20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Harini, genap minggu pertama aku berjaya bangun tanpa Shahmi di sisi sepanjang setahun aku kahwin dengan dia ni.

Sepanjang minggu aku, makan sorang-sorang, pergi kolej sendiri. Haih, sunyi betul hidup tanpa Shahmi ni... Ceh! Dramatik je lebih kau ni, Sofeah!

"Kenapa kau ni, Sha? Aku nampak macam muram semacam je". Tegur Bea. Teman rapat ku di kolej.

"Shahmi...".

"Kenapa?! Dia curang ke woi?!". ASTAGFIRULLAHALAZIM MULUT!

Tapi en, lelaki macam tu nak curang? Siapa je nak? Dah la pendiam, tak sweet langsung (ada la sikit tu), suka judge orang, muka takde perasaan DAN BANYAK LAGI.

"Apa kau ni!". Aku hempuk lengan dia guna buku yang dipegang.

"Sakit la! Dahtu? Kenapa? Laki kau tu buat apa?".

"Dia pergi kursus. Esok aku rasa baru balik".

"Sian ehhh kena tinggal dengan laki HAHAHAHAHA". Best betul eh dia ketawakan aku. Nanti kau kahwin, kalau laki kau tinggal kau, padan muka! Astagfirullahalazim, tak baik doa macam tu.

🦋

"Asal ni woi?!". Nak terkeluar anak tekak Sofeah akibat menjerit tatkala melihat Bea bergaduh tarik rambut dengan diva kampus, Maira.

"Sha! Tolong aku wey! Minah senget ni curi idea assignment aku!". Dalam bersakit-sakit tu, Bea minta tolong aku.

"Yang kau tarik rambut dia tu kenapa?!".

"Dia tarik rambut aku dulu!".

"Mana ada! Kau yang mula dulu eh!". Maira membantah.

"Diam la ba--". Nasib baik tak tercarut.

"Bea, lek Bea. Maira... Kita bincang elok-elok okay?". Aku cuba memujuk keduanya sebab biasanya memang aku yang akan jadi penenang mana-mana pergaduhan perempuan dekat kolej ni.

"EH KAU DIAM LA MINAH PENYIBUK! JANGAN CAMPUR HAL AKU LAH!". Maira melepaskan pegangan tangannya terhadap rambut Bea dan melangkah menghampiri ku.

"KE KAU NAK KENA JUGAK?!". Dengan rambut dia yang turut berserabai, Maira mengugut aku.

"Woi! Jangan sentuh Sha aku la beghuk!". Jerit Bea sambil menggosok-gosok kulit kepalanya.

"Bea shh...pergi kantin sana. Tenang kan diri kau. Maira---".

Pam!

Dia...

"AKU CAKAP, JANGAN CAMPUR HAL AKU! Kan dah mendapat tu!".

... dia tampar aku.

🦋

"Shahmi... Jom ba--".

"No, Sofeah Ayesha. Im clearly not done yet". Tenang tapi cukup tegas Shahmi berkata.

Ceritanya, lepas je kejadian tadi... aku telefon lah suami tercinta, nak mengadu lah kononnya. Sekali, dia balik terus wo!

Takla, actually dia dah on the way tadi. Jadi, lepas je dengar berita tu... terus dia pecut ke kolej aku.

"Takpela Shah--".

"Saya betul-betul minta maaf bagi pihak Maira, Encik Haqiem. Mungkin dia tak sengaja?". Kata Puan Marissa, ibu Maira.

TAK SENGAJA KEPALA BAPAK KAU LA!

"Listen here, saya seorang yang sangat pemaaf dan tak akan berdendam. Tapi kalau macam ni pihak anak Puan Marissa melayan isteri saya, saya memang tak boleh terima. She's my wife and I cherish her my whole life. Tak pernah naik tangan sekalipun saya sangat-sangat marah akan dia. Tak. Pernah. Siapa anak puan untuk pukul isteri saya? Sedangkan dia hanya suruh anak Puan Marissa untuk bertenang, cuba untuk meleraikan pergaduhan tu. Betul atau tak pernyataan saya ni, Maira Arissa Syafiah?".

Banyak nya perkataan dia! Teruja pulak kita! Macam biasa, aku tak dengar pun Shahmi cakap apa tapi sibuk aku kira kata-kata dia. Kalini, lebih kut 30 patah perkataan.

Perlahan-lahan, Maira angguk. Kepalanya tertunduk malu dicampur rasa bersalah.

" See? Anak Puan Marissa mengaku. Kesimpulannya, saya hanya akan maafkan anak puan sekiranya isteri saya, Sofeah Ayesha memaafkan dia. Kalau tak, me neither. Im sorry. That is my principal. You hurted my wife, you shall not receive any forgiveness from me. Saya juga manusia, isteri saya manusia. Ada perasaan".

Kini, Puan Marissa dan Maira keduanya tertunduk malu. Kepala macam dah nak sujud ke lantai. BAHAHAHAHHAA! Astagfirullahalazim jahatnya kau gelak, Sofeah!

Ehem, ehem... Clear kan tekak dulu.

"Takpela Puan Marissa, saya maafkan Maira. Shahmi... Jom balik? Saya lapar". Aku tahu, kalau aku cakap aku lapar, mesti dia terumpan punya.

"Lapar?". Matanya yang tajam bak helang tadi kembali melembut memandang ke arah ku.

"Lapar. Kesian saya. Shahmi tak kesiankan saya ke?". Aku buat muka comel.

Dia angguk sekali sambil tangannya mengusap pipi yang ditampar tadi. DI DEPAN DUA BERANAK TU!

"Jom balik lepastu saya masakkan, okay?". Aku masih lagi memujuknya.

Dia angguk sekali dan terus memimpin tangan ku untuk keluar daripada bilik itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro