Special Chapter 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

That one time when Sofeah made some homemade bread for Shahmi...

🥐

"Mimi! Mimi sini kejap!". Aku terjerit-jerit memanggil nama si suami yang sedang duduk di ruang tamu itu. Aku rasa Shahmi tengah siapkan report pesakit dia. Aku tak nak la kacau tapi... INI HAL PENTING!!!

Seminit kemudian, Shahmi sampai ke dapur sambil mengangkat sebelah daripada keningnya macam nak cakap, 'kau panggil aku nak apa ni minah?'. Berdiri tegak dia dekat depan aku yang dah tak rupa macam manusia tu. Rupa macam tepung gomak!

"Ni rasa ni. Saya yang buat tau!". Bersungguh-sungguh aku hulur dekat dia sebuku roti yang baru sahaja aku baked yang terletak elok di atas pinggan itu. Pinggan cantik sangat berbunga, tuannya saja comot semacam.

"Saya makan nanti, boleh?". Shahmi bertanya. Wajahnya dah nampak macam serba salah sebab menolak. Sisi kepalanya digaru-garu sedikit.

"Kenapa nanti?". Mulut aku yang tadinya tersenyum ceria, terus jadi huruf C terbalik :(, ha macam tu. Betapa sedihnya aku bila suami sendiri tak nak rasa homemade bread yang aku buat. Ceh, dramatik kan aku? Eleh macam lah korang tak biasa.

"Tadi saya kan dah makan malam dengan Sofeah. Lupa ya?". Haah. Dia baru aje makan malam bersama dengan aku tadi. Aku masak tom yam. Berselera juga dia makan, sampai tambah dua kali nasi.

"Oh, haah lah... Takpe la. Sorry, Mimi". Aku pun dengan wajah aku yang muram itu, meletakkan buku roti yang aku pegang tadi ke bawah tudung saji. Apron ku dibuang dan lengan baju ku digunakan untuk mengelap sisa tepung di pipi. Habis bersepah tepung sampai ke muka! Penat berperang nak buat roti. Ale-ale, Shahmi rasa pun tak! Huh!

"Saya sambung buat kerja, ya?".

Aku angguk dan dia berlalu pergi.

Itu aje?!

Aku ingat dia--

Ah, Sofeah! Sampai bila dia nak kena pujuk kau. Engkau tu dah la merajuk 24 jam seminggu 7 hari. Kau tak rasa dia penat ke dengan kau?

Hm... Shahmi penat ke dengan aku erk?

Malas nak berfikir. Daripada berfikir, baik kita makan roti yang kita buat sendiri tadi. Kalau Shahmi tak nak, takpe. Sofeah Ayesha boleh habiskan semua!

Aku lalu duduk di salah sebuah di ruangan dapur itu lalu roti dibawah saji tadi dibawa keluar kembali sebelum aku mencubit sedikit demi sedikit lalu cebisan itu disuap ke mulut sendiri.

Kunyah punya kunyah, eh asal masin ni?

Bila aku sentuh pipi aku...

"Lah, menangis rupanya. Manja betul lah kau ni, Sofeah". Aku mengata diri sendiri sambil tergelak kecil. Apa lah Sofeah Ayesha ni... Suami tak nak rasa roti pun, nak menangis.

Tapi...

Roti tu aku sendiri yang buat...

Tiba-tiba makin lebat pula air mata aku. Cebisan roti dimasuk ke dalam mulut tanpa menunggu cebisan lagi dikunyah dengan sempurna terlebih dahulu. Baru saja aku nak masukkan satu lagi cebisan, ada tangan yang menahan dulu.

Aku pun angkat muka aku.

"Kenapa tak paksa je saya rasa?".

"Mimi... Mimi kan dah kenyang...". Tersebik-sebik mulut aku yang penuh dengan roti itu. Dengan tepungnya dekat hidung. Aduhai, macam kanak-kanak ribena.

"Saya tak cakap pun saya tak nak rasa". Dia angkat lagi kening dia macam, 'sejak bila nyah?'.

"Tadi Mimi reject saya!".

"Saya tak sebut pun perkataan 'reject' tadi?". Dia masih membidas. Ish! Tak nak kalah!

"Ish! Salah saya ke ni?".

Dia geleng kemudian cebisan di tangan ku tadi dibawa ke mulutnya lalu dimakan. Roti itu dikunyah perlahan dengan sempurna lalu ditelan sebelum Shahmi berkata lagi,

"Pernah ke saya tolak makanan yang Sofeah buat? Pancake hangit yang Sofeah buat masa hari kantin sekolah menengah dulu pun saya makan". Dia ungkit kisah silam aku bhai!

"Jangan lah ungkit yang tu! Malu tahu tak?!!". Aku protes. Dah janji dah tak nak ungkit, dia ungkit juga!

Roti yang ada di atas meja dicubit lalu disuapkan lagi ke mulutnya. Sedikit demi sedikit Shahmi makan roti yang aku buat sendiri tu sampai tinggal separuh.

" Kalini saya betul-betul tak larat nak rasa dah". Muka dia memang dah kenyang sangat dah tu. Suku daripada roti tu, dia yang makan. Sebuku roti itu sudah lah besar! Shahmi tayang muka kekenyangan.

"Shahmi nak air?".

Dia angguk sekali.

"Air apa?".

Lepastu dia tunjuk ke arah mesin Coway. Maknanya dia nak air Coway je. Aku pun pergi lah ambilkan dia segelas air Coway bersuhu biasa. Shahmi tak suka minum air sejuk tengah-tengah malam.

Aku hulur gelas tu dekat dia dan sambil dia minum tu, sambil aku cakap...

"Terima kasih tau, Shahmi".

Dia letak cawan dia ke atas meja lepastu dia tengok aku. Mukanya datar. Maknanya dia nak tahu kenapa aku cakap macam tu.

(berbual dengan Shahmi ni, kena jadi saintis yang pandai buat hipotesis sendiri tau!)

"Sebab Shahmi rasa juga roti tu. Saya tahu Shahmi dah kenyang. Saya minta maaf". Aku tundukkan kepala ku.

"Itu pun nak minta maaf". Shahmi bercakap macam kentut dalam kain.

"Hei! Suka hati saya la!".

"Yela, yela... Saya maafkan". Dia salam tangan aku lepastu dia cium.

"Eh?". Aku.
"Eh?". Dia.

KENAPA DIA PULA YANG SALAM AKU?!

"Pelik lah Mimi ni!". Aku gelak sambil tepuk-tepuk lengan dia dengan kuat. Dia yang dah biasa dengan tabiat aku itu hanya mampu menayangkan muka pasrah.

"Pelik-pelik ni juga la yang jadi suami dia. Yang makan pancake hangit dia...".

"Eeee jangan ungkit la!!!". Sekali lagi dia ungkit, sumpah aku menangis.

🥐

Rindu sangat dengan Mimi & Copiah, jadi saya kasi update satu!

By the way, chapter ni inspired by a real life pregnant woman yang buat homemade bread untuk suami dia tapi suami dia tak makan pun. So, dia makan sorang-sorang sambil nangis. Korang ada tengok tak video tu dekat tiktok or instagram?
Kesian dia huhu :(((

Also, sayang-sayangku semua nak suruh author ceritakan tak kisah pancake hangit Sofeah tu?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro