10 》 Nice sleep

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zara berjalan masuk ke kelab tersebut. Arini dia pergi lambat sikit. Tak de mood la katakan.

Begnya di masukkan ke dalam loker.
Kad pekerja miliknya di punch ke dalam mesin dan diletakkan kembali

Apa kau ingat kerja kelab tak kira masa?

Terus saja dia menuju ke kaunter tempat dia bekerja. Bella juga sudah berada di sana. Mungkin dia sampai awal agaknya.

"Hai Zara. Lambat datang arini?" Soal Bella pelik.

Zara terus duduk di bangku kaunter tersebut.

"Malas aku nak datang awal. Lagipun aku sakit kepala la sikit tadi" ucap Zara perlahan.

Bella terus saja duduk di sebelah Zara.

"Kau okay tak ni? Ke... pasal budak kelab belasah kau aritu?" Soal Bella risau.

"Kau jangan risau la... even aku yang kena teruk antibodi aku masih kuat. Mungkin tadi aku tidur lama sangat kot. Tu yang pening" ucap Zara perlahan.

Mana mungkin dia mahu menceritakan hal sebenar walaupun Bella tu sahabat karibnya.

Soal ibunya biarlah dia saja yang tahu. Bella cuma tahu yang Ibu nya telah hilang dan tak dijumpai.

"Okay. Aku just risaukan kau je. Dah la aku kemas kat belakang jap. Kau jaga depan ni ea" ucap Bella lalu bangun dari situ.

Zara hanya mengangguk. Terus saja di memulakan kerjanya.

... a few minutes later ...

Zara duduk di kerusi hadapan kaunter tersebut. Penat dia melayan kerenah pelanggan yang kadang-kadang tak sedar diri dah kerepot.

Rambutnya yang terjuntai ke depan di sisipkan ke belakang. Perlahan dia terasa bahunya dipeluk dari belakang.

Terus saja Zara bangun kerana terkejut. Jejaka di belakangnya di pandang.

"Baby kenapa you lari? Kan you dah janji nak jumpa I arini" ucap jejaka tersebut lembut.

Zara di dekatinya. Terus saja Zara mengelak.

"Hoi! Kau sedar diri kau tu sikit boleh tak? Sape nak jadi baby kau?" Soal Zara geram.

Terus saja Zara melarikan diri. Sah mabuk!

Tangan Zara terus dicapai dan ditarik. Terus saja dia terdorong ke belakang dan termasuk ke dalam dakapan lelaki tadi.

"Jangan la macam ni baby... you dah janji takkan you nak mungkiri? I dah lama tau tunggu you" ucap jejaka tersebut lembut.

Nafasnya yang berbau alcohol menyebabkan Zara sesak nafas. Aku benci bau ni!

Zara terus menyiku perut lelaki tadi dan melepaskan diri. Terus dia lari ke belakang mencari Bella.

"Woi! Jangan lari!" Marah lelaki tadi.

Terus saja Zara dikejar. Belum sempat Zara lari lebih jauh, tangannya terus dicapai.

Badan Zara ditarik dan dihentak ke dinding. Zara terus terdiam. Walaupun dia pernah melalui perkara ini, hati dia masih lagi terasa takut.

"Kau jangan lari lagi ea. Dari aritu lagi aku peratikan kau. Kali ni kau tak boleh terlepas dari aku" ucap lelaki tersebut.

Dada Zara mulai berombak kencang. Dia datang sini sebab nak cari duit bukan nak tambah duit. Janganlah perkara buruk berlaku!

Lelaki tersebut terus mengambil sesuatu dari koceknya. Satu pil putih di keluarkan dari botol dan rambut Zara ditarik kuat.

"Disebabkan kau ganas sangat, aku nak kau makan benda ni. Jangan kau berani nak ludah balik kalau kau tak nak aku sumbat satu botol ni" ugut lelaki terbabit.

Zara menarik nafas dalam-dalam. Mata dipejam rapat.

Aku terpaksa bekorban sekejap.

Perlahan Zara menyambut suapan tersebut. Di telan ubat tersebut kasar.

Sekejap saja ubat tersebut memberi kesan sampingan. Kepala Zara mulai memberat. Tambahan pula kepalanya memang sudah sakit sejak petang tadi.

Senyuman lelaki tadi mulai melebar. Cengkaman di bahu Zara dilepaskan.

"Macam ginilah baru I sayang you ketat-ketat. Tak de lah I kena guna kekerasan" ucap lelaki terbabit lembut.

Terus saja dia menarik ke dakapannya. Dibawa Zara ke special guest room.

Sabar Zara. Kau kena kuat.

Ditahan anak matanya dari tertutup. Perlahan pintu bilik dibuka. Zara dilepaskan dari dakapan lelaki tersebut.

Terus saja kaki Zara naik menedang belakang lelaki terbabit. Belum sempat lelaki tersebut bertindak Zara terus menyepak perutnya.

Lelaki tersebut mengaduh kesakitan. Zara terus menyeluk poket lelaki tadi. Botol ubat tadi dicapai lalu dikeluarkan beberapa butir ubat.

Dicengkam rambut lelaki tadi lalu ubat tadi di sumbat ke dalam mulutnya. Zara melepaskan cengkamannya.

"Nice sleep baby" ucap Zara perlahan.

Terus saja lelaki tersebut tidak bergerak. Kepala Zara mulai memberat.

Dia menyeluk saku seluar lelaki tadi. Dompet miliknya di capai lalu beberapa not seratus di capai.

Dompet dibaling ke arah lelaki tadi.

"Upah kau sentuh aku sesuka hati" ucap Zara sinis.

Duit di simpan dalam kocek seluarnya. Rambut di kemaskan sedikit. Terus dia keluar.

Anak mata Zara mulai memberat. Terus saja dia menuju ke loker miliknya. Kad kerja miliknya di 'punch' lalu beg miliknya di ambil.

Entah Bella dari mana tiba-tiba saja muncul.

"Eh! Zara kau nak pergi mana ni?" Soal Bella pelik.

Kesan ubat tadi menyebabkan badan Zara mulai tidak seimbang. Loker menjadi tempat di berpaut.

Bella mulai risau.

"Zara kau kenapa ni? Kau okay tak?" Soal Bella risau.

Perlahan Zara menggeleng.

"Tak... aku... aku okay. Aku nak balik dulu lah. Aku tak larat" ucap Zara lalu berlalu pergi.

Bella hanya memerhati. Nak hulurkan bantuan? Zara bukan jenis suka terima pertolongan orang.

Bella mengeluh kecil. Terus saja dia berlalu ke kaunter untuk menyambung kerjanya kembali.

Zara berjalan perlahan. Jejantas di hadapannya di daki dengan berhati-hati.

Botol air di dalam begnya di capai lalu di teguk sehingga habis bagi mengekalkan kesegaran matanya.

Nasib taman perumahan dia dekat dengan bandar. Jadi jalan kaki pun sempat sampai.

Zara berjalan perlahan ke jalan menuju ke taman perumahannya. Matanya tak mampu bertahan lagi.

Sesekali dia berpaut pada tiang atau pokok yang berada di tepi jalan.

Tak mampu untuk melawan dos ubat yang tinggi, Zara terus terduduk di tepi jalan.

Kepalanya terasa begitu sakit sekali. Dikuatkan juga untuk bangun tapi tak mampu.

Zara memandang ke hadapan. Kelihatan seseorang mendekatinya tetapi tidak jelas.

Tak! Tak de sape boleh jumpa aku! Aku kena lari.

Zara cuba untuk bangun tetapi matanya sudah tertutup rapat.

"ZARA!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro