50- [FINAL- 3rd Person POV]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lima tahun kemudian,

Shahmi sekarang ni tengah pening...

Kenapa?

Sebab kedua-dua bidadarinya sedang merajuk sekarang ni. Bidadari versi dewasa bernama Sofeah dan bidadari kecil molek bermama Sumaiyya. Tambah pula si bidadari dewasa tu sedang datang bulan sekarang ni. Haih...

"Maiyya...". Seru Shahmi perlahan. Niatnya nak pujuk Sumaiyya dulu, baru lah si isteri.

"Taknak cakap dengan babah". Sumaiyya memeluk tubuh seraya berpaling ke arah lain. Sebiji dengan umi dia! Umi dia sedang tidak mahu melihat Shahmi juga. Duk keras je dekat atas kerusi meja solek tu. Ha ini apa pasal pula ni?

"Kenapa ni? Babah buat apa dekat Maiyya?". Tak larat Shahmi nak melayan dua perempuan ini. Perangai mereka tersangat sama meskipun wajah Hanifa Sumaiyya lebih iras dengan dirinya.

"Bukan dekat Maiyya, tapi dekat umi!". Tempelak Sumaiyya. Geram dengan babahnya ini! Siapa suruh buat umi macam tu!

"Babah buat apa dekat umi?". Shahmi tergelak kecil lalu duduk di birai katil, berdekatan dengan tempat duduk Sumaiyya.

"Tanya la umi sendiri!". Sumaiyya tayang muka cemberut manakal Sofeah dekat hujung sana sudah berdecak. Alamak budak ni! Kenapa suruh tanya umi!? Nanti mesti babah tu datang sini! Umi nak merajuk lama-lama sikit la...

"Okay, babah tanya umi". Shahmi turutkan saja lalu berjalan mendekati Sofeah yang baru sahaja berdiri ingin 'lari' daripada Shahmi itu.

Tangannya dililitkan di sekitar pinggang Sofeah.

"Nak pergi mana, umi?". Bisik Shahmi di telinga Sofeah.

"Shahmi tepi la... Nanti Maiyya tengok...". Sofeah malu sebenarnya. Malu jika anak gadis comelnya itu menyaksikan kedudukan mereka yang agak intim ini.

"Taknak Maiyya tengok ya?".

Terdiam Sofeah dengan soalan Shahmi itu.

"Okay...". Shahmi membuang pelukannya lalu pergi ke arah Sumaiyya. Badan kecil lalu didukungnya dan dibawa ke luar bilik. Memberontak juga lah Sumaiyya dibuatnya.

"Babah! Babah nak bawa Maiyya pergi mana?!!".

"Maiyya duduk dulu dengan Tok Umi dekat bawah. Babah nak pujuk umi kejap. Okay? Jap lagi babah kasi biskut". Rasuah! Sejak bila Shahmi pandai rasuah-rasuah ni?

"Biskut?". Terus sahaja mata Sumaiyya bersinar-sinar.

Ceh, Sumaiyya! Kata nak teman umi merajuk! Ini dah kena sogok dengan biskut sikit dengan babah, terus tak jadi eh...

"Chipsmore".

"Okay, babah!". Terus Sumaiyya mencium sekilas pipi Shahmi lalu berlari kecil ke tingkat bawah.

"Maiyya jangan lari! Pelan-pelan turun tangga tu!". Pesan Shahmi lalu terus dia menutup pintu bilik itu. Tubuhnya dibalik dan dia dekati semula Sofeah yang terpatung di tempatnya itu tadi.

"Sofeah kenapa marah saya ni?". Shahmi menyoal seraya dia pula yang duduk di atas kerusi meja solek itu. Berhadapan dengan Sofeah yang sedang berdiri.

Sofeah diam. Meskipun dia rasa macam nak nangis sekarang ini.

"Talk to me, my Sofeah... Macam mana saya nak pujuk Sofeah kalau saya tak tahu penyebab rajuk Sofeah ni, hm?". Kedua tangan dicapai lalu dua usap perlahan.

"Shahmi...".

"Hm?".

Perlahan-lahan Sofeah duduk di riba suaminya itu. Dengan serta-merta tangan Shahmi melingkar elok di pinggang ramping itu. Tidak mahu kesayangannya ini jatuh ke lantai.

Sofeah sembamkan wajahnya ke ceruk leher Shahmi.

"Kenapa ni, Sofeah? Jangan buat saya risau...".

"Tadi... Tadi saya pergi klinik Shahmi. Lepastu saya dengar staf-staf Shahmi cakap yang saya dah makin berisi...".

Sofeah bercerita, berharapkan yang Shahmi akan memarahi staf-stafnya itu. Namun, hampa... Shahmi...

Shahmi gelak!

"Kenapa Shahmi gelak?". Sofeah tayang muka cemberut.

"Kenapa kalau Sofeah marahkan orang lain, Sofeah mesti marahkan saya sekali? Saya tak silap". Soalan yang wujud sejak daripada zaman percintaan mereka di sekolah menengah lagi.

"Eee! Shahmi ni! Lain pula yang dia respon! Orang dah bersemangat bercerita".

Shahmi diam seketika sebelum menilik badan isterinya itu.

"Ada lah berisi sik--".

"Shahmi Haqiem!".

"Betul la apa yang saya cakap. Saya tak suka tipu Sofeah. Tapi... Kalau berisi pun apa salahnya? Saya tak kisah. Saya tetap sayangkan Sofeah. Kisah apa dekat kata-kata staf-staf saya tu? Bukan mereka suami Sofeah pun. Bukan mereka pun yang tengok Sofeah hari-hari. Kan?". Shahmi tersenyum manis.

Maiyya! Tengok umi Maiyya ni... Comel je!

" Betul ke Shahmi masih sayangkan saya kalau saya berisi?". Sofeah bertanya seraya kembali melabuhkan kepalanya ke dada bidang Shahmi.

"Iya... But words won't do, kan? Jadi...". Jari jemari Shahmi perlahan-lahan bergerak mahu membuka butang blaus Sofeah membuatkan wanita itu gelabah.

Sejak bila Shahmi jadi gatal ni!?!!

"Shahmi! Jangan main-main ya? Kita nak balik kampung ni!". Sofeah menepuk tangan gatal itu.

"Sikit-sikit je...".

"Tak boleh!".

"Tadi tak percaya sangat. Bila orang nak tunjuk, mula lah gelabah...". Shahmi tayang muka 'kau ni dah kenapa minah?' nya dekat Sofeah.

"Tak kena tempat, tak boleh juga!". Sofeah lalu turun daripada tempat yang merbahaya itu (riba Shahmi).

"Dah la, jom turun. Nanti Maiyya dengan yang lain tunggu kita lama". Sofeah sarungkan kembali tudung bawalnya sambil melihat-lihat ke dalam cermin.

"Jom...".

Mereka lalu berpimpinan tangan keluar daripada bilik itu. Ingin pulang ke kampung.

Sepanjang perjalanan turun ke tingkat bawah, mata Shahmi tak lepas daripada memandang Sofeah.

'Terima kasih sebab sudi jadi isteri saya, Sofeah Ayesha... Tak sangka kan, bermula daripada crush sekolah menengah yang saya sendiri tak pasti dapat miliki atau tidak, berakhir dan insyaallah berterusan dengan seorang isteri dan ibu kepada anak saya. Terima kasih, my Sofeah...'.

Bicara Shahmi di dalam hati.

"Sama-sama, Shahmi Haqiem. I promise, I will cherish out little precious love until the end". Bisik Sofeah perlahan.

How...?

Entah, saya pun tak tahu. Mungkin kuasa cinta?

TAMAT
(25.SEPTEMBER.2023)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro