15 》 sakit

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Faris membuka pintu rumahnya perlahan. Dia menapak masuk ke dalam.

Aik? Apesal sunyi je? Takkan Zara tak balik lagi?

Faris terus naik ke atas. Akan tetapi langkahnya terhenti saat melihat sesuatu di atas sofa.

Aku macam nampak sesuatu yang pelik tadi.

Faris terus berpatah balik. Menjengah ke arah sofa. Terus matanya membulat.

"Zara! Zara kau okay tak ni? Kau kenapa ni?" Soal Faris risau.

Zara yang sedang berselubung di dalam selimut itu dikejutnya. Perlahan mata Zara terbuka.

"Zara kau kenapa ni? Kau okay tak ni?" Soal Faris lagi.

Perlahan senyuman kecil menghiasi wajah Zara.

"Aku okay la... jangan risau" ucap Zara serak.

Melihat bibir Zara yang sedikit lebam menimbulkan rasa curiga di hati Faris.

Rambut Zara yang sedikit serabai di selaknya. Dahi Zara juga sedikit merah seolah sedikit membengkak. Macam benjol.

Melihat Zara yang berselimut juga membuatkan Faris terdiam sebentar. Baru dia perasan yang bahu Zara sedikit terdedah.

"Zara... kau cakap dengan aku apa orang tua tu buat?" Soal Faris perlahan.

Zara diam sebentar. Dia tak mahu adiknya bergaduh lagi dengan ayahnya.

"Tak de pa pe la... aku okay" ucap Zara lembut.

Faris tersenyum sinis.

"Okay? Okay apanya dengan lebam dengan benjolnya lagi. Ni. Apesal kau pakai selimut? Takkan tengah hari buta panas macam ni kau nak berbalut lagi?!" Soal Faris geram.

Zara mengeluh kecil. Perlahan air matanya jatuh lagi.

"Tak de pa pe. Betul. Jangan risau okay kat aku. Memang... salah aku pun kan? Aku yang tak datang kerja malam tadi. Jadi... memang patut pun... aku... kena" ucap Zara perlahan.

Air matanya di seka perlahan. Tangan dia juga sakit kerana dicengkam kuat Idris.

Faris mengeluh. Terus saja dia bangun dari melutut di depan Zara. Rambutnya diraup kasar.

Beg sekolahnya di campak ke tepi dinding.

"Patut? Kau gila ke Zara?! Dia tu Ayah kita! Kau ni kenapa lembik sangat?! Keras la sikit Zara! Kau anak, kau ada hak nak membantah apa yang dia cakap kalau apa yang dia buat tu tak betul. Tak semua yang dia buat tu betul! Kau... dengan macam gini kau rasa tu hukuman untuk kau ke? Kau... Eish! Aku tak faham betul cara kau fikir Zara! Kau... kau patutnya lari Zara. Kau tak boleh duduk sini. Kau berhak dapat kebahagian kau sendiri Zara. Lagi lama kau duduk sini, aku takut lagi macam-macam dia buat kat kau" ucap Faris geram.

Zara mengelus pipinya yang basah. Perlahan dia membetulkan pembaringannya.

"Kau fikir aku nak sangat ke hidup aku jadi macam ni? Aku duduk sini sebab aku sayang korang kau faham tak? Tak pe la. Biar la aku sorang aje yang tanggung benda ni jangan adik aku. Dua tahun tahu tak aku sengsara kat sana. Baru tahun lepas aku dapat jumpa korang. Kau tahu tak kau dengan Adam tu sangat beharga untuk aku? Aku sayang korang. Aku bukan tak nak lari. Boleh je kalau aku nak blah dari sini tinggalkan aje korang semua tapi aku tak nak. Sebab apa? Sebab Ibu" ucap Zara tegas.

Air matanya tak dapat ditahan. Zara terhenti seketika.

Faris terdiam. Ibu? Dah lama dia tak dengar Zara sebut Ibu. Pasal Ibu pun Zara tak cakap dan tak nak cakap dengan kitorang.

Perlahan Faris duduk di tepi sofa. Kepalanya menunduk memberi ruang untuk Zara meluahkan segalanya.

"Kenapa... dengan Ibu?" Soal Faris perlahan.

Zara menyeka lembut pipinya yang basah.

"Ibu... Ibu pernah cakap dengan aku. Sebelum dia keluar malam tu. Dia suruh aku jaga korang. Aku kena selalu ada dengan korang. Aku sebagai kakak aku kena lindungi korang. Aku kena kuat untuk korang. Sebab tu aku tak kisah untuk tanggung semua ni. Korang je la harapan aku tahu tak? Aku... aku dah tak de masa depan. Masa depan aku dah hancur Faris. Kau dengan Adam je la yang aku boleh harapkan. Sebab tu aku tak bagi kau kerja. Biar je la aku kerja sara kau dengan Adam. Bagi duit kat Ayah. Sebab aku tak nak Ayah cederakan kau pulak. Kau tu nak PT3, Adam nak UPSR. Aku... even aku nak SPM pun... aku dah tak kisah. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting bukan pada kau, atau Adam" ucap Zara perlahan.

Kata-kata Zara menusuk sedikit ke jiwa Faris. Ada benarnya juga dan ada yang salah.

"Tapi Zara... kau berhak dapat kehidupan bahagia. Takkan selamanya kau nak hidup macam gini?" Soal Faris lembut.

"It's okay. Aku tak kisah pun. Tengok kau dengan Adam bahagia pun dah okay bagi aku. Aku dapat tengok kau depan mata pun dah cukup bersyukur" ucap Zara lembut.

Faris tersenyum. Betul juga. Dua tahun terpisah, tanpa khabar berita itu perit. Tak de seorang pun diantara jirannya tahu pasal kehilangan Zara.

"Faris.."

Faris terus menoleh ke arah Zara.

"Kau... ambikkan baju aku... boleh? Takkan aku nak duduk macam gini dengan kau? Even kau adik aku pun... tak sesuai kan?" Soal Zara perlahan.

"Okay. Kau tunggu kejap ea" ucap Faris lalu mencapai begnya di tepi dinding.

Terus saja dia naik ke atas. Seketika kemudian, dia turun kebawah bersama baju milik Zara.

"Nah. Kau pakai je kat sini. Tak pe aku duduk aje dalam bilik. Nanti dah siap kau panggil la aku" ucap Faris sambil meletakkan baju Zara di tepi sofa.

Zara mengangguk perlahan. Terus saja Faris berlalu dari situ dan Zara terus bangun.

》》》》》》♡《《《《《《

Adam turun ke bawah menyertai Kakak dan Abangnya di ruang tamu. Tempat kosong disebelah Zara menjadi tempat dia berlabuh.

Melihat Faris yang sedang membalut lengan Zara menjadi tanda tanya di kepala Adam.

"Kenapa tangan kau Kak?" Soal Adam pelik.

Zara dan Faris diam. Adik dia terlalu kecil untuk tahu semuanya. Soal dia bekerja di mana pun adik dia tahu.

Hanya Faris saja yang tahu kegiatan yang dia buat. Adam? Hanya kenal Zara sebagai Kakak yang mampu menyempurnakan hidup dia.

"Um... aku... terjatuh tadi. Tak de pa pe la.. kau jangan risau okay. Sikit je ni" ucap Zara perlahan.

"Mestilah aku risau! Kau kan kakak aku. Tapi kan... macam mana kau boleh jatuh?" Soal Adam lagi.

Zara jeda sebentar. Memikirkan jawapan yang sesuai untuk adik bongsunya.

"Aku... arh! Adalah. Rahsia. Kau mana boleh tahu. Nanti kau majal aku. Macam aku tak kenal kau" ucap Zara perlahan.

Adam mencebik.

Tak pe kau. Nanti aku korek rahsia kau lelama.

Faris terus menyudahkan balutan di tangan Zara tanpa mempedulikan mereka berdua.

"Dah. Tangan kau okey kan? Aku tak ikat kuat sangat" ucap Faris lembut.

Zara terus menilik tangannya. Kemas dan lukanya semua sudah disapu ubat. Cukup berpuas hati dengan perkhidmatan adiknya.

"Nice. Lepas ni dah boleh jadi dokter la kau" ucap Zara sambil tersenyum.

Faris hanya tersenyum kecil. Terus saja dia mengemas first aid tersebut dan membuang segala kapas yang kotor.

"Zara... kaki kau... sakit lagi ke?" Soal Faris ingin tahu.

Zara henti seketika. Kakinya yang di balut dengan seluar track hitam di pandang.

"Sikit la... kenapa?" Soal Zara pelik.

"Boleh jalan tak? Aku tak nak la nanti kau susah pulak nak buat apa-apa kalau kitorang tak de" ucap Faris lagi.

Zara tersenyum kecil. Baik betul adiknya. Selalu ambil berat tentang dia.

"Boleh kot... ala... kau jangan risau la... kakak kau kan sado" ucap Zara sambil tertawa kecil.

Faris dan Adam menayangkan muka jelik. Faham benar dengan kakaknya yang suka masuk bakul angkut sendiri.

"Sado la sangat..." ejek Adam pula.

"Ei! Aku kuat tau tak! Kalau aku tak kuat, tak de nya aku dapat sara kau makan minum cukup semua" ucap Zara geram.

"Ergh! Ye la. Sorry" ucap Adam mengalah.

Zara tersentuh pula melihat wajah masam Adam.

Adehhh adik aku ni dah pandai lak buat scene sedih. Ermmn nak nangesh la cam ni...

"Aku pun... sorry gak. Pasal... tengah hari tadi. Aku tak tahu pulak... kau... fikir sampai macam tu sekali untuk kitorang" ucap Faris perlahan.

Suasana sunyi seketika.

"Ala!!!! Korang ni! Aku dah penat la nangis apa kejadah semua ni! Jangan la buat citer sedih!" Ucap Zara tak puas hati.

Faris dan Adam tersenyum kecil. Zara terus mendakap kedua adiknya erat.

"Eiii!!! Aku sayang korang la! Tak de nya aku nak terasa ngan korang. Korang la adik-beradik aku dunia akhirat tau!"

"Ermm ye la tu sayang..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro