18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Yayy! Harini, Shahmi nak hantar kita pergi kolej. Seronok bethol!

Tapi, ada satu hal yang aku takut-takut nak bagitahu dia. Yela, takut dia marah walaupun dia jarang marah. Sebenarnya kan...

Harini aku ada presentation...

Lepastu...

Aku tertinggal beg laptop dekat rumah. Masalahnya sekarang ni, kalau laptop sahaja yang tertinggal takpe. Ini sekali dengan pendrive!

Dah separuh jalan dah pun nak sampai. Dan aku berpendapat untuk diamkan diri sahaja. Takpela, lagipun giliran aku yang ke-12. Jadi, lambat lagi. In conclusion, harini mesti tak sempat kan?

Tak payah la bagitahu dia. Kesian pula, nanti kena u-turn. Dia dah la dah lambat nak pergi kerja.

"Kenapa?". Shahmi tiba-tiba bersuara.

"Kenapa apa?".

"Kenapa tengok saya macam tu?".

"Tak-takde pape". Kau memang cari nahas la Sofeah!

🦋

"Apasal laju sangat presentation harini?". Aku berbisik Qalilah, Waqeel, Bea dan Adam. Ahli kumpulan aku.

"Kenapa? Biasa je aku rasa". Jawab Waqeel selamba.

"Mana ada biasa! Ni dah nombor 10, lagi satu kumpulan lepastu kita tau".

"Haah. Dahtu kenapa?". Qalilah bertanya.

"Dia tertinggal laptop sekali dengan pendrive dekat rumah". Selamba dek je Bea membalas. Langsung tak cover! Serentak dengan itu, Qalilah menghempuk belakang aku, agak kuat.

Mana taknya, dah 18 000 kali dia pesan semalam sebab dia tahu aku ni pelupa. TAPI, LUPA JUGAK! UGHH!

"Kau ni! Aku dah pesan beribu kali semalam". Berkerut-kerut dahi dia memarahi ku. Yang lain, lek lek je.

"Sekarang ni macam mana?". Giliran Adam pula berbunyi.

"Aku minta maaf wey. Aku--".

Percakapan ku terpotong tatkala pintu dewan kuliah itu terbuka luas daripada luar.

Presentation di hadapan juga terjeda seketika.

"Ya, encik. Nak jumpa siapa?". Soal pensyarah aku.

"Boleh saya jumpa Sofeah Ayesha, isteri saya? Saya nak hantar beg laptop dia, tertinggal tadi". ZAP! Terus aku angkat kepala bila terdengar suara mengah Shahmi tu.

"Sofeah Ayesha!". Laung pensyarah aku tu.

"Ya saya?".

"Meh sini, ambil beg laptop kamu ni". Arahnya sambil tersenyum.

🦋

"Terima kasih sebab hantar kan beg laptop saya siang tadi. Sebagai balasan, saya akan masak yang sedap-sedap untuk Shahmi. Shahmi nak makan apa?". Aku peluk lengan dia sambil kami berjalan-jalan di dalam supermarket itu.

Dia angkat bahu beberapa kali.

"Ketam masak lemak?". Hehe, tapi tu lauk favourite aku dan lauk paling Shahmi tak suka. Sebab katanya, berlemak sangat.

"Sofeah nak makan tu?". 'Tu' dia maksudkan ketam masak lemak tu la hehe.

Aku angguk laju.

"Then, masak".

"Kan awak tak suka lauk tu". Langkah kami terhenti seketika.

"Masak je, Sofeah".

"Okay!". Dan kami sambung berjalan-jalan untuk mencari bahan masakan TAPI LANGKAH TERHENTI LAGI di ruangan coklat. Mata ku terpaku pada deretan coklat berjenama Cadbury.

"Shahmi.... Saya nak--".

"Satu je". Dia roll eyes.

"Dua?".

"Satu".

"Dua la".

Jari telunjuk tangan kiri diangkat olehnya.

"Nanti kalau saya pregnant kan, awak nak kedekut macam ni lagi ke?". Shahmi bukan kedekut sebab sayangkan duit, dia sebenarnya takut gigi aku rosak lol.

"Saya tak bagi terus Sofeah makan coklat". Ceh! Menyesal tanya.

"Dua eh Shahmi?".

"Sofeah Ayesha, satu". Okay, ini arahan. Takut!

"Okay, satu je...".



🦋 Missing part...

Sepaket coklat jenama Cadbury paket kecil dikeluarkan daripada poket seluarnya dan diletakkan di dalam peti sejuk bersebelahan dengan coklat Cadbury paket besar, milik si isteri.

Kata je tak kasi beli dua, last last dia belikan juga lagi satu tu.

Love language: Act of Service.

"Semoga Sofeah saya happy". Shahmi tersenyum sekilas sebelum menutup pintu peti lalu bergerak naik ke bilik.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro