16 》 kawan je, tak lebih!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dah dekat seminggu Izz tak berjumpa dengan Zara. Intai kelas? Sudah. Tanya budak kelas dia? Er... tak pe kot.

Izz mengeluh kecil. Nak call Zara tanya khabar? Nombor Zara pun dia tak de.

Nak cari rumah Zara?

Izz berfikir sebentar. Terus saja dia bangun dari pembaringannya lalu mengintai disebalik tingkap.

"Masa aritu seingat aku dia hilang dekat situ. Tapi... bukan ke situ rumah yang seram aritu?" Soal Izz sendirian.

Aish! 2 hari kot aku deman sebab dengar orang ketawa kat situ. Abang Hariz pulak berani dia gelakkan aku. Huh! Sabar je la dapat Abang cam dia.

Izz membuka slider tingkap. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajahnya.

Kawasan rumah tersebut dipandang penuh misteri.

Nak pergi ke tak? Kalau pergi, mana tahu hantu tu kacau aku lagi ke. Kalau tak pergi, mana mungkin aku nak tahu keberadaan Zara.

Sedang asyik memikirkan soal Zara, Izz tersedar akan suatu perkara.

"Eish! Aku ni kenapa asyik fikir pasal Airin je? Come on Izz! Dia cuma kawan kau kot!" Ucap Izz geram.

Izz meraup perlahan wajahnya. Taman permainan yang tidak jauh dari rumahnya di pandang.

"Haih! Takkan aku rindu Airin kot?" Soal Izz sendirian.

Mana mungkin aku nak rindu dia. Dia bukan seseorang yang dapat memikat hati aku pun.

Dia tu dah la suka cari pasal dengan aku. Geram jugak aku lelama dengan budak tu.

Izz mengeluh kecil. Nak pergi cari Zara tak?

Setelah memikirkannya beberapa kali, Izz membuat keputusan untuk pergi.

Terus saja hoodie hitam miliknya disarung ke badan dan mula melangkah keluar.

Puan Maria yang berada di ruang tamu berasa pelik lagi dengan anaknya.

Aik? Berani pulak nak keluar rumah.

"Izz nak pergi mana ni?" Soal Puan Maria.

"Rumah kawan. Kejap je. Sebelum pukul 6 Izz balik keyh!" Ucap Izz lalu menutup pintu.

Belum sempat Puan Maria membalas apa-apa anaknya sudah berlalu pergi.

Puan Maria hanya menggeleng.

Haih! Macam-macam anak aku ni.

Izz berjalan menuju ke arah taman perlahan. Sudah mula ramai yang memenuhi kawasan taman permainan itu.

Izz berjalan ke arah rumah tersebut. Melihat jikalau kelibat Zara yang muncul.

Sedang asyik dia memerhatikan suasana sekeliling, mata Izz tertancap pada seseorang.

Dia mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas.

"Tu bukan ke... Airin?" Soal Izz perlahan.

Aku kenal hoodie tu. Tu hoodie Zara! Tapi... dia sakit lagi ke?

Terus saja dia mendekati budak tersebut yang sedang menjinjit beg plastik. Mungkin baru pulang dari kedai.

"Airin!" Panggil Izz separa menjerit.

Mendengar saja nama tersebut Zara sudah tahu pasti Izz yang memanggilnya.

Terus saja langkag dilajukan meskipun kakinya berasa sakit sekali.

Izz pelik.

Aku tahu tu Airin! Tak mungkin orang lain.

Terus saja Izz berlari mengejar gadis itu.

"Airin tunggu aku!" Jerit Izz.

Zara mendengus geram.

Macam mana si kentot ni boleh ada kat sini? Aduh!

Izz terus mendekati Zara dan menarik tangannya yang luka. Serta merta plastik yang dipegang Zara terjatuh.

"Argh!..."

Izz terus melepaskan tangan Zara. Zara memegang pergelangan tangannya yang sakit.

"Airin... a..  aku... aku minta maaf. Sakit ke?" Soal Izz risau.

Zara menjeling geram. Terus saja plastik yang terjatuh tadi diambilnya semula dan berlalu pergi.

Izz mengejar Zara kembali.

"Airin! Airin, nanti dulu. Aku nak tanya kau something ni" ucap Izz perlahan.

Zara berdecit perlahan. Bukan tak mahu mendengar soalan Izz, tapi dia tak mahu semua rahsia dia terbongkar.

"Tak boleh. Aku dah lambat ni" ucap Zara mendatar.

Kakinya melangkah laju meskipun sakit yang harus dia tahan.

"Airin, please. Dengar lah dulu. Aku nak tanya ni" rayu Izz.

Tangan Zara dicapainya menyuruh Zara berhenti. Terus saja Zara menarik tangannya kembali.

Zara berhenti seketika memandang Izz. Hoodie dikepalanya di tarik agar jejaka tersebut tidak melihat wajahnya.

"Apa dia kau ni?!" Soal Zara kasar.

"Aku... cuma... "

Izz memandang sebentar wajah Zara. Membulat matanya melihat bibir Zara yang terluka.

"Airin! Kenapa dengan mulut kau? Kau... kau okay tak ni?" Soal Izz risau.

Zara terdiam.

"Kau tak payah sibuk la hal aku" ucap Zara lalu berlalu pergi.

Izz tak putus asa. Dia tetap mengejar juga gadis itu.

"Airin, kau cakap dengan aku sape buat kau macam ni? Kau... kau kenapa sebenarnya ni?" Soal Izz risau.

Aduhai kentot ni banyak mulut betullah!

"Kenapa kalau kau nak tahu sape buat aku macam ni? Kau nak belasah dia pulak ke?" Soal Zara geram.

Izz menggaru.

Iye betul juga. Takkan aku nak belasah dia pulak? Dengar orang ketawa pun aku dah lari balik rumah.

Aish! Nasib tak de sape nampak aku masa aritu. Kalau tak jatuh saham kehenseman aku.

"Even aku nak tahu je pun tak salah kan? Aku kan kawan kau Airin" ucap Izz lagi.

Zara berdecit perlahan. Kentot ni memang tak mudah putus asa kan?

Zara menghentikan langkahnya. Wajah Izz dipandang geram.

"Walaupun kau kawan aku pun, tak semua benda pasal aku kau kena tahu. Kau tu kawan aku je. Tak lebih dari tu. Ingat sikit!" Ucap Zara lalu berlalu pergi.

"Tapi Airin..."

"Izz. Tolong lah. Kau pergi balik lah. Aku tak nak kalau kau sibuk dalam hal aku, tak pasal-pasal kau yang kena juga macam aku. Okay?" Soal Zara lembut.

Izz diam sebentar.

"Tapi Airin... "

"Izz!"

"Aku kawan kau Airin! Sebab tu aku risau kan kau. Aku tak nak kau sakit kau faham tak?" Soal Izz perlahan.

Zara diam. Terasa serba salah pula dengan Izz. Izz menghampiri Zara.

"Tak salah kan kalau berkongsi masalah? Mana tahu aku boleh tolong kau kan?" Soal Izz lembut.

Zara mengeluh perlahan. Wajah Izz dipandang sepi.

"I'm sorry. Tapi ni bukan masanya untuk sesi kaunseling okay. Kalau kau nak tahu sangat pasal aku, kau... tak payah risau la. Aku okay. Aku dah pernah lalui benda ni. Jadi... aku okay" ucap Zara perlahan.

Izz menghela panjang. Wajah masam ditayangkan Izz.

"Siot la kau ni! Jangan buat muka cam tu gila! Aku okay la. Tengok ni" ucap Zara lalu memusingkan badannya.

"See? . There's nothing. Jangan risau okay" ucap Zara lagi.

Izz diam. Dia tak boleh la nak korek rahsia gadis di depan tu.

Perlahan Izz mengeluh kecil.

"Betul ni okay?" Soal Izz lagi.

"Iye... aku okay. Dah la kau ni mesti suka aku kan? Sebab tu berusaha nak stalk aku kan?" Soal Zara sambil mengangkat keningnya.

Izz mencebik. Perangai dia yang ni memang sifat semula jadi ea?

"Mana ada! Aku just... jalan-jalan je tadi. Tu yang aku nampak kau, aku kejar kau" tipu Izz.

Zara mengangguk tanda faham.

"Ouh... I see. Okayh! Aku balik dulu. Kau pun balik lah. Kau keluar pun sebab nak jumpa aku je kan?" Soal Zara lalu berlalu pergi.

Izz berdecit geram.

"Mana ada!" Marah Izz.

"Aku dengar macam... ada la" ucap Zara lagi.

"Tak de!"

"Ala Izz... kalau suka aku cakap je la... nanti melepas menangis kat tepi peti ais pulak kau"

"Mana ada! Jangan merepek boleh tak?! Dah la malas aku layan kau!"

"Eleleleleleh! Okay la! Bye minion! See you next time!"

"Tak nak!"

"Eleh! Sombong! Acah merajuk pulak dengan aku. Pipi dah merah tak nak ngaku"

"Diamlah kau! Pergi la balik sana"

"Eleh! Tadi kau yang beria panggil aku kan? Ni bila aku tercengat kat sini kau halau aku pulak"

"Eish! Dah la kau! Malas aku layan kau. Aku nak balik"

"Ermm ye lah Minion pipi merah. Nanti dah balik jangan lupa rindu aku tau!"

"Airin!!!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro