Special Chapter 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

That one time (before Sofeah was pregnant) and she had severe craving during her 'that time of the month' a.k.a period...

🌶

SEPANJANG perjalanan pulang, aku monyokkan wajah ku. Muka aku langsung tak berpaling pada suami ku yang sedang memandu di sebelah. Tubuh ku dipeluk sendiri. Jika tekaan anda betul, ya, Sofeah Ayesha sedang merajuk sekarang. Kenapa? Nantikan...

"Saya belikan laksa penang boleh?". Soal Shahmi secara tiba-tiba untuk memecahkan kesunyian. Ni mesti dia pelik ni sebab selalunya kalau dia sedang memandu, mulut ku tak henti berceloteh. Kali ini aku diam seribu bahasa.

Aku diam. Tidak menjawab soalannya.

Shahmi mengeluh seketika sebelum berkata lagi, "Saya dah cari dekat semua kedai, Sofeah. Benda tu takde. Sofeah jangan lah mogok macam ni. Daripada pagi tadi Sofeah tak makan. Saya tak suka lah". Bicaranya dengan nada yang sedikit tegas.

"Tipu! Shahmi tak cari betul-betul pun. Selagi saya tak dapat benda tu, saya mogok tak nak makan untuk 24 jam. Huh!". Semakin lama Shahmi cuba untuk memujuk, semakin aku merajuk. Aku ni tak boleh, sekali aku craving benda tu dan tak dapat, selagi tu lah aku bersungguh-sungguh nak.

Dan aku tahu, Shahmi dah tak tahu nak buat apa lagi time ni. Mesti dia penat layan aku kan? Dia dah tak sayang aku ke? :(

Perjalanan pulang ke rumah itu kembali diam buat seketika selepas aku menuturkan ayat tetakhir ku itu tadi. Shahmi kelihatan fokus memandu dengan wajah blur nya itu. Dia memang tak nak terus pujuk aku ke?

"Shahmi...". Panggil ku dengan perlahan.

"Ya, Sofeah?". Dia kilas pandang ke arah ku buat seketika sebelum matanya kembali fokus ke arah jalan raya.

"Shahmi mesti dah penat dengan saya kan? Shahmi mesti dah tak nak sayang saya kan?". Tiba-tiba sahaja aku mengajukan dua soalan itu kepadanya. Kepala ku tertunduk. Jari jemari ku bermain dengan hujung baju sendiri. Shahmi yang mendengar soalan itu terdiam seketika sebelum dia memakai earpiece dan tangannya menekan-nekan skrin telefon lalu dihubungi oleh seseorang.

"Assalamualaikum umi". Sapa Shahmi dengan si dipanggil. Aku yang terkejut dengan tindakan spontan Shahmi itu hanya terpaku melihatnya. Kenapa pula suami aku ni telefon emak dia?

"Mi nak tanya ni. Macam mana nak buat homemade chili flakes?". Alamak! Dia tanya umi lah pula! Malu lah aku!!!

Aku yang duduk di kerusi penumpang itu sudah menutup rapat wajah dengan kedua belah tangan ku. Pipi ku merah menahan malu.

"Sofeah craving nak makan kuetiaw goreng chili flakes. Mi dah cari kat semua kedai tapi takde chili flakes tu". Semakin lama Shahmi bercakap telefon dengan umi, semakin malu aku dibuatnya. Nanti mesti umi anggap aku mengada-ngada kan? Walaupun aku sudah sememangnya mengada-ngada. Benda tu tak boleh nak dinafikan hehe.

"Okay, umi. Terima kasih. Assalamualaikum". Dengan berakhirnya panggilan telefon selama 2 minit itu, aku agak yang Shahmi sudah mendapat resepi untuk membuat homemade chili flakes daripada si ibu.

Shahmi membuang semula gajet kecil di telinganya itu kemudian tangan kirinya mencapai tangan. Dipegang lalu diusap perlahan.

"Penat dengan Sofeah tu selalu tapi tak pernah terfikir lagi nak berhenti sayang". Dan baru lah dia menjawab soalan-soalan ku sebentar tadi membuatkan aku terharu walaupun jawapan yang pertama itu agak menyakitkan hati.

"Banyak tak Shahmi sayang saya?".

Dia angguk sekali.

Sekali je.

Itupun anggukan kecil. Ish!

"Macam tak ikhlas je". Aku kembali dengan nada rajuk ku. Suka betul aku merajuk dengan suami sendiri ni.

"Ikhlas". Sepatah dia menjawab.

"Lepastu ni macam mana? Umi ada bagitahu resepi ke?". Aku bertanya dan dia mengangguk SEKALI. Malas nak bercakap punya pasal. Mungkin dia dah banyak sangat menggunakan perkataan hari ini, jadi tenaga dia dah habis. Orang introvert memang cepat habis bateri macam ni eh?

🌶

SAMPAI sahaja di rumah, terus aku tersenyum riang. Kedua lengan ku tak lepas daripada memeluk belakang badan Shahmi membuatkan dia kesukaran untuk bergerak membawa beberapa beg plastik yang berisikan barang dapur yang kami beli sama-sama tadi ke dapur. Cili kering untuk buat chili flakes pun ada!

"Sofeah, lepas sekejap. Macam monkey". Dia tahan senyum sambil CAKAP YANG AKU NI MACAM MONYET!

"Ish! Orang nak berterima kasih pun salah". Masalahnya pelik sangat cara aku berterima kasih ni. Peluk sampai tak nak lepas. Daripada 2 minit tadi lagi Shahmi masih berdiri di hadapan pintu ini. Tak boleh nak bergerak disebabkan aku.

"Dekat depan". Dua patah perkataan itu keluar daripada mulutnya membuatkan aku keliru.

"Ha? Apakah?".

"Peluk saya dekat depan". Tanpa aba-aba, aku turuti sahaja arahannya tapi dia pindahkan kedua lengan ku untuk memeluk lehernya dan bukan pinggangnya. Dah kenapa mamat ni?

"Shahmi nak buat apa ni?".

"Pegang kuat-kuat".

"Ha--?".

Belum sempat aku nak proses apa-apa, menggunakan satu tangannya yang tiada beg plastik itu dia memegang bahagian belakang badan ku lalu mengangkat ku membuatkan dengan automatiknya kedua kaki ku terlilit di pinggangnya. Dah macam anak koala pun ada aku sekarang ni.

Shahmi...

Shahmi dukung kita macam koala lah!

Hehe...

Sukanya!!!

"Shahmi--".

"Diam". Eleh. Malu lah tu. Dia yang dukung orang, dia yang malu.

"Sayang Shahmi banyak-banyak!". Aku cium pipinya berulang kali sambil dia membawa aku dan barang-barang dapur tadi ke dapur.

"Pipi... heh". Aku tak pekak lagi dan aku dapat dengar dia mengeluh umpama bukan ciuman di pipi yang dia nak.

Chup!

Aku cium sekilas bibirnya. Dalam dua saat macam tu je. Lepastu aku nampak kedua belah telinganya merah nak mampus.

"Suka lah tu". Aku usik dia.

"Bising arh Sofeah".

🌶

p/s: part yang Sofeah craving kuetiaw goreng chili flakes tu based on true story on how im dying to eat that today but tak jumpa mana-mana kedai yang jual chili flakes :( cuma bezanya, saya takde Shahmi la BAHAHAHAHA

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro