Author's Words

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hello sayang-sayangku!

Akhirnya tamat juga Little Precious Love ni kan? Cerita pendek yang pada awalnya saya inspirasikan daripada crush saya sendiri tapi diubah ditengah jalan apabila saya merasakan yang Shahmi Haqiem dan Sofeah Ayesha layak mempunyai cerita mereka sendiri dan bukannya cerita yang terinspirasikan daripada dunia sebenar.

Saya tak sangka yang saya akan tamatkan cerita ni. Pada awalnya, tak nak tamatkan pun sebab saya sayang akan cerita ni!

Namun!

Ternyata semua benda tu ada penghujungnya... Termaksud nukilan saya yang satu ini. Selain daripada MEMANG perlu bagi Sofeah dan Shahmi ending mereka, saya juga ada banyak lagi kerja lain yang perlu disiapkan.

Contohnya:-

1. Assignments bertimbun.
2. Hal univerisiti (yang membuatkan saya semakin kekurangan masa bersama Wattpad).
3. Cerita-cerita baru nukilan saya!

Regarding the 3rd reason,

Benar...

Saya akan mengeluarkan lagi 2 cerita baru (insyaallah jika berkelapangan) iaitu HAIDAR ZAHEERA dan NAILA 2.

Jadi, saya risau jika saya tidak tamatkan cerita ini, cerita lain akan tergantung dan kerja saya semakin banyak hehe. Hence, terpaksa la sayang-sayangku ucapkan selamat tinggal kepada kisah cinta Sofeah dan Shahmi.

Semoga sayang-sayangku semua berpuas hati dengan penamat yang ditulis. Jika ada rezeki lagi, kita akan berjumpa di buku yang akan datang.

Saya sayang semua sayang-sayangku!

Terima kasih.

Salam sayang,

Laurentjoon.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro