21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Shahmi ni memang tak kesiankan kita kan? Kita dah pakai cantik-cantik, tunggu dia. Last-last, dia tak datang pun! Buatkan kita tunggu dia!

Harini, tepat pada tarikh ni, ulang tahun perkahwinan Sofeah Ayesha dan Shahmi Haqiem yang pertama.

Shahmi cakap nak jemput kita pukul 7.45 malam dekat rumah sebab dia dah buat reservation dekat satu restoran ni, bersempena anniversary ni la. Tapi! Ini dah pukul 9, still tak balik lagi!

"Benci la!". Aku cabut pin di tudung dan baring terlentang di atas sofa ruang tamu itu.

Sebelum telefon aku mulai berdering,

"Ish! Baru reti nak call".

Aku seret ikon hijau yang ada di skrin telefon itu.

"Hello, Sofeah?". Nampak tak tanda soal tu? Sebab biasanya kalau dia telefon, aku akan excited macam nak mampus. Ini, aku diam dulu 3 saat. Sebab tu, dia mula dulu.

"Ya".

"Nak sampai rumah dah ni. Bukakan pintu. Lupa bawa kunci". Ceh! Telefon semata-mata untuk tu? Bukannya nak minta maaf ke apa? Dia memang lupa ke?

Tut!

Terus aku letak gagang, berdiri dan pergi mengambil kunci rumah yang terletak di belakang pintu utama rumah itu.

Aku buka sedikit pintu dan letak kunci itu di dalam sebuah kasut kerja milik Shahmi. Ya, aku malas nak bukakan! Masih lagi marah!

Mimi Si Hubby Introvert ♡

Kunci ada dalam kasut.
-9.12 p.m.
*seen*

Mesti dia tengah berfikir kan? 'Apahal pulak minah ni?'. Biar dia fikir! Tak ingat lagi.

10 minutes later,

"Sofeah... Im home". Aku yang tengah tertidur lena itu, dikejutkan dengan suara dia. Betul-betul di hadapan muka aku.

"Hm, okay". Masih lagi dalam rajukku.

"Whats wrong?".

EEE DIA NI TAK NAMPAK KE?!

"Awak tak ingat ke? Tak nampak? Ke saja buat-buat tak nampak? Asal tak pakai glasses awak?". Dah mula dah sesi membebel aku tu.

"Hm?".

"EEE GERAMNYA! Tak nampak ke saya dah pakai cantik-cantik ni? Shahmi lupa ya harini anniversary pertama kita? Tahu tak saya dah sediakan hadiah istimewa untuk awak? Ke memang Shahmi sengaja buat-buat lupa?". Aku berdiri lalu pergi meninggalkan dia.

"Sofeah... Saya minta maaf". Dan... ya, dia kejar aku.

"Taknak! Saya taknak maafkan awak. Sampai hati awak lupa kan?". Sob, sob. Aku nangis. Tak sampai hati sebenarnya nak marah dia sebab dia pun tak pernah marah aku.

"Saya tak lupa".

"Dahtu?!". HUWAAA TAKNAK MARAH DIA! Nak acah je sebenarnya. Terlebih-lebih pula. Mesti dia terasa kan?

Sampai terduduk aku dekat lantai tu.

"Come here, Sofeah...". Lembut dia mengajak aku untuk masuk ke dalam pelukannya. Sebelum sesaat kemudian, dia sendiri yang peluk aku.

"Maaf... Bukan saya lupa...".

"Saya terlewat sikit. Maafkan saya, Sofeah?". Dia melepaskan pelukannya dan memandang wajah ku, lembut.

Aku angguk sikit.

"Apa hadiah istimewa tu?". Ceh! Nak jugak!

Aku letak genggaman tangan kanan ku di hadapan mukanya dengan tangisan yang masih tersisa.

"Hm?".

"Buka la! Itu pun nak kena suruh ke HUWAAA".

"Mana la saya tahu, Sofeah belum bagitahu".

"Buka lah!".

Saya persatu jari genggaman tangan kanan ku itu dibuka olehnya.

Terlihat lah sebuah objek putih di telapak tangan ku.

"Tak faham".

"Penat la dapat husband macam Shahmi ni... Ya Tuhan, tolong aku astagfirullahalazim". Betul. Memang memenatkan.

"Muhammad Shahmi Haqiem, awak akan jadi ayah. Faham bahasa tak?". Marah ni marah.

"Serius la?".

"Dah la. Malas lah. Dah la sidai orang harini. Minta maaf pun ala kadar je. Ini orang bagi hadiah taknak bersyukur pula. Awak ni--".

Belum sempat aku habiskan kata-kata ku, dia terlebih dahulu memelukku, erat.

"Im gonna be a father? Shahmi and Sofeah will be having a kid together?". Dia bertanya sambil tangannya mengusap lembut rambut ku.

Beberapa saat kemudian, terasa aliran air panas di bahu aku. Shahmi menangis. Shahmi yang feelingless tu menangis gaes! Tepuk sikit!

" Iya. Anak awak la ni. Malas pula nak bawa rasanya".

Dia jentik lembut bibir aku.

"Kenapa cakap macam tu?".

"Dah nanti dia ikut perangai awak juga. Diam macam awak juga. Saya sorang je bising dalam rumah ni. Korang dua, diam je. Bosan la!". Aku cebirkan bibir aku.

"Lepastu dah la tak reti pujuk orang. Nanti dia pun tak reti pujuk ibu dia kalau ibu dia merajuk dengan dia".

Dia tersenyum sahaja melihat aku membebel.

"Pastu nanti suka judge ibu dia. Penat la macam ni. Ibu yang kandungkan dia 9 bulan 10 hari, dia ikut perangai ayah dia yang pelik ni. Ya, saya panggil awak pelik, Shahmi. Sebab awak memang--".

"Sofeah dah makan?". Lebar betul sengihan dia.

"Belum...". Aku pula baru reti diam selepas dengar kata keramat itu.

"Jom makan? Bising bebel. Dah la muka hodoh, baru lepas nangis".

"Eee benci Shahmi!".

"Love you too and thank you cuz you're willing to carry my kid, Sofeah". Dia akhiri kata-katanya dengan mencium dahi ku, lama.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro