Special Chapter 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kejadian pancake hangit zaman sekolah menengah...

🥞

Aku rasa festival riuh dengan suara aku je daripada tadi. Festival apa? Hari kantin. Aku jual apa? Pancake.

Riuh kenapa? Riuh sebab aku sebenarnya tak pandai masak benda alah ni! Aku sebenarnya patutnya sesungguhnya jadi jurujual sahaja. Lepastu kawan aku yang ikut menjual sekali ni sakit perut pula. Dia tinggalnya aku berseorangan dekat booth ni. Memang kalut lah aku.

"Aku nak buat apeni? Aduh...". Riuh aku gelabah sorang-sorang. Nasib baik lah pelanggan tak muncul lagi. Mungkin sebab masih awal kut. Aku harap kawan aku tu tak lama sangat lah membuang. Karang aku yang buang kedai dia ni karang.

"Sofeah".

Okay.

Cop.

Aku tarik balik kata-kata aku tadi.

Ada pelanggan lah gila!!! Aku sumpah tak tahu nak buat apa. Jadi aku hanya bergerak ke sana ke mari sampai lah pelanggan itu memanggil nama aku sekali lagi.

"Sofeah?".

Eh jap, dia panggil nama aku? Dia kenal aku ke?

Bila aku angkat aje muka aku melihat wajah si pelanggan...

"Sh-shahmi?".

Dia angguk sekali.

Lah, boyfriend aku rupanya...

Hm...

Dia angguk sekali.

MAT LAGI LAH PANIK!

"Shahmi buat apa dekat sini?". Aku tanya sambil garu-garu aku punya kepala yang berlapik tudung itu.

Untuk menjawab soalan aku tu, dia tunjuk not lima ringgit di tangannya dan gambar pancake ber-toping strawberi + coklat yang ada di banner booth kami itu.

"N-nak pancake?". Mak ai, sampai tergagap-gagap aku dibuatnya. Takut punya pasal lah ni? Aku ni bukan reti pun buat benda ni. Macam mana kalau tak sedap lepastu terus dia putus dengan aku nanti sebab aku tak pandai masak?

Okay, aku overthinking.

Shahmi angguk lagi.

"Tunggu kawan saya sekejap, boleh?".

"Kenapa?". Shahmi menaikkan sebelah daripada keningnya. Wajah kepelikan. Wajah yang macam nak kata, 'kenapa nak tunggu kawan kau pula?'.

"Erk...".

"Saya nak Sofeah yang buatkan". Okay, aku takut dengan Shahmi ni. Ni ayat paling panjang yang pernah dia tuturkan minggu ni. Dia sengaja habiskan kuota perkataannya. Bermakna dia betul-betul serius.

"Sekarang?". Aku tanya lagi dalam keraguan dan Shahmi mengangguk.

Gulp!

Mak! Ayesha takut!!!

Aku pun berlagak tenang sebelum perlahan-lahan aku sendukan sesenduk adunan pancake lalu diletakkan ke atas kuali leper yang sudah panas itu.

Seminit...
Dua minit...

Belum masak ke benda alah ni?

Aku yang cukup tak tahu apa-apa tu mencuba untuk menterbalikkan pancake itu namun belum sempat nak terbalikkan lagi, aku dah nampak tapak benda alah tu masih putih dan agak lembik.

Okay, belum masak.

Kita tunggu lagi.

Minit ketiga...
Keempat...
Kelima...

Aku tengok lagi tapak dia.

Dah perang tapi macam tak cukup perang je...

Aku pun biarkan lah lagi dalam lima minit. Jadi, untuk satu side sahaja, aku biarkan selama sepuluh minit. Sebelum akhirnya...

"Sofeah". Shahmi memanggil nama ku.

"Y-ya?".

"Saya rasa dah hangit tu".

Aku yang sudah sedia ada panik semakin panik apabila mendengar kata-kata Shahmi itu. Terus sahaja aku balikkan pancake itu dan...

"Hangit...". Terus berubah monyok muka aku tapi aku teruskan sahaja masak bila Shahmi langsung tak kata apa-apa.

Bila dah siap, aku alihkan pancake hangit sebelah tu ke tepi lalu aku tutup api dapur.

"Shahmi, Shahmi tunggu kawan saya yang masakkan, boleh?".

"Tu kan dah siap". Shahmi tunding jarinya ke arah benda alah yang hangit itu.

"Hangit...".

"Okay".

"Apa yang okay?". Payah betul nak faham si Shahmi ni (but I grew out of it when I married him hehe).

"Saya nak yang tu". Oh...

"Hangit lah, Shahmi...".

"Okay". Shahmi macam, 'yes, and?'.

"Betul ni nak?".

Shahmi angguk.

Aku mengeluh kecil sebelum akhirnya aku meletakkan sos coklat ke atas sekeping pancake (ya, sekeping je sebab aku dah malas nak malukan diri aku dengan menggoreng lebih lagi) itu. Buat strawberi segar juga aku dapurkan sedikit.

Pinggan kertas yang berisi makanan yang sudah siap dihidang itu lalu aku hulurkan kepada Shahmi. Dia lalu duduk di meja kecil yang ada di tepi booth aku itu dan tanpa disangka-sangka dia mengajak aku sekali.

Aku pun duduk la bertentangan dengannya.

Usai membaca doa makan, dia terus menyuapkan suapan pertama ke mulutnya.

Aku tengok dia kunyah macam biasa je nyah. Tak pahit ke?

"Macam mana?".

Dia mengangguk.

"Rasa apa?".

"Rasa sedap". Dia menjawab.

"Tipu".

"Pahit sikit la". Dia tersenyum selama 0.1 saat.

"Haih, kesian Shahmi. Saya dah suruh tunggu kawan saya tadi, Shahmi tak nak. Takpe la, it's on me. Shahmi tak payah bayar".

🥞

Dalam pukul 5 macam tu, festival pun tamat. Aku pun berkemas lah nak balik. Aku buat apron ku dan berjalan lah ke arah beg sekolah aku untuk simpan balik apron mak tu dalam beg tapi...

Tindakan aku terhenti apabila aku nampak sekeping not lima ringgit dan kertas ditampal di permukaan beg aku dengan stiker Hello Kitty.

Aku cabut stiker tu dan aku ambil kertas serta duit itu.

Kertas itu aku buka. Dalam tu ada tertulis:

Buat pancake hangit pun nak nangis. Tak payah lah nangis. Pancake Sofeah sedap je -_-.
Okbye, tu je.
-Shahmi Haqiem

"Dia... dia nampak je aku nangis?".

Rasa-rasanya habis jauh dah aku nangis tadi.

Aku tersenyum lalu menyimpan kertas dan duit lima ringgit itu ke dalam poket baju kurung sekolah ku. Apron diletakkan ke dalam beg lalu beg itu aku galas pulang.

🥞

Maaf, lama ke saya sidai sayang-sayangku semua untuk chapter ni? Hehe...

Kalau ada typo or what, maafkan saya. Saya malas nak mengedit.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro