya Abang Haikal.

"Belikan 2 cawan latte". Amboi! Bukan main request ibu eh.

"Okay ibu".

🦋

"Lain kali, jangan buat macam tu tau". Lepas dah kena sesi motivasi 18 round dengan si sakit, terus aku insaf. Nangis tak henti. Dasar manja!

"Walaupun katakan suatu hari nanti, ibu dah nazak, kalau Shahmi tak bagi izin kamu untuk balik... Kamu tak boleh balik tau".

"Ape pulak nazak? Ibu ni kan... Jangan lah cakap macam tu". Makin lebat pula air mata ni.

"Dah la, pergi duduk luar sana. Dah bosan ibu tengok muka kamu ni. Dah 2 jam duduk bertempek bawak ketiak ibu". Ibu tersenyum sambil bergurau, cara menghalau.

"Sampai hati ibu halau. Takpe la, Sha nak pergi makan kejap. Lepastu nanti Sha datang balik tau?".

"Okay anak ibu".

"Bye ibu!".

Keluar sahaja daripada pintu wad itu, terus aku masuk ke dalam dakapan seseorang.

"Sofeah dah makan?".

AAAA NAK NANGIS LAGI! RASA BERDOSA!

"Belum...".

"Sofeah nak makan apa? Nanti saya belikan". Lembut giler suara dia, sumpah!

Dia tak pernah pandai nak pujuk aku bila aku nangis atau bila kitorang gaduh tapi dia akan tanya, 'Sofeah nak makan?' walau macam mana dia marahkan aku sekalipun.

"Nak roti canai...".

"Lagi?".

"Aiskrim durian".

"Anything else?". EEEE SOFT GILER SUAMI SAYA!

"Nak minta maaf dengan Shahmi sebab saya degil".

"I forgive you, my Sofeah". Lalu dia cium sekilas dahi aku.

"Shahmi dah makan?".

"Belum".

"Jom makan roti canai dengan saya?". Ajakku ceria!

"Tak nak".

"Ala, Shahmi nak makan apa?". Kami berjalan berpimpin tangan menuju ke kafeteria hospital itu.

"Nasi".

"Nasi goreng?".

Dia angguk.

"Okay! Tapi kan? Buruk tak saya nangis tadi?". Sempat lagi aku tanya walaupun dah tahu jawapannya.

"Buruk giler". Dia buat muka loya.

"Shahmi jahat!".

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro