31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Yayy! Harini dapat keluar makan dengan suami tercinta. Susah lah jugak nak pujuk. Kena kasi dia order kailan ikan masin dulu, baru dia setuju. Aku ni, tak suka bau kailan ikan masin tu.

"Shahmi, jauhkan la sikit kailan tu. Busuk". Aku mengibas-ngibas tangan ku di hadapan hidung ku sendiri.

Dia jeling aku. Terus aku terdiam sebab aku tahu, Shahmi paling pantang kalau aku kutuk makanan. Seteruk mana pun makanan tu, dia tak kasi aku kutuk. Sebab itulah, kalau dia makan masakan aku, dia diam je.

Sedap, diam.
Tak sedap pun, dia diam.
Makan, diam.
Tak makan pun, diam.

Dah lumrah alam dapat suami pendiam. Redha jela.

"Okay maaf, maaf".

"Sofeah nak makan lauk mana dulu?". Dia menandang mata ku. Lembut. Eee lurveeee nyaaa! Rasa nak melompat aje.

"Nak ikan".

Dia menyudukan sedikit isi ikan yang telah dicubit ke pinggan ku, tapi aku cebik bibir. Lantas dia mengangkat keningnya sebelah.

"Nak Shahmi suapkan, boleh?". Mengada-ngada kan aku? Biar lah~~

"Tak boleh". Dia senyum sinis sambil menjamu makanannya. Cuba menahan ketawa. Ingat aku tak tahu la tu! Entah apa yang lawaknya.

"Alaaaa... Nak laaa".

Dia diam. Masih dengan senyuman kecilnya itu.

"Okay, Shahmi okay".

...

"Nak lauk apa tadi?".

"Nak suapkan ke?".

Dia angguk beberapa kali. Mesti malas nak pujuk kalau aku merajuk nanti tu.

"Nak ikan siakap stim limau tu".

"Okay, Sofeah". Dia tergelak kecil sebelum menyuapkan aku sesudu isi ikan segar beserta sedikit kuah stim limau itu.

Perghhh! Sedap bohh!

Lagi sedap bila suami yang suapkan.

TAPI MASALAHNYA, APA YANG KELAKAR SANGAT SAMPAI DIA GELAK?!

🦋

Last chapter before saya duduki Peperiksaan Percubaan SPM 2022 yang akan berlangsung esok dan berakhir awal Disember nanti. Jadi, sepanjang tempoh itu, saya tidak lagi akan meng-update apa-apa chapter di mana-mana story termasuk story ini.

Mohon doakan saya agar saya dapat keputusan yang cemerlang dan maafkan segala salah silap saya. Author saya korang sangat-sangat! Jumpa lagi di lain chapter, sayang-sayang ku <3 Insyaallah, lepas trial, author akan update and hiatus (once again) sebab SPM is on early February. Lepas SPM, Insyaallah will update again. Anything, yall boleh dm author dekat acc wattpad ni or dekat ig author (tekan link dekat bio). Hehe, bye korang!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro