49- [Shahmi Haqiem's POV]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Harini ini, aku dipanggil untuk bertugas di hospital kerana ada kes kecemasan yang memerlukan bantuan doktor tambahan. Jadi, aku tawarkan diri sendiri.

Sebelum bertolak ke hospital daripada klinik aku tu, aku dah mesej Sofeah untuk memberitahunya tentang perkara tu tapi tak berbalas. Heh, mesti tidur lagi tu! Orangnya tiada kelas harini.

Sampai sahaja di hospital, terus aku menyarungkan semula kot putih ku dan bergegas menuju ke bahagian kecemasan untuk menemui mana-mana jururawat atau doktor yang bertugas di situ. Lebih baik lagi kalau aku jumpa jururawat yang menelefon klinik aku sendiri tadi. Senang sikit nak berurusan.

Beberapa langkah aku masuk ke dalam ruangan itu, aku terjumpa dengan salah seorang doktor lainnya.

"Dr. Shahmi, kami sedang memerlukan awak di ruangan kecemasan". Doktor perempuan separuh abad itu bercakap dengan sedikit tergesa-gesa. Barangkali dia ingin bergegas ke tempat lain pula.

"Wad nombor berapa?". Aku tanya seraya kolar kot putih tu, aku dibetul-betulkan sedikit.

"Wad Melur 4, pesakit bernama Sofeah Ayesha. Sedang mengalami contraction. Bukaan sudah hampir kepada 7cm. Saya nak awak assist proses labour tu nanti. Goodluck, Dr. Shahmi". Kata doktor itu lalu berlalu pergi meninggalkan ku yang seolah-olah terpatung di situ.

++additional information:

A contraction is when the muscles of your uterus tighten up like a fist and then relax. Contractions help push your baby out. When you're in true labor, your contractions last about 30 to 70 seconds and come about 5 to 10 minutes apart. They're so strong that you can't walk or talk during them.

Sofeah Ayesha tu...

Isteri aku...

Tanpa memikirkan apa-apa lagi, terus aku berlari ke arah wad yang disebut tadi dengan peluh yang mulai merenik di dahi ku. Dilap kasar peluh itu oleh aku dengan lengan kot itu.

Sampai je dekat pintu wad itu, terus aku masuk dan di saat itu lah mata ku tertancap pada tubuh lemah isteri ku. Berbaring sedang menahan sakit.

'Maaf, Sofeah... Saya lambat...'.

"Shahmi... sakit...". Telinga ku menangkap suara perlahan Sofeah. Dahinya dipenuhi dengan peluh. Bibirnya pucat lesi. Barangkali terlalu sakit.

"Im here. Im here, Sofeah... Maaf, saya lambat". Aku duduk melutut di tepi katilnya dan terus mengambil tangan kanannya yang sudahpun dicucuk dengan wayar IV drip itu lalu dicium sekali. Dahinya juga aku cium lembut.

"Dr. Shahmi, awak dikecualikan daripada membantu labour process ni. Awak boleh teman isteri awak sebagai seorang suami dan bukan sebagai seorang doktor. Congrats daddy to be". Doktor wanita yang juga berusia sama seperti doktor di awal perjumpaan aku tadi memberikan aku keizinan itu.

"Terima kasih, Dr.". Ucapku sambil terus aku membuang kot putih ku itu lalu diletakkan di atas sebuah kerusi yang jauh daripada katil isteri aku itu lepastu aku kembali menggenggam tangan lemahnya.

"Sakit, Mi... Saya takut...". Adunya lagi. Bibirnya menahan perit. Air matanya mengalir ke segenap ruang pipi. Ya Tuhan, aku tak sanggup nak tengok isteri aku dalam keadaan yang macam ni. Sumpah, aku tidak sanggup.

Aku yang sudah mulai sedikit panik dan tak tahu nak buat itu mulai mendekatkan mulut ku dengan telinga kanan Sofeah dan berbisik,

"Jangan takut, Sofeah. Saya ada dengan Sofeah".

"Bismillahirahmanirahim, saya maafkan segala kesilapan Sofeah Ayesha sepanjang Sofeah Ayesha jadi isteri saya. Saya doakan Sofeah dipermudahkan urusan untuk melahirkan anak kita. Saya sayang awak, Sofeah". Aku cium sekali sisi kepalanya sebelum wajah Sofeah mulai berkerut menahan sakit. Tangannya makin kuat mencengkam lengan ku. Kuku tajamnya mencucuk ke isi ku.

"Bukaan sudah mencapai 10cm". Bicara doktor itu lagi.

✨✨✨

Lepas je aku iqamatkan bayi ku itu, terus aku kasi balik dekat ibunya untuk didukung. Ambil sahaja bayi itu daripada dukungan aku, terus Sofeah tersenyum manis. Haih... sakit-sakit pun boleh cantik. Boleh pengsan aku macam ni.

"Mimi, tengok ni".

"Ya, saya tengah tengok ni". Aku tersenyum manis melihat tingkah isteriku itu. Segala apa yang dia buat, buatkan aku makin jatuh hati dekat dia. Ah... Im so in love....

"Muka dia macam Shahmi".

"Memang la. Dia kan anak saya". Jawab ku selamba.

"Hihi, saya ada mini Mimi... saya harap dia banyak cakap macam saya". Sofeah cium sekali dahi bayi yang masih tertidur dalam dakapannya itu.

"Then I will have my mini Sofeah Ayesha... What a bless by The Almighty... terima kasih Ya Allah. Terima kasih, Sofeah". Aku berbisik. Ah, aku bahagia... Terima kasih, Allah...

Entah lah berapa banyak kali aku sebut nama isteri sendiri harini. Suka hati aku lah, isteri aku.

Nanti boleh sebut nama anak pula.

Apa nama anak aku?

Hanifa Sumaiyya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro