30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tahu tak lagu Taylor Swift yang 'got nothing in my brain...' ala... Lagu dia yang tajuk Shake It Off tu. Ha lagu tu sensuai sangat dipasang kuat-kuat dalam dewan kuliah kalini. Nak tahu kenapa?

Kalau nak tahu, selain daripada aku sambung master dalam Sains Pengkomputeran, aku juga ada ambil course business sebagai subjek tambahan.

Tapi sekarang ni!

Masalahnya sekarang ni!

Dekat depan aku ni, ada kertas kuiz. And guess what? Tak payah teka pun dah tahu kan? Aku memang tak study langsung! Sebab tu la...

GOT NOTHING IN MY BRAIN!

"Aduh, macam mana ni...". Kertas yang masih kosong itu, aku tenung semacam nak tembus.

"Hentam je la". Aku berbisik kepada diri sendiri.

🦋

"Sofeah?". Dia panggil.

"Hm...". Lemah sahaja aku menjawab. Ni semua sebab kertas kuiz mengejut pak abu tadi tu.

"Kenapa ni? Biasanya saya yang tak banyak cakap".

Dan harini Shahmi baik hati nak jemput kita daripada kolej. Katanya, harini nak ajak pergi dating, entah apa yang sampuk laki aku ni. Tibe je ajak pergi date.

"Takde pape". Murung sangat aku ni.

"Marahkan saya?". Dia tanya baik-baik kan? Kau tengok eh aku jawab macam mana...

"Mana ada! Kenapa pulak saya nak marahkan awak?!". Oops.

"Tu, marah".

Serta-merta aku tekup mulut aku dengan tangan aku. Terlepas tadi tu, sorry Shahmi. Hehe.

"Baby lapar ke?". Dia tanya sambil gosok kepala aku.

"Macam mana awak selalu tah--".

"Oh, anak ayah lapar rupanya".

Ish! Ingatkan dia bercakap dengan aku tadi. Malas kawan dengan Shahmi! Malas jugak kawan dengan baby!

"Heh!". Aku mendengus kasar.

"Baby, lapar?".

Aku diam. Nanti kena cop perasan pulak. Tak pasal-pasal malu memerah muka macam tomato nanti.

"Sofeah, saya tanya ni".

"Baby mana pulak awak maksud kan ni? Keliru lah saya". Aku jeling dia sekilas.

Dia tidak menjawab. Sebaliknya, dia angkat tangan kanan ku separas wajahnya dan mencium lembut belakang telapak tangan itu.

"Sofeah Ayesha, my dearest baby. My first love. My everything. I love you since then and forever, sayang. Saya tak mampu nak luahkan ni sebab saya malu. Jadi, saya lagi rela awak marahkan saya. Terima kasih sebab sudi jadi isteri saya, Sofeah. Saya tahu ni tersangatlah random tapi ikut suka hati saya la. Monolog saya kan?".

.... hanya mampu diperkatakan dalam hati dia sendiri. Dia sorang je dengar. Ceh!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro