32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Flashback (third person pov)

"Shahmi, tunang kau tu kenapa?". Syazwan tiba-tiba bertanya tatkala Shahmi sedang elok makan bersamanya di kafeteria itu.

"Huh?". Mesti tak faham ni.

"Kau tak tahu? My girl cakap dia demam. Tak pergi kelas harini. Sian dia dho. Sies la kau tak tahu?". Zaman bila panggil awek 'my girl' ni? Arh, suka hati dia lah kan?

Shahmi sekadar mengangkat bahu pastu sambung makan dia punya mi kari tu.

"Korang gaduh eh?".

Dia angguk sekali. Shahmi tak suka menipu. Ya, diorang memang tengah gaduh. Kenapa? Aku pun tak tahu.

"Ish ish ish, biar la gaduh sekali pun tapi kau pergi la jenguk dia dekat hostel tu. Kasi ubat. Caring sikit Mi, korang kan dah nak kahwin tak lama lagi". Syazwan menepuk-nepuk bahu Shahmi.

Tak payah tunggu nasihat, sekarang ni Shahmi terketar-ketar nak berlari ke hostel tempat tinggal Sofeah. Nak kasi ubat. Saje je berlagak cool depan Syazwan. Padahal, dia tengah risau nak mampus sekarang ni. Dan rasa bersalah... sebab buat girl dia menangis semalam.

'Patut la tak reply mesej semalam'. Monolog Shahmi sendiri.

🦋

"Nak apa?". Dengan mata bengkak, badan yang lenguh-lenguh dan dahi yang bertampal dengan cool fever, Sofeah gagahkan juga turun ke bawah untuk berjumpa dengan Shahmi setelah dipaksa beberapa kali.

Mulanya, dia taknak turun tapi selepas makwe Si Syazwan tu tarik dia, dia turun jugak.

Dengan selipar bulu-bulu berwarna pink, bercorak buah strawberri dan seluar tidur bulu-bulu berwarna light brown, tshirt lengan panjang biru gelap dan tudung sarung merah jambu. Pakej sekali dengan muka pucatnya.

Shahmi tak cakap apa, dia hanya hulur sebuah plastik berisi beberapa papan panadol, 2 keping cool fever, roti serunding kegemaran Sofeah dan setengah dozen air kotak berperisa pisang.

Sofeah masih marah akan dia. Dia tunjuk muka malas lalu berura-ura mahu melangkah pergi. Sebelum...

"Saya minta maaf, Sofeah. Boleh ambil ni?". Lembut tersangat suaranya. Ni yang buat Sofeah cair ni!

"Saya maafkan".

"Sofeah... ambil ni?". Kan dah cakap, dia tak pandai nak pujuk buah hati dia ni.

"Taknak".

"Tengok saya sekejap, Sofeah". Dan kata-kata membuatkan Sofeah berpaling juga akhirnya.

"Saya minta maaf, sayang". Fuh! 'sayang' dekat belakang tu boleh kasi impak besar, tahu?

Sofeah kembali menapak ke arah Shahmi dan merampas plastik yang dipegang.

"Terima kasih".

"Sama-sama". Lebar Shahmi tersenyum.

"Sofeah dah makan?". Dia tanya lagi. Sofeah menggeleng.

"Do you wanna have a date with me today, my Sofeah?". Tanya Shahmi lagi.

"Saya demam ni, ish!". Back to grumpy Sofeah, Shahmi's favourite. Dia jatuh cinta pandang pertama dengan Sofeah pun disebabkan oleh sisi grumpy gadis ini.

"Esok nak?".

"Betul ni?".

"Iya...".

"Okay, deal! And saya dah maafkan awak. Jangan risau". Sofeah kenyit mata sekali sebelum betul-betul berlalu pergi.

Shahmi masatu, fuh! Tak payah cakap la, rasa macam nak pengsan pun ada!

"Sakit pun comel. Sakit pun cantik". Omelnya sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro