Special Chapter [Shahmi Haqiem's pov]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Macam mana aku boleh kenal isteri gedik manja suka merajuk aku sekarang tu? Mesti ramai yang tertanya-tanyakan? Semuanya bermula sewaktu pertama kali aku lihat dia di sekolah menengah tempat kami belajar

Back to that day...

Hari ini boleh dikatakan hari yang paling gembira buat semua pelajar di sekolah ini kerana hari ini merupakan hari karnival sekolah. Memang setiap tahun, aku dengar, sekolah ni akan mengadakan hari karnival dan tahun ini, hari istimewa itu diadakan pada bulan September.

Aku merupakan pelajar baharu di sekolah itu. Like, aku baru aje pindah minggu lepas. Jadi, aku tak tahu sangat tentang event yang berlangsung ni dan aku pun takde banyak sangat lagi kawan. Tak tahu nak pergi ke mana di khalayak ramai itu, aku buat keputusan untuk merayau-rayau seorang diri.

Sekejap aku pergi tengok gerai-gerai makanan yang ada, sekejap aku pergi tengok gerai yang jual arts and crafts. Bosan! Tak, bukan event ni yang bosan tapi aku bosan kerana aku tengah bersendiri sekarang. Aisy dan Saiful entah ke mana. Katanya nak pergi karaoke atas stage dekat dewan, jadi mereka tinggalkan aku sendiri. Ceh! Sudah lah aku hanya ada diorang sebagai kawan dekat sekolah ni (setakat ni la).

Tengah aku tak tahu nak pergi ke mana tu, kaki ku berhenti di hadapan sebuah longkang besar dan dekat sisi longkang tu ada seorang gadis beruniform sekolah tengah duduk bercangkung. Semuanya normal pada mulanya sampai lah pada akhirnya dia mengeluarkan segala isi perutnya ke dalam longkang besar itu.

Dan dia menangis

Menangis kerana muntah kut. Biasa lah tu... aku pun pernah macam tu dulu.

Paling teruk, langsung kawan-kawan gadis itu tiada di sisi untuk menenangkannya atau mungkin menghulurkan air mineral atau sapu tangan untuk mengelap mulutnya.

Jap, sapu tangan? Air mineral?

Aku pandang tangan aku.

Eh, aku ada kedua-dua benda itu.

Tanpa berfikir panjang, aku melangkah ke arah gadis yang masih menghamburkan tangisnya itu lalu duduk bercangkung di sebelahnya membuatkan tangisnya terhenti buat seketika. Gadis itu pusingkan kepalanya menghadap aku dan...

...di saat itu lah buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku rasa aku...

...jatuh cinta.

Jujur aku terpegun melihat wajah berkulit sawo matang itu. Kaca mata yang dipakai kelihatan agak besar dengan wajahnya namun dia tetap terlihat comel sekali!

"Kau siapa?". Itu ayat pertama yang dituturkan oleh gadis yang merah mukanya akibat menangis tadi itu.

Aku tidak menjawab soalannya, sebaliknya aku menghulurkan sapu tangan aku buatnya dan syukur lah, dia sambut. Aku tersenyum kecil.

"Kau kenapa senyum?". Dia tanya lagi seraya tangannya naik mengelap birai bibir dengan sapu tangan kecil aku itu. Suaranya bunyi macam tak puas hati.

Botol air mineral yang ada di tangan, aku buka penutupnya lalu aku hulurkan untuknya dan sekali lagi dia sambut. Hehe, dan aku senyum lagi tapi untuk 3 saat sahaja sebelum aku padam senyum itu dan aku tuturkan ayat pertama aku untuk gadis itu.

"Dah tahu tak suka air coklat, tak payah la minum". Aku berkata seraya menjeling kotak susu coklat Dutch Lady yang ada di samping gadis itu. Suara ku mungkin akan kedengaran begitu menjengkelkan di corong telinganya.

"Suka hati la, kau sibuk kenapa?". Dia jelling aku.

Aku diam sambil aku tengok sekilas tag nama dia.

'Sofeah Ayesha'. Monolog aku dalam hati.

Seketika kemudian, dia bangun daripada duduknya barangkali sudah ingin berlalu pergi.

"Terima kasih untuk air dan sapu tangan ni".

"Sama-sama".

Seminggu kemudian, aku nampak lagi gadis yang bernama Sofeah Ayesha itu. Masatu, dia tengah bersama kawan-kawannya menuju ke bus stop. Aku pula sedang mengayuh basikal. Sebelum aku melintasi dia dan rakan-rakannya itu, aku sempat melihat apa yang tergantung pada beg sekolahnya.

Kau nak tahu tak apa benda yang tergantung tu?

Benda yang tergantung dekat beg sekolah merah jambu dia itu adalah sehelai sapu tangan biru.

Sapu tangan milik aku.

Mungkin gadis itu terlupa untuk memulangkannya sebaik sahaja dia membawanya pergi bersamanya di hari karnival haritu. Dan, dia pun tak tahu nama aku. Jadi, dia membuat keputusan untuk hanya menggantung sapu tangan nipis milik ku itu pada beg sekolahnya.

Seingat aku, pada sapu tangan itu ada tersulamnya initial aku.

S.H.

Aku tersenyum sambil mengayuh basikal ku untuk pulang ke rumah.

"Sofeah Ayesha...". Namanya ku tutur perlahan.

Now...

Aku lihat sahaja isteri ku; Sofeah Ayesha yang sedang tertidur di riba aku itu. Ya, Sofeah Ayesha si gadis yang muntah di tepi longkang akibat sekotak susu coklat sewaktu pertama kali aku melihatnya, kini ialah isteri aku. Isteri tercinta Shahmi Haqiem.

Aku usap pipinya yang sedang tertidur pulas di dalam persalinan telekung itu. Biasanya aku tak kasi dia tidur selepas subuh tapi katanya harini dia demam. Bila aku cek, memang betul demam. Jadi, aku biarkan dia baring di riba aku sambil aku duduk di atas lantai dan bersandar di kaki katil itu. Tangan aku menjamah segenap wajah mulus itu.

Sumaiyya masih belum bangun jadi boleh lah Sofeah bermanja buat seketika.

Di tangan Sofeah ada sehelai sapu tangan biru ber-initial S.H.

Yup, sapu tangan yang sama.

Sapu tangan yang membawa kepada pengenalan antara kami.

Indah kan takdir Allah?

"Terima kasih ya Allah". Aku mengucapkan kata syukur itu seraya mencium lembut dahi Sofeah. Sofeah Ayesha.

My wife, my muse, my angel, my best friend and my greatest gift given by The Almighty.

Isteriku, sumber inspirasiku, bidadariku, sahabatku dan hadiah terhebat daripada Yang Maha Esa buat diriku.

"Saya sayang awak, Sofeah Ayesha. Saya harap awak tahu tu".

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro