9 》 Bad Dream

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Raziah menyumbat segala pakaiannya di dalam beg miliknya. Sementara Idris belum pulang, baik dia segera keluar dari rumahnya.

Henfon miliknya yang berdering minta di jawab terus di capainya.

"Hello Maya" jawab Raziah perlahan.

"Ha, ye ye. Aku dah siap dah ni. Kau tunggu kejap je kat depan tu ea"

"Aku dah tekad Maya nak tinggalkan dia. Dia tu tak de kerja. Aku yang kena cari duit sara keluarga aku sendiri. Kau tahu kan selama ni aku bersabar dengan dia berapa lama"

"Ye ye Maya aku tahu... tapi ni semua demi kebaikan anak-anak aku juga"

"Dah la Maya. Nanti-nanti la borak. Nanti Idris balik habis aku"

Airin yang baru terbangun dari tidur terus berjalan keluar dari biliknya. Terdengar pula suara orang berbual.

Setahu dia ayah dia keluar bekerja dan sekarang ni tinggal adik-adik dia dan Ibu dia saja.

Sekarang pun dah tengah malam. Airin berjalan menuju ke arah suara tersebut yang keluar dari bilik Ibunya.

Raziah terus memasukkan henfonnya kedalam beg kecilnya. Baju miliknya dikemaskan lagi di dalam beg tersebut.

"Ibu?.. Ibu nak pergi mana?" Soal Airin pelik.

Raziah terus terhenti. Perlahan dia berpaling. Wajah Airin yang baru bangun tidur dipandang sayu.

Terus saja Airin mendekati Ibunya. Dipeluk erat bagaikan esok mereka takkan berjumpa lagi.

"Ibu nak pergi mana malam-malam ni?" Soal Airin pelik.

Raziah terdiam. Tak tahu dia nak balas apa. Badan Airin ditarik ke dakapannya.

"Ibu nak keluar. Airin duduk sini jaga adik tau" ucap Raziah perlahan.

"Ibu nak pergi mana? Airin nak ikut boleh?" Soal Airin lembut.

Perlahan air mata Raziah tumpah. Dielus lembut rambut anak sulungnya.

"Airin tak boleh ikut Ibu la... Airin kena duduk rumah jaga Faris, jaga Adam. Ibu tak boleh bawak Airin" ucap Raziah lembut.

"Tapi Airin nak ikut Ibu... boleh la ibu... boleh la.." pinta Airin lagi.

Entah kenapa. Berat untuk dia lepaskan ibunya pergi. Sebelum ni dia boleh saja duduk dirumah menjaga adiknya tanpa ibu bapa di sini.

"Airin... dengar cakap Ibu... Airin kena duduk rumah jaga adik... Airin... Airin dengar cakap Ayah. Jaga adik baik-baik tau. Ibu pergi dulu ea" ucap Raziah perlahan.

Raziah terus melepaskan perlahan pelukan Anaknya. Airin pula tak mahu melepaskannya. Perlahan air matanya jatuh juga.

"TAK NAK!!! AIRIN NAK IKUT IBU!!! Nak ikut Ibu!!!" Bentak Airin.

Raziah meleraikan pelukan anaknya. Wajah Airin dikesat perlahan.

"Airin... Airin dengar cakap Ibu! Airin kena duduk sini jaga Faris dengan Adam. Airin dengar cakap Ayah. Jangan melawan cakap Ayah tau. Airin kena kuat untuk adik Airin sendiri. Ibu buat ni untuk kebaikan kita. Ibu... Ibu sayang Airin sangat. Tapi Ibu tak boleh duduk sini dengan Airin. Airin janji dengan Ibu, Airin jangan tinggalkan adik Airin. Airin kena selalu ada dengan diorang tau. Sebab diorang perlukan Airin. Okay. Ibu sayang Airin" ucap Raziah lembut.

Dahi Airin dikucup lama. Terus saja berpakaiannya di ambil lalu mula berjalan keluar bilik.

"Ibu?! Ibu!! Ibu jangan tinggal Airin Ibu!!! Airin nak ikut Ibu!! AIRIN NAK IKUT IBUU!!" Bentak Airin sambil menarik beg pakaian Raziah.

Laju saja air mata Raziah jatuh.

Ibu pun tak nak tinggalkan Airin. Tapi ibu terpaksa.

"Airin! Airin dengar cakap Ibu! Ibu kena pergi sekarang. Ibu janji nanti Ibu balik okay. Airin tak boleh ikut Ibu. Airin kena jaga Adik" ucap Raziah lalu melepaskan pegangan tangan Airin pada tali beg.

Terus saja tangan kecil Airin terlepas. Laju saja Raziah menuju ke pintu depan.

"IBUU!!! AIRIN NAK IKUTT!!! AIRIN NAK DUDUK DENGAN IBU!!! Ibu... Ibu janganlah tinggal Airin.." pinta Airin lagi.

Bajunya sudah basah dengan air mata. Hati Raziah semakin berat tatkala Airin mencapai kakinya merayu agar ibunya mengubah hasrat hati.

"Ibu... Ibu duduk la sini dengan Airin. Ibu dah tak sayang Airin ke?" Soal Airin perlahan.

Ayat Airin melekat dijiwanya. Mana mungkin dia mahu meninggalkan anaknya sendirian. Dan tak mungkin dia akan merubah fikirannya supaya memaafkan Idris.

Raziah mengeraskan hatinya. Badan Airin di tarik kasar dan ditolak agar menjauhinya. Kunci rumah diambil dan dia terus keluar dari rumah.

Airin terus saja terseret ke belakang. Lengannya terasa pedih sekali. Mungkin akan ada goresan yang paling dalam sama ada pada lengan atau pada hati.

"Ibu... ibu!! Ibu jangan tinggalkan Airin!!! Ibu!!! Ibu Airin perlukan Ibu!!! Airin janji Airin takkan susahkan ibu dengan ayah lagi. Airin janji!!! Ibu!!!!" Pinta Airin sambil mengejar ibunya.

Tak sempat. Raziah terus menutup pintu dan dikunci rapat. Kunci rumah di masukkan semula melalui tingkap.

"Ibuu!!! Ibu!!! Bukaklah balik!!! Ibu!!! Airin nak ikut!!! Ibu jangan lah tinggal Airin kat sini!!!" Pinta Airin sambil mengetuk pintu rumah.

"Airin... ibu minta maaf. Tapi Airin kena selalu ingat. Ibu buat ni demi kebaikan keluarga kita. Airin kena duduk sini jaga adik. Airin kena selalu kuat untuk adik Airin. Ibu janji Ibu akan balik. Ibu... ibu sayang Airin. Ibu minta maaf" ucap Raziah perlahan lalu beredar.

Airin teresak kecil. Terus saja dia terduduk di depan pintu rumahnya. Tangan kecilnya masih lagi mengetuk pintu rumahnya.

"Ibu!!! Airin nak ikut ibu!!! Ibu jangan tinggalkan Airin!!"

"Ibu!!!... Ibu dengarlah cakap Airin!!!"

"Ibu!!!"

"IBU!!!"

Zara terus tersedar. Nafasnya laju saja. Tercungap dia disitu. Badannya juga basah. Pipinya juga basah kerana air mata.

Aku masih lagi kat bilik aku.

Zara memegang dadanya. Membetulkan sedikit nafasnya. Pipinya dielus lembut menyeka air mata yang masih bersisa.

Kedengaran pintu biliknya diketuk lembut dan ditolak perlahan. Gerangan tersebut menjengah kedalam.

"Zara.."

Zara memandang ke arah pintu. Ouh. Faris rupanya.

"Kau okay?" Soal Faris lembut.

Zara tersenyum perlahan.

"Aku okay la..  cuma... bad dreams" ucap Zara perlahan.

"Okay. Baguslah kalau kau dah bangun. Lagipun dah pukul 6 dah petang ni. Tengok tu. Baju sekolah pun kau tak tukar lagi. Mesti kau tak mandi lagi kan? Sebab tu lah mimpi macam-macam" ucap Faris lagi.

Badannya disandarkan di muka pintu. Zara hanya mengeluh kecil.

"Ye la.. aku tahu la... kau ni. Cakap orang. Kau dah mandi belum? Adam mana?" Soal Zara malas.

"Aku dah mandi! Bukan macam kau! Kerbau pun tak nak dekat. Adam ada je kat bilik aku. Main game. Dengar kau jerit tu yang aku tengok kau buat apa" ucap Faris lagi.

Zara menjeling geram.

Apa kes nak samakan aku ngan kerbau?!

Zara terus berbaring kembali di atas tilamnya. Mimpi tadi memang benar menyiksa minda dan hatinya.

"Ha! Tengok tu! Baring lagi! Nanti mimpi lagi bukan-bukan. Dah la! Bangun lah Zara. Arini kau kerja kan? Pergi lah mandi apa semua" bebel Faris lagi.

Zara terus bangun dari pembaringannya. Wajah Faris di depan pintu dipandang.

"Haih! Ye la... dah la kau keluar la. Tengok si Adam tu buat apa. Dia tu bukan boleh percaya pun" ucap Zara lagi.

"Adam tu boleh je percaya. Engkau tu. Dah tua bangka pun perangai macam budak tadika. Bangun! Pergi mandi sana! Jangan tidur lagi pulak!" Ucap Faris lalu menutup pintu.

Zara menjeling geram.

Eish! Kau tu adik aku ada hati nak bebel kat aku pulak.

Zara terus saja bangun dari tilam lalu mencapai tuala miliknya. Bilik mandi dituju untuk bersiap ke tempat kerja.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro